Jumaat, 16 November 2012

Kosmo Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Model ikonik Mercedes-Benz

Posted:

Model ikonik Mercedes-Benz

Model ikonik Mercedes-Benz

Oleh SHAWKATH AZDE

TAHUKAH anda, terdapat kira-kira 900 juta kereta dan ribuan model kenderaan keluaran pelbagai syarikat automotif di seluruh dunia?

Jika diambil kira model ikon kepada sesebuah syarikat pengeluar kenderaan, sudah pasti ia merangkumi peratusan yang amat kecil daripada jumlah statistik kenderaan di dunia.

Bagi jenama Mercedes-Benz, ikonnya sudah pasti model SL. Jentera itu dipilih kerana ia merangkumkan satu pakej yang boleh dikatakan sebagai komprehensif. SL ada kelas, gaya, sangat selesa dan terserlah kemewahannya.

Sememangnya itu sahaja tidak mencukupi bagi menjadikannya pendahulu dalam rangkaian produk Mercedes-Benz. Justeru, sentuhan sporty dan dinamik disuntik ke dalam DNA model SL agar lebih relevan sebagai jentera ikonik.


WAJAH hadapan SL ini kelihatan kemas dan ringkas dengan sedikit sentuhan gaya klasik.


Kenyataan tersebut dilihat senada dengan ucapan Pengerusi Lembaga Pengurusan Daimler AG dan Ketua Mercedes-Benz Cars, Dr. Dieter Zetsche dalam satu temu ramah bersama media asing di Amerika Syarikat (AS).

"Inilah ikon Mercedes-Benz. Kami yakin model generasi keenam SL dapat memenuhi apa yang dimahukan oleh pelanggan," katanya selepas melancarkan SL terbaharu di North American International Auto Show 2012 pada Januari lalu di Detroit, Michigan, AS.

SL bermakna Sport Leicht dalam bahasa Jerman. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, ia membawa maksud Sport Light (atau Sport Lightweight).

Sudah 60 tahun berlalu sejak model pertama SL diperkenalkan kepada umum. Percaya atau tidak, dalam tempoh itu, hanya enam generasi SL dihasilkan oleh Mercedes-Benz.

Kerangka ringan

Bak kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd., Kai Schlickum, satu generasi untuk setiap sepuluh tahun.

Generasi SL keenam membawa satu mesej jelas kepada pemain-pemain dalam industri automotif antarabangsa.

SL dilihat sudah bersedia untuk mendahului pasaran dengan pembangunan kerangka kenderaan ringan tanpa mengabaikan aspek keselamatan kenderaan.

Model yang menjayakan objektif tersebut ialah SL350 BlueEFFICIENCY. Buat julung-julung kalinya, SL baharu itu dicipta dengan menggunakan material aluminium pada kebanyakan struktur badannya.


SKEMA warna merah hitam dalam kawasan kabin menyerlahkan lagi sifat agresifnya.


"Jurutera kami berdepan dengan cabaran untuk mencipta generasi keenam SL. Perkara penting yang berjaya dizahirkan adalah pengurangan berat kereta secara signifikan iaitu sebanyak 140 kilogram.

"Ini membantu meningkatkan keefisienan penggunaan bahan api pada model SL. Pada masa sama mengukuhkan ketegaran badannya," jelas Zetsche.

Selain pengurangan berat yang signifikan berbanding model sebelumnya, kerangka itu juga menjadi asas kepada pembentukan karakter pengendalian lincah, sporty dan keselesaan ke tahap lebih tinggi.

Dinamik pemanduan terhasil daripada enjin baharu BlueDIRECT. Biarpun hanya memiliki enam silinder, ia menawarkan ledakan penuh kuasa. Pada masa yang sama membantu penjimatan petrol sebanyak 29 peratus berbanding model terdahulu.

Hasilnya, setiap 100 kilometer (km), kereta dengan kapasiti dua tempat duduk itu hanya memerlukan 6.8 liter petrol.

Pencapaian itu turut dibantu menerusi aplikasi transmisi automatik tujuh kelajuan 7G-TRONIC PLUS.

Roadster itu boleh bertukar menjadi sebuah coupe dalam tempoh 20 saat sahaja. Anda hanya perlu menekan butang dan bumbung keras itu akan disimpan di dalam but menerusi mekanisme elektrohidraulik.

Tiga versi bumbung ditawarkan bagi SL350 BlueEFFICIENCY iaitu bercat, berkaca atau jenis panoramik vario dengan Magic Sky Control.

Bumbung vario Magic Sky Control boleh bertukar warna cerah atau gelap dengan hanya sentuhan satu butang. Ia membolehkan anda mengawal pencahayaan ruang kabin tanpa perlu membuka bumbung.


RIM berukuran 19 inci bercorak lima batang ternyata membuatkan roadster Mercedes-Benz kelihatan mantap di atas jalan raya.


Ketiga-ketiga jenis bumbung itu menggunakan kerangka jenis magnesium yang membantu mengurangkan berat sebanyak enam kilogram berbanding model sebelumnya.

Dua inovasi baharu dalam SL350 BlueEFFICIENCY ialah Frontbass dan Magic Vision Control. Kedua-dua komponen tersebut meletakkan model berkenaan mendahului pesaing sekelasnya.

Magic Vision Control ialah sistem pengelap tingkap pintar. Air akan mengalir menerusi saluran di hadapan bilah penggilap cermin mengikut arah pergerakannya.

Ia bertujuan mengurangkan gangguan pandangan yang dialami pemandu apabila ada air pada cermin hadapan. Bukan itu sahaja, ciri tersebut juga mampu membersihkan cermin dengan lebih efisien.

Sistem Frontbass pula menggunakan ruang kosong pada struktur aluminium di hadapan untuk pembesar suara bass.

Langkah itu membolehkan penghasilan alunan bunyi bass yang lebih jelas, ibarat berada dalam dewan konsert meskipun ketika bumbung dibuka. Pastinya ia satu keseronokan bagi penggemar muzik.

Untuk pasaran Malaysia, SL350 BlueEFFICIENCY ditawarkan pada tag harga RM898,888 seunit.

Mini '80-an

Posted:

Mini '80-an

Mini '80-an

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


JIKA kena caranya, mengubah suai sebuah Mini tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi.


CABARAN utama dalam industri automotif hari ini adalah persaingan dan peningkatan kos. Berbeza dengan zaman dahulu, kosnya jauh lebih murah. Tetapi proses membuat sebuah kereta memakan masa lebih lama kerana teknologi yang terhad.

Tooling sebagai contoh, benda kedua yang perlu dibuat selepas proses penyelidikan dan pembangunan (R&D). Malah, zaman dahulu pasukan jurutera terpaksa mengambil masa yang cukup lama untuk menghasilkan sebuah model tanah liat dengan tangan. Berbanding zaman sekarang yang canggih dan boleh menggunakan kekunci komputer sahaja.

Namun, apa yang ajaibnya kereta zaman dahulu tidak pula kelihatan kelakar bentuknya. Maksud saya, kereta seperti Beetle dan Mini yang boleh lagi dilihat oleh anak-anak moden. Sebabnya, mungkin pereka seperti Sir Alec Issigonis dan Ferdinand Porsche memang lahir sebagai seorang genius.

Kereta Mini adalah satu contoh keajaiban dalam kejuruteraan moden. Ia dianggap sebagai sebuah kereta yang mengubah dunia. Dalam dunia moden, Mini tidak lagi boleh dikeluarkan dengan kos yang sama seperti zaman dahulu.


PAPAN pemuka dan stereng menggunakan material kayu walnut.


Mungkin ideanya diguna pakai dalam banyak keadaan, tetapi untuk menghasilkannya dengan konsep serupa adalah sesuatu yang mustahil. Mungkin boleh. Contohnya, Tata Nano yang dicipta sebagai kereta rakyat yang murah, tetapi ia perlu R&D dan dipasang di India. Kalau dipasang di Jepun, Britain atau Amerika Syarikat, pasti harganya tidak semurah mana.

Bagi peminat Mini, ia memang sebuah kereta yang seronok dipandu untuk kegunaan harian. Bagi mereka yang hendak membeli sebuah kereta kecil dan boleh diharap, kereta tersebut jauh lebih sedap dibawa daripada Perodua Kancil lowered dengan ekzos bising dan bodypart warna lain-lain. Sebelah biru, sebelah hijau, belakang putih, tiba-tiba pula ada pelekat Alagappas, apa hal?

Kalau dahulu kereta sebegini hanya dikumpul oleh mereka yang telah menerima wang pencen, sekarang tidak lagi. Budak-budak muda yang ada kesedaran tidak mahu berhutang dengan Perodua pun sudah ramai beralih kepada Mini.

Kereta ini milik seorang jejaka dari Puchong, Selangor. Tubuh kereta ini dihasilkan sekitar tahun 1980-an dan dipasang dengan enjin bersesaran 1,000cc buatan Britain yang memang sudah tidak berbaloi untuk dibaiki.


RIM aloi Minilite bersaiz 12 inci yang klasik


Enjin 1.3 Jepun

Keistimewaan dunia Mini terletak pada enjin 1.3 Jepun automatik terpakai yang popular itu. Enjin itu pun tidaklah lama sangat sebab dikeluarkan pada tahun 1990-an. Memasukkan enjin 1.3 ke dalam ruang bonet Mini juga sangat senang. Half-cut pun tidak mahal mana.

Baru-baru ini, saya ada tanya satu half cut CKD (sebuah kereta) Mini 1.3 automatik harganya cuma RM6,000. Agak munasabah untuk harga half-cut moden yang mana kepala depan GSR pun boleh sampai RM10,000.

Pemilik jentera ini merestorasi sepenuhnya Mini tersebut dengan membuat semula badan kereta. Seperti biasa, mengikis karat dan kuping-kuping yang bertempek pada badan lama.

Kalau hendak dibandingkan dengan kereta Jepun klasik, Mini memang lebih tahan lama dan lasak binaannya. Lantainya masih utuh kalau dibandingkan dengan lantai Toyota KE70. Kerja-kerja restorasi biasanya tertumpu kepada aspek upholsteri dan mengecat yang biasanya dibuat oleh mereka yang pakar tentang Mini.

Jangan sekali-kali hantar kepada mekanik sebarangan kerana hasilnya belum tentu boleh buat kereta nampak seperti baharu. Sudah banyak contoh saya tengok jenis nak jimat duit hantar ke kedai bawah pokok yang biasanya kerja dia mengecat teksi. Apa hal cat luar dalam baru RM1,000? Belum sampai tiga bulan, rupa kereta sudah macam perabot jati yang terkopek sana sini.

Alat-alat ganti under carriage kereta itu diganti baharu semuanya. Ini termasuklah sistem penyerap hentak dan kon getah (model MKII sebelumnya menggunakan hidrolastik).

Tidak banyak benda sebenarnya kalau hendak pulihkan sebuah Mini yang berkarat untuk jadi cantik macam ini. Kosnya pun tidaklah seperti memulihkan sebuah Capella RX3.

Bahagian dalam kereta itu memang agak luar biasa dengan sepasang tempat duduk L5 Avanzato. Papan pemuka dan stereng dengan material kayu walnut itu memang nampak sepadan.

Pemain cakera padat dan sistem audionya menggunakan unit jenama JVC. Apabila saya memandu ujinya buat sementara waktu, kereta itu memang menyeronokkan kerana posisi pemanduannya yang rendah dan cermin hadapannya besar. Tidak rasa lemas macam pandu Kancil. Inilah kejuruteraan namanya.

Baiklah. Saya sedang memikirkan dengan serius kereta sebegini. Sebenarnya dari dahulu lagi Mini 1.3 automatik ada dalam senarai saya. Harganya juga agak munasabah. Malah, model yang sudah siap seperti ini harganya boleh mencecah berbelas-belas ribu. Dengan nilainya yang tidak pernah jatuh dan senang dijual, macam menarik juga kalau beli sebuah. Betul tak?

TCX pamer rangkaian but 2013

Posted:

TCX pamer rangkaian but 2013

TCX pamer rangkaian but 2013


BUT Jupiter Evo Gore-Tex yang sesuai untuk semua penunggang.
BUT SR-1 untuk perlumbaan.


PENGELUAR kasut but terkemuka Itali, TCX akan mempamerkan produknya pada acara Motorcycle Live bermula akhir bulan ini hingga awal Disember depan di Birmingham, United Kingdom.

TCX itu akan menampilkan penambahan varian but dalam kategori Racing, Touring dan All User.

Varian Racing

But perlumbaan S-R1 baharu mengetengahkan ciri Torsion Control System® (TCS) dan Metatarsal Control System®(MCS) ciptaan TCX. Diperbuat daripada gentian mikro, but itu direka untuk keselesaan dan menawarkan perlindungan maksimum kepada pemakainya.


BUT X-Desert Gore-Tex.


Varian Touring

But X-Desert Gore-Tex direka bagi memenuhi keperluan pasaran motosikal touring. Ia diperbuat daripada kulit sepenuhnya bersama kemasan Gore-Tex, sistem penutupan tiga butang dan alas tapak kaki yang boleh ditukar.

Varian All Users

Varian All Users pula menyaksikan model Jupiter Evo Gore-Tex menggantikan but Jupiter 2 Gore-Tex. Rekaannya telah dinipiskan, selain lebih mencengkam dan tahan lasak. But itu sesuai dipakai pada bila-bila masa termasuklah waktu hujan kerana ia menggunakan membran Gore-Tex. - Newspress

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved