Khamis, 1 Disember 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Johan enggan komen

Posted:

Johan enggan komen

Johan enggan komen

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba Johan Raja Lawak, 27, dikejutkan dengan berita Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy ingin menyamannya kerana terguris dengan kata-kata yang berbaur penghinaan yang dilemparkan Johan ke atas dirinya dan kedua-dua ibu bapanya pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.

Umum mengetahui Ogy dan Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz merupakan pengacara pada malam FFM24.

Walaupun, penonton melihat senario gurauan kedua- dua pengacara serba boleh itu menjadi di atas pentas, namun apabila majlis tersebut tamat ada amarah yang tersimpan di benak Ogy kepada Johan sehingga bekas isteri kepada pelakon Eman Manan itu bertindak untuk menyaman Johan.

Ogy dalam dakwaannya menerusi sebuah akhbar sebelum ini menegaskan Johan sememangnya kurang ajar, bukan setakat bakat dirinya malah arwah ibu bapanya, Datuk Ahmad Daud dan seniwati Saadiah turut dipersendakan sesuka hati.

Namun kata Ogy, apa yang paling dia terkilan apabila Johan boleh mempersenda Tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad!

Kosmo! berpeluang menghubungi Johan untuk mendapatkan maklum balas pelawak itu mengenai hal saman tersebut.

Johan mengakui terkejut dan hanya mengetahui perkara saman itu melalui sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan tentang perkara itu baru-baru ini.

Malah, dia tidak menyangka tentang isu tersebut kerana dia ada memohon maaf kepada Ogy selepas FFM 24 tamat jika kata-katanya ada mengguris hati Ogy.

Bagaimanapun Johan enggan mengulas lanjut mengenai hal saman itu selagi surat saman tersebut tidak sampai kepadanya.

"Saya terkejut dan hanya mengetahui perkara ini melalui sebuah akhbar yang mengatakan Kak Ogy nak menyaman saya.

"Sewaktu FFM 24 tamat saya ada minta maaf kepadanya jika ada kata-kata yang menyinggung perasaannya. To be fair saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini lebih lanjut selagi surat saman itu tidak sampai kepada saya.

"Tunggulah jika perkara ini masih berlanjutan saya akan bercakap mengenainya kepada semua," tegas Johan.

Dilanda kekecewaan

Di sebalik senyuman dan telatah yang dibinanya di kaca TV sebanarnya terselit kekecewaan besar pada diri Johan apabila menerima dua kali berita isterinya Rozlinawaty Ismail, 30, atau Ozlynn mengalami keguguran.

Lebih kecewa keguguran yang berlaku dikatakan Johan berpunca daripada aktiviti senaman di gimnasium yang sering dilakukan mereka suami isteri.

"Dalam tahun ini sahaja sudah dua kali Ozlynn mengalami keguguran kerana terlalu aktif membuat senaman di gim. Masa pertama kali gugur saya masih boleh terima tetapi bila masuk dua kali gugur saya jadi kecewa dan sedih.


JOHAN memiliki alasan tersendiri kenapa dia enggan bercakap banyak tentang kontroversi yang melanda dirinya dan Ogy.


"Sudah tentu saya sangat sedih sebab memang impian saya ingin memiliki anak yang ramai seperti adik beradik saya," kata Johan yang memiliki 12 orang adik-beradik.

Menurut Johan, selepas pulang daripada melakukan aktiviti di gimnasium, Ozlynn mengalami pendarahan yang banyak dan daripada situ baru dia mendapat tahu isterinya hamil dan mengalami keguguran.

Memang dia dan Ozlynn tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata.

Namun, Johan percaya segala yang berlaku ada hikmat di sebaliknya. Baginya, mungkin belum rezeki dia dan Ozlynn menimang cahaya mata selepas memperoleh anak pertama, Ahmad Sodiq Hainana, 2. Apa yang penting buat masa sekarang kata pemenang tempat kedua Maharaja Lawak itu adalah sabar dan berusaha untuk memperoleh cahaya mata lagi.

"Anak adalah harta yang paling berharga. Namun, saya percaya belum ada rezeki untuk kami tambah cahaya mata," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran drama Astro Ceria saluran 611 terkini, Elly dan Epit.

Di sebalik kekecewaan Johan, tawaran dalam bidang seni datang mencurah bak air di daun keladi.

Terbaharu, pelawak dari Ampang, Selangor itu bakal menyiapkan diri untuk dua filem arahan Mamat Khalid dengan Syamsul Yusof.

Bercerita tentang filem Syamsul Yusof bertajuk KL Tak Gangster itu, ia akan memulakan penggambaran pada bulan Februari tahun depan.

"Dalam cerita ini saya dengan Shaheizy Sam akan berlakon bersama. Cerita dia lebih kepada cerita aksi, komedi manakala untuk filem Mamat Khalid juga akan menjalani penggambaran pada awal tahun depan. Tajuk filem itu belum diberitahu lagi tetapi saya sudah setuju untuk terima tawaran tersebut," kata Johan lagi.

Bukan itu sahaja, Johan juga terlibat sebagai penyampai radio Era untuk segmen hujung minggu Era setiap hari Sabtu dari pukul 7 pagi hingga 11 pagi. Malah, selepas habis drama Elly dan Epit, Johan juga mempunyai komitmen lain iaitu Edisi Khas musim baharu dan Superlawak.

Tidak tamak

Melihat kepada jadualnya yang padat, timbul pertanyaan adakah dia tamak menerima semua tawaran di depan mata? Bagaimana dia membahagikan masa bersama keluarga?

Bagi Johan, tiada istilah tamak apabila dia menerima tawaran-tawaran tersebut. Masa bersama keluarga tetap ada dan kerja yang diambil bukan datang dalam masa yang sama.

"Bukan saya tamak menerima semua tawaran yang datang. Saya tak ambil job serentak. Saya juga memilih setiap tawaran yang dapat sama ada ia sesuai dengan masa yang saya ada. Jika saya tidak dapat buat saya tidak terima.

"Saya paling suka menghabiskan masa lapang dengan keluarga. Memang masa saya agak terhad. Tidur pukul 10 malam dan bangun pada pukul 4 pagi tapi saya tetap akan luangkan masa bersama keluarga," katanya.

Johan juga tidak memperuntukkan berapa banyak kerja yang perlu dilakukan dalam masa sebulan atau setahun. Paling penting, baginya, adalah kualiti sesuatu kerja yang dilakukannya.

Mengulas mengenai wataknya di dalam drama Elly dan Epit, kata Johan, dia menerima drama itu kerana pihak produksi dapat mengikut jadualnya. Dia juga tidak mahu menghampakan pihak produksi dan juga watak yang diterimanya.

"Saya terima cerita ini sebab masa penggambaran tidak bertindih dengan jadual kerja saya. Lagipun, saya suka berlakon dengan kanak-kanak. Ia mendisiplinkan saya untuk berlakon mengikut skrip.

"Kanak-kanak ini berlakon mengikut skrip. Jika saya cakap

Full content generated by Get Full RSS.

Irfan disangka Michael Jackson

Posted:

Irfan disangka Michael Jackson

Irfan disangka Michael Jackson

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


ADA peminat menyangka vokal Irfan serupa vokal mendiang Michael Jackson.


IRFAN MAKKI bukanlah nama baharu dalam industri muzik kerana jika anda peminat fanatik Maher Zain, pastinya anda mengenali Irfan Makki. Ini kerana, selain merupakan rakan seangkatan Maher Zain dan Mesut Kertis yang bernaung di bawah Awakening Records, Irfan juga pernah tampil bersama rakannya itu di Maher Zain - Live In Concert di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada bulan Februari lalu.

Baru-baru ini, Irfan Makki yang lebih mesra disapa Irfan, hadir ke Malaysia bagi mempromosikan album solo sulungnya yang berjudul I Believe. Irfan yang berada di Malaysia selama dua minggu telah pun menjalankan promosi album bersama media elektronik tempatan.

"Saya terharu dengan penerimaan peminat terhadap saya. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Inteam Records kerana membawa saya ke sini dan juga Warner Music Malaysia kerana bantuan dalam pengedaran album.

"Sebelum ini kami tidak membuat apa-apa promosi namun Alhamdulillah penjualan album sangat memberangsangkan dan terima kasih saya ucapkan kepada peminat di Malaysia kerana menyokong karier saya," ujar Irfan mengenai album I Believe yang telah terjual sebanyak 10, 000 unit hanya dalam tempoh tiga bulan.

Sebanyak 13 buah lagu yang dimuatkan di dalam album ini di mana kebanyakannya lagu berbahasa Inggeris, beberapa lagu di dalam bahasa Urdu dan sebuah lagu yang terselit sedikit lirik bahasa Melayu.

Semasa ditemui pada sidang akhbar di Hotel Quality, Kuala Lumpur, pemilik nama penuh Muhammad Murtaza Makki itu tidak putus-putus meluahkan rasa kesyukuran dan terujanya kerana diterima peminat di sini.


IRFAN menurunkan tanda tangan pada albumnya, I Believe.


Namun, ada pengalaman menarik yang pernah dilalui lelaki kelahiran Pakistan berusia 36 tahun yang menetap di Kanada ini. Katanya, pernah ada pendengar yang tersalah sangka bahawa vokalnya milik mendiang Raja Pop dunia, Michael Jackson (MJ).

"Ada sesetengah orang yang mendengar lagu Irfan dan mereka menyangka ia nyanyian mendiang Michael Jackson. Saya memang meminati MJ dan saya sering menyanyikan lagu-lagunya. Mungkin nada suara yang agak sama dan stail yang sedikit serupa menyebabkan mereka berkata demikian dan sebenarnya saya ambil ia sebagai satu pujian pada mereka yang mengatakan saya kedengaran seperti MJ.

"Alhamdulillah, ini semua kurniaan dari Allah dan saya mensyukuri apa yang diberikan-Nya kepada saya. Pernah saya mendapat jemputan untuk menyanyikan lagu-lagu MJ namun saya terpaksa menolak kerana jadual yang sibuk," tuturnya sopan yang juga menceritakan albumnya mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan kerana mahukan yang terbaik kepada peminat.

Selain itu, ketika ditebak persoalan adakah disebabkan kejayaan rakannya, Maher Zain, membuatkan dia memasuki pasaran muzik Malaysia, dengan jujur Irfan mengakui ia merupakan salah satu faktor yang menyebabkan dia mengambil keputusan itu.

"Sejujurnya, memang itu sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan saya untuk melancarkan album di sini. Maher datang ke sini, dan Alhamdulillah, dia menemui kejayaan dan diminati serta disayangi oleh peminat di sini.

"Insya- Allah saya juga datang ke sini dan ingin menemui kejayaan seperti itu dan berharap album ini juga akan diterima oleh peminat muzik nasyid di sini. Malaysia dilihat sangat menghormati muzik dan artis seperti kami," jelasnya lagi yang memberitahu mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert sulungnya pula dalam tempoh setahun setengah lagi.

Album I Believe boleh didapati di kedai-kedai buku dan CD pada harga RM27.90 dan layari laman www.inteammobile.com untuk maklumat lanjut serta pembelian album.

Full content generated by Get Full RSS.

Lee Seung Gi kesepian

Posted:

Lee Seung Gi kesepian

Lee Seung Gi kesepian


SEUNG GI mengakui hidupnya begitu sunyi tanpa kehadiran wanita istimewa di sisinya.


AKTOR, pengacara dan penyanyi popular Korea, Lee Seung Gi yang baru sahaja muncul dengan album terbaharu berjudul Tonight melakukan kejutan dengan muncul di jalanan sekitar kawasan Myungdong.

Selebriti serba boleh itu berada di kawasan tersebut kerana temu ramah untuk program SBS TV, Midnight TV Entertainment.

Peminat yang terserempak dengannya tidak dapat menahan perasaan gembira mereka dan Seung Gi membalasnya dengan menyanyi secara langsung di hadapan mereka.

Ketika sesi temuramah, Seung Gi mengakui yang dia kini kesepian. Dia juga mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya dan juga pengalamannya dalam perhubungan yang lepas.

Apabila ditanya, apakah perkara pertama yang diperhatikan apabila bertemu dengan wanita, jawabnya adalah wajah.

"Hidup tanpa wanita memang sunyi tetapi saya mempunyai kerjaya yang sibuk. Sesekali duduk berseorangan perasaan sunyi itu datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved