Sabtu, 26 November 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tiga cedera rebut BlackBerry diskaun

Posted:

Tiga cedera rebut BlackBerry diskaun

Tiga cedera rebut BlackBerry diskaun

SEORANG lelaki pengsan selepas beratur untuk membeli telefon bimbit BlackBerry pada harga diskaun di pusat beli-belah Pacific Place, Jakarta semalam.


JAKARTA – Promosi harga diskaun untuk telefon pintar BlackBerry semalam bertukar kecoh apabila beribu-ribu warga Indonesia menyerbu premis perniagaan di sini dengan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera manakala beberapa yang lain pengsan.

Promosi harga murah itu bertempat di sebuah premis perniagaan di pusat beli-belah Pacific Place di sini.

Sekitar 300 anggota polis dan anggota separa tentera dikerahkan ke lokasi berkenaan selepas sesi promosi itu bertukar kecoh.

Pengeluar telefon BlackBerry, Research in Motion (RIM) mengumumkan seminggu lalu bahawa model baharu BlackBerry Bold 9790 akan dilancarkan di sini semalam pada separuh harga untuk 1,000 pelanggan pertama.

Namun, sekitar 5,000 peminat BlackBerry berkumpul dalam cuaca panas di luar pusat beli-belah berkenaan untuk mendapat peluang membeli model terbaharu itu pada harga AS$260 (RM831) selepas diskaun.

Sebahagian mereka sudah beratur sehari sebelum promosi berkenaan berlangsung, kata polis.

"Promosi itu menjadi huru-hara menjelang tengah hari apabila beribu-ribu orang saling menolak untuk mendekati pusat beli-belah tersebut. Kami terpaksa mengarahkan penganjur supaya menghentikan sesi promosi itu," kata jurucakap polis Jakarta, Baharudin Djafar.

Seorang wanita berusia 32 tahun dikenali sebagai Sherly yang menunggu sejak awal pagi semalam adalah antara yang pengsan dalam kekecohan tersebut.

"Orang ramai seperti gila dan mula menolak antara satu sama lain, saya dihimpit sehingga tidak sedarkan diri," dia dipetik sebagai berkata oleh laman berita Jakarta Globe.

Indonesia adalah pasaran telefon BlacBerry terbesar di luar rantau Amerika Utara. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Makin banyak akademi tarian tiang di AS

Posted:

Makin banyak akademi tarian tiang di AS

Makin banyak akademi tarian tiang di AS


BEBERAPA pelajar belajar tarian tiang di Universiti Penari Bogel Las Vegas di Las Vegas pada 11 November lalu.


LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Akademi tarian tiang tumbuh bagaikan cendawan di sini negeri Nevada sejak beberapa tahun lalu bersesuaian dengan imejnya sebagai pusat hiburan dan perjudian antarabangsa.

Tarian tiang menjadi antara tarikan pelancong yang melawat bandar raya ini.

Malah, negeri Nevada turut memiliki akademi tarian bogel dikenali sebagai Universiti Penari Bogel yang turut mengajar tarian tiang sebagai cabang sukan atau seni tarian.

Di studio Sekolah Tarian Tiang Penari Bogel Las Vegas di sini sekumpulan wanita pelbagai lapisan usia giat menari belajar dengan menggunakan tiang setinggi 4.5 meter.

"Tarian ini menyeronokkan. Saya sedang bercuti tiga hari dan ini ialah aktiviti paling sesuai dilakukan di sini," kata seorang eksekutif sumber manusia berusia 28 tahun dari Kanada yang dikenali sebagai Erin.

"Suami saya tentu seronok dengan apa yang saya pelajari di sekolah ini," tambahnya.

Persatuan Kecergasan Tarian Tiang (PFA) melaporkan terdapat lebih 500 akademi tarian berkenaan yang beroperasi di seluruh AS.

PFA kini dalam proses mengumpul sokongan di Internet dengan mengadakan petisyen atas talian bagi mendesak seni tarian tiang dipertandingkan di temasya Olimpik.

Langkah tersebut dibuat bagi meningkatkan reputasi tarian tiang sebagai aktiviti sihat yang boleh dilakukan oleh wanita dan juga lelaki.- AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Miller akui hidap gangguan mental

Posted:

Miller akui hidap gangguan mental

Miller akui hidap gangguan mental


SIENNA MILLER (depan kiri) tiba untuk memberi keterangan di Mahkamah Keadilan Diraja di tengah London kelmarin.


LONDON - Aktres Sienna Miller memberitahu satu inkues etika media di Mahkamah Keadilan Diraja di sini kelmarin bahawa dia diserang gangguan mental dan dihantui ketakutan selepas bertahun-tahun menjadi sasaran akhbar tabloid.

Aktres berusia 29 tahun itu berkata, kumpulan paparazi sering menghendap di luar rumahnya dan perbualan telefon bimbitnya turut dicuri dengar.

Miller berkata, intipan media di samping pelbagai cerita buruk tentang dirinya dalam akhbar tabloid menyebabkan dia menuduh rakan dan anggota keluarganya mendedahkan maklumat dirinya kepada media.

Namun, kata Miller, apa yang terjadi ialah mel suara telefon bimbitnya telah digodam oleh akhbar tabloid News of the World milik bilionair Rupert Murdoch.

Miller memberitahu, dia ibarat 'makanan ruji' akhbar tabloid semasa bercinta dengan aktor Britain, Jude Law.

"Kerana itu, saya tak henti dikejar oleh sepuluh hingga 15 lelaki (jurugambar) hampir setiap hari," kata Miller. "Saya juga diludah dan dicerca," tambahnya.

Miller yang membintangi filem Layer Cake dan Alfie merupakan antara beberapa selebriti pertama yang memberi keterangan tentang perbuatan mengintip perbualan telefon yang didakwa dilakukan oleh akhbar News of the World.

Pada Mei lalu, akhbar tabloid itu bersetuju membayar AS$160,000 (RM510,478) kepada Miller sebagai ganti rugi berhubung dakwaan telefonnya telah digodam. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved