Isnin, 28 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


3 maut dalam letupan kapal di Kudat

Posted:

3 maut dalam letupan kapal di Kudat

3 maut dalam letupan kapal di Kudat

28/11/2011 6:32pm

KUDAT - Tiga maut, dua daripadanya wanita apabila sebuah kapal nelayan sedang berlabuh tiba-tiba meletup lalu terbakar sebelum api merebak ke dua lagi kapal nelayan bersebelahan di pelabuhan Kudat tengah malam tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kudat, Mohd Saidi Tabin ketika dihubungi hari ini berkata, setakat ini butiran mengenai identiti mangsa belum diketahui.

Katanya, mangsa pertama, seorang wanita ditemui terapung oleh anggota peronda polis kira-kira 6.30 pagi manakala dua lagi mangsa terapung berhampiran tempat kejadian sekitar pukul 12.25 tengah hari.

Menurut Mohd Saidi, tiga jentera bersama 20 anggota bomba yang beliau ketuai dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 9.37 malam tadi.

Beliau berkata, sebaik tiba di pelabuhan, hampir keseluruhan struktur tiga kapal nelayan berkenaann sudah dijilat api selepas berlakunya letupan daripada salah satu kapal sebelum itu.

Pasukan bomba, katanya , berjaya mengawal api dan seterusnya memadamkan kebakaran kira-kira empat jam kemudian di awal pagi.

"Semasa kejadian kapal yang meletup dan terbakar itu ada penghuni manakala dua lagi kapal lain tidak ada orang di dalamnya," katanya.

Mohd Saidi berkata punca letupan dan jumlah kerugian masih disiasat. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Feri karam: Mangsa terakhir ditemui

Posted:

Feri karam: Mangsa terakhir ditemui

Feri karam: Mangsa terakhir ditemui

28/11/2011 3:21pm

SEMPORNA — Mangsa kedua dan terakhir tragedi feri karam di Sungai Manis, Lihak-Lihak dekat sini, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat hari ini.

Mayat Mohd Annawawi Nunhati, 14, dijumpai kira-kira 8.30 pagi, tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, oleh pasukan mencari dan menyelamat yang dianggotai Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Marin dan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Azim Abdullah ketika dihubungi berkata, jenazah Mohd Annawawi, seorang pelajar tingkatan dua, dihantar ke Hospital Semporna sebelum diserahkan kepada anggota keluarganya untuk urusan pengebumian.

Ibu Mohd Annawawi, berumur 44 tahun, yang turut terkorban dalam tragedi berkenaan dijumpai kira-kira 11.45 pagi semalam. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Radio dan stesen tv siar lagu lucah

Posted:

Radio dan stesen tv siar lagu lucah

Radio dan stesen tv siar lagu lucah

28/11/2011 3:19pm

JAKARTA — Semua stesen radio dan televisyen di wilayah Jawa Barat diarah untuk tidak menyiarkan lagu atau klip video mengandungi lirik yang boleh dianggap lucah.

Pengharaman itu dibuat oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia cawangan wilayah Jawa Barat (KPID) berikutan permintaan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI) , majlis perundangan wilayah (DPRD) dan masyarakat.

"Sehingga tahun ini, kami menerima 263 aduan melalui pelbagai media termasuk SMS, surat, emel, panggilan telefon dan rangkaian media sosial lain mengenai kandungan siaran radio dan TV," kata pesuruhjaya KPID Jawa Timur Nursyawal yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Post pada Isnin.

Lagu-lagu yang dianggap lucah termasuk "Mobil Bergoyang", "Cinta Satu Malam", "Hamil Duluan","Aku Ingin Dilubangi" dan "Mari Bercinta 2".

"Mobil Bergoyang, sebagai contoh, mengandungi lirik mengenai bagaimana gadis liar tidak memerlukan bilik hotel yang mahal untuk berasmara tetapi hanya sebuah kereta.

Lagu "Hamil Duluan" ialah mengenai pasangan yang belum berkahwin mengadakan hubungan seks menyebabkan si gadis mengandung.

Nursyawal berkata, suruhanjaya itu tidak bertindak sebagai penapis mengharamkan penciptaan lagu atau video klip terbabit.

"Apa yang boleh kami buat ialah mengharamkan ia daripada disiarkan. Malah di negara maju seperti Amerika Syarikat, yang disebut sebagai negara paling liberal, lagu dan video yang mengandungi bahan seks tidak dibenar disiarkan untuk awam," katanya.

Ibu bapa pula mengalu-alukan pengharaman itu dan seorang bapa kepada dua anak, Iman Herdiana, 29, berkata, beliau amat terganggu apabila mendengar anak perempuannya berusia dua setengah tahun menyanyikan lagu "Cinta Satu Malam".

"Ia tidak manis untuk didengar," katanya yang memberitahu anaknya mendengar lagu itu daripada televisyen dan beliau meminta isterinya menukar saluran lain apabila video itu disiarkan. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved