Isnin, 18 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jangan bunuh bayi anda!

Posted:

Jangan bunuh bayi anda!

Jangan bunuh bayi anda!

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my



BARU dua minggu bekerja di pusat perlindungan bayi, OrphanCare, Petaling Jaya, Selangor, Mariam tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi siren yang panjang pada suatu petang.

Meskipun wanita berusia 30-an itu sudah dimaklumkan tentang maksud bunyi tersebut, ia tetap mencemaskannya lantaran itulah pengalaman pertamanya menghadapi situasi sedemikian.

Dengan hati yang berdebar, dia menuruni anak tangga satu persatu. Semakin dekat, debaran dadanya semakin pantas. Sejurus sampai di ruang baby hatch (pelindung bayi) di hadapan premis tersebut, ditemukannya seorang bayi yang sedang menangis.

"Saya sangat terkejut apabila melihat bayi itu. Dia masih dalam keadaan berdarah dan tali pusatnya sudah dipotong tapi tidak berikat.

"Lantas saya ambil dan mandikan bayi itu. Pakaikan pakaian yang elok. Ketika ditinggalkan, dia hanya dibalut dengan sehelai kain," ujar mariam yang kini sudah 10 bulan menjadi penjaga.

Menurutnya, bayi perempuan itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan pada sekeping nota yang turut tertulis tarikh lahir dan agama bayi tersebut.

Walaupun bayi itu ditinggalkan begitu sahaja oleh si ibu yang melahirkannya, namun atas sebab yang agak jelas, bayi itu tidak mahu dijagainya. Atas saki-baki belas daripada si ibu itu, bayi itu dilepaskan pada keluarga angkat yang tahu menyayanginya.

Sentiasa bersedia 24 jam sehari kecuali hari cuti, tugas Mariam kadangkala dibantu oleh para sukarelawan yang datang bagi meringankan bebannya di OrphanCare.

"Bayi di sini akan dimandi dan ditukarkan persalinan baju yang baru. Kami menjaga mereka seperti anak sendiri sementara menunggu kehadiran ibu bapa angkat," kata Mariam.

Ketika ditemui, Mariam sedang menguruskan dua orang bayi lelaki dan perempuan yang baru tiga hari diserahkan kepada OrphanCare.

Selalunya, bayi-bayi akan berada di pusat tersebut antara dua hingga tiga hari sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.

Sembunyi identiti


MARIAM menguruskan dua orang bayi yang baru saja diserahkan kepada OrphanCare.


Pelindung bayi adalah salah satu kemudahan terbaharu yang disediakan di OrphanCare bagi membantu mereka yang menyerahkan bayi tanpa mahu mendedahkan identiti mereka.

Mengikut kaji selidik yang dilakukan oleh pusat tersebut, rata-rata yang datang menyerahkan bayi mereka disebabkan sama ada malu atau masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab menjaga anak.

Ia adalah alternatif kepada mereka yang sudah terlanjur tetapi mahu anak mereka selamat dalam pangkuan pihak yang lebih menyayangi tanpa perlu mendedahkan identiti sendiri.

Paling utama, OrphanCare mahu mengelakkan manusia menjadi lebih kejam dengan membunuh atau membuang bayi mereka lantaran hilang pertimbangan pada waktu 'cemas' itu.

Menurut Ketua Jawatankuasa Anak Angkat OrphanCare, Nor Aishah Osman, 49, sejak perkhidmatan pelindung bayi disediakan pada 29 Mei 2010 lalu, hanya tiga bayi yang ditinggalkan di situ.

Walaupun angka itu tidak begitu besar namun, ia wajar dipuji kerana sekurang-kurangnya tiga nyawa tidak berdosa dapat diselamatkan daripada mungkin menjadi gonggongan anjing.

"Sejak OrphanCare ditubuhkan pada tahun 2008, seramai 36 bayi telah diserahkan sendiri oleh ibu bapa mereka tanpa menggunakan perkhidmatan pelindung bayi.

"Kesemua bayi itu telahpun dipasang-pasang dengan keluarga angkat mereka," ujar Aishah ketika ditemui di Kampung Tunku, Petaling Jaya baru-baru ini.

Di Barat, pelindung bayi sudah pun diterima umum dan idea tersebut menjadi inspirasi kepada bekas Pengerusi OrphanCare, Allahyarham Datuk Adnan Mohd. Tahir bagi merealisasikan perkhidmatan yang sama di Malaysia.

Setiap perincian idea adalah 100 peratus mengikut kehendak Allahyarham yang begitu prihatin terhadap keselamatan, keselesaan dan kebajikan bayi tersebut.

Eksekutif Pengurusan pusat tersebut, Zulkifli Mohd. Aris berkata, sebaik sahaja bayi diletakkan dalam baby hatch, beratnya akan menghidupkan seluruh sistem secara automatik.


DALAM keadaan psikologi yang terganggu, seorang ibu yang tidak menerima hakikat hamil dan kelahiran sanggup berbuat apa sahaja demi menutup aib termasuk membuang bayinya. – Gambar hiasan


"Lampu dan pendingin hawa akan terpasang bagi memberi pengudaraan kepada bayi. Dalam masa yang sama lampu dan siren kecemasan dalam bilik penjaga akan berfungsi.

Sementara itu, petugas OrphanCare boleh melihat melalui kamera litar tertutup untuk mengesahkan terdapat bayi atau tidak. Imej kamera hanya dari arah dalam pelindung bayi bukan luar," ulas Zulkifli megenai kerahsiaan identiti pihak yang menyerahkan bayi tersebut.

Sebaik sahaja pintu pelindung bayi ditutup, ia akan terkunci bagi menjamin keselamatan bayi tersebut.

"Jadi, jika ada individu yang berubah fikiran untuk mengambil semula bayi itu, mereka perlu menunggu kami keluar dahulu," tambah Zulkifli.

Tiada warganegara

Mengulas mengenai status bayi yang ditinggalkan di dalam pelindung bayi, Aishah berkata, bayi-bayi tersebut dikategori sebagai tiada warganegara.

"Ia berlaku kerana tidak ada dokumen yang sah seperti salinan sijil kelahiran bayi dan kad pengenalan ibu yang memberitahu bayi tersebut adalah rakyat Malaysia.

"Bayi itu juga perlu dilapor kepada pihak polis selain perlu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan," jelas Aishah.

Tambahnya, sijil kelahiran bayi itu nanti tidak akan dicatat nama ibu bapa angkat sehingga tempoh dua tahun.

Berbeza dengan bayi yang diserah secara sukarela kepada OrphanCare, ia boleh diserahkan terus kepada keluarga angkat selepas beberapa dokumen ditandatangani.

Padanan keluarga


AISHAH menunjukkan ruang selesa di dalambaby hatch, iaitu kemudahan terkini yang dipasang di premis OrphanCare.


Kata Aishah, OrphanCare yang bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak tahun 2009 itu mempunyai satu sistem bagi memadankan bayi-bayi dengan keluarga angkat.

"Lebih 800 pasangan yang berdaftar untuk mendapatkan anak angkat dan baru 100 pasangan telah ditemu bual. Dari senarai itu, kami menapis beberapa kriteria.

"Antaranya adalah usia perkahwinan pasangan dan tempoh tidak memiliki anak serta tahap kemampuan mereka membesarkan anak itu nanti.

"Dengan senarai yang ada, kami hanya perlu mengikut turutan susunan setiap kali ada bayi yang mendapatkan perlindungan di sini," ujarnya.

Sesuai dengan matlamat dan slogan OrphanCare, sudah menjadi harapan kepada pusat tersebut supaya setiap kanak-kanak yang tersisih mendapat kasih sayang daripada sebuah keluarga.

"Kami berpendapat anak-anak perlu hidup sebagai sebuah keluarga yang lengkap dan percaya mereka yang dibesarkan dalam persekitaran begitu pasti berbeza dengan kehidupan sebatang kara.

"Pendidikan mereka juga insya-Allah akan terjamin sehingga ke peringkat yang lebih tinggi tambahan pula zaman sekarang memerlukan lebih daripada sekadar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," ulas Aishah ketika ditebak persoalan tentang mengapa tidak menubuhkan sebuah rumah anak yatim.

Selain itu, katanya, semua ahli jawatankuasa OrphanCare berpendapat perasaan disayangi dan dimiliki lebih terasa jika anak-anak itu berkeluarga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


USM-Mercy jalin kerjasama dalam misi kemanusiaan

Posted:

USM-Mercy jalin kerjasama dalam misi kemanusiaan

USM-Mercy jalin kerjasama dalam misi kemanusiaan


DZULKIFLI (tengah) dan Ahmad Faizal (enam dari kiri) selepas memeterai MoU antara USM-Mercy pada majlis APUCEN Summit di George Town baru-baru ini.


KERJASAMA. Universiti Sains Malaysia (USM) mengukuhkan peranannya dalam memberi sumbangan kepada masyarakat antarabangsa apabila menjalin hubungan strategik dengan pertubuhan amal, Malaysia Medical Relief Society (Mercy) Malaysia.

Jalinan hubungan itu dibuat menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua belah pihak dalam satu majlis khas bersempena majlis Asia Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) Summit di George Town baru-baru ini.

MoU itu dimeterai antara Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Presiden Mercy, Datuk Dr. Ahmad Faizal Perdaus.

Kata Dzulkifli, kerjasama itu berupaya memaksimumkan sumbangan dalam misi kemanusiaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMT anjur simposium sains dan teknologi

Posted:

UMT anjur simposium sains dan teknologi

UMT anjur simposium sains dan teknologi


Sebahagian peserta dari dalam dan luar negara yang hadir semasa Simposium Tahunan Antarabangsa UMT (UMT) 2011 ke-10 di Hotel Permai baru-baru ini.


TUNTUT ILMU. Kira-kira 500 penyelidik, warga akademik dan pelajar dari dalam dan luar negara menyertai Simposium Tahunan Antarabangsa, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2011 baru-baru ini.

Antara negara yang turut serta dalam simposium kali ke-10 yang berlangsung selama tiga hari di Hotel Permai, Kuala Terengganu itu ialah Indonesia, Belgium, Iran, Thailand, Libya dan Oman.

Sepanjang simposium itu berlangsung, lebih 100 kertas kerja dalam pelbagai lapangan penyelidikan telah dibentang dalam lima persidangan yang bertemakan Memperkasakan Sains, Teknologi dan Inovasi Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Baik.

Majlis perasmian simposium itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof dan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

100 ahli Famemas sertai Program Sorak Sihat 1Malaysia

Posted:

100 ahli Famemas sertai Program Sorak Sihat 1Malaysia

100 ahli Famemas sertai Program Sorak Sihat 1Malaysia


Ahli-ahli Kelab Famemas membuat demontrasi sorakan dalam Program Sorak Sihat Satu Malaysia dan Larian 3 Kilometer anjuran Kelab Famemas Kuala Lumpur dan Selangor di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil baru-baru ini.


AKTIVITI SIHAT. Kira-kira 100 ahli Kelab Penyokong Malaysia (Famemas), Kuala Lumpur dan Selangor menyertai Program Sorak Sihat 1Malaysia dan Larian 3 Kilometer di Kompleks Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

Pengerusi Famemas, Lee Hui Seng berkata, program julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya menjalani kehidupan aktif menerusi kegiatan riadah hujung minggu selain memupuk semangat muhibah di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

"Selain larian, peserta turut berpeluang mempelajari teknik senaman yang betul menerusi fasilitator yang dilantik," katanya.

Pelbagai acara sampingan turut diadakan sempena program tersebut yang mendapat sokongan daripada Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Beri komitmen demi berat ideal

Posted:

Beri komitmen demi berat ideal

Beri komitmen demi berat ideal

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my



MENJAGA kesihatan dengan menghadiri latihan di gimnasium, melakukan senaman, berdiet, mengawal pengambilan gula, lemak dan sebagainya bukan hanya bererti anda mahu mengurangkan berat badan.

Ini kerana setiap manusia mempunyai berat badan ideal. Mereka yang kekurangan berat juga perlu mengamalkan penjagaan kesihatan sedemikian untuk menambah dan mengekal berat badan pada tahap ideal.

Apabila melihat wanita bertubuh kecil dan kurus, serta-merta seseorang akan berpendapat wanita itu sihat dan berada pada tahap kesihatan optimum. Sedangkan kurus dan kecil bukan bererti seseorang itu sihat tetapi mereka perlu berusaha untuk mendapatkan berat ideal.

"Setelah bertambah kira-kira lima kilogram daripada berat badan asal saya, saya berasa lebih sihat dan yakin. Bukan itu sahaja, saya juga merasakan diri ini lebih feminin kerana mempunyai bentuk badan yang curvy," ujar penerbit dan pengacara televisyen, Rina Omar.

Dia memberitahu, berat badannya yang sebelum ini 39 kilogram (kg) kini sudah bertambah menjadi 44kg iaitu seiring dengan ketinggiannya.

Tambah Rina yang sudah berusia 33 tahun dan sedang menanti hari perkahwinan, dengan penambahan berat badan itu, dia bukan sahaja berasa lebih sihat malah personaliti itu mengakui kecantikannya lebih terserlah.

"Sekarang saya mempunyai pipi. Jika selama ini, ia 'kecut' dan tidak kelihatan, sekarang ia lebih berisi.

"Saya tidak mahu apabila berumur kelak, saya menghadapi pelbagai masalah kesihatan. Naik tangga terasa sakit, turun tangga terasa letih, buat kerja pun tidak boleh. Oleh itu, berat badan ideal boleh membantu kita mengekalkan stamina," katanya.

Walaubagaimanapun, tidak mahu berat badannya menjadi berlebihan daripada sepatutnya, Rina akan melakukan senaman dan mengamalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan diri menambah lebih berat badan dan dalam masa yang sama sihat dengan berat ideal.

Acara tahunan


RHW 2011 adalah sebuah pertandingan kecergasan dan kesihatan yang sudah masuk tahun penganjuran keenam.


Rina adalah salah seorang peserta Roasters Health Watch (RHW) 2011, program pertandingan kesihatan yang dianjurkan secara tahunan oleh restoran Kenny Rogers Roasters dengan kerjasama daripada pusat gim Celebrity Fitness, Gintell dan Brooks.

Diadakan buat kali keenam, RHW menggunakan tema Venus vs Mars iaitu pertandingan kesihatan antara wanita dan lelaki. Pasukan yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap gaya hidup sihat, sama ada mencapai berat badan ideal, mengurangkan berat badan, membina otot, indeks berat badan (BMI) normal, peratus lemak badan yang sihat secara keseluruhan akan diumum sebagai pemenang.

Pada acara final RHW yang diadakan di restoran Kenny Rogers Roasters di Berjaya Times Square baru-baru ini, pasukan Venus atau wanita mencapai kemenangan apabila mereka mendapat markah tertinggi secara keseluruhan termasuk latihan senaman gim di Celebrity Fitness dan mengamal makanan sihat di Kenny Rogers Roasters selama lapan minggu bermula 16 Mac hingga 23 Jun yang lalu.

Ganjaran

"Pemenang membawa pulang hadiah terkumpul bernilai RM25,000, manakala Mars (lelaki) pula membawa hadiah terkumpul bernilai RM10,000. Setiap pasukan disertai seramai tujuh orang dan semuanya menunjukkan komitmen yang baik sejak pertandingan ini bermula.

"Saya berharap supaya kerja keras untuk mencapai kesihatan optimum ini diteruskan," kata Pengurus Penjenamaan Kanan Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd., Esther Woo.

Seorang lagi peserta wanita, Letchumy Ramasamy, 44, berkata, di sebalik komitmen terhadap keluarga dan kerja, dia tidak pernah meninggalkan sesi gim dan makan di Kenny Rogers.

"Kadangkala saya terpaksa melalui trafik yang teruk tetapi demi kesihatan dan memenangi pertandingan, saya memandu ke pusat gim di Mid Valley," kata Letchumy yang tinggal di Bukit Jalil. Dia yang berjaya mengurangkan 3.5 kilogram akan terus berusaha untuk 17 kilogram lagi bagi mencapai berat ideal.

Diet sihat


PASUKAN Venus gembira diumumkan pemenang dengan membawa pulang hadiah terkumpul bernilai RM25,000.


Dua ahli pasukan Venus yang paling muda, Chin Shook Been, 23, dan Thipatharrany Veriah, 21, tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam RHW dan mengikuti seruan amalan gaya hidup sihat.

"Sekarang kami lihat ramai wanita khususnya mereka yang berada di kawasan urban menyedari kepentingan penjagaan kesihatan diri, sama ada bersenam atau diet," ujar Shook Been.

Bagi kedua-dua peserta dari Kuala Lumpur itu, seseorang itu tidak perlu berlapar atau membuat aktiviti fizikal yang terlampau kerana cara itu tidak digalakkan.

"Tetapi kita perlu makan makanan sihat dan bersenam mengikut keperluan kerana ia memberikan kami tenaga yang berpanjangan," kata Thipatharrany.

Seorang lagi wanita yang telah berumah tangga dan bekerja sendiri, Norlina Non, 37, dari Subang Jaya berpendapat kesihatan menjadi asas kesejahteraan wanita.

Beliau yang berjaya menghilangkan sejumlah 7kg dalam program selama lapan minggu itu berjanji akan terus bersenam dan menjaga pemakanan demi mengurangkan berat seterusnya mencapai ukuran ideal.

"Bila saya pergi ke gim, saya agak terkejut melihat ramai wanita seusia atau lebih tua berada di situ. Rupanya ramai yang sedar mengenai kepentingan menjaga berat badan.

"Bila sihat, kita juga rasa lebih muda dan yakin. Mungkin itu rahsia kebanyakan wanita urban yang kelihatan jauh lebih muda dan sihat daripada usia sebenar," ujar Norlina.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

300,000 orang banjiri festival barangan India

Posted:

300,000 orang banjiri festival barangan India

300,000 orang banjiri festival barangan India

Oleh NIZHA PERIASWAMY



BERLEGAR-LEGAR melewati lebih 200 buah gerai yang menjual pakaian, makanan, barangan kraf, aksesori, perhiasan rumah, pakej perkahwinan India dan pelbagai produk perkhidmatan, Festival Beli-belah Global India (GISF) semestinya suatu pengalaman yang mengujakan.

Diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini, ia dipenuhi pelbagai warna, kilauan produk hiasan kaca dan jemeki-jemeki yang sesekali menarik perhatian. GISF kali ini dipercayai antara yang terbesar pernah diadakan dalam tempoh sembilan tahun.

"Kami mahu satu festival beli-belah yang profesional. Sehubungan itu, kami perlu memastikan pelbagai perkara sebelum memastikan GISF berjalan seperti yang dirancang.

"Saya berbangga untuk menyatakan syarikat pengurusan acara kami antara yang berjaya melakukannya secara berterusan," ujar pengurus Agenda Suria Communication, D.P. Ganaa.

Tambah beliau, GISF pada tahun ini bukan sahaja menarik lebih ramai pedagang dari beberapa negara termasuk beberapa negeri utama di India, tetapi juga mencapai sasaran apabila hampir 300,000 orang tempatan mahupun pelancong asing mengunjungi festival tersebut.

"Walaupun tahun lalu angka itu lebih tinggi tetapi tahun ini festival tersebut hanya diadakan selama lima hari berbanding tahun sebelumnya 10 hari.

"Bagi kami, ia adalah rekod bagi tempoh yang singkat. Lebih menarik, jumlah peniaga bertambah dan menawarkan produk yang lebih banyak serta baru," tambah Ganaa.

Pedagang antarabangsa

GISF pada tahun ini mempelawa pedagang dari Kashmir, Rajasthan, Tamil Nadu, Bengal Barat, Maharastra, Orrisa, Punjab dan Kerala. Turut memeriahkan festival ialah para pedagang dari Andhra Pradesh, Andaman dan Nicobar, Gujarat dan Pakistan, Bangladesh dan Thailand serta beberapa peniaga tempatan dari Malaysia.

Sebagai festival beli-belah India yang terbesar di Asia Pasifik, GISF mendapat sokongan padu daripada kerajaan Malaysia, khususnya Pelancongan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan dan Perdagangan Luar Malaysia.

Seorang peniaga tempatan Hema Vijay Suntharam memberitahu, peluang berniaga di GISF sebagai satu peluang terbaik kerana kebanyakan pengunjung ke festival itu pasti akan membawa pulang sesuatu.

"Kami cuba menawarkan harga yang paling murah dan khas supaya barangan yang diperkenalkan di sini digunakan sepenuh oleh pengunjung. Kami tidak mahu membawa balik semula barangan ini," katanya yang menjual pelbagai jenis kain sari dan salwar kameez daripada koleksi pereka fesyen.

Dia yang memiliki butik Hemiz Collection di Puchong berharap supaya pihak penganjur GISF akan memberikan peluang kepada peniaga tempatan pada masa hadapan.

Harga murah



"Kami menjual fabrik yang dibawa khas dari Pakistan. Kami cuba sedaya upaya untuk menawarkan harga yang paling murah atau memberikan harga yang ditawarkan oleh pelanggan sahaja," kata seorang kakitangan yang bekerja di gerai Amarjeet Enterprise di GISF.

Ujar lelaki itu, sejak beberapa tahun sebelum ini majikannya mengambil bahagian dalam GISF.

Bahkan beberapa peniaga yang ditemui termasuk peniaga kasut memberitahu, mereka berasa seronok dan ghairah berniaga di GISF kerana dapat membawa pulangan yang tinggi dalam masa singkat selain dapat menawarkan harga istimewa kepada pengunjung.

"Saya menyeru kepada peniaga tempatan supaya menggunakan platform ini kerana ia membantu menjana pendapatan perniagaan," kata Gana.

Selain menjadi lokasi membeli-belah, GISF juga menjadi lokasi urusan komersial kerana ramai pengunjung menunjukkan minat untuk menjadi peruncit kepada pemborong dari India.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak penganjur turut mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan kebudayaan seperti tarian, nyanyian, peragaan pakaian tradisional dan aktiviti kanak-kanak.

Aktiviti memasak dan persembahan artis-artis tempatan menjadi salah satu tarikan pada festival tersebut. Berikutan respons yang baik setiap tahun, Agenda Suria Communication akan terus mengadakan festival seumpamanya.

GISF akan datang bakal diadakan di pusat beli-belah Penang Times Square pada 29 Ogos hingga 4 September 2011 sempena sambutan Deepavali pada bulan berikutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dendang irama Bollywood

Posted:

Dendang irama Bollywood

Dendang irama Bollywood

Oleh NIZHA PERIASWAMY


Jamz KaraokeJalan Tun Sambanthan 4,Brickfields, Kuala Lumpur.Waktu Operasi: 3 petang hingga 2 pagiCaj: RM25 hingga RM120 sejam


MENGUNJUNGI pusat karaoke menjadi salah satu pilihan aktiviti bersantai. Dengan perbezaan dari segi tawaran judul lagu untuk hiburan bersama keluarga dan teman-teman, Jamz karaoke di Brickfields, Kuala Lumpur menawarkan ribuan lagu pelbagai bahasa.

Jika pengunjung pusat karaoke lain hanya mempunyai pilihan lagu Inggeris, Melayu, Indonesia dan Cina, pengunjung Jamz ditawarkan dengan tambahan lagu berbahasa Tamil dan Hindustan.

"Kami mahu menjadi pusat karaoke yang berskala besar dari segi kedatangan pengunjung. Ia tidak terhad kepada peminat lagu Tamil atau Melayu malah semua jenis bahasa utama di Malaysia," kata pemilik Jamz, Vijay Emergency.

Popular dengan panggilan tersebut lantaran dirinya ialah artis Tamil tempatan popular, Vijay memberitahu, pihaknya sedang berusaha untuk mengkompilasikan lagui-lagu Tamil tempatan dalam pilihan karaoke tidak lama lagi.

Jamz Karaoke yang dilancarkan awal tahun ini menawarkan 18 bilik karaoke pelbagai saiz. Bilik besar boleh memuatkan 25 orang, sementara bilik sederhana besar untuk kapasiti lima hingga lapan orang manakala yang kecil untuk kumpulan satu hingga empat orang.

"Kami sedang cuba menambah ruang memandangkan respons positif daripada pengunjung. Oleh itu, kami bercadang untuk membuka sebuah lagi bilik besar di tingkat bawah dan beberapa bilik sederhana dan kecil, mengikut keperluan.

"Bilik besar di Jamz Karaoke, selain menjadi tempat berkaraoke bagi kumpulan besar, ia juga menjadi permintaan untuk mengadakan majlis hari jadi, sambutan hari ibu atau bapa dan hari bersama rakan. Jadi, wajarlah kami menambah lebih pilihan," kata Vijay.

Jamz Karaoke juga amat peka dalam mengenakan caj supaya lebih ramai yang dapat menggunakan perkhidmatan tersebut.


SEBUAH bilik luas yang memberi keselesaan kepada pengunjung dalam kumpulan besar.


Diakui sebagai berpatutan, Vijay memberitahu pihaknya hanya mengenakan bayaran mengikut jam di antara RM25 dan RM30 (hujung minggu) bagi bilik paling kecil, RM40 dan RM45 (hujung minggu) balik bilik sederhana besar serta RM100 dan RM120 (hujung minggu) bagi bilik paling besar atau khas.

"Kami juga menyediakan dapur untuk menyambut selera pengunjung," ujar Vijay sambil menunjukkan menu-menu menarik termasuk makanan ringan, snek dan nasi serta pelbagai jenis minuman.

Bagi mereka yang bercadang mengadakan majlis hari jadi, ulang tahun dan sebagainya, katering juga disediakan.

Menambah nilai kepada Jamz Karaoke, Vijay turut memperkenalkan kad keahlian yang menawarkan pelbagai faedah seperti mengumpul poin, tambahan masa dan diskaun harga mengikut jenis kad.

Kad keahlian biasa di Jamz Karaoke bernilai RM30 tetapi Vijay menggalakkan peminat karaoke membeli kad emas dan platinum.

"Bagi kad emas, caj keahlian ialah RM3,000 tetapi kami memberikan banyak manfaat. Ia selaku kad debit tetapi ditawarkan tambahan 10 peratus nilai. Selain itu kami juga memberikan baucer tambahan RM250 untuk menggunakan bilik khas," katanya.

Bagi kad platinum pula, RM5,000 dikenakan dengan tambahan nilai 15 peratus, baucer RM300 untuk bilik khas dan tempat letak kereta khas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ashraf kempunan jadi Aleesha

Posted:

Ashraf kempunan jadi Aleesha

Ashraf kempunan jadi Aleesha

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my



KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.

Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.

Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.

"Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat," kata beliau.

Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad.

"Apabila seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka tiada asas untuk menukar status jantinanya kepada perempuan," kata beliau ketika membacakan keputusan itu.

Jelas Mohd. Yazid lagi, pemohon mungkin telah memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita namun ia bukanlah asas dalam menukar atau mengubah status jantina pada Sijil Kelahiran ataupun MyKad.

"Laporan perubatan dan pembedahan penukaran jantina juga tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan permohonan ini kerana tiga faktor yang perlu diambil kira adalah faktor kromosom, kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kewujudan organ dalaman," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Parut pada wajah Lin makin teruk

Posted:

Parut pada wajah Lin makin teruk

Parut pada wajah Lin makin teruk

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


PARUT pada wajah Fazlinda kini semakin teruk ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - Keengganan kanak-kanak yang menjadi mangsa simbahan asid oleh bapa sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, untuk memakai topeng tekanan pada wajah telah menyebabkan parut pada mukanya kini menjadi semakin serius.

Pada awal tahun ini, Nurul Dahyatul telah menjalani pembedahan pertama untuk mengurangkan kesan parut pada wajahnya namun, kesan parut yang timbul pada wajahnya kian teruk.

Malah, perubahan itu turut menjejaskan peluang kanak-kanak itu untuk kembali memperoleh wajah seperti sedia kala.

Ibu kanak-kanak itu, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, yang turut bimbang dengan keadaan itu menjelaskan, dia sendiri seperti hilang ikhtiar untuk mendisiplinkan anak kedua dari empat beradik itu untuk memakai topeng tekanan.

"Lin (panggilan Nurul Dahyatul Fazlinda) cakap topeng itu menyebabkan muka dia rasa perit dan tidak selesa, sebab itu dia jarang pakai alat itu," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu dekat sini semalam.

Kanak-kanak tersebut cedera teruk pada wajah dan badan akibat terkena simbahan asid pada 15 Ogos tahun lalu di rumahnya yang turut mencederakan Che Ku Huzaimah, Muhammad Irfan Firdaus, 3, serta nenek Lin, Minah Omar, 57.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib temui Pope Benedict XVI

Posted:

Najib temui Pope Benedict XVI

Najib temui Pope Benedict XVI


NAJIB ketika mengunjungi Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, Castel Gandolfo di Rom semalam.


ROM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengadakan pertemuan dengan Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rom.

Pertemuan Najib dengan Pope Benedict berlangsung sejurus ketibaannya di kediaman Pope itu yang terletak di hadapan tasik yang indah.

Selepas pertemuan peribadi itu, Najib memperkenalkan anggota rombongannya termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kepada Pope.

Najib kemudiannya menghadiahkan cenderamata kepada Pope iaitu sebuah buku bertajuk Najib dan sulaman songket yang dibingkaikan.

Perdana Menteri kemudiannya dibawa ke bilik berasingan bagi mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.

Rombongan Perdana Menteri termasuk dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Kanvas wajah dengan Shu Uemura

Posted:

Kanvas wajah dengan Shu Uemura

Kanvas wajah dengan Shu Uemura



AMBER CHIA membuka tirai persembahan solekan Ethno Color Scope dalam pentas peragaan Koleksi Tokyo Lash Bar 2011 di Mid Valley, Kuala Lumpur daripada Shu Uemura dengan langkah catwalk penuh pesona.

Pentas peragaan hari itu itu mempertaruhkan kecantikan dekorasi solekan rumit menggunakan pelbagai corak bulu mata palsu yang unik dalam menyerlahkan kejelitaan dan keunikan wanita.

Amber tampil dengan solekan yang diberi nama Specks of Black yang dicipta jurusolek Lisa Yap.

Menggunakan bulu mata palsu Mini Fancy Bonbon dan contengan maskara Ultimate Expression di kiri dan kanan mata, ia mencipta tarikan kelembutan yang luar biasa.

Menurut Lisa, aplikasi penggaris mata M Brown turut menjadi elemen penting kerana ia tidak digunakan secara konvensional, sebaliknya ia digariskan di sempadan soket mata untuk mencipta efek kedalaman.

"Bulu mata palsu dipasang di atas garisan yang telah dibuat dalam kedudukan terbalik tetapi masih menghasilkan ekspresi naif yang merupakan refleksi lirikan kumpulan etnik yang saya temui," katanya.

Solekan Courting the Chinese Culture pula dihasilkan oleh jurusolek Jayce Liew. Dia terpesona dengan keindahan lDgenda sejarah purba China, justeru menampilkan elemen tersebut dalam solekannya.

Menggunakan warna utama merah dan hitam, ia menggambarkan kekuatan dan kuasa kumpulan teknik China. Untuk menghasilkannya, bulu mata Mini Fringe rona merah dipasang secara bertingkat di hujung mata yang terlebih dahulu dirias dengan pembayang mata Cream Eyeshadow Black.


BARISAN jurusolek profesional (barisan depan) yang menjayakan Koleksi Tokyo Lash Bar 2011 di Mid Valley, Kuala Lumpur daripada Shu Uemura.


Kontras warna diperhebatkan lagi dengan penggunakan lipstik merah terang Rouge Unlimited Supreme Shine RD165 untuk menghidupkan kuasa solekan hitam merah.

Sementara itu, jurusolek Peggie Ng mempertaruhkan solekan The Whimsical Bird yang menggunakan warna-warna terang sebagai simbolik burung dari syurga, sekali gus meletakkannya sebagai burung paling dramatik dan menarik di dunia.

Ia juga melambangkan kebudayaan Papua New Guinea yang menggunakan bulu-bulu burung sebagai sebahagian dekorasi kebudayaan mereka.

"Solekan ini menggunakan bulu mata Green Folklore dan penggaris mata cecair untuk menghidupkan solekan serta mewujudkan dimensi berbeza kepada mata.

"Justeru, penggaris mata digariskan di atas soket mata dan melebihi panjang bulu mata serta menghala ke atas," katanya.

Untuk solekan ini, pemerah pipi warna lembut iaitu Glow On P Soft Orange 540 digunakan untuk melengkapkan solekan.

Meticulous Creation merupakan taruhan jurusolek Chufan yang sering diasyikkan dengan kerja tangan kompleks dalam menghasilkan solekannya. Dia menggunakan penggaris mata rona putih Painting Liner M White, sebagai gambaran gaya solekan suku kaum purba.

"Bulu mata Vibrant Partial dan Illuminating Mosture Fluid Foundation menjadi elemen penting bagi menghasilkan solekan ini, manakala bedak asas pula disapukan di bahagian tertentu wajah bagi membentuk semula kontur wajah yang dimahukan," katanya.


SOLEKAN wajah yang eksotik.


Jurusolek Deric Lim pula mempertaruhkan solekan Exotic Ethnic Art yang turut menggunakan bulu mata Green Folklore. Terlebih dahulu, dia menggunakan UV Under Base Mousse yang mencipta permukaan wajah tanpa cela dan kompleksi natural.

"Penggaris mata cecair digunakan secara berbeza iaitu digariskan di bawah mata. Ia adalah elemen yang paling kuat untuk solekan ini.

"Bulu mata Green Folklore juga dipasang di bawah mata bagi mencipta kelainan," katanya.

Jurusolek Surya Zainol pula menggunakan bulu kening 3D dan bulu mata Ethnic Charm dalam solekan Laced with Aboriginal Style bagi menggambarkan gaya suku Afrika yang gemarkan warna-warna eksotik dan aksesori buatan tangan.

"Fesyen rambut Afrika yang kini menjadi salah satu fesyen ikutan, saya ekspresikan melalui solekan. Garisan mata yang tebal dan penataan pemerah pipi yang menonjolkan bentuk tulang pipi yang tajam merupakan elemen penting solekan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sofistikated nuansa putih

Posted:

Sofistikated nuansa putih

Sofistikated nuansa putih


KUMPULAN model jejaka memperagakan koleksi fesyen D&G yang mengekalkan tradisi palet warna putih.


SEDAR atau tidak, selain merah jambu, kuning, biru ataupun hijau, rona putih antara palet warna yang sentiasa menghiasi koleksi fesyen bagi musim bunga/panas. Warna putih bukan saja melambangkan kesucian malah, mempamerkan sisi feminin, ceria, damai dan santai.

Mengambil kira faktor berkenaan kebanyakan kumpulan pereka antarabangsa mahupun tempatan cenderung menghasilkan koleksi busana berasaskan warna tersebut. Penampilan seseorang tampak lebih menyerlah dan sofistikated apabila pakaian warna putih digayakan bersama item fesyen warna kontra dan terang.

Secara tidak langsung, trend tersebut membuktikan bahawa warna putih bukan warna vintaj atau warna klasik yang tidak relevan dipraktikkan pada zaman moden. Sebaliknya, jenama fesyen di seluruh dunia sentiasa berusaha menghasilkan rekaan busana warna putih yang seiring dengan perkembangan fesyen semasa.

Lihat saja kreativiti dan inovatif rangkaian jenama Dolce & Gabbana (D&G) yang diterajui Domenico Dolce dan Stefano Gabbana. Mereka bukan saja bijak bermain fabrik dan menampilkan potongan seksi dalam ciptaan busana wanita malah, turut menitikberatkan cita rasa dan kepelbagaian fesyen jejaka.

Enggan membiarkan jejaka selesa berpakaian warna selamat seperti hitam atau kelabu, Dolce dan Gabbana, meneruskan misi mereka dengan menghasilkan koleksi fesyen nuansa putih potongan kemas dan maskulin.

Menurut pereka muda, Mohammad Zarrieff Nasir, 23, pakaian warna putih sama ada baju-T, blaus, dres mahu pun jaket wajar dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira jantina dan usia. Ini disebabkan pakaian warna putih sesuai digayakan ke pejabat, bersantai, kasual atau pun menghadiri jamuan minum petang.

"Warna putih sentiasa trendy sepanjang zaman sama seperti warna hitam, kelabu dan coklat. Bagi mengelakkan penampilan kelihatan polos atau suram, individu perlu bijak mempraktikkan konsep suai dan padan.


PELAKON Bollywood Simone Singh memperagakan sari rona putih pada satu pertunjukan kempen kanser di Mumbai, India.


"Selain dipadankan bersama aksesori, kasut atau beg warna kontra, penampilan juga dapat diserikan dengan kombinasi seluar, skirt atau jaket warna ceria dan terang," jelas Zarrieff yang merupakan graduan Ijazah Rekaan Fesyen dari Universiti Middlesex, London.

Menyentuh mengenai sesetengah individu yang kurang selesa menyarungkan busana rona suci itu, Zarrieff memberitahu faktor utama adalah disebabkan warna tersebut tidak membantu ilusi potongan badan yang menawan.

"Golongan wanita khususnya kurang gemar memakai pakaian berwarna putih kerana bimbang kononnya bentuk badan tampak besar, baju mudah terkena kotoran atau kurang sesuai dengan acara yang dihadiri serta aplikasi konsep solekan.

"Persepsi sedemikian ternyata salah. Usah prejudis pada warna kerana setiap warna itu memainkan peranan penting dalam menyuntik penampilan seseorang. Jika enggan sosok kelihatan gempal, gayakan blaus atau baju-T warna putih bersama kardigan atau jaket mini rona gelap," tutur Zarrieff yang tidak ketinggalan menceritakan trend fesyen jejaka dan wanita di London.

Bicara pereka yang berasal dari Gombak, Selangor itu, kebanyakan anak-anak muda di sana gemar berfesyen dengan blaus atau baju-T nuansa putih. Namun menariknya, mereka akan memadankan bersama seluar atau skirt warna hitam, coklat dan biru laut. Ini termasuklah menyarungkan seluar denim, legging atau baju dan seluar selanjar (jumpsut).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkota rambut sihat Shireen

Posted:

Mahkota rambut sihat Shireen

Mahkota rambut sihat Shireen

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR


SHIREEN bertanggungjawab mengeluarkan rangkaian produk penjagaan rambut jenama Shaire London yang membantu menyihat dan menyinarkan helaian rambut.


RAMAI wanita inginkan rambut yang ikal dan bersinar kerana ia adalah mahkota kepala bagi seorang wanita. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan rambut yang sihat apatah lagi, jauh daripada kelumumur dan keguguran jika tidak kena dengan caranya.

Memegang prinsip untuk menjaga rambut seperti menjaga diri sendiri menjadikan Shireen Salleh, 35, sentiasa teliti dengan penampilan rambutnya.

Pengasas produk Shaire London dan Ketua Pegawai Eksekutif Aikayya Global Sdn. Bhd. itu mahu sentiasa memastikan rambutnya bukan sahaja sihat dan kelihatan menawan, malah sentiasa segar dan berbau wangi.

Justeru, selepas hampir dua tahun penyelidikan dan pembangunan di London, akhirnya jenama penjagaan rambut Shaire London berjaya dipasarkan baru-baru ini. Ia adalah hasil obsesi ibu kepada tiga anak ini.

"Saya menetap selama empat tahun di London kerana mengikut suami yang bekerja di sana dan dari situlah timbulnya idea untuk menghasilkan produk penjagaan rambut yang menggunakan bahan-bahan semula jadi dan halal.

"Langkah saya dipermudahkan selepas bertemu dengan Pengerusi Taharah Global (M) Sdn. Bhd., Zakiah Abu Kasim yang kebetulan menganjurkan kursus jangka pendek mengenai rumpai laut di London," katanya menceritakan detik permulaannya sebagai usahawan.

Menurut Shireen, setelah melakukan beberapa perjumpaan dan perbincangan, idea menghasilkan set penjagaan rambut akhirnya menjadi satu kenyataan yang kini dinamakan sebagai Shaire London, bersempena tempat asal idea tersebut diketengahkan.

"Rumpai laut adalah antara kandungan paling penting dalam pembuatan produk penjagaan rambut Shaire London yang terdiri daripada syampu dan pewangi rambut yang sudah dipasarkan kini di stokis-stokis Taharah.

"Saya menggunakan kepakaran penyelidik Taharah Global Sdn. Bhd. untuk menjalankan kajian dan pembangunan bahan-bahan untuk menghasilkan produk-produk Shaire London.

Dalam pada itu, Shireen memberitahu, keyakinannya memasarkan produk Shaire London begitu tinggi selepas mendapat maklum balas positif daripada testimoninya yang datang daripada pelbagai lapisan umur.

"Syampu Shaire London menjadi pilihan ramai kerana ia tidak memerlukan perapi rambut sebaliknya kandungannya sudah lengkap untuk memelihara rambut yang sihat, manakala pewangi rambut Shaire London pula turut bertindak sebagai penyegar dan tonik yang memelihara kesihatan rambut dan kulit kepala," katanya.

Sibuk bukan alasan

Selepas melahirkan anak pertama, Shireen mengalami keguguran rambut yang teruk dan bertompok. Pengalaman menakutkan itulah yang menjadikan Shireen begitu obses dengan penjagaan rambutnya.

"Doktor yang saya temui di London ketika itu memberitahu sekiranya saya terlewat mendapatkan rawatan saya mungkin mengambil masa yang panjang untuk pulih seperti sedia kala.

"Peristiwa itu menyebabkan saya amat berhati-hati dalam penjagaan rambut dan memastikan saya mengambil makanan dan vitamin yang sesuai untuk rambut, selain regim penjagaan harian dan mingguan yang saya amalkan," katanya.

Menurut Shireen, dia tidak membasuh rambutnya setiap hari kerana tidak mahu kelembapan semula jadi rambut hilang sehingga menyebabkan kekeringan, sebaliknya membersihkan rambut tiga hari sekali.

"Untuk mengatasi masalah berminyak atau berbau akibat pencemaran, semburan pewangi dan penyegar Shaire London menyebabkan saya tampil segar sepanjang masa, tanpa ada rasa bimbang.

Shireen juga memberitahu, untuk memiliki rambut yang sihat, seseorang perlu tidur yang cukup dan pengambilan vitamin untuk kesihatan rambut seperti vitamin B5 dan memastikan penggunaan pengering rambut dihadkan seminggu sekali sahaja.

Sementara itu, mereka yang berminat untuk menjadi stokis Shaire London boleh menghubungi Shireen di talian 012-645 8557 atau 03-6157 3416 atau e-mel kepada shireen@shairelondon.com dan layari laman web www.shairelondon.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Bayangan awal Harimau Malayahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm ANDAI dua aksi persahabatan dengan kelab Liga Perdana England, Arsenal dan Liverpool menjadi ukuran, jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mungkin sudah ada 'resepi istimewa' yang akan dihidangkannya pada pertemuan dengan Singapura, Sabtu ini.Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH<br>shahril@kosmo.com.myKAPTEN Malaysia, Safiq Rahim (No. 8) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukannya ketika menentang Liverpool di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0718/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm 9 senior taruhan Pilihan Malaysiahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm JURULATIH skuad Pilihan Malaysia, Ong Kim Swee mempertaruhkan sembilan pemain senior untuk menghadapi Chelsea pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.Oleh WAN FAKHRUL BAKAR<br>fakhrul@kosmo.com.myIMBAS KEMBALI... Zamani (kanan) mengekang pergerakan penyerang Chelsea, Andriy Shevchenko pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam tiga tahun lalu. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0718/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Nasha Edziera tekad ubah nasibhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm KECEWA dengan pencapaian sepanjang lima pusingan lalu, Nasha Edziera Mohd. Bahauddin berharap nasibnya akan berubah pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Alor Setar, Kedah hujung minggu ini.GAYA tunggangan Nasha ketika bersaing dalam kategori Wira pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas musim ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0718/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Chelsea menanti hingga saat terakhirhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm PORTSMOUTH - Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memberi amaran kepada Tottenham Hotspur bahawa dia akan terus menanti sehingga detik terakhir musim perpindahan bagi menandatangani Luka Modric.Muslera wira Uruguayhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm SANTA FE, Argentina - Penjaga gol, Fernando Muslera (gambar) dijulang sebagai wira ketika membantu Uruguay mara ke peringkat separuh akhir kempen Copa America 2011.<url>http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0718/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80</url><link/>http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm </image></item><item><title>Jersi Kuning kekal milik Voecklerhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm PLATEAU DE BEILLE, Perancis - Pelumba Perancis, Thomas Voeckler berjaya mengekalkan Jersi Kuning pada peringkat ke-14 Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Perancis semalam.<url>http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0718/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80</url><link/>http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm </image></item></channel></rss></body></html><em>Full Feed Generated by <a href="http://www.getfullrss.com" rel="dofollow" title="Full RSS">Get Full RSS</a>, sponsored by <a href="http://www.usabestprice.net" rel="dofollow" title="USA Best Price">USA Best Price</a>.</em></div> </td> </tr> </table> <table style="border-top:1px solid #999;padding-top:4px;margin-top:1.5em;width:100%" id="footer"> <tr> <td style="text-align:left;font-family:Helvetica,Arial,Sans-Serif;font-size:11px;margin:0 6px 1.2em 0;color:#333;">You are subscribed to email updates from <a href="http://www.kosmo.com.my/kosmo/rss.asp?sec=Sukan">Kosmo Online - Sukan</a> <br />To stop receiving these emails, you may <a href="http://feedburner.google.com/fb/a/mailunsubscribe?k=AupuyXSWNdvkPisJpczXM-_KXmA">unsubscribe now</a>.</td> <td style="font-family:Helvetica,Arial,Sans-Serif;font-size:11px;margin:0 6px 1.2em 0;color:#333;text-align:right;vertical-align:top">Email delivery powered by Google</td> </tr> <tr> <td colspan="2" style="text-align:left;font-family:Helvetica,Arial,Sans-Serif;font-size:11px;margin:0 6px 1.2em 0;color:#333;">Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610</td> </tr> </table> </div> <span style='font-size: large;'><b>Kredit: <a href='http://www.kosmo.com.my/'>www.kosmo.com.my</a></b></span> <div style='clear: both;'></div> </div> <div class='post-footer'> <div class='post-footer-line post-footer-line-1'></div> <div class='post-footer-line post-footer-line-2'></div> <div class='post-footer-line post-footer-line-3'></div> </div> </div> <div class='gapad'> </div> <div class='post hentry'> <a name='2485842637810182994'></a> <h3 class='post-title entry-title'> <a href='http://akhbar-kosmo.blogspot.com/2011/07/kosmo-online-varia_18.html'><img src='http://lostandsurvive.com/wp-content/uploads/2010/03/kosmo_logo.png' width='200px'/>Kosmo Online - Varia</a> </h3> <div class='post-header-line-1'> <span class='post-comment-link' style='Float:right;'> <a class='comment-link' href='http://akhbar-kosmo.blogspot.com/2011/07/kosmo-online-varia_18.html#comment-form' onclick='' style='background:url(http://2.bp.blogspot.com/_kMUpUqMmduA/SVU81uUMS4I/AAAAAAAAA6E/OApf_zOXfC8/s1600/icon_comments.gif) no-repeat;Padding-left:20px;'>0 ulasan</a> </span> <span class='post-author vcard' style='background:url(http://4.bp.blogspot.com/_kMUpUqMmduA/SVU81l_qAsI/AAAAAAAAA6M/vU4ZCornwxQ/s1600/icon_time.gif) no-repeat;Padding-left:20px;'> 11:11 PG Dicatat oleh <span class='fn'>blog2</span> </span> <br/> <span class='post-labels'> </span> <span class='post-icons'> <span class='item-control blog-admin pid-331556145'> <a href='https://draft.blogger.com/post-edit.g?blogID=6664100880449570639&postID=2485842637810182994&from=pencil' title='Edit Catatan'> <img alt='' class='icon-action' height='18' src='http://www.blogger.com/img/icon18_edit_allbkg.gif' width='18'/> </a> </span> </span> </div> <div class='post-body entry-content'> <div align='center'><div align='center'>Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info</div> <iframe align='center' frameborder='yes' height='330px' name='frame1' scrolling='no' src='http://rabaha6.blogspot.com/' style='border:0px #000000 solid;' width='350px'> </iframe> <iframe align='center' frameborder='yes' height='330px' name='frame1' scrolling='no' src='http://imah-6.blogspot.com/' style='border:0px #000000 solid;' width='350px'> </iframe> <iframe align='center' frameborder='yes' height='330px' name='frame1' scrolling='no' src='http://syaedah6.blogspot.com/' style='border:0px #000000 solid;' width='350px'> </iframe> <iframe align='center' frameborder='yes' height='330px' name='frame1' scrolling='no' src='http://hasrah6.blogspot.com/' style='border:0px #000000 solid;' width='350px'> </iframe> </div> <div style='text-align: left;'>sumber :-</div> <style type="text/css"> h1 a:hover {background-color:#888;color:#fff ! important;} div#emailbody table#itemcontentlist tr td div ul { list-style-type:square; padding-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div blockquote { padding-left:6px; border-left: 6px solid #dadada; margin-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div li { margin-bottom:1em; margin-left:1em; } table#itemcontentlist tr td a:link, table#itemcontentlist tr td a:visited, table#itemcontentlist tr td a:active, ul#summarylist li a { color:#000099; font-weight:bold; text-decoration:none; } img {border:none;} </style> <div xmlns="http://www.w3.org/1999/xhtml" id="emailbody" style="margin:0 2em;font-family:Georgia,Helvetica,Arial,Sans-Serif;line-height:140%;font-size:13px;color:#000000;"> <table style="border:0;padding:0;margin:0;width:100%"> <tr> <td style="vertical-align:top" width="99%"> <h1 style="margin:0;padding-bottom:6px;"> <a style="color:#888;font-size:22px;font-family:Arial,Helvetica,Sans-Serif;font-weight:normal;text-decoration:none;" href="http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&amp;sec=Varia" title="(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&amp;sec=Varia)">Kosmo Online - Varia</a> <br /> <a href="http://fusion.google.com/add?source=atgs&feedurl=http://feeds.feedburner.com/KosmoOnline-Varia"> <img alt="" border="0" src="http://gmodules.com/ig/images/plus_google.gif" style="padding-top:6px" /> </a> </h1> </td> <td width="1%" /> </tr> </table> <hr style="border:1px solid #ccc;padding:0;margin:0" /> <table id="itemcontentlist"> <tr xmlns=""> <td style="margin-bottom:0;line-height:1.4em;"> <p style="margin:1em 0 3px 0;"> <a name="1" style="font-family:Arial,Helvetica,Sans-Serif;font-size:18px;" href="http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm">Bengkel kecantikan survival kanser payudara</a> </p> <p style="font-size:13px;color:#555;margin:9px 0 3px 0;font-family:Georgia,Helvetica,Arial,Sans-Serif;line-height:140%;font-size:13px;"> <span>Posted:</span> </p> <div style="margin:0;font-family:Georgia,Helvetica,Arial,Sans-Serif;line-height:140%;font-size:13px;color:#000000;"><!-- ContentContainer --> <meta name="sYear" content="2011" /><meta name="sDate" content="0718" /><meta name="sPub" content="Kosmo" /><meta name="sSec" content="Varia" /><meta name="KEYWORDS" content="" /><title> Bengkel kecantikan survival kanser payudara

Bengkel kecantikan survival kanser payudara


BENGKEL solekan anjuran Estee Lauder bertujuan meningkatkan keyakinan diri penghidap dan survival kanser payudara.


SEBAHAGIAN bekas pesakit kanser payudara yang mengambil bahagian di dalam bengkel anjuran Estee Lauder Companies Malaysia minggu lalu pernah melalui detik menyedihkan dalam hidup apabila terpaksa membuang sebahagian payudara mereka semasa menjalani pembedahan.

Bagi mereka yang dikesan menghidapi kanser payudara pada peringkat awal, pasti masih mempunyai perasaan bimbang walaupun ketulan barah berjaya dikeluarkan tanpa memerlukan pembuangan salah satu organ penyusuan itu.

Menurut bekas pesakit kanser payudara, Umi Purwati Sunoto, 56, dia disahkan sebagai pesakit kanser payudara ketika berumur 47 tahun selepas menjalani pemeriksaan lanjut pada tahun 2001.

"Saya menyedari adanya ketulan di payudara saya semasa mandi dan mula berasa bimbang. Saya terus melakukan pemerisaan doktor dan seminggu selepas itu doktor mengesahkan saya menghidap kanser payudara.

"Saya menjalani pembedahan dengan segera dan kini saya sudah bebas sepenuhnya daripada kanser payudara serta menjalani kehidupan yang lebih sihat," katanya yang mempunyai enam orang anak dan 12 cucu.

Menurut Umi Purwati, gaya hidup sihat tidak menjamin seseorang wanita itu bebas kanser payudara, sebaliknya setiap wanita berpotensi dan mesti mengambil langkah pengesanan awal.

"Saya bekerja sebagai guru tarian dan aerobik yang memerlukan saya sentiasa menjalani kehidupan aktif setiap hari selain menyusukan semua anak saya sehingga berusia dua tahun. Tetapi saya masih dijangkiti kanser payudara.

"Oleh itu, saya nasihatkan semua wanita terutama mereka yang berumur lingkungan 40-an untuk segera membuat pemeriksaan mammogram bagi mengesan sekiranya terdapat barah di dalam payudara," katanya.

Tambahnya, selepas pembedahan, dia melakukan pemeriksaan mammogram secara tahunan bagi memastikan kanser payudara tidak kembali.

"Saya tidak berpantang tetapi, mengikuti diet yang seimbang supaya tahap kesihatan saya sentiasa konsisten," katanya yang gembira kerana berpeluang disolek oleh jurusolek Estee Lauder Companies Malaysia.


PARA peserta bengkel bukan sekadar berpeluang mencantikkan wajah malah, turut diberi penekanan tentang ilmu solekan mengikut trend dan pemilihan produk kosmetik yang betul.


Sementara itu, Maznah Meor Razali, 46, disahkan menghidapi kanser payudara pada tahun 2005 ketika dia berusia 39 tahun. Menurut Maznah, sebelah payudaranya terpaksa dibuang akibat pembedahan yang dijalankan.

"Saya turut kehilangan rambut akibat rawatan kimoterapi sebanyak enam kali yang saya ikuti. Tetapi, saya menjalani pembedahan kedua untuk pembinaan semula payudara menggunakan lemak di bahagian perut saya.

"Saya tidak sangka akan menghidapi penyakit ini kerana saya menjalani kehidupan aktif dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu," katanya yang kini sudah pulih sepenuhnya.

Tambah Maznah, dia masih menjalani pemeriksaan susulan setiap enam bulan dan masih bimbang sekiranya penyakit berulang.

"Saya tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kanser payudara. Justeru, saya nasihatkan agar semua wanita sentiasa peka dengan simptom kanser payudara supaya ia dapat dikesan di peringkat awal," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Komunikasi Kanan Clinique, Yen Chong memberitahu, bengkel yang dianjurkan sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2011 anjuran Estee Lauder Companies Malaysia itu bertujuan mengembalikan keyakinan bekas pesakit kanser payudara.

"Kami mahu mereka berasa lebih baik dan yakin dengan penampilan mereka, sekali gus dapat mengembalikan semangat mereka dalam meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

"Ia juga adalah peluang untuk mereka kelihatan cantik dan gembira dengan penampilan mereka," katanya.

Tambah Yen, bengkel tersebut turut memberi tunjuk ajar mengenai trend solekan terkini dan produk kecantikan yang sesuai dengan kulit peserta.

"Selain mekap, mereka juga berpeluang mendapat dandanan rambut yang sesuai dan dapat mengikuti sesi fotografi di mana mereka dapat membawa pulang gambar yang dirakam jurugambar profesional.

"Ini adalah acara tahunan anjuran Estee Lauder Companies Malaysia dan setiap tahun kami raikannya dengan cara yang berbeza," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Murtad: Permohonan Kamariah ditolak

Posted:

Murtad: Permohonan Kamariah ditolak

Murtad: Permohonan Kamariah ditolak

18/07/2011 8:43pm

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan seorang pengikut ajaran sesat, Ayah Pin, untuk mendapatkan perisytiharan bahawa dia mempunyai hak dan kebebasan mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk menganut mana-mana agama.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma"ah dan Datuk Clement sebulat suara menolak dengan kos rayuan bekas ustazah, Kamariah Ali, 60.

Panel hakim tersebut bersetuju bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Tan Sri Md Raus Shariff (kini hakim Mahkamah Persekutuan) bahawa perkara itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah mengikut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan mengenai perkara berkaitan Islam.

Mahkamah itu menolak rayuan Kamariah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Disember 2005 mengetepikan saman pemula dan permohonannya untuk merujuk persoalan berkaitan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim Azhar berkata, oleh kerana perkara yang dibawa kepada Mahkamah Tinggi ialah murtad maka ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

8 PATI termasuk wanita hamil ditahan

Posted:

8 PATI termasuk wanita hamil ditahan

8 PATI termasuk wanita hamil ditahan

18/07/2011 8:16pm

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia berhampiran Jeti Tanjung Kupang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, dekat Pontian, hari ini.

Kesemua mereka yang ditahan pada kira-kira 4.45 pagi tadi itu berusia antara 19 tahun dan 46 tahun termasuk dua wanita dan seorang daripada mengandung tujuh bulan.

Ketua Penguat Kuasa Wilayah Maritim Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, bot peronda APMM mengesan sebuah bot kayu dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang tekong dan pembantunya serta merampas bot kayu berukuran lapan meter dan enjin sangkut jenis Yamaha 40 kuasa kuda.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka dikenakan bayaran RM450 seorang untuk keluar dari negara ini ke Tanjung Balai, Indonesia. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rasuah RM50: Pemandu didenda RM10,000

Posted:

Rasuah RM50: Pemandu didenda RM10,000

Rasuah RM50: Pemandu didenda RM10,000

18/07/2011 7:42pm

MELAKA – Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman denda RM10,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini gara-gara cuba merasuah penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak RM50 bagi mengelak dikenakan saman pada 25 Mei lepas.

Lai Kim Fook, 47, didakwa memberi suapan itu kepada ketua pembantu penguat kuasa JPJ negeri Melaka, Mohd Azrul Abdul Aziz sebagai dorongan agar tidak mengeluarkan notis saman terhadap kesalahan di bawah Kaedah 34 Pembinaan dan Penggunaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kim Fook dituduh melakukan kesalahan itu semasa operasi bersepadu di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Kandang pada kira-kira jam 10.15 pagi.

Dia yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah di hadapan Hakim, Ahmad Sazali Omar didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Seksyen 24 akta sama. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved