Kosmo Online - Stailo |
Thanuja melangkah sempadan dunia Posted: Thanuja melangkah sempadan duniaOleh HAFIZ AHMAD
MEMBENTUK imej seorang fashionista bukan bermaksud anda perlu memakai aksesori sarat atau menyarungkan persalinan berjenama semata-mata. Frasa popular, less is more wajar diikuti mereka yang baru bereksperimen dalam mencari-cari gaya signatur diri. Tudung umpamanya, pada dasarnya ia sebahagian daripada pakaian wajib bagi menutupi rambut wanita Islam. Namun, konsep menutup aurat sebenarnya semakin tenggelam akibat keghairahan golongan wanita mencipta pelbagai gaya tudung sehingga ia tidak lagi berlandaskan syariat agama. Barangkali tudung dan selendang keluaran TudungPeople perlu diberi perhatian. Mengangkat pemakaian tudung ringkas sebagai caturan perniagaan, jenama yang baru setahun di pasaran itu menepis pengolahan tudung yang dipakai berlapis-lapis oleh kebanyakan Muslimah tempatan hari ini. "Kami cuba mendidik masyarakat agar berfesyen sambil menutup aurat secara berpada-pada. Tidak salah bergaya dengan tudung tetapi adakalanya apabila ia dipakai dengan teknik-teknik pelik dan ditambah pula aksesori, segalanya tampak serabut. "TudungPeople mengerti fenomena tudung yang dipakai sehingga tiga atau empat lapis menjadi kegilaan wanita tempatan tetapi suatu hari nanti, semuanya pasti kembali memilih tudung biasa," jelas pengasas TudungPeople, Fazrena Aziz, 22. Selain rekaannya yang ringkas, dominasi material sifon dalam kebanyakan koleksi TudungPeople membuatkan si pemakai tidak mudah berpeluh, sesuai dengan cuaca panas di negara ini. Sutera boleh dibasuh dan renda Perancis turut digunakan bagi membentuk tudung-tudung premium jenama tersebut. Warna-warna yang ditawarkan pula berpandukan negara yang mengalami empat musim. Menjadikan Minggu Fesyen London sebagai garis panduan, ketika ini, TudungPeople sedang giat menampilkan tudung berona terang dan bermotif flora seiring musim bunga/panas 2013. "Setiap helaian tudung direka sendiri oleh saya dan proses pembuatan daripada mula hingga akhir diselia dengan teliti. Oleh itu, item-item yang kami tawarkan adalah 100 peratus hasil kerja kami tanpa tambahan item-item buatan orang lain. "Setakat ini, koleksi Numa, Safiyya XL, Azraa dan Aara antara yang mendapat sambutan hangat. Sekarang, ia dijual secara dalam talian tetapi menjelang hujung bulan Disember ini, butik pertama kami akan dibuka di Setapak, Kuala Lumpur," beritahu Fazrena yang merupakan graduan lulusan seni bina daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). | ||||
Posted: Minimalis TudungPeopleOleh ALIF ABU BAKAR
![]() RONA terang seiring musim bunga/panas 2013 menjadi panduan TudungPeople. MEMBENTUK imej seorang fashionista bukan bermaksud anda perlu memakai aksesori sarat atau menyarungkan persalinan berjenama semata-mata. Frasa popular, less is more wajar diikuti mereka yang baru bereksperimen dalam mencari-cari gaya signatur diri. | ||||
Posted: Cantik dengan telur salmonOleh ALIF ABU BAKAR ![]() TELUR salmon didapati berupaya menghilangkan kerengsaan kulit tanpa meninggalkan parut. ![]() SASAKI (tiga dari kanan) dan Tommy (empat dari kanan) bersama kakitangan Lumine menunjukkan produk baharu Lumine yang dilancarkan di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Stailo To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan