Kosmo Online |
- Hafizh Syahrin ungguli sesi latihan kedua Moto2
- 2 kereta mewah dilarikan dalam kejadian samun
- Mayat dibungkus dalam plastik dijumpai
Hafizh Syahrin ungguli sesi latihan kedua Moto2 Posted: Hafizh Syahrin ungguli sesi latihan kedua Moto219/10/2012 7:41pm SEPANG — Pelumba "wild card" Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah melakar permulaan baik apabila mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas kedua pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. Beliau mencatat masa dua minit 13.493 saat berbanding 2:09.760s dengan kedudukan ke-24 yang dicatatnya pada sesi latihan pertama. "Saya amat berpuas hati dan gembira kerana tidak pernah dapat tempat pertama, menjadi tumpuan orang dan memberi saingan kepada pelumba lain lebih-lebih lagi berlumba ketika hujan. "Ada sedikit perubahan pelarasan tadi. Masa sesi pertama, mekanik telah buat pelarasan untuk keadaan litar kering dan ketika sesi kedua dengan keadaan hujan, kita tiada masa untuk buat banyak perubahan pelarasan suspensi, cuma ada ubah sedikit sahaja dan aksi saya lebih baik pada pertengahan sesi itu," kata pelumba Petronas Raceline Malaysia itu kepada pemberita di Pusat Media, di sini. Sesi latihan bebas kedua selama 45 minit bagi kelas Moto2 agak terjejas selepas hujan lebat di kawasan litar. Hafizh Syahrin berkata, beliau menyasarkan untuk berada pada kedudukan terbaik pada perlumbaan sebenar Ahad ini.- BERNAMA |
2 kereta mewah dilarikan dalam kejadian samun Posted: 2 kereta mewah dilarikan dalam kejadian samun19/10/2012 6:48pm MELAKA — Dua buah kereta mewah jenis Porsche Panamera dan BMW 5 Series dilarikan enam lelaki dalam satu kejadian samun dan pecah rumah di sebuah rumah banglo milik seorang ahli perniagaan di Jalan Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi Rabu lepas, dua daripada lelaki terbabit yang memakai topeng dan bersenjatakan parang masuk melalui pintu belakang banglo dua tingkat tersebut sebelum mengancam pembantu rumah yang sedang mengemas di bahagian dapur. Beliau berkata, ahli perniagaan berumur 50-an yang terdengar bunyi bising kemudian pergi ke dapur, namun diserang dua lelaki terbabit di kepala dengan objek tumpul. "Kesemua penjenayah terbabit kemudian mengambil beberapa barang berharga seperti barang kemas, jam tangan, telefon bimbit dan beg duit serta melarikan dua buah kereta mewah yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM1.5 juta," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka di sini, hari ini.— BERNAMA |
Mayat dibungkus dalam plastik dijumpai Posted: Mayat dibungkus dalam plastik dijumpai19/10/2012 6:33pm ALOR SETAR — Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat asing ditemui dalam satu bungkusan plastik di Kilometer 65 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, hari ini. Mayat lelaki berusia 40-an itu dijumpai oleh seorang pekerja kontrak yang sedang memotong rumput di kawasan itu pada pukul 10.50 pagi. Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Abdul Aziz Ahmad berkata, mayat itu dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap iaitu berbaju dan berkain sarung serta terdapat bantal dan tilam nipis dalam bungkusan itu. "Pekerja kontrak itu ternampak kaki mayat dan terus membuat laporan polis. Berdasarkan keadaan mayat yang tidak berbau, kami percaya lelaki itu mati dalam tempoh 24 jam yang lalu. "Kami masih berusaha mengesan identiti mayat kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai. Tiada kesan cedera atau darah pada mayat itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.— BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan