Jumaat, 25 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Peniaga diarah bela diri cubaan membunuh

Posted:

Peniaga diarah bela diri cubaan membunuh

Peniaga diarah bela diri cubaan membunuh

25/11/2011 4:57pm

PETALING JAYA - Seorang peniaga diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan, cubaan membunuh dan melakukan khianat dengan membakar sebuah kenderaan milik seorang mekanik.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Chou Lee Kong, 39, di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 12 Januari depan sebagai tarikh bela diri.

Pertuduhan dibuat masing-masing mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun yang sama.

Bagi pertuduhan pertama, Lee Kong bersama empat orang lagi yang masih bebas, didakwa dengan sengaja memukul Seah Kwee Gin, 34, di bahagian muka dan kaki kiri dengan menggunakan sebatang kayu dan botol kaca.

Bagi pertuduhan kedua, Lee Kong didakwa cuba membunuh Seah dengan menggunakan alat yang sama dan bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan khianat dengan membakar kereta jenis Hyundai Sonata milik mangsa.

Dia didakwa berbuat demikian di tepi sungai Batu 14, Puchong, pada 11 malam, 23 Mei 2009.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen dan Nur Aishah Zakiuddin manakala Lee Kong diwakili peguam D.Vasu. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Warga emas maut dilanggar bas

Posted:

Warga emas maut dilanggar bas

Warga emas maut dilanggar bas

25/11/2011 4:44pm

TAWAU — Seorang lelaki warga emas maut apabila dilanggar oleh sebuah bas yang sedang mengundur di Kilometer 12.8 di sini hari ini.

Lo Ching Kai, 81, cedera di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, ketika kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Ching Kai yang baru membeli surat khabar dikatakan berada di belakang bas itu untuk ke seberang jalan bagi mengambil keretanya.

"Pemandu bas tidak menyedari warga emas itu berada di belakang basnya apabila dia mengundurkan bas," katanya.

Ibrahim berkata, pemandu bas berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Polis tahan lapan suspek samun treler

Posted:

Polis tahan lapan suspek samun treler

Polis tahan lapan suspek samun treler

25/11/2011 2:44pm

JOHOR BAHARU — Polis menahan lapan orang yang dipercayai terbabit dalam kes melarikan dua treler berisi muatan biji plastik bernilai lebih RM167,000 di Jalan Gunung Pulai, Kulaijaya, dua minggu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, semua suspek termasuk dua wanita yang berumur antara 27 dan 56 tahun itu ditahan di kawasan perindustrian Senai dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

"Polis menjejaki mereka sebaik menerima laporan pada 12.30 malam, 11 Nov lepas dari seorang lelaki rakyat Indonesia yang menyatakan disamun tiga lelaki di sebuah bengkel.

"Lelaki itu mendakwa telah diikat dan suspek melarikan dua treler berisi muatan biji plastik bernilai RM167,348," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya polis juga menemui barangan yang disamun termasuk satu kepala lori, dua treler dan 77 guni berisi biji plastik yang digunakan dalam pembuatan barangan plastik, serta wang tunai RM6,800. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved