Sabtu, 26 November 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Manusia penghuni Antartika

Posted:

Manusia penghuni Antartika

Manusia penghuni Antartika

BERDIRI seketika di atas gurun ais Antartika yang memutih sambil menikmati saujana langit yang membiru sudah cukup untuk menzahirkan rasa takjub dengan kebesaran Ilahi.

Apa tidaknya, suhu pada musim sejuk di situ mampu mencecah -89 darjah Celcius.

Dengan kelembapan udara yang sangat rendah dan kelajuan angin yang tinggi sepanjang tahun iaitu mencecah sehingga 321 kilometer sejam, bukan calang-calang manusia boleh bertahan dengan keadaan cuaca ekstrem sebegitu.

Malah, pernah timbul persoalan, mengapa manusia mahu ke Antartika sedangkan ia tempat yang paling sejuk di muka bumi, kurang produktif, tidak diusahakan, tiada tamadun dan kesejukannya boleh membawa maut.

Sungguhpun begitu, keadaan Antartika yang belum dicemari muntahan sisa buangan pepejal dan toksik, landskap konkrit yang dipenuhi lampu serta isyarat elektromagnet yang tidak terkawal, menjadikan benua putih ini bagaikan syurga kepada golongan penyelidik dan saintis.

Malah, kebanyakannya berpendapat, mengkaji Antartika yang memiliki persekitaran unik ibarat mengkaji planet Marikh.

Walaupun berdepan dengan cabaran terutamanya cuaca dan terpaksa berjauhan daripada keluarga, ia bukan halangan besar untuk kumpulan penyelidik bertapak di situ.

Bumi Antartika yang belum terjamah seluas 8.7 juta kilometer persegi itu cukup menawarkan pelbagai khazanah saintifik yang menanti untuk dirungkai.


ANTARTIKA belum sesuai didiami manusia buat masa ini.


Fosil

Menurut penyelidik dari Pusat Penyelidikan McMurdo, Paul Doherty, keterujaan melihat dataran yang kosong menimbulkan pelbagai persoalan untuk dikaji.

"Apabila mendongak ke langit yang cerah tanpa pencemaran cahaya, ia suatu perasaan yang sangat mengasyikkan.

"Di sini juga kami dapat melihat bukti penciptaan zarah-zarah subatom.

"Selain itu, kami mengkaji mengenai mikrob eksotik yang boleh hidup dalam kesejukan," katanya yang teruja untuk memeriksa lapisan fosil ais yang berusia belasan ribu tahun.

Mengimbas kenangan semasa mula-mula menyertai program persediaan ke Antartika, Doherty yang berasal di Amerika Syarikat (AS) datang bersama tiga lagi rakannya, iaitu Mary Miller, Julie Konop dan Noel Wanner. Mereka membuat persediaan bertahun-tahun sebelum boleh mennyertai pasukan penyelidik di situ.

"Kami berempat adalah antara 600 penyelidik yang dihantar ke Stesen McMurdo setiap tahun.

"Untuk ke sini, pelbagai ujian dan latihan yang dilakukan.

"Selain mahir dalam bidang kajian, kesihatan dan kecergasan adalah perkara penting yang perlu diambil berat, termasuklah kesihatan gigi dan gusi," kata Doherty.

Stesen penyelidikan saintifk McMurdo milik AS itu adalah yang terbesar di Antartika. Ia boleh menempatkan 1,000 pegawai penyelidik pada musim panas.

"Pada musim sejuk pula hanya 250 pegawai yang tinggal di sini.

"Selain itu, stesen ini juga mempunyai 2,000 kakitangan sokongan seperti tukang masak, pemandu, jurutera, pengurus projek, pekerja penyelenggaraan dan binaan," ujar Merry Miller.

Stesen McMurdo yang terletak di selatan Pulau Ross mula beroperasi pada tahun 1956.

Kini ia mempunyai lebih 100 struktur bangunan didirikan termasuk tiga landasan ais, dermaga terapung, makmal sains, bangunan pentadbiran, bengkel, garaj, bangunan perubatan, dormitori, dapur, kantin dan kemudahan rekreasi.

Pusat penyelidikan ini merupakan pusat bagi semua program dan uji kaji saintifik.

Ia juga berjiran dengan Stesen Pangkalan Scoot, sebuah fasiliti penyelidikan kendalian New Zealand di Antartika yang dilawati oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin awal minggu ini.

Siri lawatan selama empat hari tersebut adalah gambaran kesungguhan dan komitmen negara susulan daripada penyertaan dalam Triti Antartik 1959 baru-baru ini.


Benua Antartika juga sebenarnya mempunyai gunung berapi, tetapi tidak ada satu pun yang aktif.


Terlepas kapal

Saintis dan penyelidik Malaysia mula aktif dengan misi penyelidikan di Kutub Selatan pada tahun 1997.

Sejak itu, sebanyak 62 ekspedisi dilaporkan telah dijalankan sehingga tahun lepas melibatkan 60 penyelidik dan saintis dari tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara.

Selain McMurdo dan Pangkalan Scott, terdapat 74 stesen penyelidikan lain yang dibuka di Antartika. 42 daripadanya dibuka sepanjang tahun dan 32 stesen lagi dibuka hanya pada musim panas.

Sehingga kini belum ada lagi rekod menunjukkan ada manusia yang tinggal secara tetap di Antartika.

Siapa yang tinggal di sana hanyalah pasukan penyelidikan dari 30 negara yang menjalankan tugas di stesen masing-masing.

Dianggarkan seramai 4,000 orang akan tinggal di benua itu pada musim panas iaitu daripada bulan Oktober hingga April.

Jumlah tersebut akan berkurangan sehingga 1,000 orang sahaja pada musim sejuk yang tiba pada bulan Mei.

"Untuk keluar dari Antartika pada musim sejuk adalah perkara yang mustahil kerana kapal tidak boleh memasuki dataran ais.

"Sesiapa yang terlepas kapal terakhir pada musim panas, mereka perlu tinggal di sini sehinggalah musim sejuk berakhir," jelas Mark William, Ketua Stesen Mawson milik Australia yang terletak di Dataran Tinggi Antartika.

Dia yang pakar dalam bidang pertanian hidroponik cuba menghasilkan tomato terbesar di Antartika.

"Memandangkan tanah tidak dibenarkan dibawa masuk ke sini, kami menggunakan kaedah hidroponik untuk menanam sayura.

"Ia sangat penting untuk bekalan pada musim sejuk nanti," katanya yang dibekalkan dengan makanan untuk tempoh beberapa minggu setiap kali kapal logistik datang ke stesennya.


SULTAN Mizan melawat artifak yang dijaga rapi di dalam Kabin Scott ketika di Cape Evans.


Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan kumpulan penyelidik, hampir semua stesen dilengkapi fasiliti komunikasi dan rekreasi.

Kemudahan Internet, telefon, menonton filem, radio, gimnasium dan meja snuker ada disediakan.

Jika inginkan aktiviti lasak, masih banyak perkara menarik yang boleh dilakukan seperti menjelajahi kawasan baharu, berkhemah di luar, bermain ski, serta menikmati dan merakam keindahan landskap alam dan hidupan liar.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kosmo Online - Negara

Posted:

Kosmo Online - Negarahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Negara Kosmo Online - Negarahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Negara Ancaman perogol bersiri berakhirhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm KOTA BHARU – Pemburuan polis Kelantan terhadap seorang lelaki yang dilabelkan sebagai penjenayah seks paling dikehendaki berakhir apabila dia ditangkap oleh orang awam ketika cuba merogol mangsa dalam sebuah asrama di sini kelmarin.Oleh ADHAM SHADANSUSPEK (gambar kiri) ditangkap ketika cuba merogol mangsa ke-20 dalam asrama pekerja yang terletak di dalam bangunan ini di Kota Bharu kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/1127/Kosmo//ne_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm Banjir di empat negeri makin pulihhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm KOTA BHARU - Keadaan banjir semakin pulih apabila 2,329 mangsa kini masih berada di pusat pemindahan di empat buah negeri yang dilanda bencana tersebut semalam.BEBERAPA penduduk membersihkan sampah sarap yang dihanyutkan air selepas banjir mulai surut di Kampung Permaisuri, Setiu semalam . http://www.kosmo.com.my/pix/2011/1127/Kosmo//ne_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm Tukang kebun parah disondol babi hutan 60kghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm SUNGAI PETANI - Seorang tukang kebun sekolah cedera parah akibat disondol seekor babi hutan di pekarangan rumahnya di Kampung Pokok Asam Lama, Bukit Jenun, Pendang dekat sini semalam.KEADAAN Nordin yang cedera akibat diserang babi hutan dan dirawat di HSAH, Alor Setar semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/1127/Kosmo//ne_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm UMNO pilih calon disenangi ramaihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata, calon boleh menang atau winnable candidate mestilah seseorang yang boleh diterima majoriti pengundi dalam masyarakat tempatan serta jentera parti.<url>http://www.kosmo.com.my/pix/2011/1127/Kosmo//ne_04.small.jpg,100,80</url><link/>http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm </image></item><item><title>Wasatiyyah kunci kesejahteraanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm KUALA LUMPUR - Pendekatan kerajaan dalam memperkenalkan konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan berasaskan keseimbangan dan keadilan dilihat jalan terbaik memantapkan lagi proses kesejahteraan rakyat.Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI<br>zaini.hadi@<br>kosmo.com.myLebih 5,000 hadiri Bekwoh Anak-Anak Kelatehttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm KUALA LUMPUR - Bekwoh Anak- Anak Kelate yang diadakan buat julung-julung kalinya di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini semalam berjaya mengumpul lebih 5,000 anak-anak negeri itu di ibu kota.MUSTAPA (dua dari kiri) bersama Ahmad Shabery beramah mesra bersama belia pada Majlis Bekwoh Anak-Anak Kelate di Kuala Lumpur semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/1127/Kosmo//ne_06.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm Cubaan seludup 30kg ketum gagalhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm KUALA PERLIS - Maritim Malaysia (APMM) berjaya mengagalkan cubaan menyeludup tiga guni daun ketum yang dibawa oleh sebuah bot nelayan di perairan 0.1 batu nautika dari sini Khamis lalu.INILAH tiga guni berisi daun <br>ketum dengan setiap satu seberat 10 kilogram yang cuba diseludup di Kuala Perlis, Khamis lalu. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/1127/Kosmo//ne_07.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm Debat latih mahasiswa jadi pemimpinhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm SHAH ALAM - Program Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti dilihat mampu melatih seseorang itu menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan.MUHAMMAD Irhammudin (tengah) bersama pada Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti di Shah Alam semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/1127/Kosmo//ne_08.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘PERBAIKI HANTARAN’

Posted:

'PERBAIKI HANTARAN'

'PERBAIKI HANTARAN'

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

PARA pemain Harimau Muda gigih berlatih menjelang aksi menentang Bahrain malam ini.


"KITA mampu tumbangkan Bahrain."

Demikian keyakinan yang disuarakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah semalam.

Baginda optimis skuad Harimau Muda mampu menumbangkan Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia di Stadium; Nasional Bukit Jalil malam ini.

Baginda bertitah, perlawanan tersebut boleh dianggap peluang terbaik bagi skuad kendalian Ong Kim Swee itu membuktikan kebolehan mereka selepas tumpas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu.

"Saya yakin kita boleh menang. Ketika kita berdepan Syria baru-baru ini, pemain negara baru balik (dari Jakarta), mereka keletihan setelah bertungkus lumus mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

"Dengan Bahrain, kita betul-betul bersedia. Saya dah cakap dengan jurulatih (Ong Kim Swee), beliau maklumkan ada seorang dua yang tak dapat bermain kerana kecederaan, yang lain semua bersedia diturunkan," titah baginda selepas Majlis Persembahan Anugerah Pemimpin Unggul kepada baginda di Kuantan semalam.

Titah baginda, bagi memastikan kemenangan dalam genggaman Malaysia, para pemain perlu bijak menyambar peluang ketika berada di hadapan gawang lawan.

"Saya juga ingin mengingatkan mereka supaya memperbaiki aspek hantaran di samping tidak boleh menyimpan bola terlalu lama.

"Era sekarang tak main macam 30, 40 tahun dulu, boleh gelecek sana sini tapi sekarang dapat saja bola, tengok kawan untuk lancarkan serangan.

"Masa lawan Indonesia tempoh hari, kita patut boleh jaring gol lebih daripada satu. Kita terlepas peluang. Esok (hari ini) jangan lepaskan peluang yang ada," titah baginda.

Baginda juga kagum dan bangga dengan sokongan yang telah diberikan oleh penyokong skuad negara yang tetap berdiri teguh di belakang skuad muda negara itu meskipun tewas pada aksi menentang Syria Rabu lalu.

"Itulah semangat yang saya mahukan daripada penonton. Walaupun Malaysia kalah, penonton tetap berdiri teguh di belakang pemain kita. Sokongan seperti itu akan melonjakkan semangat pemain kita," titah baginda.

"Saya sendiri punyai keyakinan tinggi kepada skuad bawah 23 negara ini kerana mereka mempunyai dedikasi dan attitude (sikap) positif.

"Masa final Sukan SEA, saya di Jakarta, saya minta mereka bermain bermati-matian dan Alhamdulillah mereka buktikan.

Itu mustahak, kalau main sahaja tak ada atitude, tak ada disiplin, kita tak boleh maju," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia mahu 'pulun' Bahrain

Posted:

Malaysia mahu 'pulun' Bahrain

Malaysia mahu 'pulun' Bahrain

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
sukan@kosmo.com.my


KIM SWEE memberi taklimat kepada barisan pemainnya pada sesi latihan ringan menjelang pertemuan dengan Bahrain malam ini.


MALAYSIA akan tampil dengan corak menyerang dalam usia memburu tiga mata penuh pada aksi menentang Bahrain pada saingan Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

"Kami akan terus menyerang sebaik wisel permulaan dibunyikan dengan harapan dapat meraih jaringan awal," jelas jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim swee.

Menurutnya, di sebalik menggunakan corak menyerang terhadap pasu- kan hebat seperti Bahrain, beliau juga tidak mahu barisan pertahanannya leka dengan membuat kesilapan kecil seperti yang berlaku pada aksi menentang Syria, Rabu lalu.

"Saya tetap mengutamakan aspek pertahanan dan sering mengingatkan semua pemain agar cuba mengelak daripada melakukan kesilapan.

"Jurang antara kita dengan pasukan-pasukan dari Asia Barat tidak begitu jauh. Oleh sebab itu, saya yakin kita mampu mencapai satu keputusan positif pada malam esok (hari ini)," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Meskipun Kim Swee kini mempunyai banyak pilihan pemain untuk disenaraikan dalam kesebelasan utamanya, namun beliau masih belum memutuskan siapa yang bakal diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan.

Apa yang pasti, A. Thamil Arasu bakal sekali lagi diberi kepercayaan sambil Muhd. Nazmi Faiz Mansor akan kembali menerajui bahagian tengah.

Khidmat pemain pertahanan, Mohd. Muslim Ahmad mungkin tidak dapat digunakan kerana pemain terbabit masih mengalami kecederaan hamstring.

"Muslim dijangka tidak dapat beraksi ekoran masalah kecederaan hamstring yang dihadapinya ketika menentang Syria pada Rabu lalu," katanya.

Tambahnya, beliau masih mempunyai pilihan untuk menggantikan posisi Muslim dan Amer Saidin yang beraksi cemerlang pada aksi menentang Syria bakal diberi kepercayaan.

Namun, pada masa yang sama, Kim Swee mengakui kehilangan khidmat perancang utama negara dan kapten Sukan SEA 2011, Baddrol Bakhtiar, 23, yang tidak dapat beraksi berdasarkan faktor umur.

"Ketiadaan Baddrol amat dirasai oleh kami, namun kami tidak mahu mengambil itu sebagai satu alasan, malah terus berazam untuk memburu kemenangan pertama di hadapan penyokong sendiri," ujarnya.

Sementara itu, jurulatih Bahrain, Shareed mengakui bukan satu tugas yang mudah untuk mencuri tiga mata berharga di Stadium Nasional pada malam ini.

Katanya, meskipun menyedari Malaysia akan berjuang habis-habisan, beliau tetap optimis untuk memburu kemenangan pertama bagi menghidupkan peluang kembali untuk bersaing di dalam peringkat kumpulan.

"Malaysia satu pasukan yang sangat bagus. Corak permainan mereka sangat pantas dan memiliki barisan pertahanan yang sangat kukuh," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Siapa bakal julang Anugerah Supermokh MVP?

Posted:

Siapa bakal julang Anugerah Supermokh MVP?

Siapa bakal julang Anugerah Supermokh MVP?


KHAIRUL FAHMI menjadi pilihan untuk anugerah Supermokh MVP.


NAMA bekas penyerang tersohor negara, Allahyarham Mokhtar Dahari akan diabadikan dalam anugerah paling berprestij bagi pemain bola sepak profesional negara.

Anugerah Pemain Paling Bernilai yang bakal diberi- kan pada anugerah tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100-Plus-Astro Arena-FAM akan dikenali sebagai Anugerah Supermokh MVP (Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh).

Untuk anugerah tahun ini, penerima tahun lalu Norshahrul Idlan Talaha dan rakan sepasukannya dari Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat serta pemain Selangor, Safiq Rahim akan bersaing bagi menjulang anugerah berprestij itu yang bakal berlangsung pada 30 November ini.

Senarai calon telah diumumkan semalam selepas semua undian bagi pelbagai kategori dikira dan dimuktamadkan, manakala pemenang-pemenang akan diumumkan pada majlis penyampaian anugerah pada 30 November.

Untuk tahun ini, kesemua ketua juru- latih Liga Perdana dan Liga Super mencalonkan pemain mereka yang menunjuk- kan aksi cemerlang dalam pelbagai kate- gori.

Seperti yang dijangkakan, kebanyakan pemain yang tersenarai datang dari pasu- kan yang cemerlang pada musim ini termasuk juara liga, Kelantan, juara Piala FA, Terengganu dan juara Piala Malaysia, Negeri sembilan.

Penjaring pada aksi akhir Piala Malaysia 22011, Mohd. Hairuddin Omar turut disenarai bagi merebut Anugerah Penyerang Terbaik.

"Jurulatih dari pelbagai pasukan memerhati pemain mereka sepanjang musim ini dan mereka berada di posisi terbaik untuk memilih pemain yang layak menerima anugerah tersebut," ujar Pengurus perhubungan Koperat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Cariessa Goh.

Menurutnya, beliau percaya semua peminat bola sepak tidak sabar untuk mengetahui siapa yang akan menerima anugerah berprestij tersebut pada tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Nelayan Kemboja ditembak nelayan Thailand

Posted:

Nelayan Kemboja ditembak nelayan Thailand

Nelayan Kemboja ditembak nelayan Thailand

26/11/2011 8:13pm

KUALA TERENGGANU – Seorang nelayan warga Kemboja mati ditembak dan mayatnya dicampakkan di tengah laut dalam kejadian pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira dua batu nautika dari Pelabuhan Chendering dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 11 pagi yang dibuat oleh rakan mangsa.

"Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara nelayan warga Thailand dan Kemboja berkaitan tugas memasak di dalam bot.

"Ekoran rasa tidak puas hati, suspek dikatakan telah melepaskan satu das tembakan yang mengenai mangsa," katanya.

Beliau berkata, selepas bertindak demikian, suspek menggunakan bot itu untuk membawa lapan lagi nelayan Kemboja ke pelabuhan, sebelum dia melarikan diri bersama 21 lagi nelayan Thailand dengan bot yang sama.

Bot milik warga tempatan itu pada mulanya dinaiki sembilan nelayan warga Kemboja dan 21 nelayan Thailand untuk menangkap ikan. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Mesin judi: Anggota Per3 adakan demonstrasi

Posted:

Mesin judi: Anggota Per3 adakan demonstrasi

Mesin judi: Anggota Per3 adakan demonstrasi

26/11/2011 7:33pm

GEORGETOWN – Kira-kira 450 anggota Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Per3) menganjurkan demonstrasi aman di sini hari ini bagi membantah operasi kedai mesin judi haram di Pulau Pinang.

Pertubuhan itu mendakwa terdapat 300 premis judi berkomputer yang beroperasi secara aktif di negeri ini.

Presidennya, Sabaruddin Ahmad berkata, pihaknya telah menghantar surat bantahan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung perkara itu tetapi gagal mendapat respons yang diharapkan.

"Pada bulan lepas, pihak Per3 ada menghantar surat kepada Ketua Menteri. Tujuan kami hanya untuk bersemuka dengannya dan berbincang mengenai kes ini.

"Tetapi malangnya jawapan yang kami dapat dari pihak beliau pada dua minggu lalu menghampakan. Beliau tidak mahu berjumpa dengan kami," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh mengenai wujudnya premis yang menjalankan kegiatan mesin judi haram di seluruh negeri ini. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Penambang lemas ketika cuba selamatkan rakan

Posted:

Penambang lemas ketika cuba selamatkan rakan

Penambang lemas ketika cuba selamatkan rakan

26/11/2011 7:30pm

KOTA SAMARAHAN – Mayat seorang penambang, dipercayai lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang terjatuh dari perahu ketika memancing dekat Sungai Samarahan petang semalam, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Abdul Rahman Ahmad, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata mayat Wahab Jalani, 30, dari Kampung Tanjung Bundong, ditemui kira-kira pukul 10 pagi, dikatakan memancing bersama tiga rakan wanitanya menggunakan sebuah perahu tambang.

"Menurut laporan rakan mangsa yang selamat, mangsa dipercayai cuba untuk menyelamatkan seorang lagi rakan yang terjatuh dari perahu, namun rakannya itu berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa terus tenggelam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk kampung berhampiran pangkalan feri Kota Samarahan.

Abdul Rahman berkata, jenazah mangsa dituntut anggota keluarganya petang ini untuk dikebumikan. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tiga cedera rebut BlackBerry diskaun

Posted:

Tiga cedera rebut BlackBerry diskaun

Tiga cedera rebut BlackBerry diskaun

SEORANG lelaki pengsan selepas beratur untuk membeli telefon bimbit BlackBerry pada harga diskaun di pusat beli-belah Pacific Place, Jakarta semalam.


JAKARTA – Promosi harga diskaun untuk telefon pintar BlackBerry semalam bertukar kecoh apabila beribu-ribu warga Indonesia menyerbu premis perniagaan di sini dengan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera manakala beberapa yang lain pengsan.

Promosi harga murah itu bertempat di sebuah premis perniagaan di pusat beli-belah Pacific Place di sini.

Sekitar 300 anggota polis dan anggota separa tentera dikerahkan ke lokasi berkenaan selepas sesi promosi itu bertukar kecoh.

Pengeluar telefon BlackBerry, Research in Motion (RIM) mengumumkan seminggu lalu bahawa model baharu BlackBerry Bold 9790 akan dilancarkan di sini semalam pada separuh harga untuk 1,000 pelanggan pertama.

Namun, sekitar 5,000 peminat BlackBerry berkumpul dalam cuaca panas di luar pusat beli-belah berkenaan untuk mendapat peluang membeli model terbaharu itu pada harga AS$260 (RM831) selepas diskaun.

Sebahagian mereka sudah beratur sehari sebelum promosi berkenaan berlangsung, kata polis.

"Promosi itu menjadi huru-hara menjelang tengah hari apabila beribu-ribu orang saling menolak untuk mendekati pusat beli-belah tersebut. Kami terpaksa mengarahkan penganjur supaya menghentikan sesi promosi itu," kata jurucakap polis Jakarta, Baharudin Djafar.

Seorang wanita berusia 32 tahun dikenali sebagai Sherly yang menunggu sejak awal pagi semalam adalah antara yang pengsan dalam kekecohan tersebut.

"Orang ramai seperti gila dan mula menolak antara satu sama lain, saya dihimpit sehingga tidak sedarkan diri," dia dipetik sebagai berkata oleh laman berita Jakarta Globe.

Indonesia adalah pasaran telefon BlacBerry terbesar di luar rantau Amerika Utara. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Makin banyak akademi tarian tiang di AS

Posted:

Makin banyak akademi tarian tiang di AS

Makin banyak akademi tarian tiang di AS


BEBERAPA pelajar belajar tarian tiang di Universiti Penari Bogel Las Vegas di Las Vegas pada 11 November lalu.


LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Akademi tarian tiang tumbuh bagaikan cendawan di sini negeri Nevada sejak beberapa tahun lalu bersesuaian dengan imejnya sebagai pusat hiburan dan perjudian antarabangsa.

Tarian tiang menjadi antara tarikan pelancong yang melawat bandar raya ini.

Malah, negeri Nevada turut memiliki akademi tarian bogel dikenali sebagai Universiti Penari Bogel yang turut mengajar tarian tiang sebagai cabang sukan atau seni tarian.

Di studio Sekolah Tarian Tiang Penari Bogel Las Vegas di sini sekumpulan wanita pelbagai lapisan usia giat menari belajar dengan menggunakan tiang setinggi 4.5 meter.

"Tarian ini menyeronokkan. Saya sedang bercuti tiga hari dan ini ialah aktiviti paling sesuai dilakukan di sini," kata seorang eksekutif sumber manusia berusia 28 tahun dari Kanada yang dikenali sebagai Erin.

"Suami saya tentu seronok dengan apa yang saya pelajari di sekolah ini," tambahnya.

Persatuan Kecergasan Tarian Tiang (PFA) melaporkan terdapat lebih 500 akademi tarian berkenaan yang beroperasi di seluruh AS.

PFA kini dalam proses mengumpul sokongan di Internet dengan mengadakan petisyen atas talian bagi mendesak seni tarian tiang dipertandingkan di temasya Olimpik.

Langkah tersebut dibuat bagi meningkatkan reputasi tarian tiang sebagai aktiviti sihat yang boleh dilakukan oleh wanita dan juga lelaki.- AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Miller akui hidap gangguan mental

Posted:

Miller akui hidap gangguan mental

Miller akui hidap gangguan mental


SIENNA MILLER (depan kiri) tiba untuk memberi keterangan di Mahkamah Keadilan Diraja di tengah London kelmarin.


LONDON - Aktres Sienna Miller memberitahu satu inkues etika media di Mahkamah Keadilan Diraja di sini kelmarin bahawa dia diserang gangguan mental dan dihantui ketakutan selepas bertahun-tahun menjadi sasaran akhbar tabloid.

Aktres berusia 29 tahun itu berkata, kumpulan paparazi sering menghendap di luar rumahnya dan perbualan telefon bimbitnya turut dicuri dengar.

Miller berkata, intipan media di samping pelbagai cerita buruk tentang dirinya dalam akhbar tabloid menyebabkan dia menuduh rakan dan anggota keluarganya mendedahkan maklumat dirinya kepada media.

Namun, kata Miller, apa yang terjadi ialah mel suara telefon bimbitnya telah digodam oleh akhbar tabloid News of the World milik bilionair Rupert Murdoch.

Miller memberitahu, dia ibarat 'makanan ruji' akhbar tabloid semasa bercinta dengan aktor Britain, Jude Law.

"Kerana itu, saya tak henti dikejar oleh sepuluh hingga 15 lelaki (jurugambar) hampir setiap hari," kata Miller. "Saya juga diludah dan dicerca," tambahnya.

Miller yang membintangi filem Layer Cake dan Alfie merupakan antara beberapa selebriti pertama yang memberi keterangan tentang perbuatan mengintip perbualan telefon yang didakwa dilakukan oleh akhbar News of the World.

Pada Mei lalu, akhbar tabloid itu bersetuju membayar AS$160,000 (RM510,478) kepada Miller sebagai ganti rugi berhubung dakwaan telefonnya telah digodam. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Keberanian Yuna, kecelaruan AIM 18

Posted:

Keberanian Yuna, kecelaruan AIM 18

Keberanian Yuna, kecelaruan AIM 18

INI memang senario paling lucu dalam industri hiburan tempatan sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai. Bertambah lucu apabila ia datang daripada sebuah anugerah yang dianggap paling berprestij untuk mengiktiraf karyawan sebalik tabir dan pelaku muzik tanah air, Anugerah Idustri Muzik (AIM) - tersilap beri anugerah dan pengiktirafan!

Jika ingin dilihat secara kasar, memang tidak masuk akal langsung apabila AIM yang tahun ini sudah masuk usia 18 tahun boleh melakukan kesilapan paling bodoh untuk jenama besar mereka.

AIM 18 tersilap memberi pengiktirafan kepada kategori Lagu Terbaik yang dimenangi oleh karya penuh Yuna, Penakut. Anugerah itu kini telah bertukar tangan kepada komposer Edry Abdul Halim dan penyanyi Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih.

Padahal, sewaktu majlis sidang akhbar berlangsung usai AIM 18 berakhir lebih seminggu lalu, memang sudah kecoh tentang kemenangan lagu Penakut. Bagaimana sebuah lagu yang tidak menang dalam salah satu subkategori boleh diangkat juara.

Sedangkan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh penganjur, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah subkategori sama ada Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik atau Lagu Nasyid Terbaik.

Namun pihak penganjur menangkis dan menepis soalan media. Barangkali media cuba membunuh anugerah yang semakin mula nampak banyak kepincangannya ini, penganjur dengan yakin menjawab semua lagu berhak untuk menjadi juara dan seharusnya ia tidak boleh dipertikai kerana ia diadili oleh badan yang cukup profesional.

Apabila pihak penganjur sudah berkata demikian, siapalah media untuk mempersoalkan lagi walau memang diakui, jawapan yang diberikan tidak logik. Malah siapa juga Yuna atau pelaku muzik lain untuk mempertikaikan penjurian profesional.

Baru ingin melupakan kontroversi tersebut, AIM 18 membakar termometer mereka sendiri. Umpama sudah ludah dan menjilat semula, mereka menarik balik pengiktirafan terhadap Yuna. Kata mereka, terdapat kesilapan teknikal yang berlaku terhadap penjurian.

Maka anugerah Lagu Terbaik yang dimenanginya pun dipulangkan. Sesudah dipulangkan, ia kemudian diberi kepada pemenang yang lebih layak mengikut penjurian profesional mereka, Sedetik Lebih.

Yuna yang merupakan mangsa utama terhadap kecelaruan penjurian AIM 18 memberitahu, dia sendiri agak hairan apabila lagu Penakut diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik ketika acara kemuncak yang berlangsung pada 12 November yang lalu.


YUNA akan tetap menyokong AIM namun meminta agar kesilapan yang sama tidak berulang demi menjaga maruah dan kreadibiliti anugerah tersebut serta karyawan seni.


"Walaupun saya masih baru dalam industri ini, tetapi saya sudah memahami tentang kriteria untuk acara anugerah seperti AIM. Setahu saya untuk merangkul anugerah Lagu Terbaik mestilah berdasarkan kepada pemenang salah satu kategori utama.

"Namun bila memikirkan kembali tentang banyak pembaharuan yang dilakukan oleh penganjur, jadi saya merasakan keputusan yang dibuat itu adalah berdasarkan kepada salah satu pembaharuan tersebut," ujarnya yang hadir pada sidang akhbar tergempar yang diadakan di Hotel Maya, Kuala Lumpur kelmarin.

Tambah Yuna, apabila dihubungi oleh pihak penganjur iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) beberapa hari lalu tentang kesilapan yang telah berlaku, dia mengakui agak terkejut dan tidak menyangka akan berlaku kesilapan dalam sebuah acara yang cukup berprestij.

Ujarnya, kesilapan besar sebegitu dilihat boleh mencalarkan sedikit kredibilitinya, namun tetap menerima dengan hati yang terbuka apabila kemenangannya itu ditarik semula.

"Apa yang saya tahu perkara ini sudah pun menjadi perbualan ramai sehingga menimbulkan pelbagai persepsi yang buruk tentang penganjuran AIM pada kali ini.

"Meskipun saya adalah mangsa terhadap kesilapan yang berlaku, tetapi saya yakin ia tidak akan memberi impak yang lebih besar terhadap kerjaya dan maruah saya sebagai penyanyi pada masa akan datang," ujarnya.

Pada masa yang sama, penyanyi yang mula popular menerusi lagu Dan Sebenarnya itu turut memuji tindakan pihak penganjur yang mengadakan sidang akhbar khas bagi merungkai permasalahan serta kontroversi yang timbul.

Ujarnya, dengan langkah segera yang diambil oleh RIM ini, ia dilihat sebagai salah satu langkah yang berkesan untuk memperbetulkan segala kesilapan agar orang ramai tidak terus memandang serong terhadap kredibiliti pihak penganjur yang sudah tercalar.


ANUAR ZAIN (kiri) bersama Edry Abdul Halim menerima trofi Lagu Terbaik daripada Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM 18, Rosmin Hashim


"Selepas ini, mana-mana pihak yang terbabit dalam penganjuran anugerah sebegini haruslah memikul tanggungjawab yang diberikan dengan lebih baik supaya tiada lagi sebarang kontroversi yang timbul.

"Saya sangat yakin segala masalah yang berlaku ini adalah di luar jangkaan. Cuma saya berharap masalah yang sama tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang," tegasnya.

Terus sokong

Menjadi mangsa kepada kelemahan sistem penjurian dalam sebuah acara yang berprestij, tidak bermakna Yuna sudah merajuk dan tidak mahu menyertai AIM lagi selepas ini.

Biarpun sedikit terasa dengan masalah yang timbul, penyanyi berkenaan menyatakan tidak ada sebab untuk dia memboikot acara anugerah tersebut selepas ini.

"Sebagai seorang pemuzik di Malaysia, sudah tentu saya akan terus memberi sokongan dan terus menyertai AIM pada acara akan datang.

"Lagipun industri muzik di negara ini bukanlah besar dan saya rasa tidak seronok pula kalau mahu merajuk atas apa yang terjadi kepada diri saya sekarang ini," jelasnya.

Menurutnya lagi, pihak penganjur juga telah memberi satu pengiktirafan yang sangat besar iaitu menerusi Anugerah Kembara, meskipun pembabitannya dalam bidang nyanyian masih dikira agak baru lagi.

"Menerusi Anugerah Kembara yang diterima ini juga saya anggap ia sebagai satu pencapaian tertinggi yang pernah diraih sepanjang bergelar seorang penyanyi," ujarnya.


BERDAMAI. Dari kiri, wakil Ernst & Young, Ahmad Zahirudin, wakil RIM, Adrian Lim, Rosmin Hashim, Yuna, Anuar Zain dan Edry Abdul Halim.


Silap juru audit

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18, Rosmin Hashim menjelaskan segala permasalahan yang timbul adalah disebabkan kesilapan yang telah dilakukan oleh juruaudit luar rasmi yang dilantik iaitu Ernst & Young.

Jelas Rosmin, setelah pihak penganjur menyemak kembali kriteria untuk penganugerahan tersebut, mereka telah membuat keputusan untuk menobatkan Sedetik Lebih sebagai Lagu Terbaik.

"Pihak Ernst & Young sendiri telah mengakui kesilapan yang dilakukan dan kami segera mengambil langkah untuk memperbetulkan keadaan supaya kredibiliti sebagai penganjur tidak terus tercalar.

"Kami juga ingin menekankan bahawa pembetulan yang dilakukan ini bukanlah bermaksud untuk menafikan pencapaian Yuna, tetapi kesilapan yang berlaku tidak dapat dielakkan dan amat kami kesali," jelasnya.

Menurutnya lagi, kekeliruan tentang penjurian sebenarnya bermula apabila penjurian untuk subkategori dan Lagu Terbaik telah dinilai menerusi dua penjurian yang berbeza.

Sementara itu, wakil Ernst & Young, Ahmad Zahirudin Abdul Rahim menjelaskan pihaknya mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan ia berlaku disebabkan petugas yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas tersebut kurang faham dengan kriteria penjurian.

Ujarnya, ia berlaku kerana petugas yang mengendalikan audit tersebut baru kali pertama melakukannya dan pihaknya sendiri tidak sangka akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar atas kesilapan yang dilakukan.

"Apa pun kami tetap mengaku telah melakukan kesilapan dan terserah kepada pihak penganjur sama ada mahu terus menggunakan khidmat kami atau tidak pada tahun hadapan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ezlynn nikahi pengurus sendiri

Posted:

Ezlynn nikahi pengurus sendiri

Ezlynn nikahi pengurus sendiri

Oleh HARYATI KARIM


EZLYNN dan Adam tidak sedar bila cinta berputik antara mereka yang sebelum ini hanya berurusan sebagai pengurus dan artis.


PERKENALAN selama enam tahun dan percintaan selama tiga tahun, diakhiri dengan noktah cinta secara rasmi sebagai suami isteri buat penyanyi Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin, 30, dan pasangannya yang merupakan pengurus peribadinya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 35, pada petang tanggal 20 November lalu di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tidak seperti majlis pertunangan dan pernikahan lain, suami Ezlynn, Adam dilihat cukup sibuk ke hulu-hilir memastikan semuanya sempurna sehingga ada yang terlupa bahawa dialah pengantin pada petang itu.

Ezlynn yang ditemui pada majlis pernikahannya itu memandang suaminya dengan senyuman dan berkata: "Itu yang menyebabkan saya terpikat dengannya. Dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Macam hari ini, pada majlis bahagia kami tetapi dia tetap tidak mahu lepas tangan sebaliknya, ingin memastikan sendiri semua perkara agar majlis berjalan lancar."

"Saya ikutkan sahaja sebab dia memang selalu kendalikan acara orang, bila majlis nikah sendiri pun dia masih mahu uruskan, walaupun tugas itu sudah diserahkan kepada orang lain."

Disoal bagaimanakah cinta antara mereka boleh berputik sedangkan saban hari mereka bertemu kerana tugas.

"Ada pepatah mengatakan lebih baik bercinta dengan teman baik sendiri sebab mereka lebih mengenali kita. Sebenarnya sebelum bercinta hubungan kami hanyalah sebagai penyanyi dan pengurus. Kemudian kami menjadi rapat sebagai teman baik dan akhirnya bercinta.

"Adam bagi saya sangat istimewa. Saya suka melihat cara dia menguruskan kerjaya saya dan dirinya sendiri. Dia seorang lelaki yang sangat menghormati perempuan dan bertanggungjawab. Tambahan, dia juga rapat dengan keluarga saya," jawab penyanyi lagu Hai Hai Bye Bye itu lagi.

Sambung Ezlynn, keluarganya tidak terkejut apabila dia menyuarakan hasrat untuk bernikah dengan Adam kerana mereka sudah lama sukakan Adam dan percaya dia akan bahagia di sisinya.

"Keluarga saya memang suka dia. Mereka pernah cakap susah-susah kahwin sahaja dengan Adam apabila beberapa kali hubungan cinta saya tidak menjadi. Masin mulut mereka, akhirnya memang saya bergelar isteri kepadanya," kata Ezlynn sambil disulami tawa kecil.

Adam yang setia di sisi Ezlynn memberitahu, apabila bersama Ezlynn mereka sebagai teman baik dan segalanya dikongsikan bersama. Hari-hari yang dilalui bersama Ezlynn demi tugas bertukar cinta, dan perasaannya diluahkan kepada Ezlynn.


PASANGAN bahagia Ezlynn dan Adam akan mengadakan resepsi perkahwinan pada bulan Januari 2012.


Tarikh 20 Januari tahun lalu menjadi tarikh keramat apabila Adam melamar Ezlynn ketika mereka berada di Pulau Phi Phi, Thailand. Tarikh itu juga sangat istimewa kerana ia merupakan hari lahir Adam dan pada 20 Januari 2011, mereka mendapat tarikh untuk melangsungkan pertunangan dan pernikahan mereka serentak.

"Tarikh 20 Januari itu memang sungguh bermakna buat kami kerana itu kami bertunang dan bernikah pada 20 November dan simbolik kepada tarikh itu, saya memberi wang hantaran sebanyak RM20,020 kepadanya.

"Hari ini merupakan hari paling bahagia buat saya, meskipun sudah bergelar suami tetapi saya tetap meneruskan kerjaya saya sebagai pengurusnya seperti biasa. Malah, saya mahu dia lebih berjaya sebagai pelakon dan penyanyi selepas ini," jawab Adam.

Mahu anak

Sebelum bernikah pada pukul 5 petang, Ezlynn terlebih dahulu bertunang dengan Adam di lokasi yang sama dengan majlis pernikahannya dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat sahaja.

Sungguh privasi, tetamu yang hadir juga tidak lebih daripada 70 orang, jawab Ezlynn dia sengaja mahu lari daripada tradisi kerana ingin meraikan hari bahagianya bersama orang yang benar-benar rapat dengan dirinya dan Adam sahaja.

"Bukan tidak mahu panggil ramai orang tetapi saya mahu hari bersejarah saya berlangsung dengan orang-orang yang dekat dengan diri saya. Biarpun tidak ramai, kehadiran mereka cukup menggembirakan saya.

"Soal bertunang pada hari pernikahan, adalah disebabkan kesibukan jadual kerja saya dan juga ahli keluarga yang lain. Bukan mudah untuk mengumpulkan keluarga saya yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur, untuk tidak menyusahkan semua orang, saya langsungkan terus majlis pertunangan dan pernikahan pada hari yang sama," tuturnya.

Meskipun begitu, tidak bermakna Ezlynn dan Adam mengenepikan teman-teman lain, sebaliknya mereka akan mengadakan sebuah majlis resepsi untuk kedua-dua belah pihak pada bulan Januari tahun hadapan dan akan terus berbulan madu di sekitar Eropah selepas majlis resepsi dilangsungkan.


ADAM dinikahkan oleh bapa Ezlynn iaitu Ariffin Alang Ahmad.


"Saya tidak sempat untuk merancang sebuah majlis yang besar kerana majlis tunang dan nikah dirancang dua bulan yang lalu. Jadi, saya perlukan masa untuk majlis resepsi, mungkin kami akan mengadakannya pada 20 Januari tetapi belum ada sebarang tarikh muktamat setakat ini.

"Berbulan madu di Eropah pula adalah idea Ezlynn sebab dia memang suka sangat untuk melancong ke sana. Selepas kami langsaikan kerja yang ada dan majlis resepsi, kami akan pergi berbulan madu," balas Adam yang memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak Ezlynn.

Berbicara soal cahaya mata pula, baik Ezlynn dan Adam menyerahkannya pada takdir, bagaimanapun jika boleh mereka mahukan cahaya mata segera.

"Saya tidak kisah kalau dapat anak cepat, lagi bagus sebab saya bukannya muda lagi, umur sudah masuk angka 30. Kalau, lambat-lambat sangat susah pula ingin dapat anak, jadi kalau boleh lagi cepat, lagi bagus.

"Apabila saya berkahwin maknanya saya sedia dengan tanggungjawab seorang isteri, bukan sahaja menyediakan makan minum sebaliknya bersedia untuk menjadi seorang ibu juga," luah Ezlynn yang akan muncul dengan lagu single terbaru berjudul Dusta dan filem Husin Mon & Jin Pakai Toncit.

Dalam majlis pertunangannya, ibu Adam, Juriah Abdul Hamid telah menyarungkan gelang di tangan Ezlynn, manakala pada majlis pernikahan pula, bapa Ezlynn, Ariffin Alang Ahmad menikahkan Ezlynn sendiri sambil disaksikan oleh jurunikah masjid Sg. Penchala, Muhammad Ridwan Mohd. Yunus dengan mas kahwin sebanyak RM80.

Full content generated by Get Full RSS.

Do Re Mi taruhan Budi

Posted:

Do Re Mi taruhan Budi

Do Re Mi taruhan Budi


BUDI


WALAUPUN masih hijau di dalam industri muzik di negaranya sendiri iaitu Indonesia, Syahbudin Syukur atau lebih mesra dengan panggilan Budi, berani mengatur langkah untuk masuk ke persada industri muzik Malaysia.

Pemuda yang berumur 25 tahun ini lebih dikenali sebagai Budi Doremi bagi peminatnya di Indonesia telah hadir ke Malaysia untuk menghadiri majlis pelancaran single pertamanya yang berjudul Do Re Mi di Malaysia.

Namun, apa yang membuatkan penyanyi muda ini berani untuk mencuba pasaran Malaysia walhal dirinya masih baru di negara sendiri?

"Ini kerana saya yakin lagu yang saya bawakan itu ialah sebuah lagu yang senang dan boleh membuatkan orang gembira. Selain itu, saya percaya pada diri kerana saya membawa sesuatu yang cukup segar dengan genre muzik yang saya panggil pop raggaeneration (raggae generation).

"Di dalam lagu ini, saya mewujudkan tema iaitu saya mengajak orang untuk sedar bahawa perpisahan atau perkara yang menyedihkan itu boleh disampaikan dengan cara yang gembira," jawab Budi pada majlis makan tengah hari bersamanya di Melting Pot Café, Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Selain itu, Budi juga sedang sibuk menyiapkan single keduanya berjudul 1,2,3,4,5,6 yang bakal dilancarkan di Indonesia pada awal bulan Disember ini. Jika melihatkan judul lagunya, Budi hanya menggunakan judul yang sangat mudah dan diingati.

Kata pemuda kelahiran, Banten, Jakarta, Indonesia ini, judul seperti itu dipilih kerana ia merupakan harapan peminat terhadap dirinya yang mana dia sememangnya inginkan kelainan supaya mudah diingati dan lebih catchy.

Budi yang berada di bawah naungan Erama Records di Malaysia dan Wanna-B Music Production di Indonesia memanjat kesyukuran kerana single Do Re Mi ini sangat mendapat sambutan di corong-corong radio Indonesia malah turut tersenarai di dalam carta teratas.

Ini merupakan kali kedua kehadiran Budi di bumi Malaysia dan pertama kalinya adalah untuk membuat rakaman lagu Gerimis Mengundang bersama artis baharu tempatan, Brenda. - NOOR ASHREEN ISMAIL

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved