Selasa, 13 Disember 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bicara moral artis

Posted:

Bicara moral artis

Bicara moral artis

"SAYA suka soalan ini. Soalan ini memang susah mahu saya jawab dan harus berfikir. Beri saya ruang dan masa untuk perkara ini dan untuk menjawab," tutur aktor Eman Manan sambil ketawa apabila ditebak dengan persoalan tentang bilakah dia ingin menamatkan zaman solonya.

Seronok sesekali dapat mengusik perhatian dan jiwa pelakon berwibawa tanah air ini. Sementelah bekas suami primadona tersohor tanah air Fauziah Datuk Ahmad Daud ini sudah lama menduda.

Justeru, biarpun Eman seorang pelakon bertaraf veteran yang disegani bakat lakonannya, namun dia juga tidak terlepas daripada 'dibedil' dengan soalan-soalan nakal daripada pihak media masa kini yang sentiasa mahukan cerita 'panas' daripada golongan artis.

Menariknya, Eman tidak pula melenting seperti sesetengah artis yang terus menunjukkan sikap tidak mesra media apabila diajukan soalan-soalan berbaur peribadi.

Malah, apa yang penting dan boleh dijadikan contoh oleh artis-artis lain adalah Eman mengambil pendekatan yang bijak dalam menjawab soalan 'cepumas' daripada pihak media itu.

Eman teryata berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata untuk menjawab soalan-soalan berbaur peribadi itu.

Selepas dia menberikan jawapan yang bijak itu, ternyata media berpuas hati berlalu dengan senang, Eman terus membawa haluan perbicaraan untuk menyentuh tentang isu-isu yang lebih serius tentang dunia lakonan.

Terus sahaja bicara Eman menyentuh tentang profesionalisme seorang artis. Kata Eman: "Konsep profesionalisme (artis) perlu bermula dari dalam kerana diri sendiri yang membina perkara tersebut, tidak harus mengharapkan orang lain. Jika ia telah dimulakan, maka ia akan diikuti dan bermula konsep profesionalisme di dalam industri (perfileman) itu sendiri.

Mengenai generasi baharu artis, ujar Eman, banyak bakat yang hadir kini dilihat dapat memberikan aktor senior seperti dirinya meninggalkan karier mereka dengan lapang di dada kerana kebanyakan pelakon hari ini memiliki kelulusan dari institusi tinggi tidak kiralah di bidang nyanyian, lakonan atau pengarahan.

"Berkarya ini bukan kerja bakat, tapi kerja ilmu yang perlu dididik, mendidik dan mendapat pendidikan.

"Kita ada banyak pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus lakonan.

"Jadi, peluang harus diambil untuk menghasilkan produk tempatan yang berkualiti," tegasnya.

Daripada isu profesionalisme artis, Eman menyentuh pula tentang soal hubungan artis dan media. Dia mengakui ada juga segelintir artis yang cepat melatah ataupun marah dengan media apabila memaparkan kisah peribadi mereka namun kata Eman sebagai ikon, pasti ramai yang ingin mengambil tahu tentang golongan artis.

Eman memberitahu, industri hiburan merangkumi secara keseluruhan turut mengaitkan hubungan antara wartawan dan artis.

"Perlu ada kebijaksanaan dalam diri artis baik dalam lakonan, di hadapan kamera mahupun ketika menjawab persoalan pihak media. Wartawan punya etika, kenapa perlu 'makan bersuap' jika tidak mahu dihebahkan?," bicara nya penuh makna tersirat.


EMAN bergandingan dengan Zahiril Adzim dalam supertelemovie Parit Jawa.


Tambahnya: "Seorang artis bukannya pejuang moral tetapi moral artis sentiasa dinilai. Bagi seorang artis, jika media banyak menulis tentang perihal lain selain bakat lakonannya, saya menjadi tertanya-tanya, bila masa ingin menceritakan tentang karyanya," ujar Eman ketika ditemui pada sidang media pratonton drama bersiri Parit Jawa di GSC Signature, The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tapisan lakonan

Eman Manan atau nama sebenarnya, Abdul Manan Embong kini tampil menerusi drama bersiri yang dikenali dengan istilah baharu iaitu supertelemovie garapan Tunku Mona Riza berjudul Parit Jawa yang mana penceritaannya menyingkap sisi hidup masyarakat Jawa yang sangat berpegang pada adat dan menjaga keturunan mereka.

Namun apa yang menariknya, sebahagian daripada supertelemovie itu memerlukan Eman berdialog dalam bahasa Jawa.

Memegang watak sebagai Arman, anak sulung daripada lima orang adik-beradik yang mementingkan keturunan dan asal usulnya telah diberi tanggungjawab menjaga tanah pusaka keluarga selepas kematian bapanya.

"Pada mulanya menerima tawaran tersebut saya tahu saya perlu berdialog dalam bahasa Jawa tapi saat itu saya fikir dialog yang harus dibicara adalah seperti bahasa Indonesia yang biasa kita dengar menerusi sinetron-sinetron (drama-drama).

"Namun apabila saya mendapat skrip dan membacanya, saya agak terperanjat kerana bahasa yang tertera dalam skrip itu merupakan bahasa Jawa asli atau pekat. Jadi apabila perlu bercakap bahasa Jawa selama empat atau lima hari untuk penggambaran adalah perkara yang agak sukar bagi saya," luah anak kelahiran Kuala Terengganu itu.

Ujarnya lagi, sebagai pelakon dia mencuba sebaiknya dan jika ditonton oleh orang bukan Jawa, mereka merasakan bahawa percakapan saya baik. Namun, lain pula bagi mereka yang sememangnya daripada keturunan Jawa, mungkin pelat mahupun bahasa Jawa Eman kedengaran tidak sempurna buat mereka.

Bagaimanapun, beritahu aktor yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun itu, jangan dilihat mengenai betul atau tidak intonasi Jawa yang disebut, tetapi mengangkat satu naskhah tentang sebuah keluarga Jawa yang lebih utama bagi dirinya.

Nilai pelakon

Jika mahu dihitung, Eman kini jarang dilihat muncul di kaca televisyen mahupun di layar perak, namun kemunculannya menerusi beberapa drama tersebut semuanya menerusi karakter-karakter yang hebat.

Ketika ditebak persoalan adakah dirinya memilih untuk tampil hanya menerusi naskhah yang dianggapnya baik, jawab Eman, jika ingin menjadi pelakon yang berkualiti, seorang pelakon itu perlu mempunyai tapisan dan ia juga merupakan salah satu usaha ke arah melahirkan drama yang berkualiti dalam industri lakonan tempatan.

Kata Eman, barisan pelakon antara faktor penting bagi menentukan kehebatan sesebuah produksi lakonan.

"Penonton menuntut produksi lakonan yang bagus. Penonton akan menuntut siapakah pengarah dan pelakonnya. Ia sudah bermula dari sebelum pelakon itu memilih lagi, sebagai contoh, apabila ada sesebuah drama yang bakal disiarkan, pasti penonton bertanya, siapakah pelakon dan pengarahnya?

"Ia umpama jika kita makan semua makanan, pasti ada penyakit akan hadir, oleh itu, kita perlulah memilih makanan yang menyihat," jelas Eman memberikan pendapat peribadinya.

Kebiasaannya, apabila nama Eman Manan tercalon di dalam sesebuah kategori bagi majlis anugerah, pastinya pencalonan lain anggap mereka punya harapan tipis untuk merebut anugerah tersebut.


EMAN dan Zahiril bersama barisan karyawan supertelemovie Parit Jawa.


Baru-baru ini, Eman telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi drama Janji Syurga di Anugerah Skrin ke-24 (ASK 24) dan katanya berbekalkan 20 tahun lebih pengalamannya dalam bidang lakonan, ia merupakan kali kedua dia memenangi ASK yang mana kali pertama dia menang pada tahun 2008 menerusi filem berjudul Wayang.

"Mereka mungkin takut dengan keyakinan diri sendiri dan kepada teman-teman saya, jangan takut, anda juga bagus. Kita tidak boleh lari dari nasib dan ruang.

"Kadang-kadang, 10 tahun kita berlakon pun kita masih tidak mendapat naskhah yang baik dan tidak diberi gandingan baik atau mungkin bukan di bawah garapan pengarah yang besar dan sebagainya," ulasnya.

Tegasnya lagi: "Saya lebih suka menilai kerja sendiri darpada menilai kerja orang lain. Justeru, untuk menilai kerja sendiri, pelakon perlu tahu sedikit sebanyak intipati lakonan yang betul dan perlu kenal naskhah tersebut bagus atau tidak."

Full content generated by Get Full RSS.

Habuan Tahun Baru Ikon Bollywood

Posted:

Habuan Tahun Baru Ikon Bollywood

Habuan Tahun Baru Ikon Bollywood


KAREENA KAPOOR


SHAH RUKH KHAN, Kareena Kapoor, Priyanka Chopra dan Katrina Kaif diketahui umum merupakan antara bintang Bollywood yang meraih habuan bayaran yang tinggi setiap kali dijemput mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun Baru.

Namun siapakah yang telah dibayar paling mahal untuk sambutan Tahun Baharu 2011 dan siapa pula ikon Bolllywood nombor satu paling dikehendaki untuk menghangatkan sambutan bagi meraikan kemunculan 2012 nanti?

Mengadakan persembahan di majlis tertutup dan di khalayak umum merupakan jalan pantas bagi menghasilkan wang ekstra yang banyak bagi selebriti Bollywood.

Apa yang penting, persembahan pentas artis Bollywood mereka tidak memerlukan mereka menghabiskan banyak tenaga untuk menyanyi tetapi sebaliknya sekadar menari mengikut rentak lagu-lagu runut bunyi filem- filem lakonan masing-masing.

Shah Rukh dengan jujurnya mengakui dia akan menerima tawaran untuk mengadakan persembahan tarian untuk sebarang majlis, dengan syarat dia dibayar dengan setimpal. Katanya: "Saya tak kisah dijemput menari untuk sebarang majlis keraian. Asalkan bayarannya berpatutan."

Biarpun dua bintang ternama Salman Khan dan Aamir sebaliknya menolak sebarang jemputan untuk mengadakan persembahan pada majlis-majlis keraian, namun kebanyakan pelakon Bollywood memilih untuk mengikuti jejak yang sama seperti yang telah dirintis oleh Shah Rukh. Justeru, artis manakah yang meminta bayaran paling mahal?

Menurut sumber, Shah Rukh meminta bayaran sekurang-kurangnya Rs 4 crore (RM3.2 juta) setiap kali mengadakan persembahan. Malah bayaran untuknya itu dijangka akan meningkat selepas filem terbaharu lakonannya, Ra. One meraih kutipan pecah panggung mencecah RM192 juta dan begitu juga sebuah lagi filem lakonannya yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Don 2 yang turut dijangka bakal pecah panggung.

Tambahnya: "Pelakon wanita gred A Bollywood seperti Kareena Kapoor, Katrina Kaif dan Priyanka Chopra mengenakan bayaran di antara Rs 1.2 (RM960,000) hingga Rs 2 crore (RM1.6 juta) setiap kali mengadakan persembahan bersempena sambutan Tahun Baharu.

"Dalam kes Kareena Kapoor, bayarannya berkemungkinan akan meningkat memandangkan kesemua filem-filem lakonannya sepanjang tahun ini meraih kutipan pecah panggung iaitu Bodyguard dan Ra. One, malah Kareena mungkin menjadi pelakon wanita yang dibayar paling mahal untuk mengadakan persembahan untuk Tahun 2012 nanti!"

Tambahnya, aktres seperti Bipasha Basu, Anushka Sharma, Malaika Arora Khan dan Mallika Sherawat dalam kategori sederhana dengan bayaran setiap kali persembahan mereka masing-masing adalah antara Rs 50 (RM400,000) hingga Rs 75 lakh (RM600,000).

Katanya lagi, bagi aktres-aktres yang jarang meraih tawaran berlakon filem seperti Yana Gupta, Sameera Reddy, Neha Dhupia, Koena Mitra dan Tanushree Dutta pula dibayar di antara Rs 10 (RM80,000) hingga Rs 25 lakh (RM200,000) . Tegas sumber: "Golongan aktres kategori ini nampaknya meraih lebih banyak bayaran untuk mengadakan persembahan berbanding bayaran yang diperolehi daripada khidmat lakonan masing-masing."

Full content generated by Get Full RSS.

Sensasi, gegaran Movement 2011

Posted:

Sensasi, gegaran Movement 2011

Sensasi, gegaran Movement 2011

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


AKSI hebat (dari kiri) Kev Nish dan Prohgress di pentas Moovment 2011.


NGAUMAN grup kuartet hip hop Amerika Asia, Far East Movement di KL Live Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu bergema memecah dingin malam yang diselimuti hujan renyai-renyai.

Itu fokus utama konsert yang dinamakan sebagai Moovment 2011 yang nyata sukses dalam menghasilkan gegaran menerusi persembahan muzik yang ditampilkan.

Biarpun lokasi pada mulanya di Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur berubah pada saat-saat akhir sedikit sebanyak menggusarkan peminat yang sudah awal-awal menempah tiket, ternyata ia bukan alasan utama.

Asalkan dapat bertemu dengan empat orang anak muda dari Los Angeles, Amerika Syarikat, Kev Nish (Kevin Nishimura), Prohgress (James Roh), J-Splif (Jae Choung), and DJ Virman (Virman Coquia) itu, segala perit mengharung jalan sesak rembang petang Sabtu berbaloi.

Selain kemunculan yang dinanti-nanti oleh peminat yang berpusu-pusu sejak pukul 8.30 malam itu, beberapa deejay (DJ) antarabangsa serta tempatan antaranya DJ Earworm, DJ Crystal, DJ Junior, DJ Ken dan Jakeman ditampilkan untuk memanaskan momentum.

Seperti yang sudah dijangka, kemunculan Far East Movement umpama kemuncak segalanya.

Bergegar pentas yang dikepung peminat fanatik dengan sorak-sorai, ditambah muzik rancak dan aura kuartet hip hop itu, ruang KL Live gempak dan gempita!

Konsep yang diterjemahkan dalam persembahan kali ini cukup ringkas, laung mereka "Let's party tonight!"

Konsert berdurasi lebih tiga jam itu diiringi rangkaian lagu-lagu seperti I Party, OMG, So What, Jello, Fighting For Air, She Owns The Night, Together, White Flag, Dont Look Now, One More Time, Fetish, Go Ape dan Show Me Love.

Tidak sah andai lagu yang melambung Far East Movement tinggi ke awan, Like A G6 dan Rocketeer tidak diselit di celah-celah persembahan mereka. Maka ketika itu, pengunjung bagai histeria!

Muzik yang lantang, tiada sekatan daripada luncur kata dalam lirik lagu dan imej bersih yang dihidang untuk peminat menjadikan Far East Movement cepat meresap dalam jiwa anak-anak muda.

Maka tidak hairan, purata pengunjung yang membanjiri KL Live baru-baru ini juga kebanyakannya terdiri daripada golongan awal usia remaja hingga pertengahan usia.

Aksi 'melampau' DJ Junior

Dalam pada berhibur dengan persembahan energetik dan sensasi Far East Movement, berlaku sesuatu yang telah mencacatkan konsert, apabila DJ Junior telah melakukan aksi 'melampau' dengan memegang botol yang disyaki minuman keras dan menyimbahnya ke arah penonton yang berada di bawah pentas.

Mungkin ia sekadar gurauan untuk memeriahkan suasana konsert, tetapi andainya benar botol itu mengandungi minuman keras, maka tindakan DJ Junior itu dilihat sebagai tidak wajar.

Sementelah DJ Junior berasal dari Malaysia, seharusnya dia prihatin dengan had dan batasan di negara ini.

Biarpun sudah ada poster besar yang melarang golongan Muslim mendekati arak di luar dan di dalam kawasan acara, tindakan DJ Junior itu tidak sepatutnya berlaku.

Sementelah dalam kawasan VIP dan pit zone (depan pentas) juga ada kelihatan beberapa orang wanita yang bertudung menjadikan ia suatu pemandangan yang agak janggal.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved