Isnin, 27 Ogos 2012

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tak buat rumah terbuka

Posted:

Tak buat rumah terbuka

ENGGAN membazir dan berlebih-lebih membuat persiapan raya. Itu tekad pemilik nama Natasha Sheila Abdul Razak, 25, atau Tasha Shila yang menyambut lebaran tahun ini secara ala kadar dan bersederhana.

Namun, dia membeli empat pasang baju raya tahun ini demi memenuhi acara rumah terbuka dan beberapa jemputan lain.

"Saya beli empat pasang baju raya tahun ini, dan dalam masa sama saya ingin memberikan sokongan kepada pereka fesyen yang sudi menaja saya untuk menghadiri beberapa majlis sebelum ini.

"Raya tahun ini menjadi giliran saya untuk membalas jasa baik mereka dengan menempah beberapa helai baju daripada pereka fesyen kegemaran saya," katanya penuh semangat.

Tidak merancang untuk membuat rumah terbuka bagi meraikan peminatnya sempena kedatangan Syawal tahun ini, kata Tasha, dia ingin berehat dan sekadar memenuhi undangan rumah terbuka rakan-rakannya.

Bukan tidak mahu meraikan kehadiran tetamu, tetapi Tasha mengakui dirinya sudah kepenatan sepanjang Ramadan kali ini.

"Sepanjang Ramadan tahun ini pun saya sudah penat berniaga biskut raya, emak saya pun agak penat berniaga makanan.

"Hari raya tahun ini giliran kami mengunjungi rumah saudara-mara dan sahabat handai menikmati juadah yang dihidangkan," ujar Tasha.

Biskut raya

Selain sibuk dengan penggambaran telefilem Pulut Kacang Meriam Kabat yang telah ditayangkan pada hari raya pertama lalu, bulan Ramadan Tasha diisi dengan aktiviti menjual biskut raya.

"Pada sebelah siang saya sibuk di set penggambaran, sebelah malam pula sibuk berniaga di Kampung Baru. Bisnes biskut raya itu usahasama bersama ibu saudara saya. Alhamdulillah, tak menang tangan juga tahun ini," singkapnya lega tentang penjualan Gemilang Tasha Shilla Cookies.

Berkongsi cerita rutin raya, seperti kebiasaan pada pagi Syawal, pelakon drama Gemilang itu telah menziarahi pusara arwah datuknya di Semerah, Batu Pahat, Johor.


TIDAK mengadakan rumah terbuka, Tasha sebaliknya 'menyerbu' rumah saudara dan rakan terdekat sepanjang Syawal ini.


Kemudian, seharian sambutan raya dilunaskan dengan menziarahi saudara-mara yang berada di Kulai, Johor.

"Biasanya pada malam raya kebanyakan sepupu saya akan berkumpul di rumah saya di Kulai dan memasak juadah untuk keesokan harinya.

"Kalau sudah berkumpul ramai-ramai akan banyak cerita untuk dikongsi dan biasanya satu keluarga akan tidur lambat atau berjaga sampai esok pagi," ceritanya.

Ungkap Tasha lagi, juadah raya kegemarannya adalah rendang daging dan lemang. Selain hidangan wajib pagi raya iaitu ketupat, kuah kacang dan lodeh yang dimasak oleh ibu saudaranya menjadi menu wajib.

Bintang filem Ratu The Movie itu juga memberitahu, dia tidak akan melepaskan peluang menikmati kuih tart, almond london dan tempeyek sepanjang lebaran.

Terjun parit

Memilih momen indah menyambut raya dalam hidupnya, kata Tasha, dia masih sukar melupakan kenangan beraya ketika berusia sembilan tahun di kampungnya, di Batu Pahat, Johor.

"Banyak pengalaman lucu yang tidak boleh saya lupakan terutama ketika zaman kanak-kanak. Antara yang mencuit hati sampai sekarang apabila hari raya pertama, saya terjun parit dengan berpakaian raya.

"Ketika itu cuaca sangat panas dan setelah seharian beraya badan pun jadi melekit dan berpeluh. Kebetulan ada parit berdekatan rumah, jadi tanpa menunggu lama saya dan sepupu terjun ke dalam parit itu.

"Balik rumah kena marah dengan mama dan ketika itu juga saya kena rotan. Baju sudah basah dan kotor," ceritanya bersulam tawa.

Tidak sah jika zaman kanak-kanak beraya tanpa mercun atau bunga api. Bagi Tasha, dia lebih gemar bermain bunga api biarpun nampak sedikit kasar bagi budak perempuan.

"Zaman kecil-kecil dahulu saya suka bermain mercun. Pernah sekali saya tersilap baling dan mercun itu melantun balik ke arah saya dan meletup.

"Kesannya, sampai hari ini parut akibat bermain mercun itu melekat di tapak kaki saya. Itu perkara paling nakal pernah saya lakukan," tambahnya.

Emosi raya Scha, Awal

Posted:

Emosi raya Scha, Awal

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


AWAL ASHAARI buat pertama kali menjejakkan kaki ke kampung halaman isterinya, Scha Al-Yahya pada hari raya tahun ini di Sungai Petani, Kedah.


PASANGAN selebriti yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Mei lalu, pengacara popular Awal Ashaari dan aktres Scha Al-Yahya mengakui cukup teruja biarpun sebelum ini dilanda debaran tatkala meraikan Aidilfitri buat pertama kalinya sebagai pasangan suami isteri.

Jelas Scha, suaminya menjejakkan kaki buat pertama kalinya di kampung halaman keluarganya di Sungai Petani, Kedah, pada hari raya kedua yang lalu untuk bertemu saudara-mara selepas meraikan 1 Syawal di Subang, Kuala Lumpur.

"Awal tidak pernah lagi menjejakkan kaki di kampung saya, jadi raya ini saya telah bawa dia meronda dari satu rumah ke rumah saudara-mara saya untuk mengeratkan lagi silaturahim kerana bukan semua saudara dapat hadir pada majlis perkahwinan kami sebelum ini," kata Scha yang merupakan pelakon filem Awan Dania The Movie itu.

Sambung Scha, sebenarnya sebelum ini hatinya berdebar-debar ekoran pertama kali dia beraya di rumah keluarga Awal.

"Berdebar-debar juga sebab budaya keluarga saya dan keluarga Awal agak berbeza. Keluarga Awal lebih konservatif, manakala keluarga saya lebih terbuka. Pertembungan budaya itu membuat saya harus belajar menyesuaikan diri, tetapi dalam masa yang sama saya seronok sebab dapat membuat persiapan raya bersama suami," luah Scha yang muncul dalam program Mega Raya Astro sempena Aidilfitri.

Awal pula memberitahu, raya tahun ini sangat berbeza kerana jika sebelum ini dia hanya melakukan persiapan raya untuk diri sendiri sahaja.

Namun, tahun ini segala persiapan harus dilakukan secara berdua. Jika mahu membeli sesuatu, Awal harus mendapatkan persetujuan Scha terlebih dulu kerana cita rasa mereka dalam menghias rumah agak berbeza.

"Sebelum ini rumah saya hanya dilatari warna putih daripada dinding hingga ke perabot. Selepas berkahwin, sempena raya, Scha telah membeli langsir berwarna-warni kerana selama ini rumah saya tidak pernah ada langsir. Biasalah lelaki, mana suka pasang langsir.

"Tidak hanya langsir, rumah saya yang tidak pernah ada bunga, tetapi kini bak taman bunga. Scha sukakan bunga di rumah, katanya cantik dan rumah nampak hidup. Mahu tidak mahu, saya ikutkan sahaja kerana rumah saya adalah rumah isteri saya juga," tutur Awal dalam tawa.

Disoal apakah menu utama raya yang telah dihidangkan oleh isteri tercinta, Awal memberitahu, dia telah menikmati roti kercha yang merupakan makanan tradisi keluarga Scha.

"Setahu saya, Scha tidak pandai masak rendang, tetapi saya paling sukakan roti kercha yang dicicah dengan kari ayam dan roti kercha masakan Scha memang sangat sedap.

"Selain itu, saya tidak kisah makan apa sahaja. Biasalah makanan musim raya, cuma saya tidak makan nasi sangat, jadi agak senang untuk Scha masak apa-apa sahaja makanan kecuali yang ada nasi," katanya.

Bercakap tentang baju raya pula, kata Awal selalunya dia jarang mengikuti warna tema seperti sesetengah keluarga, tetapi segala persiapan pakaian raya tahun ini telah disiapkan oleh Scha.

"Tiga helai baju raya saya semuanya sedondon dengan Scha, jadi dari jauh orang sudah tahu kami merupakan pasangan suami isteri," cerita Awal disulami canda tawa tanda bahagia.

Kekayaan David Beckham

Posted:

Kekayaan David Beckham

KACAK dan tangkas di padang bola ternyata membuat nilai diri David Beckham melambung tinggi. Selain menerima bayaran yang cukup lumayan menerusi pekerjaan sebenarnya sebagai pemain bola sepak kelab LA Galaxy dengan bayaran sekitar RM7 juta sebulan, Beckham memperoleh pendapatan luar biasa sebagai duta beberapa produk.

Menurut laporan, dengan hanya menjadi model iklan dan duta produk untuk jenama Armani, Adidas, Samsung dan Diet Coke pada tahun lalu, Beckham berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM60 juta.

Malah Beckham turut berkongsi pendapatan lumayan bersama isterinya, Victoria melalui wangian ciptaan mereka serta jenama yang dijual di bawah payung H&M.

"Jumlah pendapatan lumayan yang diperoleh oleh Beckham membuktikan bahawa dia masih popular, berkuasa, berpengaruh dan kuat untuk dijadikan model atau duta produk. Malah untuk tahun ini, pendapatan Beckham dijangka menjadi lebih tinggi walaupun ramai yang berpendapat kariernya sebagai pemain bola sepak sudah hampir berkubur," ujar seorang sumber kepada The Sun.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved