Isnin, 26 Disember 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bencana air pasang besar

Posted:

Bencana air pasang besar

Bencana air pasang besar

Oleh MUSTAPA LAKAWA dan TOREK SULONG
berita@kosmo.com.my

ORANG ramai melihat sebahagian daripada Jalan Teluk Lipat, Dungun yang terpaksa ditutup selepas runtuh dilanda air pasang besar semalam.


DUNGUN – Ribuan penduduk pesisir pantai di daerah ini serta sepanjang pantai Bachok, Kelantan panik apabila kawasan tempat tinggal mereka dipukul ombak akibat fenomena air pasang besar sejak seminggu lalu.

Kesan daripada kejadian itu mengakibatkan jalan raya yang menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun runtuh selepas dipukul ombak besar.

Fenomena luar biasa itu yang turut diibarat sebagai 'tsunami kecil' oleh penduduk tempatan dianggap sebagai kejadian paling buruk yang pernah berlaku di daerah tersebut.

Selain runtuhan jalan raya, puluhan pokok ru di sepanjang pesisir pantai berkenaan turut menyembah bumi sehingga mengancam keselamatan penduduk setempat.

Tinjauan Kosmo! di kawasan kejadian semalam mendapati masih ramai pengguna jalan raya melalui kawasan runtuhan sepanjang dua kilometer itu walaupun pihak berkuasa telah meletakkan papan tanda amaran.

Seorang peniaga kedai makan, Ahmad Fauzi Ismail, 50, mendakwa kejadian air pasang besar di pantai itu mula dikesan sejak minggu lalu sebelum bertukar menjadi lebih buruk kelmarin.

Katanya, situasi di kawasan itu juga dilihat tidak selamat apabila ramai menjangkakan ribut dan angin kencang serta air pasang akan berlaku dalam beberapa hari lagi.

"Selama saya tinggal di sini, inilah bencana paling buruk pernah berlaku sampaikan hampir keseluruhan jalan pesisir pantai runtuh.

"Saya nampak sendiri batu-batu besar dihanyutkan ombak," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Anak mati dihempap dahan pokok

Posted:

Anak mati dihempap dahan pokok

Anak mati dihempap dahan pokok

Oleh ROSLI HASSAN
rosli@kosmo.com.my


ANGGOTA-ANGGOTA pasukan penyelamat memeriksa mayat Yong Wee yang maut selepas dihempap dahan pokok yang patah dalam kejadian di Jalan Ayer Salak, Bukit Rambai, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang bapa yang nyaris maut dihempap dahan sebatang pokok jenis akasia 10 tahun lalu terpaksa menerima hakikat kehilangan seorang anak lelakinya apabila juruteknik pendingin hawa itu mati dihempap dahan pokok yang sama selepas ia patah di Jalan Ayer Salak di sini semalam.

Tan Yee Meng, 63, tidak menyangka yang anaknya, Tan Yong Wee, 21, menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Ayer Salak, Bukit Rambai di sini untuk menemui abang mangsa di Tanjung Minyak pada pukul 10.45 pagi. Jarak antara dua tempat itu kira-kira lima kilometer.

Menurut Yee Meng, dia tidak menyangka tragedi yang menimpanya 10 tahun lalu berulang kembali tetapi kali ini lebih teruk hingga mengakibatkan nyawa anaknya melayang.

"Sepuluh tahun lalu saya hanya mengalami cedera ringan setelah terjatuh dari motosikal ketika mengelak dahan pokok yang patah.

"Sungguh tidak sangka dahan pokok yang sama pula menimpa Yong Wee," rintihnya yang bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh jirannya mengenai kejadian itu.

Sementara itu, saksi kejadian, Lim Kang Sui, 53, berkata, dia yang berada kira-kira 100 meter di belakang mangsa nampak bagaimana Yong Wee terjatuh dan diseret motosikalnya sendiri selepas dihempap dahan pokok tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Kukuhkan hubungan sesama kaum

Posted:

Kukuhkan hubungan sesama kaum

Kukuhkan hubungan sesama kaum

Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my


Muhyiddin bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2011 di Kajang semalam.


KAJANG – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu asas persefahaman antara kaum di negara ini diperkukuhkan dan dipertahankan dalam usaha menjamin semua pelan transformasi kerajaan ke arah negara maju 2020 dapat dicapai.

Katanya, persefahaman itu merupakan satu daripada perkara paling utama bagi mewujudkan perpaduan daripada asas-asas yang terbina sejak 54 tahun lalu.

"Kita perlu kukuhkan dan jangan ada pihak yang hendak meruntuh atau meleraikan segala asas yang terbentuk di atas kesepakatan dan kerjasama antara pimpinan yang datang daripada pelbagai kaum dan agama khususnya menerusi konsep kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam meneruskan perjuangan pada masa-masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang di sini semalam.

Hadir sama ialah isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isterinya, Datin Seri Masnah Rais.

Menurut beliau, masyarakat kini sedia maklum bahawa tumpuan utama diberikan kepada usaha pembangunan masyarakat melalui program transformasi yang dilaksanakan kerajaan iaitu melalui transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved