Isnin, 21 November 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tuanku Mizan tiba di Antartika

Posted:

Tuanku Mizan tiba di Antartika

Tuanku Mizan tiba di Antartika

TUANKU MIZAN (tiga dari kiri) bersama rombongan Malaysia di Lapangan Ais Pegasus, Scott Base, Antartika semalam.


SCOTT BASE, Antartika - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tiba di sini semalam bagi lawatan khas ke Artartika.

Seri Paduka Baginda dan rombongan tiba di benua selatan itu dengan pesawat khas C-17 Globe Master Tentera Udara Amerika Syarikat yang mendarat di Lapangan Ais Pegasus, sebuah lapangan terbang yang dibina di atas lautan ais yang beku pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan.

Rombongan Seri Paduka terdiri daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili; Pengerusi Badan Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM), Tan Sri Salleh Mohd. Nor; Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC), Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah dan Juruiring Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Brig. Jen. Datuk Zaharin Ahmad.

Rombongan itu turut disertai Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Kementerian Perdagangan dan Luar Negara New Zealand, Caroline McDonald dan Ketua Eksekutif Antartika New Zealand, Lou Sanson.

Pesawat berkenaan juga membawa sekumpulan 70 petugas lain terdiri daripada para penyelidik dan saintis antarabangsa yang akan melakukan penyelidikan di sekitar kawasan benua itu.

Tuanku Mizan yang disambut Penyelia Perkhidmatan Antartika, David Washer, kemudian dibawa ke Pusat Penyelidikan Scott dalam perjalanan yang mengambil masa 20 minit sambil menikmati pemandangan di sekitar kawasan itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar di Mesir dijamin selamat

Posted:

Pelajar di Mesir dijamin selamat

Pelajar di Mesir dijamin selamat


PARA penunjuk perasaan meneruskan pertempuran mereka dengan anggota keselamatan Mesir di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


PETALING JAYA - Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti memberi jaminan semua 10,000 pelajar Malaysia di negara yang sedang bergolak itu kini selamat.

Beliau berkata, keselamatan mereka dipantau oleh sebuah jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan sebelum ini selepas berlaku revolusi Mesir.

"Isu keselamatan tidak ada masalah memandangkan kita (kedutaan) telah memaklumkan para pelajar supaya mematuhi arahan yang telah dikeluarkan supaya menjauhi kawasan bergolak.

"Justeru saya menasihatkan ibu bapa pelajar di sini (Malaysia) supaya tidak risau dengan apa yang sedang berlaku kerana ia merupakan keadaan normal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis penubuhan Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Cawangan Malaysia di Gerbang Perdana di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan, keadaan di Mesir kembali bergolak apabila tunjuk perasaan berlaku di Dataran Tahrir, Kaherah bagi menuntut pihak tentera negara itu segera mengumumkan tarikh untuk menyerahkan kuasa kepada kerajaan pilihan yang dipilih rakyat selepas pengunduran Hosni Mubarak pada Februari lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Basuh anak selepas tembak

Posted:

Basuh anak selepas tembak

Basuh anak selepas tembak

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


RUMAH keluarga Orang Asli yang sunyi selepas kejadian seorang kanak-kanak mati akibat terkena tembakan di Kampung Orang Asli, Gapam, Jasin kelmarin.


JASIN - Sepasang suami isteri Orang Asli merupakan antara tiga yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak mereka yang terkena tembakan di Kampung Orang Asli, Gapam, Selandar di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.30 petang itu menyebabkan anak bongsu daripada tiga beradik, Aszalie anak Arshad, 2, meninggal dunia selepas cedera parah di perut dan belakang badan.

Difahamkan, pasangan tersebut kemudian bertindak membersihkan darah pada badan anak mereka dan membuang senjata yang digunakan ke dalam paya berhampiran dengan rumah.

Bagaimanapun, kejadian itu sampai juga ke pengetahuan polis apabila Tok Batin kampung menghubungi pihak berkuasa setengah jam kemudian.

Selain pasangan berusia 31 dan 37 tahun itu, polis turut menahan bapa saudara mangsa berumur 25 tahun selepas ketiga-tiganya memberi keterangan yang meragukan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, mengikut keterangan bapa mangsa, kejadian itu berlaku apabila anaknya cuba merebut senjata api itu daripadanya.

"Selain itu, sebaik tiba, kita dapati tubuh mangsa telah dibersihkan oleh keluarganya termasuk tempat kejadian iaitu di dapur.

"Pemeriksaan di dalam rumah menemui sembilan kesan tembakan peluru penabur pada dinding. Di luar rumah pula, kita menemui tujuh butir peluru senapang patah yang belum digunakan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved