Kosmo Online |
- Lelaki terjatuh ketika berkayak ditemui lemas
- Produk pelangsing mengandungi racun dirampas
- UIAM cipta kereta elektrik mesra alam
Lelaki terjatuh ketika berkayak ditemui lemas Posted: Lelaki terjatuh ketika berkayak ditemui lemas18/10/2012 6:24pm IPOH — Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika berkayak di sebuah sungai di Ulu Kinta di sini semalam ditemui mati lemas hari ini. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alis berkata, mayat L. Sarithan, 22, berasal dari Silibin ditemui tersangkut di celah batu di sungai berkenaan pada kira-kira 7.30 pagi ini, kira kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan jatuh. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, Sarithan dilaporkan terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika menunjukkan cara-cara berkayak kepada sekumpulan remaja di sungai itu pada kira-kira 8 malam tadi.— BERNAMA |
Produk pelangsing mengandungi racun dirampas Posted: Produk pelangsing mengandungi racun dirampas18/10/2012 5:45pm PETALING JAYA — Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Selangor merampas 120 kotak produk pelangsing bernilai RM13,680 kerana mengandungi racun 'sibutramine' yang membahayakan kesihatan daripada sebuah premis perniagaan di sini. Timbalan Pengarah Farmasi (Kuatkuasa) jabatan itu, Jaafar Lassa berkata, selepas mendapat aduan daripada orang ramai, pihaknya bertindak menyerbu premis perniagaan tersebut yang beroperasi di Mutiara Damansara pada 2 petang tadi. Beliau berkata, pihaknya mendapati produk itu, yang boleh menyekat selera makan dan jika diambil berlebihan boleh menyebabkan serangan jantung, dijual dengan harga RM90 sekotak. "Produk itu didakwa mendapat sambutan kerana terbukti boleh menurunkan berat badan dalam masa yang singkat," katanya. Jaafar juga berkata, sebelum ini, pihaknya sudah mengambil sampel produk itu untuk pemeriksaan di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan mendapati ia mengandungi sibutramine dan tidak berdaftar dengan Jabatan Kesihatan Malaysia.— BERNAMA |
UIAM cipta kereta elektrik mesra alam Posted: UIAM cipta kereta elektrik mesra alam18/10/2012 5:31pm KUALA LUMPUR — Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melakar sejarah apabila mencipta kereta mesra alam berkuasa elektrik sepenuhnya tahun ini. Kira-kira 27 pensyarah dan penuntut universiti itu, yang menghasilkan kenderaan berinovasi itu dalam masa 10 bulan sejak awal tahun ini, muncul juara dalam pertandingan Proton Green Mobility Challenge 2012 yang dianjurkan buat julung kali di negara ini. Pelajar Sarjana Kejuruteraan Automotif UIAM yang juga peserta projek itu Ahmad Hilmi Khalid berkata, inovasi bagi penghasilan kereta itu menggunakan teknologi hijau baharu dan pertama di negara ini iaitu Sistem Penyejukan Bateri untuk kereta elektrik. "Kereta ini tidak perlukan petrol dan gas sebab ia mengguna kuasa elektrik sepenuhnya. Bateri perlu dicas dalam tempoh tiga jam setengah dan boleh digunakan antara 70 dan 100 kilometer," katanya. Menurutnya, kelebihan kereta itu ialah ia sifar bunyi dan asap kerana tidak menggunakan enjin. —BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan