Isnin, 27 Ogos 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Bakal graduan Besut sambut hari raya

Posted:

Bakal graduan Besut sambut hari raya

IDRIS (depan, tengah) bersama bakal pelajar IPT pada Majlis Pemimpin Bersama Bakal Mahasiswa Dan Mahasiswi di Jerteh, Terengganu baru-baru ini.


BAKAL GRADUAN. Majlis Pemimpin Bersama Bakal Mahasiswa Dan Mahasiswi diadakan di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, Terengganu baru-baru ini.

Majlis anjuran Ketua UMNO Bahagian Besut yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh itu turut diadakan sempena menyambut hari raya bersama bakal pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari daerah berkenaan.

Seramai 326 orang bakal pelajar IPT hadir bersama ibu bapa masing-masing.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jabi, Ramlan Ali, Timbalan Pegawai Pelajaran Besut, Ab. Halim Hassan dan beberapa pengetua sekolah menengah di Besut.

5,000 hadir rumah terbuka Ahli Parlimen Pasir Salak

Posted:

5,000 hadir rumah terbuka Ahli Parlimen Pasir Salak

TAJUDDIN (tiga dari kanan) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Pasir Salak, Perak baru-baru ini.


MERIAH. Lebih 5,000 orang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Pasir Salak di Mini Arena Square, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, penganjuran majlis tersebut bertujuan merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

"Saya gembira suasana aman dan damai di negara ini membolehkan kita tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama bergembira meraikan kemeriahan Aidilfitri," katanya.

Selain dihidangkan dengan pelbagai masakan enak, kanak-kanak turut menerima sumbangan duit raya daripada Tajuddin.

Warga emas Darul Hanan berlebaran sesama sendiri

Posted:

Warga emas Darul Hanan berlebaran sesama sendiri

SEBAHAGIAN warga emas memakan juadah sempena hari raya di Pondok Orang Tua Darul Hanan, Tumpat, Kelantan baru-baru ini.


SAMBUT RAYA. Hari lebaran disambut gembira oleh umat Islam terutama kepada kanak-kanak termasuk anak-anak yatim.

Bagaimanapun, hari lebaran juga turut disambut di rumah orang-orang tua dengan penganjuran majlis Hari Raya Aidilfitri.

Bagi penghuni warga emas di Pondok Orang Tua Darul Hanan, Lambor, Tumpat di Kelantan mereka bersama-sama menyambut hari raya sesama sendiri.

Sumbangan wang ringgit dan juadah yang diterima daripada pihak pengurusan rumah orang tua, saudara-mara dan orang ramai dinikmati secara sederhana.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved