Isnin, 14 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis tahan dua lelaki curi peralatan TNB

Posted:

Polis tahan dua lelaki curi peralatan TNB

Polis tahan dua lelaki curi peralatan TNB

14/11/2011 8:55pm

IPOH – Misteri gangguan bekalan elektrik di beberapa taman perumahan di sekitar Teluk Intan sejak empat bulan lalu terjawab apabila dua lelaki, yang dipercayai terbabit dalam kejadian mencuri peralatan elektrik di stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB), ditahan polis baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, suspek berusia 21 dan 33 tahun itu ditahan berasingan Isnin dan semalam di Kampung Selabak, hasil intipan serta risikan.

Polis turut merampas peralatan elektrik, antaranya fius bernilai lebih RM120,000 daripada suspek, katanya ketika dihubungi hari ini.

Kok Liang berkata, sebanyak 24 laporan diterima berhubung kecurian peralatan TNB di kawasan perumahan berkenaan sejak empat bulan lepas.

Beliau berkata, suspek juga didapati menjual peralatan elektrik yang dicuri kepada beberapa premis besi buruk.

Katanya, mereka ditahan reman seminggu dan polis masih mengesan dua lagi individu yang merupakan rakan kepada suspek. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Atlet terjun Malaysia menang emas ke-3

Posted:

Atlet terjun Malaysia menang emas ke-3

Atlet terjun Malaysia menang emas ke-3

14/11/2011 8:49pm

PALEMBANG – Atlet terjun Malaysia terus menunjukkan penguasaan mereka di Pusat Akuatik Jakabaring di sini selepas memenangi pingat emas ketiga hari ini.

Dalam acara 10m platform berirama wanita, Leong Mun Yee dan Traisy Vivien Tukiet mempamerkan persembahan memberangsangkan untuk mengumpul 306.66 mata selepas lima terjunan.

Pasangan Indonesia, Sari Ambarwati dan Dinasari Harimurti memenangi pingat perak dengan 268.62 mata, manakala gangsa pula diraih gandingan Myanmar, Sandar Nyut Soe dan Mar Hnin Hay dengan 155.73 mata.

"Sungguhpun tiada cabaran sengit buat kami di sini, namun kami memberi persembahan 100 peratus. Kami tidak memandang rendah kepada pesaing lain tetapi kami masih memperbaiki skil kami," kata Mun Yee.

Mun Yee berkata, beliau dan Traisy Vivien melakukan tahap kesukaran yang lebih tinggi dalam acara hari ini.

Pingat emas itu adalah emas kedua Mun Yee selepas memenangi 3m papan anjal seirama semalam, berpasangan dengan Ng Yan Yee. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pesara guru ditemui mati dengan tangan terikat

Posted:

Pesara guru ditemui mati dengan tangan terikat

Pesara guru ditemui mati dengan tangan terikat

14/11/2011 7:22pm

PORT DICKSON – Seorang pesara guru wanita berusia 70 tahun ditemui mati dengan tangan diikat di sebuah rumah di Jalan Taman Lama, di sini pada jam 8.10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, mayat mangsa ditemui terbaring oleh seorang pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah bersebelahan, dipercayai milik anak lelaki mangsa.

"Pekerja berusia 31 tahun itu datang ke rumah terbabit untuk menyiapkan kerja pengubahsuaian namun terkejut apabila menemui mangsa di garaj rumah itu.

"Mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan kesan luka di dahi serta kepalanya, malah kedua-dua tangan juga ditemui terikat namun pihak polis sedang mencari senjata pembunuhan yang digunakan di tempat kejadian," kata Baljeet.

Baljeet berkata, hasil siasatan awal, tiada tanda pecah masuk pada rumah berkenaan dan pihaknya masih lagi menyiasat motif pembunuhan itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved