Kosmo Online - Negara |
Posted: Mati dihempap konkrit 40 tanOleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
SHAH ALAM – Sekumpulan enam buruh Indonesia yang sedang melakukan kerja-kerja ubah suai di sebuah banglo mewah bernilai hampir RM4 juta bernasib malang apabila salah seorang mereka maut manakala bakinya cedera parah apabila bumbung konkrit seberat 40 tan kediaman tersebut tiba-tiba runtuh. Kejadian pukul 4.20 petang semalam di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7 di sini itu berlaku ketika kesemua buruh berkenaan sedang melakukan pengubahsuaian di bahagian dalam serta aras atas banglo dua tingkat tersebut. Ekoran runtuhan itu, kesemua mangsa terperangkap di bawah timbunan konkrit hampir 40 minit. Difahamkan, banglo enam bilik itu dipercayai milik seorang ahli perniagaan. Ia diubah suai untuk menambah bilik surau di tingkat atas dan membuat kolam mini di aras bawah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Datuk tidak maafkan pembunuh cucu Posted: Datuk tidak maafkan pembunuh cucuBATU PAHAT - "Wak tak akan maafkan dia sampai bila-bila."Demikian luahan datuk kepada bayi malang berusia lapan bulan, Nur Irsyafida Balkis Abdul Azim yang meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya Selasa lalu. Datuk kepada bayi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Ashak, 71, berkata, sesiapa pun tidak akan dapat memaafkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. "Wak tidak faham, mengapa ada manusia tergamak berbuat demikian kepada anak comel sekecil itu," luahnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Kelambu, Peserai di sini semalam. Menurut Mohd. Ashak, dia menjaga arwah cucunya itu sejak mangsa berusia dua bulan. "Dia jantung hati kami sekeluarga yang menceriakan rumah ini," ceritanya sedih. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Isteri rayu suami dibebaskanOleh MULLER ASEN MAESAROH dan tiga anaknya menatap potret perkahwinannya dengan Salleh di Kuching semalam. KUCHING - Seorang isteri merayu Kementerian Luar membantu membebaskan suaminya yang kini ditahan di sebuah penjara di Pontianak, Kalimantan Barat sejak hampir empat bulan lalu atas tuduhan memperdagangkan manusia. Maesaroh Siti, 27, membuat rayuan tersebut memandangkan dakwaan yang dikenakan ke atas suaminya, Salleh Rambli, 44, adalah tidak benar sama sekali. Dakwanya, sejak ditahan di penjara tersebut selama 114 hari, suaminya yang merupakan pengusaha restoran sentiasa diugut dan dipukul sekumpulan banduan bagi mendapatkan wang. "Saya merayu kepada Kementerian Luar supaya membantu suami saya supaya dapat pulang ke negara ini kerana dia tidak bersalah. Anak-anak juga merinduinya. "Saya buntu memikirkan nasibnya kerana sejak tahanan reman dilanjutkan enam kali, dia sering diancam dan dipukul banduan lain. "Beberapa hari lalu, saya dapat bercakap dengannya dan saya dapat dengar nada suaranya dalam ketakutan," ceritanya kepada Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan