Ahad, 27 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Selisih faham: Lelaki mati ditikam adiknya

Posted:

Selisih faham: Lelaki mati ditikam adiknya

Selisih faham: Lelaki mati ditikam adiknya

27/11/2011 7:32pm

KUALA LUMPUR – Akibat perselisihan faham, nyawa seorang abang melayang di tangan adik lelakinya sendiri disaksikan oleh ibu bapa mereka di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dekat sini petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang melibatkan adik-beradik berumur 21 dan 28 tahun itu yang bertengkar di ruang tamu sehingga suspek nekad mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan menikam abangnya.

Akibat tikaman di anggota badannya, suspek cedera parah dan segera dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan mati dua jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, motif kejadian sedang disiasat. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu mati dikelar anak lelaki dalam rumah

Posted:

Ibu mati dikelar anak lelaki dalam rumah

Ibu mati dikelar anak lelaki dalam rumah

27/11/2011 7:30pm

KUALA LUMPUR – Seorang ibu berusia 75 tahun mati selepas lehernya dikelar dengan pisau oleh anak lelakinya yang dipercayai mengidap penyakit mental di rumah mereka di Taman Bukit Serdang, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abdul Razak Elias berkata, dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi tadi, warga emas itu (nama enggan diberi polis) mati di tempat kejadian, manakala anaknya berusia 35 tahun itu pula cedera parah di leher akibat cubaan untuk menyembelih dirinya sendiri.

"Kejadian disedari seorang anak perempuan mangsa yang kebetulan datang ke rumah itu dan menemui ibunya terbaring di tilamnya di ruang tamu rumah tiga tingkat itu.

"Suspek pula sempat menyambut kakaknya yang hadir itu sebelum terjatuh akibat pendarahan di leher.

"Kakak suspek kemudian segera membawanya ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut dan kami difahamkan suspek kini tenat," katanya di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata, tiada kesan pergelutan di rumah itu dan pihak forensik menemui pisau dengan kesan darah, yang dipercayai digunakan suspek, di atas meja kopi di ruang tamu rumah.

Abdul Razak berkata, polis percaya mangsa dikelar sekali sebelum suspek cuba menyembelih dirinya sendiri lebih dari satu percubaan. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki Pakistan ditemui mati di kawasan ladang

Posted:

Lelaki Pakistan ditemui mati di kawasan ladang

Lelaki Pakistan ditemui mati di kawasan ladang

27/11/2011 7:27pm

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Pakistan ditemui dengan kesan tetakan di bahagian kepala, muka dan tangan dipercayai dibunuh di kawasan Ladang Kelan, Kulaijaya, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Zulkefly Yahya berkata, mangsa dikenali sebagai Muzamil Shah, 30-an, ditemui oleh orang awam sebelum melaporkannya kepada polis kira-kira pukul 10 pagi tadi.

"Pasukan siasatan dan forensik yang tiba di tempat kejadian mendapati Muzamil terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

"Tempat kejadian adalah di tengah ladang iaitu lebih kurang lima kilometer dari jalan besar dan tiga kilometer dari kawasan perumahan pekerja ladang," katanya.

Zulkefly berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu bukan mangsa rompakan kerana dompet dan barang peribadi mangsa ditemui di dalam raga motosikal yang dinaikinya. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved