Selasa, 2 Oktober 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Culik: Wanita ditahan minta wang tebusan

Posted:

Culik: Wanita ditahan minta wang tebusan

02/10/2012 8:34pm

SHAH ALAM — Seorang wanita yang cuba memperdaya ibunya bahawa dia diculik, dan meminta tebusan RM10,000, ditahan bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel di Taman Tema Genting Highlands, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, polis menahan wanita berumur 20 tahun itu, yang bekerja sebagai jurujual sambilan dan teman lelakinya, seorang penganggur berumur 18 tahun, pukul 11.30 malam.

Kedua-duanya ditahan reman sehingga Sabtu ini.

Polis bertindak setelah menerima laporan daripada sepupu wanita itu pada pukul 4.32 petang hari yang sama, yang melaporkan ibu saudaranya, iaitu ibu mangsa, mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa menculik anak perempuannya dan meminta wang tebusan RM10,000 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun anak perempuannya itu.

"Kedua-dua suspek dipercayai merancang untuk mendapatkan wang dari keluarga mangsa dan menjadikan mangsa sebagai tebusan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, wang tebusan belum lagi diserahkan kepada penculik tersebut. — BERNAMA

Bunuh: Kes 4 pelajar ke Mahkamah Tinggi

Posted:

Bunuh: Kes 4 pelajar ke Mahkamah Tinggi

02/10/2012 8:33pm

PETALING JAYA — Mahkamah Majistret di sini hari ini memindahkan perbicaraan kes empat pelajar kolej swasta yang didakwa membunuh seorang pensyarah wanita dan bapanya, ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah.

Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, Mohamad Sharafe Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa membunuh Zara Eleena, 23, dan bapanya, Omar Peter Abdullah, 56, di sebuah rumah di Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong antara 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mohamad Zul Shahril diwakili peguam Raihana Halmi manakala peguam Aminuddin Mohd Ramli dan Shah Rizal Abdul Manan mewakili Mohamad Sharafe dan Muhamad Safwan. Azizi Aizat pula tidak diwakili peguam. — BERNAMA

Dadah: Remaja antara yang ditahan

Posted:

Dadah: Remaja antara yang ditahan

02/10/2012 6:50pm

KUANTAN — Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun dan kekasihnya yang berusia 23 tahun, ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah di sekitar daerah Temerloh.

Mereka ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pukul 3 petang semalam, di Jalan Pintasan Perindustrian Mentakab.

Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt. Zundin Mahmood, pasangan terbabit ditahan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva dipercayai sedang menunggu pelanggan di kawasan itu.

Hasil pemeriksaan polis ke atas kereta berkenaan, mereka menemui satu beg sandang yang mengandungi 17 peket serbuk putih dan hijau disyaki dadah jenis heroin, seberat 219.9 gram, katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

"Polis turut menemui tiga peket plastik yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 9.90 gram dan semua bahan terlarang itu dibawa masuk dari negeri jiran untuk pasaran di daerah ini," katanya.

Zundin berkata, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,280 dipercayai hasil kegiatan menjual dadah. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved