Selasa, 27 Disember 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pembeli berang sebab lambat dapat rumah

Posted:

Pembeli berang sebab lambat dapat rumah

Pembeli berang sebab lambat dapat rumah

PEMBELI rumah memecahkan pagar penghadang zink projek pangsapuri Ukay Bistari di Hulu Klang, Selangor semalam.


AMPANG - Sebahagian daripada pembeli pangsapuri Ukay Bistari di Hulu Klang, di sini yang kecewa selepas lapan tahun menunggu projek kediaman mereka siap, bertindak di luar batas undang-undang semalam dengan memecahkan pagar zink di situ sebelum melarikan puluhan gugus kunci rumah.

Tindakan drastik yang melibatkan hampir 100 orang pembeli itu berlaku pada pukul 11 pagi semalam selepas mereka mendakwa syarikat pemaju gagal menyerahkan kunci rumah pada majlis yang berlangsung semalam.

Mereka bertindak memecah masuk bilik operasi pemaju tersebut dan membawa keluar puluhan gugus kunci kediaman dengan kakitangan syarikat itu tidak sempat berbuat apa-apa.

Ada pemilik rumah terbabit menggunakan kunci tersebut untuk masuk ke dalam rumah mereka.

Pengerusi Persatuan Pemilik Bangunan Terbengkalai Malaysia (Victim), Dr. Mohd. Rafick Khan Abd. Rahman mendakwa, pemilik rumah terpaksa bertindak demikian kerana yarikat pemaju sudah empat kali gagal tunai janji untuk menyerahkan kunci rumah.

Beliau selaku jurucakap pembeli memberitahu, majlis penyerahan kunci sepatutnya dilakukan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan bertindak sesuka hati - Menteri

Posted:

Jangan bertindak sesuka hati - Menteri

Jangan bertindak sesuka hati - Menteri

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
berita@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! 7 November 2011.


KUALA LUMPUR – Pembeli rumah termasuk dalam kes projek pangsapuri Ukay Bistari di Ampang, Hulu Klang dinasihatkan bertindak mengikut saluran undang-undang untuk menuntut ganti rugi jika pihak pemaju didapati melanggar syarat perjanjian.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung (gambar) berkata, walaupun atas nama hak selaku pembeli, mereka tidak boleh bertindak sesuka hati.

"Tindakan yang melanggar peraturan bukanlah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pembeli.

"Mereka sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan pihak kementerian sebelum mengambil tindakan sendiri," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita merajuk sampai mati

Posted:

Wanita merajuk sampai mati

Wanita merajuk sampai mati

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my


BULATAN menunjukkan lokasi Ann Nyuyut terjun dari pacuan empat roda di Lebuh AMJ berhampiran Rembia, Alor Gajah pada Rabu lalu.


MELAKA – Seorang wanita Vietnam yang merajuk bertindak nekad terjun dari pacuan empat roda dipandu kekasihnya di Lebuh AMJ berhampiran Rembia, Alor Gajah di sini pada Rabu lalu.

Mangsa yang cedera di kepala meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas tiga hari bertarung nyawa.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, mangsa, Hyunh Ann Nyuyut, 29, terjun dari kenderaan Mitsubishi Triton yang sedang bergerak.

Teman lelaki mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yong, 35, berkata, ketika kejadian, dia dan mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rembia ke sebuah bank di Pekan Alor Gajah.

"Selepas kira-kira dua minit kenderaan bergerak, Ann Nyuyut yang membebel sejak mula menaiki kenderaan bertindak membuka pintu Mitsubisihi Triton lalu terjun.

"Sebelum keluar rumah, kami tidak bergaduh atau bertengkar namun Ann Nyuyut tiba-tiba merajuk sejak mula menaiki kenderaan tanpa diketahui puncanya," cerita Yong warga tempatan ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Melaka di sini semalam.

Yong yang merupakan seorang kontraktor berkata, dia yang terkejut melihat tindakan mangsa segera memberhentikan kenderaan bagi membantu mangsa.

Namun sebaik dia memangku Ann Nyuyut, wanita itu sudah tidak sedarkan diri menyebabkan dia segera membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved