Kosmo Online - Negara |
Korek pasir haram punca banjir kilat Posted: Korek pasir haram punca banjir kilatOleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM dan LILY LEAN
KAJANG - Kegiatan sindiket mengorek pasir secara haram dan pembangunan tidak terancang dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada banjir kilat luar biasa yang berlaku di bandar Kajang kelmarin. Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara, Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, kedua-dua faktor itu mempercepatkan berlakunya banjir selain faktor hujan lebat. "Pembangunan dan aktiviti manusia (korek pasir) boleh menjejaskan sistem pengaliran air dan bahan-bahan konkrit seperti jalan dan bangunan akan menyebabkan berlaku gangguan aliran sungai seterusnya mempercepatkan banjir," ujarnya ketika dihubungi semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Terkejut lidah kuda hampir putus Posted: Terkejut lidah kuda hampir putus Oleh NOR AZIRAN YUNUS ![]() ASLIZAN (kiri) menunjukkan lidah kudanya (dalam bulatan) yang hampir putus dan dijahit semula di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Seorang usahawan hiasan dalaman, Aslizan Zabidin, 38, mendakwa lidah seekor kuda miliknya hampir putus semasa diletakkan di sebuah pusat jagaan haiwan di sini baru-baru ini. Menurutnya, kira-kira 75 peratus daripada lidah kuda berusia 18 tahun bernama Paloma itu terpotong menyebabkannya sering sakit. Ujarnya, lidah kuda daripada baka Argentina itu kemudian didapati telah dijahit oleh kakitangan pusat tersebut. "Melalui pemerhatian terhadap lidah kuda yang putus itu, seolah-olah ia seperti sengaja dipotong dan ada tujuan khianat. "Kecuaian pihak pengurusan menjaga Paloma sangat dikesali kerana kuda yang sepatutnya dijaga oleh tenaga pekerja terlatih telah diuruskan oleh seorang sukarelawan sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Elak bangsa Melayu terbangsat![]() PARA perwakilan UMNO khusyuk mendengar ucapan penangguhan Najib di PWTC semalam. KUALA LUMPUR - Orang Melayu perlu memastikan negara ini tidak jatuh ke tangan parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana jika ia berlaku maka bermulalah zaman keruntuhan Melayu dan lebih buruk lagi Islam akan dihina manakala Melayu menjadi bangsa bangsat yang merempat di tanah air sendiri. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masa depan yang hitam dan menakutkan itu hanya akan dapat dielakkan jika ahli-ahli UMNO dan orang Melayu mendakap perjuangan parti itu serta menggempur habis-habisan pembangkang menjelang pilihan raya umum itu bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dalam ucapan penangguhan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang semalam, Najib yang juga Perdana Menteri meminta orang Melayu yang berhadapan dengan gelora politik yang mencemaskan sejak pilihan raya umum 2008 supaya segera insaf tentang nasib buruk yang bakal menimpa mereka. "Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan akan tiba di muka pintu. Tunggulah kehancuran, akan terbangsatlah Melayu, merempat di tanah sendiri," katanya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan