Jumaat, 16 November 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Norliana nafi pura-pura mengandung

Posted:

Norliana nafi pura-pura mengandung

Norliana nafi pura-pura mengandung


NORLIANA bersama suami, Aziz Hussein menunjukkan barangan yang telah dibeli untuk menyambut kelahiran bayi kembarnya
di Kampung Kelut Jabi, Pokok Sena semalam.


POKOK SENA - Norliana Manaf yang mendakwa kandungannya hilang secara misteri pada Isnin lalu menafikan bahawa dia menghidap pseudosiesis iaitu kehamilan palsu kerana dia mendakwa benar-benar mengandung sebelum kandungan itu 'ghaib'.

Norliana, 28, seorang pembantu kedai makan memberitahu, dia tidak mereka-reka cerita mengenai kehamilan itu sebaliknya merasai sendiri pengalaman mengandung termasuk pergerakan kandungan ketika berusia lapan bulan.

Bagaimanapun katanya, terserah kepada orang ramai sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya kerana tiada sebarang makna jika dia berbohong berhubung perkara itu.

"Saya berbelanja lebih RM500 membeli kelengkapan pakaian bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi kembar perempuan, namun sedih apabila ada pihak menyatakan kehamilan saya palsu.

"Buat apa saya berpura-pura mengandung. Selama sembilan bulan saya mengusung perut yang berat tetapi lain pula pandangan orang. Apa pun itu hak mereka, namun tetap dengan pendirian, saya memang hamil," tegasnya ketika ditemui di Kampung Kelut, Jabi di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Norliana kebingungan apabila mendapati bayi kembar berusia sembilan bulan yang dikandungnya didapati hilang secara misteri.

Norliana dari Bukit Jambul, Pulau Pinang mendakwa, kehilangan bayi kembar perempuan itu ketika dia bermimpi dikunjungi lima wanita berjubah semasa tidur di rumah ibunya, Cik Som Endut.

Bagaimanapun, Perunding Obstetrik & Ginekologi (Feto-Maternal) Pusat Perubatan Kedah, Dr. Kamarulzaman Ali berkata, simptom pseudosiesis itu bukan sahaja membabitkan perubahan fizikal malah gangguan mental serta tekanan perasaan.

Katanya, pesakit akan mengalami pertambahan berat badan khususnya di bahagian perut selain tidak datang haid, rasa mual, muntah dan ketegangan perut.

Norliana memberitahu, ketika hamil berat badannya meningkat kepada lebih 50 kilogram (kg) berbanding sebelum itu 40kg.

Hisham pangku tugas KP Kesihatan

Posted:

Hisham pangku tugas KP Kesihatan

Hisham pangku tugas KP Kesihatan

Oleh LUQMAN RIDHWAN
MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my

KERATAN Kosmo! 15 November 2012.


KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar) akan menjalankan tugas-tugas Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman sebagai Ketua Pengarah (KP) Kesihatan untuk sementara waktu sehingga satu keputusan rasmi dibuat mengenainya.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md. Isa berkata, pelantikan Noor Hisham dibuat ekoran penggantungan tugas Hasan selepas beliau terlibat dalam kes khalwat baru-baru ini.

Menurutnya, pihak kementerian telah menerima secara rasmi keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya berhubung kes khalwat yang melibatkan Hasan pada 16 November lalu.

"Pelantikan itu selari dengan peruntukan yang digariskan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) P.U(A) 395/1993 terhadap mana-mana pegawai awam yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan bahawa Hasan yang ditangkap berkhalwat dengan seorang jururawat berstatus isteri orang dan diarahkan membayar denda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Hasan telah didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi Rabu lalu.

Wan Syarifah pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, sebarang bentuk tindakan yang akan dikenakan ke atas Hasan bergantung kepada laporan yang dikemuka kementerian tersebut.

"Sehingga waktu ini, kami belum menerima apa-apa daripada kementerian itu," katanya pada sidang media sebelum menandatangani memorandum persefahaman antara SPA dan agensi pekerjaan Kayell Sdn. Bhd. di sini semalam.

Tindakan saman

Posted:

Tindakan saman

Tindakan saman

Oleh ZULHILMI JALIL
zulhilmi.jalil@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Individu yang dijadikan penjamin tanpa pengetahuan menerusi pemalsuan tandatangan dalam urusan pinjaman bank perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam berkenaan.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid berkata, tindakan saman perlu dibuat kepada peminjam kerana ia tidak melibatkan isu kecuaian pihak bank yang meluluskan pinjaman.

"Prosedur menandatangani perjanjian pinjaman memang kebiasaannya tidak memerlukan penjamin perlu hadir sama.

"Peminjam perlu dapatkan tandatangan penjamin dan saksi sahaja," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes seorang jururawat, Nora Ahmad, 42, di Johor Bahru yang bakal diisytihar muflis berikutan tandatangannya dipalsukan oleh bekas suaminya sendiri yang merupakan seorang doktor.

Ekoran kejadian itu, wanita berkenaan kini diburu pihak bank yang menuntut membayar semula wang pinjaman yang dilakukan oleh bekas suaminya yang kini mencecah RM58,000.

Mohd. Redza Shah mengakui urusan kelulusan pinjaman daripada pihak bank pada masa kini agak mudah terutama jika melibatkan pinjaman peribadi.

"Namun, sekiranya ia melibatkan pinjaman seperti perumahan, surat perjanjian perlu ditandatangani oleh penjamin di hadapan peguam," katanya.

Tambah beliau, dalam kes Nora itu, dia juga boleh menyaman pihak saksi yang tercatat dalam surat perjanjian tersebut sekiranya turut terlibat dalam kes pemalsuan tanda tangan itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved