Selasa, 8 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mesin ATM dilarikan dari sebuah bank

Posted:

Mesin ATM dilarikan dari sebuah bank

Mesin ATM dilarikan dari sebuah bank

08/11/2011 8:20pm

KUALA LUMPUR – Sebuah bank di Taman Midah, Cheras kerugian kira-kira RM316,000 apabila satu daripada lapan mesin juruwang automatik (ATM) dilarikan sekumpulan individu awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, kejadian itu disedari kira-kira pukul 3 pagi, apabila kereta peronda polis yang lalu di kawasan tersebut melihat dua bahagian cermin yang menempatkan mesin berkenaan pecah.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mesin ATM itu dilarikan dengan cara mengheretnya menggunakan kenderaan berat.

"Kedudukan mesin yang terletak berhadapan dengan pintu masuk memudahkan suspek melarikan mesin itu. Kemungkinan mesin itu diheret dengan menggunakan lori atau kenderaan jenis pacuan empat roda," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohan Singh berkata siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kegiatan itu dilakukan oleh lima hingga enam lelaki berusia lingkungan 30-an.

"Kita percaya mereka melakukan kegiatan itu dengan hanya mengambil masa lima hingga 10 minit, dan kesemua suspek tidak memakai penutup muka (topeng) bagi menyembunyikan identiti mereka.

"Siasatan awal juga mendapati alat penggera tidak berfungsi dan premis ketika itu tidak diawasi oleh pengawal keselamatan. Bagaimanapun, kita sedang meneliti rakaman CCTV di dalam dan luar premis itu," katanya. Mohan Singh berkata mesin itu ditemui semula di Hulu Klang, Ampang dekat sini oleh orang awam, kira-kira pukul 11 pagi, namun semua wang tunai telah dilarikan.

Beliau berkata satu pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan secara saintifik, termasuk mengesan semua suspek yang terlibat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-92840083 atau hubungi terus Inspektor Aniza Murad di talian 012-5413005," katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Nelayan warga Myanmar mati dibunuh

Posted:

Nelayan warga Myanmar mati dibunuh

Nelayan warga Myanmar mati dibunuh

08/11/2011 7:38pm

TELUK INTAN – Seorang lelaki warga Myanmar yang bekerja sebagai nelayan, ditemui mati dengan kesan cedera di belakang badan akibat ditetak objek tajam, dipercayai dibunuh, di Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata mayat Hla Khin, 35, ditemui rakan senegaranya, yang berjanji untuk bertemu dengan mangsa, terbaring di tepi jalan berlumuran darah, sebelum menghubungi polis.

Beliau mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian berasingan, Goh berkata polis sedang mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kes empat sekeluarga cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang, yang dipercayai berpunca daripada perebutan harta, di Kampung Telok Kumpol, Hutan Melintang dekat sini Ahad lepas.

Beliau berkata dalam insiden 10.30 malam itu, selain menyebabkan seorang anggota keluarga tersebut cedera parah, penyerang melarikan barang kemas, wang tunai serta telefon bimbit milik mangsa, yang kesemuanya bernilai lebih RM10,000.

Ketika kejadian, mangsa yang hanya dikenali sebagai Letchumanan, 56, bersama beberapa anggota keluarga, termasuk dua wanita, sedang berehat di rumah mereka sebelum seorang anggota keluarganya datang bersama kira-kira 20 individu dengan menaiki motosikal.

Goh berkata sebaik mangsa membuka pintu, kumpulan itu menyerang keluarga Letchumanan, menyebabkan dia tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah mereka melarikan diri.

Beliau berkata semua mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Teluk Intan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian tersebut agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di talian 05-6299222 bagi membantu siasatan. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

UniMAP perluas korban ke luar negara

Posted:

UniMAP perluas korban ke luar negara

UniMAP perluas korban ke luar negara

08/11/2011 5:59pm

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berhasrat memperluas ibadah korbannya ke luar negara bagi menyemarakkan sambutan Aidiladha, kata Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin hari ini.

Menurutnya, universiti itu akan memperuntukkan kira-kira empat ekor lembu kepada negara-negara terpilih setiap tahun di samping melaksanakan kegiatan korban di peringkat kampus.

"Kami hanya akan menyalurkan sumbangan kewangan melalui kedutaan negara-negara terbabit bagi membolehkan mereka menggunakannya untuk membeli haiwan yang akan dikorbankan," katanya semasa menghadiri majlis korban peringkat UniMAP di kampus Kubang Gajah dekat sini hari ini.

Sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan oleh kira-kira 90 warga UniMAP dan kegiatan anjuran Pusat Islam UniMAP itu dilakukan secara bergotong royong.

Daging korban itu turut diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan seluruh Perlis selain dimasak untuk dikendurikan kepada warga UniMAP yang beragama Islam terutama para pelajar antarabangsanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved