Khamis, 1 Disember 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sukarelawan bersih Pantai Merang

Posted:

Sukarelawan bersih Pantai Merang

Sukarelawan bersih Pantai Merang

Oleh BASIR ABU BAKAR

KUMPULAN sukarelawan yang menyatukan kakitangan The Body Shop, Coca-Cola Company dan pelajar sekolah sekitar Setiu.


SEORANG pemikir Vincent van Gogh pernah berkata: "Sesuatu yang hebat datangnya daripada langkah yang kecil."

Kenyataan itu sesuai bagi menggambarkan inisiatif yang dilakukan syarikat The Body Shop bersama Coca-Cola Company yang melakukan aktiviti membersihkan persisiran pantai antarabangsa (International Coastal Cleanup, ICC), satu aktiviti sukarela tahunan yang terbesar di dunia.

Pengarah Francais Coca-Cola Far East Limited (Malaysia), Agustinus Gunadharma berkata, program ICC yang diketuai oleh pertubuhan Ocean Conservancy memperlihatkan setengah juta sukarelawan dari lebih 100 negara menjalankan aktiviti mengutip sampah dan membersihkan pantai dan kawasan perairan.

Aktiviti yang dijalankan baru-baru ini itu, merupakan antara projek pemuliharaan sukarelawan tahunan terbesar di dunia.

Lebih menggembirakan, bilangan penyertaan sukarelawan meningkat dari tahun ke tahun.

"Sampah laut merupakan salah satu masalah pencemaran yang paling berbahaya tetapi, ia terus berleluasa pada zaman ini," katanya.

Namun begitu, ia boleh dicegah. Bagi peserta program ICC, walaupun hasil kutipan sampah yang banyak membayangkan keadaan laut semakin tercemar, itu tidak memudarkan komitmen mereka untuk memuliharanya.

Dengan membersihkan pantai, warga Malaysia yang prihatin dapat melindungi laut daripada ancaman perubahan cuaca, pencemaran, kemerosotan hasil perikanan dan kerosakan habitat marin.

Tahun ini merupakan tahun ke-26 program pembersihan ICC berlangsung di peringkat global.

Aktiviti pembersihan persisiran pantai Malaysia diadakan di Pantai Merang di Sutra Beach Resort & Spa, Setiu, Terengganu berjaya menarik penyertaan seramai 150 sukarelawan dari syarikat The Body Shop dan The Coca-Cola Company serta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lemboh Bidong di Setiu.

Melalui aktiviti itu, sebanyak 395.6 kilogram sampah telah dikutip dalam masa dua jam. Tiga bahan buangan yang paling banyak ialah rokok dan penapis rokok (11.7 peratus), beg plastik (9.2 peratus) dan botol minuman plastik (8.5 peratus).

Menurut Pengurus Besar Rampai Niaga Sdn. Bhd., Jesse Siew, beliau berasa gembira dengan sambutan yang diberikan oleh kumpulan sukarelawan yang menggalakkan, tetapi agak bersedih melihat jumlah sampah yang dikutip.

"Setelah bertahun-tahun menganjurkan program ICC di Malaysia, saya mengakui sedikit terkilan apabila mendapati jumlah sampah yang dikutip bertambah setiap tahun.

"Akan tetapi, saya amat kagum dengan peningkatan bilangan sukarelawan yang menyertai aktiviti ini.


SEBANYAK 395.6 kilogram sampah berjaya dikumpulkan di Pantai Merang.


"Diharapkan aktiviti ini akan mencetuskan perubahan dalam diri kita untuk menjaga alam sekitar dengan lebih baik lagi," kata beliau.

Program pendidikan

Tambahnya, sewaktu berada di sana juga kumpulan sukarelawan sempat menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai ancaman plastik kepada hidupan laut dan alam sekitar.

"Baru-baru ini, kami berjaya merawat dan melepaskan tiga ekor penyu Hawksbill kembali ke laut. Kita amat berharap ketiga-tiganya dapat kembali ke alam mereka dengan selamat.

"Saya amat berharap penyu-penyu muda ini tidak akan terancam akibat tercekik atau tertelan beg plastik," tambah beliau.

Agustinus mengakui syarikat Coca-Cola amat komited dalam usaha perlindungan dan pemuliharaan sumber air.

"Oleh kerana itu, kami telah menjadi rakan global ICC selama 14 tahun berturut-turut. Kami berharap sokongan berterusan yang diberikan kepada program ICC dapat mengurangkan ancaman alam sekitar ini.

"Sikap bertanggungjawab dalam pembuangan sampah penting untuk menjaga alam. Amalan kitar semula harus digalakkan dalam kalangan warganegara kita, tidak kira muda atau pun tua," katanya.

Selain membersihkan kawasan perairan, aktiviti tersebut juga membantu pihak Ocean Conservancy untuk memperoleh data tentang pencemaran laut.

Maklumat tentang bahan buangan di laut dan sumber air yang lain dapat menentukan punca pencemaran laut berlaku.

Dengan menerbitkan laporan yang terperinci, Ocean Conservancy berhasrat untuk mendidik anggota masyarakat agar menghindari daripada perbuatan mencemar dan mengancam hidupan laut.

Mereka turut digalakkan untuk mengatasi isu pencemaran bersama pihak kerajaan tempatan dan juga pihak swasta.

Full content generated by Get Full RSS.

Biasiswa Yeo's untuk 10 sekolah

Posted:

Biasiswa Yeo's untuk 10 sekolah

Biasiswa Yeo's untuk 10 sekolah


PARA pemenang individu menerima biasiswa, manakala sekolah pula mendapat dana pembangunan sekolah.PELAJAR perlu kreatif untuk mengumpulkan sebanyak mungkin kotak minuman Yeo's untuk mendapatkan logonya. PARA pemenang individu menerima biasiswa, manakala sekolah pula mendapat dana pembangunan sekolah.


JEMIMA Lawrence pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Petaling Jaya membuktikan bahawa pelajar wanita tidak kurang hebatnya dalam aktiviti mengumpulkan kotak minuman apabila menjadi juara Program Tajaan Biasiswa Sekolah Yeo's.

Pelajar tersebut berjaya mengumpulkan sebanyak 15,573 logo Yeo's daripada kotak-kotak minuman Yeo's yang dikumpulnya selama tiga bulan.

Ia membolehkan Jemima menerima biasiswa sebanyak RM 5,000.

Kesungguhan Jemima itu turut membolehkan dia bersama rakan-rakannya melonjakkan nama sekolah mereka untuk menjadi johan sekolah yang mengumpul logo kotak Yeo's terbanyak.

Sekolah Kebangsaan Sri Kelana menerima dana RM5,000 untuk membantu meningkatkan pembangunan sekolah.

Sekolah berkenaan merupakan salah sebuah daripada 51 buah sekolah rendah di Lembah Klang dan Putrajaya yang terlibat dalam Program Tajaan Biasiswa Sekolah Yeo's.

Program tersebut menjadi acara terakhir selepas beberapa siri ceramah pendidikan dan pengagihan 500,000 pek susu soya Yeo's kepada 160 buah sekolah seluruh negara dari Oktober 2010 hingga Julai 2011 dalam Program Susu Soya Sekolah Yeo's.

Ia merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo's) yang bertujuan menggalakkan kreativiti dalam menjayakan kecemerlangan dalam kalangan murid-murid sekolah.


PELAJAR perlu kreatif untuk mengumpulkan sebanyak mungkin kotak minuman Yeo's untuk mendapatkan logonya.


Antara 51 sekolah yang turut serta ialah Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) dan Presint 11(1), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Vivekananda dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kepong 2.

Turut hadir dalam majlis pengumuman pemenang biasiswa tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi Yeo's, Ong Chay Seng dan Pengurus Besar Pemasaran Yeo's, Vincent Chui dan sekolah pemenang.

Kempen di jalanan

"Sepanjang tempoh tiga bulan Program Tajaan Biasiswa Sekolah Yeo's ini, kami telah menyaksikan kerjasama dan motivasi yang ditunjukkan oleh para pelajar dan sekolah.

"Ada yang bekerjasama dengan kedai-kedai runcit, kedai serbaneka ataupun melalui kegunaan harian di rumah," kata Vincent.

Tambahnya, apa yang membuatkannya lebih teruja apabila para pelajar mampu mengadakan kempen mengumpul kotak minuman Yeo's di kaki lima dan tepi jalan.

"Program ini telah mencapai objektif utamanya dengan menyediakan satu pentas untuk para murid untuk menunjukkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah masing-masing," ujarnya.

Pihak sekolah dan murid-murid telah menunjukkan minat dengan menghantarkan berpuluh ribu keping logo Yeo's daripada kotak minuman Yeo's dari Julai hingga September lalu.

Murid-murid dengan kepingan logo Yeo's yang paling banyak akan menerima biasiswa daripada Yeo's, manakala sekolah yang mengumpul kepingan logo Yeo's tertinggi berdasarkan nisbah populasi murid akan menerima hadiah tunai sebagai dana pembangunan sekolah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved