Khamis, 4 Oktober 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Suami isteri dipenjara kerana pecah amanah

Posted:

Suami isteri dipenjara kerana pecah amanah

04/10/2012 7:11pm

GEORGE TOWN — Seorang bekas Ketua Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat dan suaminya, seorang peguam, masing-masing dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah harta milik Bank Muamalat Bhd cawangan Universiti Sains Malaysia (USM), bernilai RM1.57 juta, tiga tahun lepas.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Aishah Mohamed Rose dan suaminya Johari Ahmad, masing-masing berusia 51 tahun, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes itu.

Selain itu, pasangan suami isteri itu masing-masing turut dikenakan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai RM183,702.63.

Bagaimanapun hakim membenarkan permohonan peguam tertuduh, Md. Yusuf Md. Idris, untuk menangguh pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah turut menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM100,000 kepada RM150,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh.— BERNAMA

Aktiviti pelalian demam campak mulai Oktober

Posted:

Aktiviti pelalian demam campak mulai Oktober

04/10/2012 6:12pm

PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan akan menjalankan aktiviti pelalian measles (demam campak) untuk kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun mulai bulan ini hingga Disember.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, aktiviti itu akan dijalankan di kawasan yang dikenalpasti berisiko tinggi untuk jangkitan measles, khususnya di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak.

"Aktiviti itu akan dijalankan di klinik kerajaan, taska, tadika, pusat jagaan kanak-kanak kerajaan dan swasta serta kawasan kediaman seperti projek perumahan rakyat.

"Tarikh dan tempat aktiviti pelalian akan dimaklumkan menerusi edaran risalah oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat, sekurang-kurangnya seminggu sebelum aktiviti dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian menyasarkan pengurangan penyakit demam campak kepada 28 kes setahun selari dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia agar demam campak dihapuskan dari Rantau Asia Pasifik menjelang akhir tahun 2012.— BERNAMA

Dua lelaki didakwa bunuh warga emas

Posted:

Dua lelaki didakwa bunuh warga emas

04/10/2012 6:00pm

PEKAN — Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pekan di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang warga emas pertengahan bulan lalu.

R. Kaswan, 26, dan Lam Chan Hong, 35, didakwa membunuh Sh. Othman Sh. Bakar, 72, di Kilometer 16 Jalan Pekan-Nenasi pada pukul 1 tengah hari, 15 September lepas.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Sebelum ini akhbar melaporkan kehilangan SH. Othman selepas dipercayai dibawa dua lelaki dengan kereta dari kedai menjual peralatan pembinaan milik mangsa di Taman Peramu Makmur kira-kira 18 kilometer dari lokasi kejadian.

Mangsa dipercayai disamun sebelum dibunuh dan dibuang di kawasan terbabit, kira-kira 100 meter dari jalan utama.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved