Khamis, 15 Disember 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Marcahuamachuco tumpuan arkeologi

Posted:

Marcahuamachuco tumpuan arkeologi

Marcahuamachuco tumpuan arkeologi

SUASANA di dalam Stadium Benfica di Lisbon, Portugal bertukar menjadi riuh-rendah sebaik seorang warga Peru berpakaian tradisional menunjukkan anugerah yang dimenangi Machu Picchu ke langit.

Sebagai tanda berterima kasih, dia merapatkan tapak tangannya dan menunduk hormat ke arah 50,000 penonton yang hadir menyaksikan acara Tujuh Keajaiban Dunia 2007.

Pastinya momen itu terpahat kemas dalam memori masyarakat Peru sehingga kini. Pengiktirafan yang diperoleh oleh industri pelancongan Amerika Selatan itu secara tidak langsung memberi impak positif kepada Peru. Buktinya, pada tahun 2010, statistik pelancongan Peru mencatat peningkatan sebanyak 12 peratus atau 2.9 juta pelancong.

Faktor utama kebanjiran pelancong ke Peru yang mencapai kemerdekaan pada 28 Julai 1821 itu adalah untuk menikmati keindahan Machu Picchu. Kota sejarah yang ditemui pada tahun 1991 itu terletak di puncak pergunung Andes yang suatu ketika dahulu didiami oleh bangsa Inca.

Kebanyakan pakar sejarah mendakwa bangsa Inca telah membina empayar terbesar di rantau Amerika itu antara tahun 1400 dan 1531. Kemungkinan bangsa Inca mendapat inspirasi daripada tamadun Wari untuk membina kubu Machu Picchu dan membangunkan sistem politik mereka. Tamadun Wari memiliki zaman kegemilangan di Andes antara tahun 700 hingga 1200.

Sehingga ke hari ini, pakar sejarah dan arkeologi masih tercari-cari jawapan misteri tentang kehilangan bangsa Inca. Belum pun selesai isu tersebut, kini kerajaan Peru mengejutkan dunia dengan berita sebuah lagi kompleks peninggalan purba yang berusia 1,600 tahun.

Enggan membiarkan kota Marcahuamachuco yang berpangkalan di utara Andes itu rosak dan hilang nilai-nilai sejarahnya, kerajaan Peru mengambil inisiatif dengan melancarkan proses memulihara. Sebahagian besar harta arkeologi dan artifak yang terdapat di kompleks purba di kawasan gunung seluas 240 hektar itu telah dicuri.

Bagaimanapun, struktur bangunan, dinding batu setinggi di antara 10 hingga 15 meter, galeri dan sebuah tempat ibadah masih kukuh meskipun persoalan yang sama menjadi perbincangan dalam kalangan pakar sejarah. Seperti Machu Picchu, Marcahuamachuco turut mempunyai sisi misteri yang perlu dirungkaikan.


PAKAR sejarah dan arkeologi masih tercari-cari jawapan misteri tentang kehilangan bangsa Inca.


Kubu perlindungan

Memandangkan ia sebuah kawasan pergunungan dan jauh dari bandar, pakar sejarah tertanya-tanya siapakah penduduk di kawasan itu? Apakah yang mendorong mereka untuk tinggal di sana?

Menurut pakar arkeologi yang dilantik kerajaan Peru bagi mengetuai proses pemuliharaan, Cristian Vizconde, kompleks itu dibina seperti sebuah kubu bagi mengelakkan ia diserang dan dijajah.

"Marcahuamachuco menjadi tumpuan ahli arkeologi sejak tahun 1900. Disebabkan sebahagian kawasan itu telah tertimbus, maka ia menyukarkan proses mencari kedudukan sebenar tapak purba.

"Kita masih belum mengenal pasti budaya masyarakat di Marcahuamachuco apatah lagi asal-usul mereka. Cuma yang dapat dipastikan setakat ini ialah struktur dan dinding batu yang dibina sekitar tahun 350 dan 400 Masihi," jelas Vizconde.

Pada bulan Oktober tahun 2010, proses pemuliharaan bertambah baik apabila pihak Peru bekerjasama dengan sebuah badan yang melindungi tapak warisan budaya dunia, Global Heritage Fund (GHF) melakukan kerja-kerja pembersihan secara besar-besaran.

"Tempat ini telah dikosongkan tetapi terdapat beberapa petugas sedang melakukan analisis dengan bantuan GHF," terang Vizconde yang turut menambah pertemuan sembilan buah kubur lama baru-baru dapat membantu merungkai lebih banyak rahsia dan misteri yang dicari selama ini.

Dalam usaha kerajaan Peru menjadikan Marcahuamachuco sebagai tarikan pelancongan terbaharu di Peru, sejumlah dana disediakan untuk aktiviti mengkaji dan memulihara.

Matlamat utama kerajaan Peru ialah supaya kota purba itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Paling menarik perhatian saya ialah rekaan bangunannya yang terbuka luas. Seolah-olah ia menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa pembinaan bangunan itu untuk menunjukkan kekuatan dinasti era tersebut," jelas perunding GHF, John Hurd yang berharap pelancongan Peru bertambah baik dengan adanya Marcahuamachuco.

Lubuk pekerjaan


PETA yang menunjukkan kawasan-kawasan yang memiliki nilai sejarah yang tinggi di Peru.


Industri pelancongan banyak membuka lubuk pekerjaan dan mengembalikan semula perhatian pada khazanah purba yang hampir musnah. Di kawasan berkenaan terdapat lebih 300 tapak arkeologi yang semakin terancam dek perlombongan emas tidak formal.

Datuk Bandar Luis Alberto Rebaza bagi daerah Huamachuco yang didiami 150,000 penduduk menyatakan, kawasan tersebut mempunyai nilai-nilai tarikan pelancong.

"Ia membuka peluang terbaik kepada penduduk," tutur Rebaza.

Selain itu, pihak kerajaan Peru turut menjalankan kerja-kerja pembinaan jalan raya yang menghubungkan di antara Marcahuamachuco dan Trujillo iaitu bandar ketiga terbesar di bahagian utara Peru.

Kubur lama

Sementara itu, pakar arkeologi dari Kanada Topic John dan Theresa Lange-Topic yang mengkaji kompleks Marcahuamachuco percaya, para penduduk mula meninggalkan kota tersebut pada abad ke-13 tetapi punca mengapa mereka pergi masih belum diketahui.

Kumpulan arkeologi menyifatkan sembilan buah kubur lama yang ditemui di dinding tebal bangunan itu merupakan kubur orang bangsawan.

Dalam pada itu, pakar struktur arkeologi Julio Vargas melahirkan rasa kagum dengan saiz bangunan itu. Vargas memuji kerja-kerja mencantumkan batu-batu dinding sehinggakan struktur bangunan kota purba tersebut kukuh berabad lama meskipun terdedah pada hujan dan ribut.

Secara tidak langsung situasi itu menunjukkan betapa betapa peritnya kerja-kerja pembinaan pada zaman lampau kerana tidak dibantu dengan sebarang bantuan jentera atau perkakasan moden seperti hari ini.

Menyentuh mengenai peranan pakar arkeologi dalam memulihara khazanah lama, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, Pakar Prasejarah Akademi Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berpendapat, lazimnya pakar arkeologi menjalankan proses cari gali dan pemuliharaan terhadap tapak purba yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

"Pencari harta karun tugasnya mencari harta manakala orang sejarah dan arkeologi cenderung kepada pencarian barang atau kawasan sejarah yang boleh memberi kepentingan kepada negara, bangsa dan budaya.


DIANGGARKAN Machu Picchu menerima 500, 000 kunjungan pelancong pada setiap tahun.


"Inilah yang berlaku di kota purba Marcahuamachuco, pakar arkeologi bertungkus-lumus mengkaji kawasan berkenaan. Sedikit sebanyak hasil kajian yang diperoleh secara tidak langsung memberi nilai tambah pada masyarakat dan negara Peru," terang Nik Hassan ketika dihubungi Kosmo!.

Tambah Nik Hassan, ahli arkeologi yang bertanggungjawab perlu menjalankan pemuliharaan dengan penuh teliti dan berhati-hati. Ini bagi memastikan tapak ataupun struktur asal sesebuah tempat itu tidak terjejas.

Setiap benda yang ditemui dan boleh dijadikan bahan bukti pula disimpan di dalam bekas khas untuk memudahkan kerja-kerja kajian.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pencuri mangsa belot dibelasah

Posted:

Pencuri mangsa belot dibelasah

Pencuri mangsa belot dibelasah

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
berita@kosmo.com.my

SUSPEK curi kereta yang dibelasah penduduk Kampung Limbungan, Besut Isnin lalu kelihatan lemah ketika ditemui semalam.


BESUT – Seorang penjenayah yang menjadi mangsa belot rakan sendiri bukan sahaja ditinggalkan selepas cubaan mencuri kereta tidak berhasil malah dia cedera teruk selepas kepalanya dijadikan karung tinju oleh penduduk yang membelasahnya baru-baru ini.

Kejadian malang pukul 5 pagi Isnin lalu itu berlaku apabila suspek berusia 37 tahun tersebut bersama seorang lelaki dan seorang wanita cuba melarikan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback milik seorang lelaki berumur 32 tahun di Kampung Limbungan dekat sini.

Insiden disedari oleh pemilik kereta sebaik terdengar bunyi enjin kenderaannya yang dihidupkan oleh salah seorang suspek. Kesemua suspek datang ke situ dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara.

Sebaik keluar, dia mendapati seorang wanita berada di tempat duduk pemandu sebelum suspek terus melarikan keretanya.

Dia bersama penduduk kemudian berlari untuk mengejar wanita itu sebelum ternampak dua rakan wanita itu sedang menolak kereta Iswara mereka yang tiba-tiba rosak tidak jauh dari rumahnya.

Dua lelaki itu yang terkejut cuba melarikan diri sebelum salah seorangnya dapat ditangkap lalu dibelasah hingga kepalanya berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria ketika dihubungi memberitahu, polis menemui kereta mangsa yang ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Nail, Kuala Besut pada pukul 8.30 malam kira-kira enam kilometer dari rumah mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu bapa sibuk, anak boleh sakit mental

Posted:

Ibu bapa sibuk, anak boleh sakit mental

Ibu bapa sibuk, anak boleh sakit mental

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

PUTRAJAYA – Ramai remaja dan kanak-kanak di negara ini mengalami masalah kesihatan mental disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat termasuk ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi anak-anak.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai, isu masalah kesihatan mental kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun meningkat daripada 12.3 peratus pada tahun 1996 kepada 19.1 peratus tahun ini.

"Peningkatan yang sama juga berlaku di kalangan remaja berusia 15 dan 16 tahun daripada 13.4 peratus pada 1996 kepada 22.2 peratus pada tahun ini," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Masalah tersebut dikesan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan peningkatan terhadap isu kesihatan mental di kalangan golongan berkenaan pada tahun ini berbanding kajian 2006.

Tinjauan itu turut menunjukkan peningkatan terhadap masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, tabiat merokok, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan masyarakat negara ini.

Tiong Lai memberitahu, kajian itu walaupun tidak mengkaji punca berlakunya peningkatan berkenaan tetapi beliau berpendapat masalah kesihatan mental itu berpunca daripada ramai ibu bapa yang sibuk bekerja dan tiada masa mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak mereka.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Muhammad Ali bimbang pengambilalihan KFC

Posted:

Muhammad Ali bimbang pengambilalihan KFC

Muhammad Ali bimbang pengambilalihan KFC

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR – Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) menzahirkan kebimbangannya mengenai tawaran pengambilalihan KFC Holdings Bhd. (KFCH) dan QSR Brands Bhd. (QSR) oleh JCorp.

Sambil menyatakan belum mendapat maklumat penuh berhubung perkara tersebut, Muhammad Ali berkata, beliau secara peribadi berpendapat tawaran pengambilalihan tersebut adalah tidak perlu.

"Sekiranya matlamatnya adalah untuk mengurangkan bebanan hutang JCorp, terdapat banyak cara lain, banyak lagi aset lain yang tidak penting boleh dijual.

"Kenapa tidak dijual sahaja aset-aset lain yang kurang strategik dan tidak begitu penting kepada orang Melayu, kenapa hendak ditumpukan kepada KFCH dan QSR?

"KFCH dan QSR kini bukan lagi milik JCorp sahaja tetapi milik orang Melayu, janganlah pula sampai ia akhirnya terlepas ke tangan orang lain," katanya selepas menghadiri seminar Wakaf: Mentakrifkan Semula Hartanah dan Pertumbuhan anjuran Yayasan Iqra di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai laporan JCorp dan CVC Capital Partners yang merupakan sebuah firma ekuiti persendirian antarabangsa menerusi entiti yang diwujudkan untuk tujuan khas, Massive Equity Sdn. Bhd. (ME) menyerahkan surat tawaran kepada Badan Pengarah KFCH dan QSR untuk mengambil alih 100 peratus perniagaan dan aktiviti perusahaan kedua-dua syarikat tersebut termasuk semua aset dan liabiliti.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Lion XII FC ‘kebal’

Posted:

Lion XII FC 'kebal'

Lion XII FC 'kebal'

TERCOROT pun tetap kekal dalam saingan Liga Super.Demikian 'kekebalan' pasukan negara jiran, Lion XII FC dari Singapura yang tetap kekal beraksi dalam saingan Liga Super bagi musim 2013 meskipun menduduki tangga tercorot liga yang membabitkan 14 pasukan itu pada aksi Liga Malaysia (Liga M) musim 2012.

Keistimewaan itu tidak dimiliki mana-mana baki pasukan lain kerana dalam liga walaupun menamatkan aksi di tangga ke-13 Liga Super di depan Lion XII FC sekalipun, mereka bakal 'terhumban' ke Liga Perdana bagi musim 2013.

Malah, lain pula ceritanya dengan Harimau Muda B yang terpaksa melupakan aksi Liga Super 2013 walaupun skuad kendalian Ismail Ibrahim itu berjaya muncul juara Liga Perdana pada musim depan, tetapi mereka tetap bersaing dalam Liga Perdana. Penyertaan mereka hanyalah sebagai pendedahan.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin begitupun tidak mahu perkara itu disensasikan mana-mana pihak memandangkan penampilan pasukan negara jiran dalam saingan Liga Super itu sudah termaktub dalam memorandum persefahaman (MoU) antara FAM dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini.

"Selain tidak dibenarkan menggunakan khidmat pemain import seperti mana pasukan lain, pasukan Lion XII FC juga hanya akan menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM750,000 sekiranya muncul juara Liga Super.

"Mereka juga tidak akan menerima sebarang insentif lain seperti mana pasukan lain dalam saingan musim depan, jadi cukup-cukuplah mensensasikan isu ini," katanya semalam.

Kehadiran Lion XII FC yang kembali mewarnai saingan bola sepak tempatan selepas 17 tahun lalu, kali ini jelas 'kurang disenangi' segelintir pemerhati bola sepak tempatan, terutamanya tindakan skuad tersebut menyenaraikan 10 pemain berusia lebih 23 tahun.

Berdasarkan MoU itu, Lion XII FC yang dikendalikan V. Sundramoorthy bakal beraksi dalam saingan Liga M selama empat musim sehingga 2015 sebagai pertukaran dengan skuad Harimau Muda yang akan beraksi dalam Liga Singapura (Liga S) bermula Februari tahun depan.

Dalam pada itu, Hamidin berkata, hanya 12 pasukan sahaja yang akan kekal beraksi dalam saingan Liga Super 2013 berbanding 14 pasukan pada musim depan.

Selain Lion XII FC katanya, sembilan pasukan terbaik akan kekal dalam aksi Liga Super sementara dua lagi pasukan diisi oleh juara Liga Perdana serta pemenang perlawanan playoff.

"Untuk perlawanan playoff (Liga Super bagi musim 2013), ia akan membabitkan naib juara Liga Perdana 2012 serta tiga pasukan yang menghuni tangga ke-10, 11 dan 12 Liga Super 2012.

"Sementara pasukan tercorot Liga Super musim depan (selain Lion XII FC) pula akan terus diturunkan ke Liga Perdana bagi musim 2013," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kemboja berminat sertai Liga M

Posted:

Kemboja berminat sertai Liga M

Kemboja berminat sertai Liga M

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KELAB Kemboja, Preah Khan Reach antara pasukan dari rantau ASEAN yang berminat beraksi dalami Liga Malaysia.


KEHADIRAN semula pasukan negara jiran, Singapura yang kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan dilihat bukan sahaja mengujakan peminat bola sepak tempatan tetapi juga warga republik itu sendiri.

Kembali dengan nama Lion XII FC, sebahagian besar peminat bola sepak tempatan begitupun pastinya masih belum lupa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang 'berpatah arang berkerat rotan' dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta bertindak keluar daripada saingan Liga M sebelum ini.

Ia gara-gara FAS dikhabarkan tidak berpuas hati dengan peraturan levi tiket sebelum membentuk Liga Singapura (Liga S) kira-kira 17 tahun lepas.

Biarpun ada yang 'kurang senang' dengan 'kepulangan' Singapura kali ini termasuk sikap 'manja' mereka yang membariskan 10 pemain melebihi usia 23 tahun, sudah pasti kehadiran mereka bakal menghangatkan lagi saingan bola sepak tempatan serta mengundang gerun pasukan lawan.

Tidak mustahil akan ada lebih banyak pasukan atau kelab dari negara serantau bakal mengikuti jejak langkah Singapura selepas ini, sekali gus membantu meningkatkan lagi tahap kompetitif Liga M, dan ia turut diakui Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Menurut beliau, selain kelab Preah Khan Reach dari Kemboja yang pernah membuat permohonan bagi menyertai aksi Piala FA sebelum ini, pihaknya juga telah menerima beberapa permohonan daripada beberapa kelab terkemuka dari Thailand dan Indonesia yang turut melahirkan hasrat sama.

"Begitupun, segala-galanya masih di peringkat perbincangan dan tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat setelah meneliti pelbagai aspek.

"Namun, saya juga tidak menolak kemungkinan mengenai penyertaan mereka pada masa depan yang dilihat dapat mengeratkan lagi rangkaian perhubungan antara negara terlibat demi kemajuan bola sepak serantau," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Untuk rekod, selain Singapura, Brunei juga pernah beraksi dalam saingan bola sepak tempatan apabila pernah muncul juara Piala Malaysia 1999, selain pasukan kelab dari negara itu, Brunei DPMM FC yang juga pernah mewarnai saingan Liga M sejak 2005 sebelum berhijrah ke Liga S pada musim 2009.

Meskipun keputusan FAM mengalu-alukan penyertaan pasukan dari luar bagi mewarnai kancah Liga M selepas ini, mungkin ia bakal mengundang persepsi negatif segelintir pemerhati bola sepak yang menganggapnya kurang sesuai, termasuk seolah-olah menjadikan Liga M sebagai 'liga rojak'.

Kesungguhan FAM yang tidak pernah jemu memikirkan formula terbaik bagi meningkatkan kualiti dan tahap kompetitif Liga M supaya muncul sebagai antara liga yang sempurna dan disegani di rantau Asia Tenggara selama ini sememangnya harus dipuji.

Full content generated by Get Full RSS.

'Tutup buku dengan kemenangan'

Posted:

'Tutup buku dengan kemenangan'

'Tutup buku dengan kemenangan'


KIM SWEE (dua dari kanan) tidak mahu pemain-pemainnya berasa kecil hati jika tidak diturunkan dalam aksi persahabatan di Australia.


LUMRAH di dalam kehidupan, 'api' cemburu pastinya membara di hati masing-masing seandainya tidak lagi menjadi pilihan dan sering diketepikan.

Justeru, pengendali skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee begitu lantang mahu kesemua 23 pemainnya yang dibawa 'berguru' ke Australia kali ini supaya bebas daripada 'dijangkiti' anasir negatif iaitu 'PHD' (perasaan hasad dengki).

Selepas kejayaan mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Sydney FC dalam aksi pembuka tirai Selasa lepas sebelum tewas 0-1 kepada Central South Mariner kelmarin, sudah pasti anak-anak buah Kim Swee begitu teruja dan tidak mahu melepaskan peluang supaya diturunkan ketika kembali membuat perhitungan dengan kelab itu pada aksi terakhir aksi persahabatan di bumi Australia pada 19 Disember ini.

Tambahan pula, ia dilihat sebagai hadiah hari jadi yang paling bermakna buat Kim Swee yang genap berusia 41 tahun pada 11 Disember lalu.

"Kesemua pemain seharusnya faham dengan keputusan saya untuk mencuba pemain baharu dan yang jarang diturunkan sepanjang berada di Australia kali ini.

"Justeru, mana-mana pemain sedia ada yang sering menjadi pilihan saya sebelum ini sewajarnya tidak cemburu dengan perkara ini demi kebaikan pasukan di masa depan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Sydney semalam.

Antara muka baharu yang dibawa Kim Swee 'terbang' ke bumi kanggaru itu ketika ini termasuklah S. Sivanesan, Shahrul Saad dan Mohd. Shahril Saari.

Menurut Kim Swee, mereka yang pada mulanya dijadualkan menentang Newcastle Jets pada aksi terakhir, terpaksa membatalkan hasrat itu kerana pasukan lawan mahu menangguhkan perlawanan sehari lewat (20 Disember) pada saat-saat akhir kelmarin gara-gara masalah yang tidak dapat dielakkan, sedangkan pasukannya dijadualkan kembali semula ke tanah air pada hari berkenaan.

"Justeru, kami akan menentang semula Central South Mariner pada aksi terakhir sebagai ganti di stadium yang sama sebelum ini, cuma waktu perlawanan sahaja masih belum diputuskan," katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee secara kasarnya mengakui telah mendapat ilham dalam mengenal pasti kesebelasan utama pemain ketika menentang Central South Mariner kelak, namun masih kekal berahsia mengenai siapa yang bakal diturunkan dan sekadar membayangkan mahu menguji pemain berusia di bawah 20 tahun dalam perlawanan tersebut nanti.

Apa yang lebih mustahak katanya, mana-mana pemain yang diturunkan nanti dapat mengekalkan rentak dan corak permainan yang diterapkan, selain memanfaatkan tempoh rehat yang lebih lama kali ini selepas terpaksa berdepan dengan Sydney FC dan Central South Mariner dalam dua hari berturut-turut sebelum ini.

"Saya juga mahu kesemua pemain belajar mengawal bola dengan lebih baik serta mengekang asakan pemain lawan daripada memasuki kawasan bahaya kerana dengan pengalaman sebegini, ia dilihat dapat meningkatkan keyakinan pemain dan juga pendedahan berguna bagi membolehkan mereka lebih matang di tengah padang.

"Oleh itu, saya menuntut pemain saya supaya memberikan yang terbaik ketika menentang Central South Mariner nanti, sekali gus 'menutup buku' di Australia dengan kejayaan," katanya.

Tanpa berselindung, Kim Swee juga mengakui memerlukan sekurang-kurangnya dua perlawanan berkualiti seperti ini dalam tempoh sebulan lagi sebagai persiapan jangka panjang kerana ia boleh membantu mengekalkan momentum pasukannya untuk menyinar dalam aksi Liga Singapura dan juga menjelang baki tiga aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia awal tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Meningkatkan produktiviti susu segar

Posted:

Meningkatkan produktiviti susu segar

Meningkatkan produktiviti susu segar

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS

INDUSTRI tenusu boleh memberi keuntungan besar kepada penternak jika ia dijalankan dengan teknik yang betul.


MENGIKUT rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), terdapat seramai 879 penternak lembu tenusu tempatan yang menyumbang kepada penghasilan susu segar negara. Dengan bilangan penternak yang ada, negara hanya mampu menghasilkan sebanyak 62 juta liter susu lembu segar pada tahun lalu.

Namun, secara realitinya penghasilan susu lembu segar itu sebenarnya masih jauh daripada tahap keperluan negara apabila ia hanya menampung sebanyak 4.7 peratus permintaan pasaran, selebihnya terpaksa diimport.

Disebabkan kekurangan susu segar tempatan itu, negara terpaksa mengimport susu lembu dan produk berkaitan susu bernilai RM23.9 bilion sehingga September tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr. Ibrahim Che' Embong berkata, industri tenusu negara perlu ditambah baik bagi memastikan penghasilan susu segar tempatan mencukupi untuk setiap penduduk negara ini.

"Objektif kita adalah untuk meningkatkan penghasilan susu negara selain memastikan susu yang dihasilkan lembu tenusu tempatan berkualiti," katanya.

Beliau ditemui pada Bengkel Core Team anjuran Dutch Lady Milk Industry Malaysia (DLMI) dan JPV di The Regency Resort Hotel Gunung Jerai, Kedah baru-baru ini.

"JPV akan terus membantu penternak tempatan dalam memastikan penghasilan susu bertambah setiap tahun dan kita perkenalkan dua sistem baharu untuk diguna pakai penternak. Dua sistem itu adalah sistem kalkulator nutrisi dan ICRAS (Individual Cow Recording and Analysis System)," ujarnya.

Kalkulator nutrisi dan ICRAS

Menurut Ibrahim, sistem kalkulator nutrisi boleh digunakan penternak untuk memastikan kadar makanan yang diberikan kepada lembu tenusu adalah betul mengikut keperluan.

Menyentuh tentang ICRAS pula, menurut Ibrahim, ia adalah satu sistem rekod yang membolehkan penternak membuat catatan tentang setiap lembu iaitu daripada segi jumlah lembu, pengeluaran susu dan tahap kesihatan.

"Ini membolehkan penternak menguruskan lembu tenusu dengan lebih cekap tanpa sebarang kekeliruan," katanya.

Ujar beliau, pengurusan ladang secara lebih cekap dengan pemberian makanan yang berkhasiat membolehkan industri tenusu negara menjadi lebih maju dan berdaya saing.

"Dengan adanya dua sistem itu, kita menyasarkan peningkatan penghasilan susu lembu segar iaitu dari enam hingga tujuh liter seekor kepada 20 liter seekor," katanya.

Sokongan syarikat besar

Tambah beliau, selain JPV syarikat-syarikat besar lain yang terlibat secara terus dengan industri tenusu negara perlu berganding bahu dalam memastikan industri tersebut terus maju.

"Sebagai contoh, Dutch Lady banyak membantu dalam usaha memajukan industri tenusu negara yang mana program Bengkel Core Team ini dapat menambahkan lagi kemahiran penternak dalam bidang ini.

"Banyak isu dan masalah dibincangkan antaranya tentang pemakanan lembu, pembiakan dan bagaimana mahu menghasilkan susu berkualiti dalam jumlah yang banyak," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Kawal selia DLMI, Rohana Safinah Abdul Hamid berkata, DLMI amat prihatin dengan perkembangan industri tenusu negara ini. Kerana itu Bengkel Core Team dianjurkan bagi memantapkan kemahiran penternak dalam semua aspek.

"Dalam bengkel ini, kita kongsi pengetahuan dan bertukar pendapat tentang pengurusan ladang, nutrisi serta lawatan ke ladang-ladang ternakan lembu tenusu," jelasnya.

Jelasnya, DLMI mahu setiap penternak mempunyai ilmu mencukupi untuk memastikan perniagaan mereka terus maju dan menguntungkan.

"Sekiranya industri tenusu ini terus membuat keuntungan dan mempunyai daya saing, saya kira lebih ramai yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri ini sekaligus meningkatkan bekalan susu negara," tambahnya.

DLMI merupakan pembeli susu segar tempatan terbesar negara iaitu melebihi 50 peratus.

Dalam pada itu, lawatan Dutch Lady dan JPV bersama penternak lembu tenusu seluruh negara di kandang lembu di Bedong, Kedah menemui penternak kecil-kecilan, Ramlan Bakar, 44.

Menurut Ramlan, dia kini mempunyai 19 ekor lembu tenusu dan daripada jumlah itu hanya empat ekor menghasilkan susu buat masa ini.

"Empat ekor lembu ini mampu menghasilkan 30 kilogram susu segar sehari dan saya boleh dapat kira-kira RM40 sehari," katanya.

Katanya, dia menjual hasil susu kepada orang perseorangan seperti pengusaha dadih dan peniaga kedai makan.

"Keuntungannya tidak banyak kerana kos makanan yang agak tinggi. Bagaimanapun dengan kedatangan rombongan daripada Dutch Lady dan JPV, ia sedikit sebanyak memberikan ilmu untuk saya memajukan perniagaan.

"Mereka banyak beri nasihat tentang panduan memberi makanan kepada lembu tenusu selain, mengesyorkan saya menggunakan kalkulator nutrisi untuk panduan pemakanan lebih tepat," kongsi Ramlan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bengkel pastri dengan Chef Liza

Posted:

Bengkel pastri dengan Chef Liza

Bengkel pastri dengan Chef Liza

Oleh SUHANA VERU


CHEF LIZA mempunyai pengalaman luas dalam bidang masakan termasuk pembuatan pastri.


BAGI peniaga, suri rumah tangga, usahawan dan penyedia makanan untuk majlis (caterer) yang mahu belajar membuat donat, kek dan kuih-muih tradisional Melayu jangan lepaskan peluang menyertai bengkel anjuran Chef Liza Zainol.

Peserta yang mengikuti bengkel tersebut berpeluang mempelajari petua dan teknik terbaharu yang akan dikongsi Chef Liza sendiri.

Kata Chef Liza, beliau mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan petua-petua masakan yang dikutip hasil pengamatannya lebih 20 tahun dalam bidang masakan khususnya pembuatan roti dan bakeri .

Bengkel yang akan diadakan selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Disember ini di Laman Chef Liza, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu merangkumi sesi teori dan praktikal.

"Peserta bukan sahaja diajar malah, mereka dapat mengaplikasi panduan tersebut dalam bengkel itu nanti," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Laman Chef Liza baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai bengkel tersebut beliau berkata, para peserta akan diajar cara-cara mendapatkan hasil terbaik untuk donat yang gebu, sedap dan lembut.

"Mengikut pengalaman saya sebelum ini, masih ramai peserta yang mengambil konsep agak-agak ketika membuat kek dan donat. Mereka tidak mempunyai sukatan betul, jadi, mereka mendapat hasil yang tidak sama. Kadangkala lembut dan keras, jadi bagi mengekalkan hasil yang sama kita perlu sukat agar hasilnya konsisten pada bila-bila masa," ujarnya yang membuat pengalaman luas dalam pembuatan donat.

Menurutnya, membuat donat, kek dan kuih-muih sebenarnya mudah kalau doh asasnya dibuat dengan betul dan mengikut peraturan yang tepat.

"Selain itu, para peserta akan diberi tunjuk ajar mengenai hiasan donat yang boleh menarik perhatian pelanggan. Selain tekstur rasa donat yang lembut, hiasan juga menjadi daya penarik menambahkan lagi nilai donat," katanya.

Bengkel yang akan berlangsung selama tiga hari itu akan bermula dari pukul 10 pagi hingga 5.30 petang dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang turut disediakan.

Pada 27 Disember, para peserta akan diajar cara-cara membuat donat, hari kedua pula, kek dan roti sementara hari penyediaan masakan kuih-muih.

Yuran penyertaan bagi setiap orang adalah sebanyak RM550 dan hanya 20 peserta sahaja yang dapat mengikuti bengkel itu.

Bagi peserta pertama yang mendaftar mereka berpeluang menikmati diskaun sebanyak 10 peratus selain, kesemua peserta akan turut menerima sijil penyertaan.

Sehubungan itu, mereka yang ingin mengikuti bengkel tersebut boleh menghubungi di talian 012-697 8010, 019-316 0858 dan 019-203 1189.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rakyat Mesir keluar mengundi

Posted:

Rakyat Mesir keluar mengundi

Rakyat Mesir keluar mengundi

SEORANG lelaki mengundi di sebuah pusat pengundian di Giza, tenggara Kaherah semalam. - AFP


KAHERAH, Mesir - Rakyat Mesir di sembilan wilayah keluar mengundi semalam dalam pusingan kedua pilihan raya Parlimen pertama yang diadakan sejak kebangkitan rakyat memaksa Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan pada Februari lalu.

Puluhan orang berbaris di luar sebuah pusat mengundi di sebuah sekolah dekat Piramid Giza di barat bandar raya ini untuk menunggu giliran membuang undi dan mencelup jari mereka ke dalam dakwat untuk digunakan di atas kertas undi.

Pilihan raya berkenaan berlangsung dalam tiga peringkat dan akan berakhir pada awal tahun depan.

Parti-parti Islam memenangi majoriti dalam pusingan pertama pilihan raya berkenaan.

Orang ramai berharap parti-parti Islam yang bertanding dapat mengekalkan prestasi tersebut pada pusingan seterusnya.

Pengundian pusingan kedua yang akan berakhir Selasa depan bakal memutuskan pemenang 180 daripada 498 kerusi Dewan Rendah Parlimen Mesir.

Pusingan ketiga dan terakhir dijadual diadakan pada awal Januari depan.

Seorang pengundi, Hussein Khattab berkata, dia bercadang untuk mengundi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang mewakili pergerakan Ikhwanul Muslimin yang memperoleh kemenangan besar pada pengundian pusingan pertama. FJP memenangi 47 peratus kerusi Dewan Rendah Parlimen setakat ini.

"Kami perlu mencuba pemerintahan parti Islam dan membuat keputusan sama ada ia baik untuk kami (rakyat Mesir). Jika sebaliknya, kami akan kembali ke Dataran Tahrir," said Khattab, 60, yang merujuk kepada dataran di sini yang menjadi tumpuan sekebangkitan selama 18 hari rakyat Mesir yang mendesak Hosni supaya meletak jawatan.

"Saya mahu Mesir memiliki perlembagaan yang dapat memuaskan hati setiap pihak," tambahnya.

Pilihan raya kali ini dianjurkan kepimpinan tentera yang memerintah Mesir bagi menunaikan janji untuk menyerahkan pemerintahan negara kepada pentadbiran awam. - AP

Full content generated by Get Full RSS.

Polis Aceh botakkan kepala 60 peminat muzik punk

Posted:

Polis Aceh botakkan kepala 60 peminat muzik punk

Polis Aceh botakkan kepala 60 peminat muzik punk


KEPALA dua pemuda punk Aceh dibotakkan oleh dua anggota polis.


BANDA ACEH, Indonesia - Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan.

Sejak ditangkap pada satu konsert di sini pada malam Sabtu lepas, seramai 59 peminat punk rock lelaki dan lima peminat perempuan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.

"Kami khuatir undang-undang syariah yang dilaksanakan di wilayah ini akan tercemar akibat aktiviti mereka," kata Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal semalam.

"Kami harap dengan menghantar mereka ke program pemulihan akhlak, mereka akhirnya akan bertaubat," tambahnya.

Beratus-ratus peminat punk rock Indonesia tiba di Aceh untuk menonton konsert itu bagi mengumpul derma anak yatim.

Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.

Mereka dibawa ke sebuah kem berdekatan kelmarin bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.

Koresponden agensi berita AFP memberitahu, seorang gadis menangis apabila beberapa wanita bertudung memotong pendek rambutnya manakala beberapa lelaki mengeluh semasa kepala mereka dibotakkan.

"Kenapa mereka menangkap kami? Mereka tidak memberikan sebarang alasan," kata seorang pemuda, Fauzal, 20.

"Kami tidak mencuri, kami tidak mengganggu sesiapa. Kami berhak untuk menonton konsert," tambahnya.

Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Medan yang ditahan di kem berkenaan berkata, dia bimbang akan kelilangan pekerjaannya selepas ditahan selama 10 hari.

"Saya baru mula bekerja di sebuah bank di Medan. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada mereka (polis) kerana saya tidak tahu mengapa kami ditangkap," katanya.

Polis sebaliknya menyatakan, penangkapan tersebut dibuat bagi mengelakkan golongan belia daripada berkelakuan menyimpang agama.

"Mereka tidak pernah mandi, mereka tinggal di jalanan, tidak pernah solat," kata Ketua Polis Aceh, Iskandar Hasan.

"Kami perlu memulihkan mereka supaya mereka berkelakuan baik dan berakhlak. Mereka perlukan layanan keras bagi memulihkan mental mereka," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan seorang aktivis hak asasi manusia Indonesia, Evi Narti Zain berkata, penangkapan anak-anak muda itu melanggar hak asasi manusia. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Michelle Yeoh mahu berlakon filem dengan Aamir Khan

Posted:

Michelle Yeoh mahu berlakon filem dengan Aamir Khan

Michelle Yeoh mahu berlakon filem dengan Aamir Khan


GAMBAR menunjukkan Michelle Yeoh berlakon dalam salah satu adegan filem The Lady.


MUMBAI - Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh menyatakan dia berminat untuk berlakon bersama hero Bollywood, Aamir Khan.

Pada tahun 1997, aktres berkenaan dikenali sebagai gadis Bond selepas dia melakonkan watak Wai Lin dalam filem Tomorrow Never Dies.

Yeoh membintangi beberapa buah filem yang memenangi anugerah Oscar seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) dan Memoirs of a Geisha (2005).

Namun tidak ramai yang tahu bahawa minat Yeoh dalam bidang lakonan bermula dengan filem Bollywood.

"Saya membesar di Malaysia dan filem Bollywood amat popular di negara itu. Saya banyak menonton filem Hindi," kata Michelle.

"Saya suka lakonan Aamir. Kami pernah bertemu suatu masa dahulu di London. Jika diberi peluang saya berbesar hati untuk berlakon bersamanya. Ia pasti menyeronokkan," tambahnya.

Buat masa ini, Michelle memberi sepenuh tumpuan pada filem terbaharunya, The Lady yang diolah berdasarkan kehidupan pejuang prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Cinta ringkas Dong Wook, Sun-A

Posted:

Cinta ringkas Dong Wook, Sun-A

Cinta ringkas Dong Wook, Sun-A

AKTOR Lee Dong Wook nampaknya masih popular dan diminati ramai meskipun sudah dua tahun menyepi daripada dunia lakonan kerana menjalani latihan ketenteraan yang wajib diikuti oleh setiap lelaki Korea Selatan.

Pertemuan dengan figura yang menjadi pujaan ramai selepas kemunculan dalam drama popular My Girl (2005) pada sidang akhbar bersempena promosi drama terbaharu Scent of Woman gandingannya bersama aktres popular Kim Sun-A, di Kuala Lumpur pada minggu lalu membongkar sedikit sebanyak rahsia Dong Wook.

Akuinya, selepas dua tahun berada dalam kem tentera, dia yang menamatkan latihan ketenteraan pada 20 Jun lepas bimbang andai peminat sudah melupakannya impak lambakan aktor baharu yang muncul saban hari.

Disebabkan itu, dia menerima tawaran untuk berlakon dalam drama Scent of Women ketika dia masih berada dalam latihan ketenteraan. Tidak sempat berehat, sebaik sahaja latihannya ketenteraannya tamat, Dong Wook terus berada di set penggambaran drama Scent of Women.

"Saya menerima tawaran berlakon Scent of Woman kerana jalan ceritanya yang menarik dan ia sebuah cerita cinta yang ringkas tetapi terdapat kesedihan dan kegembiraan di dalamnya.

"Bahkan saya yakin drama ini mampu menaikkan nama saya semula. Selain itu, selepas menjalani latihan ketenteraan, saya mahu terlibat dalam sebuah karya yang tidak terlalu berat tetapi dalam masa yang sama memberi impak kepada penonton," ujar Dong Wook.

Sambungnya, apabila mendengar aktres Kim Sun-A bakal mendokong watak kekasihnya dalam Scent of Women, dia terus bersetuju membintangi drama itu kerana dia yakin dengan kemampuan Sun-A.

"Sebenarnya saya sedikit gugup ketika mula-mula berada di set penggambaran kerana sudah dua tahun saya tinggalkan kerjaya sebagai aktor.

"Tetapi kerana Sun-A berada di tangga teratas dalam senarai aktres pilihan saya, saya yakin dengan bantuannya, saya mampu beri lakonan yang terbaik," tuturnya yang telah berlakon 18 buah drama dan empat buah filem.

Dong Wook dedah tubuh

Dalam drama serta filem lakonannya sebelum ini, jarang sekali dapat dilihat Dong Wook menayangkan badan. Bagaimanapun, dalam drama Scent of Women, Dong Wook tanpa segan silu mendedahkan tubuhnya.

Mengetahui dia harus melakukan adegan dedah tubuh dalam banyak babak Scent of Woman, justeru sejak berada dalam kem tentera lagi, Dong Wook telah bersenam untuk memperoleh tubuh yang berotot.


KEMUNCULAN terbaharu Lee Dong Wook dan Kim Sun-A yang berbeza daripada dahulu.


"Semasa masih dalam kem tentera lagi saya berusaha bersenam untuk mendapatkan tubuh seperti sekarang. Malah, ketika penggambaran, saya akan bersenam untuk dua jam setiap hari meskipun keletihan dan penggambaran habis lewat pagi.

"Sebenarnya, saya tidak berapa selesa dengan adegan tayang tubuh tetapi adegan itu diperlukan dan sebagai aktor, saya lakukannya.

"Tambahan, kami melakukan penggambaran di laut dan tepi pantai, bagi mengelakkan warna kulit badan saya tidak sekata, saya lebih selesa buka baju," jawabnya mengenai drama yang menjalani penggambaran di Okinawa, Jepun itu.

Aktor berusia 30 tahun itu yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Wild Romance mengakui dirinya kini lebih matang berbanding awal kemunculannya dahulu.

"Saya masih ingat ketika berlakon dalam drama My Girl saya berusia 24 tahun. Sejak itu, terlalu banyak perubahan yang berlaku pada diri saya dan ia merupakan pengalaman yang amat berharga buat saya.

"Sebagai seorang aktor, saya mahu diingati sebagai seorang aktor yang bagus dan saya mahu orang mengenali saya kerana bakat lakonan saya," tuturnya yang kini semakin cenderung dalam bidang pengarahan.

Rahsia diet Sun-A

Peminat Kim Sun-A di Malaysia pasti masih ingat dengan watak Kim Sam Soon seorang wanita yang suka berterus terang dan lucu dalam drama My Lovely Sam Soon (2005). Ketika drama itu menjadi popular, Sun-A dikritik bukan kerana lakonannya tetapi kerana fizikalnya yang agak gempal dan berisi, tidak seperti selebriti yang lain.

Kini, Sun-A pada usia 36 tahun sebaliknya memiliki tubuh badan yang langsing cukup berbeza daripada awal kemunculannya dahulu.

Ujarnya: "Saya bersenam untuk mendapatkan tubuh badan seperti ini. Tetapi tubuh badan saya sekarang terlalu kurus untuk disesuaikan dengan watak saya dalam Scent of Women kerana dalam drama itu saya ialah seorang pesakit kanser yang memiliki jangka hayat yang pendek."

Drama 16 episod arahan Park Hyung Ki yang kini hangat ditayangkan di Astro ONE HD setiap hari Rabu dan Khamis pada pukul 9.05 malam itu mengisahkan tentang seorang wanita bernama Lee Yeon Jae (lakonan Sun-A) yang disahkan oleh doktor menghidap penyakit kanser dan memiliki jangka hayat selama enam bulan sahaja.

Disebabkan penyakitnya itu, Yeon Jae meletakkan jawatannya di agensi pelancongan untuk menjalani kehidupan sepenuhnya dengan pergi melancong sendirian.

Ketika melancong, dia bertemu dengan Kang Ji Wook (Dong Wook), anak lelaki tunggal kepada pemilik sebuah syarikat pelancongan. Selain Sun-A dan Dong Wook, pelakon lain yang terlibat dalam drama itu ialah Uhm Ki Joon dan Seo Hyo Rim.

Tambah Sun-A: "Peminat di luar sana jangan ikut diet saya kerana ia sesuatu yang tidak menyihatkan. Bagi mendapatkan tubuh kurus dan wajah orang sakit, saya tidak makan dan tidak tidur dengan cukup dan hasilnya, saya jadi kurus.


DRAMA Scent of Woman menampilkan kisah cinta romantis yang disulami tragis.


"Kini, saya dalam proses untuk menambahkan berat badan. Saya tidak kisah jika tubuh sedikit berisi asalkan saya berada dalam keadaan yang sihat," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai Scent of Women, terdapat adegan intim yang dilakonkan bersama Dong Wook. Katanya, meskipun jurang usia antara mereka begitu ketara tetapi adegan itu dilakukannya dengan baik.

"Tidak sukar untuk lakonkan adegan intim kerana ketika pengarah sebut action!, kami akan larut dalam watak masing-masing. Bila pengarah kata cut!, kami kembali menjadi normal," bicaranya yang telah berlakon dalam 11 buah drama dan 12 buah filem.

Sun-A menjelaskan, meskipun penggambaran Scent of Women sudah tamat beberapa bulan lepas, bagaimanapun disebabkan dia terlalu menjiwai, sukar buat Sun-A untuk mengikis karakter lakonannya daripada kehidupan realiti.

"Setiap kali mendapat skrip, saya akan mula berimaginasi watak yang akan saya lakonkan. Jadi, apabila tamat penggambaran drama atau filem, sukar untuk saya membuang emosi watak tersebut dan ia akan hilang sendiri dalam satu tempoh masa.

"Watak-watak yang saya lakonkan juga banyak membimbang saya untuk menilai semula kehidupan saya hari ini. Saya bersyukur kerana menjadi seorang aktres dan diterima ramai sehingga ke hari ini," ungkapnya yang masih bujang.

Kekerapan Sun-A melakonkan watak seorang wanita berusia yang jatuh cinta dengan lelaki lebih muda daripadanya menimbulkan persoalan adakah di dunia realiti dia juga selesa dengan lelaki lebih muda?

Jawabnya: "Saya tidak kisah jika bertemu dengan lelaki lebih muda kerana pada saya umur itu sekadar angka. Apa yang penting adalah hati dan kasih sayang yang dirasakan terhadap seseorang."

Full content generated by Get Full RSS.

Cinta air tangan Ana, Riz

Posted:

Cinta air tangan Ana, Riz

Cinta air tangan Ana, Riz

Oleh MOHD. AZLI ADLAN


CHEF Riz dan Ana sama-sama handal memasak di dapur.


TEMPOH lapan bulan sudah memadai buat heroin filem Mantra, Ana Dahlia dan Chef Riz mengenal hati budi masing-masing seterusnya menyimpul mati.

Perjalanan cinta singkat Ana Dahlia dengan juri program realiti pencarian tukang masak selebriti, Masterchef Malaysia itu bernoktah sudah pada Ahad lalu.

Dengan sekali lafaz, pemilik nama Diyana Mastura Jaafar, 28, tersebut sah menjadi suri kepada Chef Riz, 29, atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada pukul 12.25 tengah hari.

Pasangan berkenaan dinikahkan Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Nawi Osman di rumah pengantin perempuan di Kampung Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.

"Keputusan untuk mengahwini Ana Dahlia sebenarnya telah diputuskan pada minggu pertama perkenalan kami lagi," jelas Chef Riz yang ditemui Kosmo! pada majlis persandingan mereka di Dewan Banquet Menara Kamalbina, Taiping pada sebelah malam.

Rombongan pengantin lelaki yang segak dan anggun berbusana biru firus diketuai bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 53.

Beberapa rakan artis seperti Farhan AF, Adam Corrie Lee, Wan Sharmila dan Zarynn Min turut memeriahkan majlis resepsi yang bermula pukul 8.30 malam itu.

Cukur muka dengan krim

Mengakui perkenalan dirinya dan isteri hasil inisiatif adik perempuannya, Serina, Chef Riz tidak pernah melupakan detik-detik awal perkenalan mereka.

Ujarnya, adik perempuannya yang menemui jodoh kira-kira dua tahun lalu itu adalah individu yang rajin menjadi pencari jodoh 'tanpa gaji' buat dirinya.

"Serina sering memperkenalkan kawan-kawan perempuannya yang masih bujang kepada saya namun semuanya tidak menjadi.

"Sehingga pada suatu hari dia menunjukkan sekeping foto saya kepada kawan baiknya, Ana Dahlia," beritahunya.

Namun jelas Chef Riz: "Foto itu gagal menarik minat Ana Dahlia yang menyifatkan wajah Chef Riz terlalu 'jambu'."

Serina yang tidak putus asa kemudiannya menunjukkan pula foto terbaharu abangnya itu yang kebetulan ketika itu berjambang dan berkumis.

Penampilan maskulin itu juga gagal menarik perhatian bekas peserta program realiti Pilih Kasih yang membuat persepsi Chef Riz kelihatan sebagai seorang yang garang dan perengus pula.

Begitupun setelah dipaksa Serina, Ana Dahlia pergi juga ke restoran On The Table milik chef muda itu di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur beberapa hari kemudian.

"Kali pertama menatap wajah Ana Dahlia semasa dia mahu melangkah masuk restoran, saya terkesima dengan keayuannya.

"Cepat-cepat saya berlari ke dapur dan secara spontan menyapu krim masakan di muka lalu mencukur misai dan jambang dengan pantas sebelum bertemunya," beritahu Chef Riz sambil tergelak mengingatkan momen yang menggelikan hati itu.

Pertemuan kedua

Ana Dahlia yang anggun di sebelah suaminya dengan berbusana gaun ungu rekaan Fendi dari butik Syarakim menyampuk, detik itu kemudian membawa kepada pertemuan kedua di restoran sama selepas itu.

"Sebenarnya, hati saya masih berbelah bahagi lagi pada masa itu tapi mengenangkan kesungguhan Serina, saya pergi juga.

"Sampai di restoran, Chef Riz menghidangkan saya beberapa hidangan istmewanya dengan memberi layanan kelas satu. Di situ baru timbul keserasian," katanya.

Jelasnya, akibat terlalu rancak bersembang di meja makan, mereka tidak perasan temu janji kedua itu berlarutan selama 10 jam dan sedar-sedar sudah dinihari.

Chef Riz yang mewarisi kemahiran kulinari daripada bapanya juga bersyukur hasrat untuk mengahwini wanita yang mahir memasak termakbul jua.

"Rakan-rakan sering mengusik sebagai tukang masak, saya pasti bertemu jodoh yang isteri yang kekok beraksi di dapur.

"Alhamdulillah telahan mereka itu terbukti salah. Bagi saya segah mana pun saya di dapur, air tangan isteri tetap menjadi pilihan semasa di rumah," katanya yang turut mengimpikan salah seorang daripada zuriatnya bakal mengikut jejak langkah menjadi chef.

Mengakui air tangan Ana Dahlia menyelerakan, Chef Riz mengiktiraf kecekapan isterinya itu di dapur setaraf peserta Masterchef.

Menurutnya, secara purata, wanita yang kini bertakhta di hatinya itu mampu memasak empat jenis menu yang lazat dalam jangka masa sejam sahaja.

"Sehingga kini masih terkenang-kenang kesedapan masakan rendang ayam, kangkung goreng belacan, sambal tumis petai dan ayam goreng berempah yang merupakan menu pertama dimasaknya untuk saya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kepayahan Ning berbaloi

Posted:

Kepayahan Ning berbaloi

Kepayahan Ning berbaloi

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


NING teruja konsert solonya meraih sambutan hangat daripada para peminat fanatiknya.


TERNYATA pengorbanan dan kepayahan Ning Baizura dan suaminya Omar Sharif Dalton sebagai penerbit eksekutif konsert solo sempena 18 tahun penglibatannya dalam industri muzik tempatan, Ning @ KL Live berbaloi.

Ia berikutan konsert yang berlangsung di KL Live, Life Center, Kuala Lumpur pada 2 Disember lalu dibanjiri kira-kira 500 peminat setia Ning.

Melihat kepada sorakan dan teriakan peminat, ternyata penampilan Ning pada malam itu tidak mengecewakan mereka yang hadir melepaskan rindu terhadap idola mereka itu.

Walaupun tidak mendapat tajaan dan bantuan kewangan, namun Ning meluahkan rasa keterujaannya apabila keluar dari belakang pentas melihat peminat yang hadir menyokong karier seninya selama ini.

Ternyata dia merupakan seorang artis yang mampu berdiri di kaki sendiri tanpa bergantung pada mana-mana pihak dengan kejayaan konsert solo itu.

Menurut Ning ketika ditemuramah sebelum ini, konsert tersebut merupakan langkah permulaan supaya pihak di luar dapat membuka mata dan melihat bahawa artis senior sepertinya juga mampu memberi impak kepada industri hiburan tempatan.

Wanita yang memiliki vokal soprano itu memilih konsep flora sebagai tema konsert pada malam itu yang mana busana yang dipakainya semua dipadankan dengan tema bunga-bungaan seperti matahari, teratai, melur, mawar serta orkid dan setiap kali muncul dengan salinan baharu, pastinya dia menceritakan kisah atau kenangan indah yang dikaitkan dengan pengalaman diri bersama bunga tersebut.

Konsert yang dianjurkan oleh syarikatnya sendiri, Happenings Sdn. Bhd. itu sangat berwarna-warni yang mana diserikan lagi dengan vokal mantap Ning yang sememangnya tampil penuh semangat.

Konsert Ning @ KL Live yang mementaskan perjalanan seni Ning dengan lagu-lagu yang disampaikan adalah dari album pertama hingga terkini yang berjudul Dewa.


TERHIBUR. Sebahagian 500 peminat setia Ning yang terbuai dengan aura dan vokal hebat Ning pada Konsert Ning @ KL Live di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Menerusi konsert ini, Ning telah menyampaikan sebanyak 20 buah lagu yang berdurasi lebih kurang dua jam setengah.

Antara lagu-lagu yang dipersembahkan oleh Ning pada malam tersebut ialah Curiga, Dugaanku, Pasti, Percaya, Bersama Berdua, Selagi Ada Cinta, Awan Yang Terpilu, Mama Papa dan juga lagu baharu di dalam album Tiga Suara, Beribu Sesalan.

Apa yang menariknya, Ning telah mendendangkan lagu popular kolaborasinya bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah berjudul Beribu Sesalan secara solo.Namun, apa yang unik dia sebenarnya berduet dengan dirinya sendiri, yang mana 'kembar'nya itu dipancarkan menerusi projektor.

Konsert jelajah Malaysia

Kemunculan penyanyi Altimet juga menyerikan lagi suasana apabila berduet bersama Ning ketika menyampaikan lagi Mama Papa.

Selain itu, Ning juga menjemput seorang pemain biola yang bernama Dennis Lau serta salah seorang pemain saksofon jazz yang didatangkan khas dari Jepun iaitu Chika Asamoto.

Kata Ning, Chika merupakan salah seorang rakan baiknya. Selain itu, Ning sempat berduet dengan penyanyi Russel Curtis untuk lagu Antara Kita.

Pengalaman bergelumang dalam industri muzik selama 15 tahun membuatkan Ning memilih rakan baiknya, Alwin Santiago yang bertindak selaku Pengarah Muzik bagi konsert tersebut bagi mengiringi konsert solo keduanya itu selepas tahun 1996 yang ditaja oleh Salem Cool Planet.

Selain dibanjiri peminat setianya, rakan-rakan artis turut sama hadir memberi sokongan moral buat Ning termasuklah Adibah Noor, Anuar Zain, Datuk Zahim Al-Bakri, Zahida Rafik, Ida Nerina dan Zizan Nin.

Menyedari lagu-lagu yang disampaikan semasa konsert

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved