Selasa, 27 Disember 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jenayah maya tanpa sempadan

Posted:

Jenayah maya tanpa sempadan

Jenayah maya tanpa sempadan

MENYEDARI dunia Internet adalah suatu alam terbuka untuk mereka yang mahu merebut peluang menjadi kaya, seorang lelaki warganegara Switzerland tidak mahu ketinggalan mengambil kesempatan itu.

Tambah menyeronokkan hati peguam berusia 40-an itu adalah apabila berkenalan dengan seorang lelaki dari Malaysia melalui sebuah laman sosial. Dia teruja kerana menganggap pencariannya bakal membuahkan hasil lumayan.

Lelaki yang ditemui melalui jaringan maya itu memperkenalkan diri sebagai seorang ahli perniagaan yang menjalankan bisnes eksport bahan-bahan mentah penternakan dan memiliki syarikat yang berpangkalan di Malaysia.

Peguam itu ditawarkan sebuah kontrak perniagaan mengeksport bekalan makanan ayam ke Hong Kong, tetapi diminta membayar sejumlah wang terlebih dahulu bagi memastikan kontrak tersebut tidak terlepas ke tangan orang.

Teruja dengan tawaran yang tidak disangka-sangka itu, peguam itu menurut sahaja kemahuan 'ahli perniagaan' itu. Wang sejumlah RM1,360,079.50 pun telah dipindahkan ke dalam akaun lelaki tersebut.

Begitupun, oleh kerana tiada apa-apa yang berlaku dalam tempoh masa yang terlalu panjang, dia yang mempunyai latar belakang undang-undang itu telah melakukan penyiasatan sendiri terhadap syarikat tersebut dengan maklumat yang ada.

Luluh hatinya apabila mendapati syarikat tersebut palsu dan tidak pernah wujud di Malaysia. Tidak mahu si penipu siber itu terlepas begitu sahaja, dia telah melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa.

Mujur tindakan pantas pihak polis telah berjaya menangkap dua individu, seorang lelaki dan wanita berhubung kes tersebut. Itu merupakan salah satu kes jenayah siber di negara ini.



Pada 15 Jun lalu, negara digemparkan pula dengan serangan alam siber yang ditunjangi penggodam antarabangsa. Dikenali sebagai Anonymous menerusi Operation Malaysia, kesan buruk penggodamannya amat serius.

Dalam serangan tersebut, sebanyak 91 buah laman web telah mengalami gangguan perkhidmatan.

Terdedah ancaman

Kegiatan jenayah dan salah laku siber tidak hanya melumpuhkan laman web, malah sesiapa sahaja boleh terdedah kepada ancaman tanpa sempadan itu.

Ia terbukti apabila CyberSecurity Malaysia melalui Pusat Bantuan Cyber999 telah mencatatkan sebanyak 14,157 insiden keselamatan siber yang dilaporkan oleh pengguna Internet di seluruh Malaysia dari bulan Januari sehingga November 2011.

Jumlah tersebut menunjukkan berlaku peningkatan mendadak sebanyak 97 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Mengikut istilahnya, jenayah siber merujuk kepada perbuatan atau insiden yang dilakukan di alam siber, sama ada menggunakan komputer mahupun peralatan seperti perkakasan dan perisian telekomunikasi.

"Ia dilakukan dengan menggunakan telefon pintar atau peranti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dengan teknologi Internet digunakan sebagai perantara dan tidak melibatkan perbuatan jenayah secara fizikal.

"Sebagai contoh, penjenayah ini menceroboh maklumat organisasi atau individu, harta intelektual, penipuan kad kredit, kecurian identiti, penggodaman ke atas sistem rangkaian komputer dan laman web organisasi mahupun individu," kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt. Kol. (Bersara) Prof. Datuk Husin Jazri ketika ditemui Kosmo!.

Husin menjelaskan, setiap aktiviti jenayah siber yang dilakukan mempunyai motif atau tujuan tersendiri seperti membalas dendam, marah, berhibur sekadar suka-suka, kewangan dan politik.

Di kebanyakan negara, landskap jenayah siber yang berlaku kesemuanya hampir sama.

Laporan insiden

Di negara ini, CyberSecurity Malaysia mengklasifikasi kategori jenayah atau ancaman siber berdasarkan data laporan insiden keselamatan siber melalui penggunaan Internet yang dikumpulkan Pusat Bantuan Cyber999.


PENIPUAN melibatkan kad kredit juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh penjenayah siber.


Statistik yang dikumpul melalui pusat bantuan tersebut dikenali sebagai insiden keselamatan siber, dan tidak dikategorikan sebagai jenayah siber.

Antara insiden keselamatan siber yang dikenal pasti adalah seperti penipuan, spam, pencerobohan, kod berbahaya, cubaan pencerobohan, gangguan siber, laporan kerentanan (vulnerabilities), gangguan perkhidmatan (DoS) dan juga berkaitan kandungan.

Husin memberitahu, terdapat beberapa punca atau sebab berlakunya peningkatan insiden tersebut. Antaranya adalah jumlah pengguna Internet yang semakin bertambah dari semasa ke semasa dan kurang pengetahuan mengenai kepentingan keselamatan siber.

Pusat Bantuan Cyber999 juga banyak menerima laporan insiden keselamatan Internet berkaitan penggunaan media sosial.

"Ada dalam kalangan pengguna Internet yang kurang arif dan juga kurang berhati-hati sewaktu melayari Internet," ujar beliau.

Justeru, peluang tersebut memudahkan lagi penjenayah siber untuk mengambil kesempatan ke atas mereka.

Selain daripada itu, terdapat juga peningkatan ancaman-ancaman penggodaman seperti pencacatan laman web (web defacement) dan juga pencerobohan.

Kelemahan utama yang menjadi sasaran kebanyakan penjenayah siber ialah pihak yang menggunakan penyelesaian sekuriti tidak asli dan yang luput tarikh sah.

Menurut Pengarah Saluran Jualan Kaspersky Lab Asia Tenggara, Jimmy Fong, dalam satu kenyataan akhbar, pengguna peranti teknologi seperti komputer, telefon pintar, tablet dan peranti lain, ia seumpama seseorang yang meninggalkan pintu dan tingkap rumah dalam keadaan terbuka.

"Dalam situasi perbandingan tersebut, pengguna seolah-olah berharap tiada sesiapa yang akan masuk ke dalam rumah seterusnya menyalah guna atau mencuri hak miliknya.

"Di dalam kes ini, ia melibatkan data dan identiti anda," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penjaga selera Nelson Mandela

Posted:

Penjaga selera Nelson Mandela

Penjaga selera Nelson Mandela


KAUM kerabat Mandela (kiri) menganggap Xoliswa seperti ahli keluarga sendiri.


BUKU-BUKU masakan pada musim Krismas ini bersaing memaparkan resipi kegemaran Nelson Mandela di kedai-kedai buku di Afrika Selatan, selepas chef peribadinya menerbitkan sendiri koleksi masakan pilihannya.

Buku Xoliswa Ndoyiya bertajuk Ukutya Kwasekhaya (Masakan Rumah) memuatkan 62 buah resipi yang didatangkan dari dapur Mandela. Ia turut disertai anekdot famili pemimpin berkenaan.

Buku yang ditukis bersama pengkritik masakan, Anna Trapido, itu memaparkan pelbagai resipi daripada pucuk lemon brussels hingga salad beras mangga dengan kuah kari, paella, sembilan jenis sup, ayam Belanda oren, pelbagai hidangan ayam dan bebola daging.

"Bukan itu sahaja resipi saya. Saya mempunyai lebih daripada itu!" Kata chef berumur 49 tahun itu sambil tersenyum.

Juga dikenali sebagai Xoli, dia mewarisi bakat memasak daripada neneknya yang memasak untuk sebuah keluarga kulit putih.

Malangnya, kisah Xoli dilihat tipikal oleh kebanyakan kaum berkulit hitam di Afrika Selatan.

Dibesarkan di sebuah perbandaran terpencil, dia mendapat pekerjaan sebagai pekerja domestik dengan sebuah keluarga kulit putih di Johannesburg, sebelum bekerja di sebuah rumah keluarga Yahudi.

Suami pertamanya dibunuh akibat keganasan yang tercetus di kawasan perbandaran berkenaan, iaitu antara Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) dengan pesaing yang ingin merebut kuasa, Parti Kebebasan Zulu Inkhata (IFP), pada awal tahun 1990-an sebelum berakhirnya sistem aparteid.

Suami keduanya pula mati akibat kemalangan jalan raya.

Keempat-empat anak chef berkenaan dibesarkan oleh ibu dan kakaknya di pinggir bandar, 800 kilometer dari Johannesburg.

Xoli kemudiannya bertemu dengan Mandela.

Seorang rakan telah membantu Xoli mendapatkan pekerjaan sebagai tukang masak untuk berkhidmat dengan Mandela pada tahun 1992, dua tahun sebelum Mandela memenangi pilihan raya umum pelbagai kaum pertama Afrika Selatan seterusnya memenangi kerusi presiden.

Sejak itu, Xoli menyediakan makanan bukan sahaja kepada negarawan itu malah kepada keluarga beliau, pemimpin ANC, ketua-ketua bangsa asing dan pelawat terkenal seperti Michael Jackson. Selebriti rancangan bual bicara terkenal, Oprah Winfrey dikatakan amat menyukai hidangan kentang berkrim hasil air tangan Xoli.

Masakan rumah adalah kepakaran Xoli, sebagaimana tajuk buku terbitannya.


BANYAK resipi tradisi Afrika Selatan kini dibukukan dan dijual di pasaran.


Kenangan Mandela

Seperti Mandela yang kini berusia 93 tahun yang uzur dan tinggal semula di kampung Eastern Cape yang pernah ditinggalkan sewaktu zaman muda beliau, Xoli juga berasal dari wilayah miskin di selatan negara tersebut.

Dia mengikut Mandela apabila beliau meninggalkan Johannesburg untuk kembali ke kampung halamannya di Qunu.

"Ke mana sahaja dia pergi, saya akan ikut bersama," katanya.

Keluarga Mandela telah menganggap Xoli sebagai ahli keluarga, malah dia juga ibarat ibu kepada cucu Mandela iaitu Madiba yang tinggal bersama mereka ketika anak-anaknya sendiri tinggal berjauhan dengannya.

Di bawah jagaannya, meja makan Mandela sentiasa mempunyai hidangan istimewa seperti hidangan tradisi Xhosa, hidangan klasik Afrika Selatan seperti amasi (susu masam) dan hidangan Yahudi yang dipelajari daripada majikannya yang terdahulu.

Terdapat juga hidangan yang mempunyai sentuhan negara luar seperti hamburger untuk kanak-kanak dan hidangan lasagna Itali.

Kemahiran memasaknya sentiasa berkembang. Contohnya, penambahan bawang putih dalam masakan selepas Mandela berkahwin dengan Graca Machel pada tahun 1998. Graca ialah janda bekas presiden Mozambique, Samora Machel dan bawang putih merupakan bahan utama dalam masakan bekas koloni Portugis itu.

Bagaimana pula dengan cita rasa Mandela?" Dia makan apa sahaja yang saya masak!" katanya sambil memberitahu, presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan itu tidak menyukai hidangan berlada.

"Tetapi dia lebih menggemari masakan tradisi. Jika dia tidak dapat menikmatinya selama beberapa hari, dia akan bertanya: "Apa yang berlaku? Kenapa anda tidak memberi saya makan dengan baik?" ujar Xoli.

Tambah wanita itu, beberapa masakan kegemaran Mandela lagi, adalah umsila wenkomo (sup ekor lembu), biji jagung dengan kekacang (umngqusho), atau ulusu (perut lembu). Semua resipi itu ada di dalam buku masakan berkenaan.

Kegemaran Mandela yang lain adalah seperti hidangan kepala kambing dan lidah tidak dimasukkan ke dalam buku itu.

Tukang masak itu kelihatan sedikit beremosi ketika dia mengenang kembali kisah lama. Dia pernah menghantar bubur jagung dengan susu masam menaiki kapal terbang ke London kerana Mandela sudah jemu dengan masakan Inggeris.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved