Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Anggota JPAM berhimpun di Kuala Kubu Bharu
- Nelayan ceria terima wang bantuan
- Calon SPM sertai Program Smart
Anggota JPAM berhimpun di Kuala Kubu Bharu Posted: Anggota JPAM berhimpun di Kuala Kubu Bharu![]() ABU SEMAN (dua dari kiri) memeriksa perbarisan pada majlis penutup Himpunan JPAM ke-18 di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini. BERBARIS. Seramai 1,152 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dari seluruh negara menyertai Himpunan JPAM ke-18 di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini. Perhimpunan selama empat hari itu yang bertemakan 'JPAM Transformasi 60 Tahun ke Arah Gelombang Himpunan Kesukarelaan' dipenuhi dengan pelbagai siri latihan dan ceramah sebagai persediaan untuk melaksanakan kerja-kerja sukarela termasuk bantuan kecemasan. Majlis penutup perhimpunan itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Turut hadir Ketua Pengarah JPAM, Datuk Sulaiman Keling. |
Nelayan ceria terima wang bantuan Posted: Nelayan ceria terima wang bantuan![]() KARUPPANAN (kiri) bersama sebahagian nelayan yang menerima bantuan sara hidup di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini. BANTUAN. Seramai 36 nelayan kawasan Ujong Batu, Bagan Dalam, Butterworth, Pulau Pinang menerima bantuan sara hidup berjumlah RM200 pada majlis ringkas yang diadakan di dewan kampung itu baru-baru ini. Majlis penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam, M. Karuppanan. Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Ujong Batu, Alias Othman berkata, bantuan tersebut besar ertinya kepada para nelayan kerana dapat meringankan beban kewangan mereka. "Kami berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang prihatin dengan kebajikan para nelayan yang kadangkala terpaksa berhadapan dengan saat susah terutama jika hasil tangkapan berkurangan," ujarnya. |
Calon SPM sertai Program Smart Posted: Calon SPM sertai Program Smart![]() SEBAHAGIAN calon SPM bergambar kenangan selepas menyertai program Smart Jawab SPM 2012 di SMK La Salle, Kota Kinabalu baru-baru ini. PERSEDIAAN. Seramai 250 pelajar tingkatan lima di seluruh Kota Kinabalu menyertai Program Smart Jawab Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Kota Kinabalu baru-baru ini. Program dua hari anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Putatan itu bertujuan mendedahkan para pelajar mengenai teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan SPM. Ketua Pemuda UMNO Putatan, Shahelmey Yahya berkata, program itu juga bertujuan meningkatkan tekad dan iltizam para pelajar untuk memperoleh keputusan cemerlang. Antara calon SPM yang turut terlibat dalam program berkenaan termasuk daripada SMK Putatan, SMK Tansau dan SMK Pulau Gaya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan