Kosmo Online - Komuniti Kita |
- USM-Mercy jalin kerjasama dalam misi kemanusiaan
- UMT anjur simposium sains dan teknologi
- 100 ahli Famemas sertai Program Sorak Sihat 1Malaysia
USM-Mercy jalin kerjasama dalam misi kemanusiaan Posted: USM-Mercy jalin kerjasama dalam misi kemanusiaan![]() DZULKIFLI (tengah) dan Ahmad Faizal (enam dari kiri) selepas memeterai MoU antara USM-Mercy pada majlis APUCEN Summit di George Town baru-baru ini. KERJASAMA. Universiti Sains Malaysia (USM) mengukuhkan peranannya dalam memberi sumbangan kepada masyarakat antarabangsa apabila menjalin hubungan strategik dengan pertubuhan amal, Malaysia Medical Relief Society (Mercy) Malaysia. Jalinan hubungan itu dibuat menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua belah pihak dalam satu majlis khas bersempena majlis Asia Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) Summit di George Town baru-baru ini. MoU itu dimeterai antara Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Presiden Mercy, Datuk Dr. Ahmad Faizal Perdaus. Kata Dzulkifli, kerjasama itu berupaya memaksimumkan sumbangan dalam misi kemanusiaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
UMT anjur simposium sains dan teknologi Posted: UMT anjur simposium sains dan teknologi![]() Sebahagian peserta dari dalam dan luar negara yang hadir semasa Simposium Tahunan Antarabangsa UMT (UMT) 2011 ke-10 di Hotel Permai baru-baru ini. TUNTUT ILMU. Kira-kira 500 penyelidik, warga akademik dan pelajar dari dalam dan luar negara menyertai Simposium Tahunan Antarabangsa, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2011 baru-baru ini. Antara negara yang turut serta dalam simposium kali ke-10 yang berlangsung selama tiga hari di Hotel Permai, Kuala Terengganu itu ialah Indonesia, Belgium, Iran, Thailand, Libya dan Oman. Sepanjang simposium itu berlangsung, lebih 100 kertas kerja dalam pelbagai lapangan penyelidikan telah dibentang dalam lima persidangan yang bertemakan Memperkasakan Sains, Teknologi dan Inovasi Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Baik. Majlis perasmian simposium itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof dan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
100 ahli Famemas sertai Program Sorak Sihat 1Malaysia Posted: 100 ahli Famemas sertai Program Sorak Sihat 1Malaysia![]() Ahli-ahli Kelab Famemas membuat demontrasi sorakan dalam Program Sorak Sihat Satu Malaysia dan Larian 3 Kilometer anjuran Kelab Famemas Kuala Lumpur dan Selangor di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil baru-baru ini. AKTIVITI SIHAT. Kira-kira 100 ahli Kelab Penyokong Malaysia (Famemas), Kuala Lumpur dan Selangor menyertai Program Sorak Sihat 1Malaysia dan Larian 3 Kilometer di Kompleks Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Sabtu lalu. Pengerusi Famemas, Lee Hui Seng berkata, program julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya menjalani kehidupan aktif menerusi kegiatan riadah hujung minggu selain memupuk semangat muhibah di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama. "Selain larian, peserta turut berpeluang mempelajari teknik senaman yang betul menerusi fasilitator yang dilantik," katanya. Pelbagai acara sampingan turut diadakan sempena program tersebut yang mendapat sokongan daripada Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan