Isnin, 21 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lelaki Myanmar mati dibunuh

Posted:

Lelaki Myanmar mati dibunuh

Lelaki Myanmar mati dibunuh

21/11/2011 6:51pm

KUANTAN — Seorang warga Myanmar mati ditetak sekumpulan lelaki dipercayai dari negara itu juga dalam satu kejadian berdekatan sebuah rumah di Kampung Kasing, Pianggu, dekat Rompin.

Mangsa yang belum dikenal pasti itu mati di tempat kejadian akibat ditetak beberapa kali di bahagian badan, kata Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Jahaya.

Beliau berkata, orang awam melihat mangsa dikejar sekumpulan lelaki dipercayai warga Myanmar yang bertindak menetaknya dengan menggunakan senjata tajam di tepi jalan, di kampung berkenaan, dalam kejadian 2.30 petang semalam.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, beberapa lelaki Myanmar telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

"Punca kejadian juga masih disiasat," kata Johari. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Syabu bernilai RM27 juta dirampas

Posted:

Syabu bernilai RM27 juta dirampas

Syabu bernilai RM27 juta dirampas

21/11/2011 6:49pm

KUALA LUMPUR — Sindiket dadah terbesar tahun ini kali ini melibatkan syabu siap diproses bernilai RM27 juta telah berjaya ditumpaskan dengan penahanan lapan ahli dua sindiket warga Iran dalam serbuan berasingan di Lembah Klang.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman percaya kedua-dua sindiket ini berbeza dan tiada kaitan namun menggunakan modus operandi sama iaitu menyeludup dadah melalui Pelabuhan Klang menggunakan kontena.

Dalam serbuan pertama di Jalan Ulu Klang pada 11 November, Pengarah jabatan itu Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dua lelaki Iran ditahan bersama syabu seberat 14.2 kg disimpan dalam sebuah kontena berisi palet batu marmar.

"Kedua-duanya ditahan sebelum itu di kawasan Jalan Kampung Pandan di sini yang kemudian membawa polis ke kawasan kontena dan menemui dadah diselitkan di celah-celah kepingan batu marmar disorok dalam lapisan polyboard " katanya.

Noor Rashid memberitahu satu sidang akhbar di sini hari ini, dalam serbuan terbaharu di Taman D'Alpinia, Puchong, dekat sini petang Sabtu lepas, polis berjaya menahan enam warga Iran bersama syabu seberat 124.9 kilogram yang disorok dalam ruangan sulit bawah tiga kotak kayu. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pengurus dipenjara sehari, denda RM20,000

Posted:

Pengurus dipenjara sehari, denda RM20,000

Pengurus dipenjara sehari, denda RM20,000

21/11/2011 6:41pm

KUALA LUMPUR — Seorang pengurus kilang perabot dihukum penjara sehari dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku memberi suapan RM4,000 kepada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Mei lepas.

Hakim Rosbiahanin Ariffin memerintahkan Tan Boon Hing, 58, menjalani hukuman itu mulai hari ini, dan sekiranya gagal membayar denda, dia akan dipenjara enam bulan.

Boon Hing dituduh memberikan wang itu kepada Pengurus Kanan Bahagian Siasatan dan Risikan TNB Rumaizi Mohd Amin sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana disyaki mencuri arus elektrik.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Starbuck Bangsar Village, Bangsar pada 10.45 pagi, 25 Mei lepas, mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa K.P.Sevan daripada SPRM memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap Boon Hing, manakala peguam Y.S.Ram merayu hukuman ringan untuk anak guamnya kerana ini merupakan kesalahan pertama Boon Hing dan dia telah insaf dengan perbuatan yang dilakukan.

Boon Hing membayar denda itu. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved