Rabu, 19 September 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Telefon mudah alih ECG kesan masalah jantung

Posted:

Telefon mudah alih ECG kesan masalah jantung

19/09/2012 7:41pm

KUALA LUMPUR - Bagi seramai lima juta penduduk Malaysia dalam kategori risiko tinggi, mempunyai telefon mudah alih dengan ciri elektrokardiogram (ECG) untuk mengesan masalah jantung pada peringkat awal boleh menyelamatkan nyawa.

Melalui pengesanan awal, mereka boleh mendapatkan nasihat perubatan segera sebelum keadaan menjadi serius yang menyebabkan kematian mengejut akibat kegagalan jantung berfungsi.

Telefon mudah alih yang dilengkapkan dengan pengesan untuk menjalankan ECG boleh menjadi penyelamat nyawa terutamanya bagi perokok, pengidap penyakit kencing manis serta mereka yang mempunyai paras kolestrol dan tekanan darah yang tinggi termasuk eksekutif yang sentiasa sibuk.

Heartronics Sdn. Bhd., dalam satu perkongsian dengan Maxis Bhd., dan Pantai Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini memperkenalkan "EPI Life" yang dikatakan merupakan peranti pemantauan ECG pertama di dunia yang memasukkan keupayaan ECG dalam sebuah telefon mudah alih.

EPI Life dicipta dan dibangunkan oleh EPI Mobile Health Solutions (S) Pte Ltd (EPI) untuk menyediakan hubungan penting antara seorang pesakit dengan profesional perubatan dan membolehkan masalah jantung dikesan pada peringkat awal. - BERNAMA

Petugas swasta dakwa dicabul pembantu perubatan

Posted:

Petugas swasta dakwa dicabul pembantu perubatan

19/09/2012 7:34pm

DUNGUN - Seorang petugas syarikat swasta mendakwa dicabul oleh seorang pembantu perubatan ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa yang berusia 24 tahun pergi ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami sakit di bahagian dada sebelum seorang pembantu perubatan lelaki tampil memeriksa dan memberi rawatan.

Difahamkan pembantu perubatan yang menyamar sebagai doktor klinik itu memeriksa dada pesakit hingga ke bawah sebelum menyuruh mangsa membuka seluar dan kemudian mencabulnya.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan itu terus menampar muka pembantu perubatan yang berusia 20-an itu sebelum menyarung kembali seluarnya dan melarikan diri untuk membuat laporan polis.

Namun begitu, bimbang rahsianya terbongkar, suspek sempat memberi sebuah telefon jenama Blackberry kepada mangsa supaya tidak membongkar rahsia itu.

Mangsa kemudiannya mengambil telefon tersebut dan membuat laporan polis pada kira-kira pukul 9.15 malam di Balai Polis Dungun. - BERNAMA

Tanah runtuh di Batu Ferringhi

Posted:

Tanah runtuh di Batu Ferringhi

19/09/2012 2:41pm

GEORGETOWN - Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak pukul 2.30 pagi ini mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Mohamad Noor Ismail berkata, kejadian tanah runtuh pada pukul 8.40 pagi itu turut menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merentangi Jalan Batu Feringghi.

"Kita sudahpun membersihkan laluan yang terlibat dengan bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan keadaan dilaporkan terkawal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, petugas bahagian penyelenggaraan JKR yang nyaris dihempap pokok, Suhaimi Samsudin, 44, berkata, pada mulanya beliau dan petugas lain mendapat arahan untuk membersihkan tanah runtuh di Jalan Lembah Permai.

Katanya, dalam perjalanan ke Jalan Lembah Permai secara kebetulan beliau melihat kejadian tanah runtuh kecil di Batu Feringghi.

"Pada mulanya tanah runtuh sikit sahaja jadi kami buat keputusan untuk bersihkan kawasan itu dahulu.

"Sedang kami bekerja, kebetulan ada bas pelancong yang lalu di situ, jadi saya dari jauh lagi, lari tahan bas berkenaan dan beberapa minit selepas saya dan rakan tinggalkan lokasi itu berlaku lagi sekali tanah runtuh diikuti pokok tumbang," katanya.

Bagaimanapun, beliau bersyukur nyawanya dan puluhan penumpang warga asing yang menaiki bas pelancong itu selamat. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved