Khamis, 4 Oktober 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Karnival Jelajah Sihat Bersama Komuniti 2012 meriah

Posted:

Karnival Jelajah Sihat Bersama Komuniti 2012 meriah

PARA pengunjung bergambar kenangan bersama Halimah (tengah) pada Karnival Jelajah Sihat Bersama Komuniti 2012 Peringkat Daerah Kota Tinggi di Kulaijaya baru-baru ini.


KARNIVAL. Lebih 7,000 orang mengunjungi Karnival Jelajah Sihat Bersama Komuniti 2012 Peringkat Daerah Kota Tinggi di Kulaijaya, Johor baru-baru ini.

Karnival selama dua hari itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan karnival seperti jualan dan pameran kesihatan, pemeriksaan tulang, ujian tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, saringan talasemia serta pemeriksaan gigi secara percuma.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis antaranya Tomok, Black, Angah Raja Lawak dan Kumpulan 2Yol Raja Lawak.

Halimah dalam ucapannya menggesa orang ramai menjauhi amalan tidak sihat bagi mengekalkan kecergasan diri dan keluarga selain sentiasa berusaha mengamalkan diet pemakanan yang sihat.

"Sepatutnya kita jangan ambil ringan soal kesihatan fizikal dan mental. Badan dan mental yang sihat tidak datang dengan sendirinya tanpa kita sedaya upaya berusaha mengamalkan gaya hidup yang baik.

"Misalnya, ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak dengan melatih mereka bersenam, menjaga pemakanan seimbang, belajar menangani tekanan dan berehat secukupnya," katanya.

Bombay Spices buka cawangan restoran ketujuh di Kuching

Posted:

Bombay Spices buka cawangan restoran ketujuh di Kuching

ROSLAN (tengah) menunjukkan lambang 1Malaysia selepas merasmikan restoran Bombay Spices di Jalan Semarak, Kuching baru-baru ini.


BUKA. Restoran masakan India, Bombay Spices mengembangkan lagi perniagaan apabila membuka cawangan baharu yang ketujuh di Jalan Semarak, Kuching baru-baru ini.

Turut dianjurkan pada majlis sama ialah program Komuniti Kepolisan yang dirasmikan Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad yang seterusnya merasmikan pembukaan restoran itu.

Majlis dihadiri kira-kira 100 jemputan terdiri daripada pemimpin setempat dan penduduk sekitar yang disajikan dengan menu menarik.

Antara yang dihidangkan ialah roti canai, nasi beriani, nasi kandar dan kari kepala ikan.

115 kanak-kanak Tadika Homalee terima sijil tamat prasekolah

Posted:

115 kanak-kanak Tadika Homalee terima sijil tamat prasekolah

KANAK-KANAK mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis Konvokesyen Tadika Homalee di Kota Bharu baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 115 kanak-kanak menerima sijil pada majlis konvokesyen sempena sambutan Jubli Perak Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Homalee di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu baru-baru ini.

Guru Besarnya, Faezah Ismail berkata, sejak dibuka pada tahun 1987, kira-kira 5,000 kanak-kanak telah menamatkan pendidikan prasekolah mereka di tadika tersebut.

Katanya, Homalee kerap mengadakan pelbagai program untuk merapatkan lagi hubungan antara murid-murid dan tenaga pengajar seperti aktiviti perkhemahan pengakap dan motivasi sebelum mereka memasuki tahun satu.

"Tadika Homalee berbesar hati kerana masih ramai daripada bekas pelajar yang kini telah dewasa masih menghubungi guru-guru di tadika ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved