Isnin, 7 November 2011

Kosmo Online - Urban


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Apresiasi budaya di tengah kota

Posted:

Apresiasi budaya di tengah kota

Apresiasi budaya di tengah kota

Oleh NIZHA PERIASWAMY

SEBAGAI menyokong dan menghargai seni tanah air, termasuk budaya dan tradisi rakyat Malaysia yang menjadi intipati gaya hidup, pihak RapidKL Monorel melancarkan kempen khas dinamakan Apresiasi Seni.

Bertempat di Stesen Monorel Bukit Bintang, kempen yang akan diadakan bermula 29 Oktober lalu hingga 18 Disember ini mempamer serta mempersembahkan pelbagai aktiviti berkaitan seni, budaya dan tradisi Malaysia kepada penggemar seni khususnya pelancong asing.

"Sebab utama kami memilih Stesen Bukit Bintang adalah kerana lokasinya yang paling strategik. Semua orang tahu, Stesen Bukit Bintang merupakan antara stesen monorel yang paling sibuk bukan sahaja dengan pengguna tempatan tetapi juga pelancong asing.

"Ia seolah-olah satu perhentian pengangkutan awam yang wajib dilalui jika anda melawat Kuala Lumpur," kata Pengarah Kumpulan Divisi Rel Prasarana, Khairani Mohamed.

Platform bertema

Dalam ucapan pelancaran, beliau juga menyifatkan Kempen Apresiasi Seni sebagai satu usaha dan titik permulaan untuk mentransformasi Stesen Bukit Bintang dengan pelbagai aktiviti kesenian pada hujung minggu.

"Ia merupakan sebahagian daripada pelan Big and Lasting Impact Project 2 atau BLIP2 dengan fokus kepada Stesen Kehidupan. Melaluinya, setiap stesen RapidKL LRT dan RapidKL Monorel diberikan satu tema khas. Segala aktiviti akan dijalankan mengikut tema pada masa-masa tertentu.


PEMANDANGAN stesen Monorel Bukit Bintang sepanjang Kempen Apresiasi Seni.


"Sebelum ini kami menjadikan stesen RapidKL LRT Bukit Jalil sebagai Stesen Kehidupan Bola Sepak. Ia telah menonjolkan beberapa aktiviti sempena perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Malaysia, Arsenal, Chelsea dan Liverpool," ujar Khairani memberikan contoh.

Bagi Stesen Monorel Bukit Bintang pula Khairani berkata, ia akan membawa tema Stesen Kehidupan Untuk Kebudayaan dan mendukung Kempen Apresiasi Seni sebagai aktivitinya.

Pada minggu pertama iaitu minggu pelancaran Apresiasi Seni baru-baru ini, pihak RapidKL Monorel bekerjasama dengan pihak Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) untuk membuat persembahan secara langsung di Stesen Bukit Bintang.

Pada minggu tersebut, pihak Aswara menyediakan persembahan band secara langsung sepanjang hari bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang. Selain persembahan band muzik, turut dibuka ialah sebuah gerai yang menawarkan risalah, bahan bacaan dan buku-buku berkaitan muzik di Malaysia.

Berbeza setiap minggu


LUKISAN mengenai peralatan muzik antara yang dipamerkan pada minggu pertama dan pelancaran kempen.


Menerangkan secara lanjut tentang kempen yang diadakan pada setiap hujung minggu itu, Ketua Operasi Rel Aliran Monorel yang juga pengarah projek tersebut, Ismail Mamyudi menjelaskan, kira-kira enam gerai disediakan sepanjang enam minggu kempen tersebut.

"Usaha ini sebagai menyokong usaha kerajaan mempromosi seni dan muzik tradisi. Oleh itu, kami di pihak RapidKL Monorel untuk kali pertama mahu menggunakan platform ini sebagai satu pusat sehenti memperkenal dan mempromosi seni.

"Sebagai lokasi paling sibuk, kami percaya pengguna monorel tidak akan hanya dimanfaatkan dengan kemudahan pengangkutan awam, tetapi juga persekitaran yang berbeza. Ia umpama satu nilai tambah kepada Stesen Monorel Bukit Bintang," terang Ismail.

Beliau juga menegaskan, penglibatan para peserta dan pengguna akan bersifat dua hala apabila kedua-dua pihak boleh saling mendapat manfaat.

Katanya, pihak peserta pameran boleh memanfaatkan pengguna melalui informasi dan aktiviti yang disediakan, manakala pengguna pula boleh turut serta dalam aktiviti selain urusan jual beli produk seni kelak.


PAMERAN bahan muzik yang dibawa oleh pihak ASWARA.


"Misalnya, pada minggu seterusnya nanti, kita akan terlibat dengan Minggu Batik. Para pengguna stesen mungkin akan didedahkan dengan cara membuat batik dan mereka juga boleh bersama-sama mencanting batik," katanya memberi contoh aktiviti.

Untuk minggu-minggu seterusnya, pihak RapidKL Monorel menyediakan Minggu Kraftangan, Minggu Perkahwinan dan Adat Istiadat serta Minggu Seni Gubahan.

Bagi aktiviti selanjutnya, pelbagai pihak dilihat akan bekerjasama misalnya seperti Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan beberapa individu perseorangan.

Full content generated by Get Full RSS.

Mesej pada corak botol

Posted:

Mesej pada corak botol

Mesej pada corak botol

Oleh NIZHA PERIASWAMY


BROS dan Miif Plus merupakan penganjur bersama pameran seni Botol-botol BROS Crystal Plus+ Bebas BPA 'Artist Series'.


BERKUMPUL bersama botol-botol minuman jenama BROS, di Bazar Seni Cheers 2 Art BROS yang julung-julung kalinya diadakan di Annexe Gallery, Pasar Seni Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada kempen untuk mempromosi artis-artis bebas dan muda tempatan.

Dianjur oleh BROS dan Miif Plus, ia adalah sebahagian daripada kempen ini, 2011 Botol-botol BROS Crystal Plus+ Bebas BPA Artist Series yang pastinya memaparkan kelainan khsusunya dari aspek corak botol itu.

Kempen berbentuk serampang dua mata iaitu meningkatkan sokongan rakyat Malaysia kepada seni tempatan melalui botol air jenama BROS, tidak terhad sekadar pameran seni.

Imej baharu

"Terdapat banyak aktiviti menarik dan mengujakan menanti para pengunjung. Antaranya termasuklah penerbitan-penerbitan seni dan reka bentuk, gerai foto bagi membolehkan pengunjung merakam gambar dan pameran corak Botol-botol BROS Crystal Plus+ Bebas BPA Artist Series," kata Pengarah Pembangunan Perniagaan BROS - Living Wing Sdn. Bhd., Terence Lee Soon Teck.

Turut hadir pada majlis pelancaran kempen itu ialah kesemua artis yang terlibat dalam mencorak dan memberikan imej baharu botol air material telus pandang.

"Kami mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk tampil dengan rekaan ini. Penyelidikan mengambil tempoh yang lebih lama sebelum ia dirakam pada botol," kata seorang wakil daripada tujuh artis itu.

Artis yang tampil dengan siri Water Revolution, Tan Howe Qin memberitahu permukaan yang bulat, mesej terhadap subjek dan keunikan yang perlu dipaparkan oleh setiap artis adalah cabaran yang perlu mereka hadapi selaku artis seni Bros.

Bagi Nadira Bashir corak berjudul Grumpy Water Beans yang mendapat undian media tertinggi untuk rekaan terbaik berkata, Bros dan Miif Plus menyediakan platform yang terbaik untuk mempamer kemahiran mereka.


ARTIS-ARTIS yang terlibat dalam mereka lukis botol BROS edisi terhad.


Menjelaskan lebih lanjut tentang rekaannya, Nadira berkata dia memuatkan unsur-unsur kekacang yang dihimpit seperti kanak-kanak 'dihimpit' atau dipaksa untuk minum air.

"Apabila botol itu dibuka, ia seakan-akan bebas. Mesej yang disampaikan ialah bagaimana kanak-kanak dipaksa untuk mengamalkan tabiat minum air," katanya ringkas.

Botol-botol BROS Crystal Plus+ Bebas BPA Artist Series adalah kolaborasi dengan artis Jimmy Tan (Jimmy Egg), Eng Gee Fan (Minifanfan), Nadira Bashir (White is not a colour), Tan Howe Qin (Room99), Lois Loo (Wonderkitten), Cheah Huey Ling (Pocoleizi) dan Tan Yi Sin (Yisin).

Melalui tema Air daripada Artist Series itu, Bros dan Miif Plus berhasrat untuk menggalakkan orang ramai supaya kekal sihat dengan memupuk tabiat meminum air. BROS sendiri mengambil masa antara dua hingga tiga bulan melakukan persiapan dan penyelidikan untuk memilih tujuh orang artis berkenaan.

Bazar seni

"Walaupun 14 kerja seni dihasilkan pada peringkat awal, kami memilih lapan. Nama dan tandatangan artis-artis ini juga akan dicetak pada botol-botol Artist Series," kata Soon Teck yang juga mengesahkan setakat ini sebanyak 2,100 botol bagi setiap rekaan dikeluarkan pihaknya.

Kerjasama dengan artis-artis itu juga merupakan cubaan kali pertama Bros yang amat berpuas hati dengan hasilnya. Memandangkan artis-artis yang terlibat adalah golongan muda dan tidak dikenali, BROS yakin ia akan menambah aspirasi dan diiktiraf oleh semua pihak, khususnya golongan muda.

Penganjur bersama bazar seni Cheers 2 Art, Miif Plus merupakan kedai dalam talian berkaitan gaya hidup yang menyokong seni tempatan dan menampilkan jenama sendiri serta jenama pereka Malaysia. Pemilik Miif Plus, Foo Song Pe berkata: "Kami bangga kerana dapat bekerjasama dengan BROS kerana kami berkongsi nilai teras yang sama, selain keghairahan untuk mempromosi serta berkolaborasi dengan artis-artis, pereka dan pengukir Malaysia. Kami berharap dapat memperkenal dan mempromosikan hasil kerja mereka kepada semua orang di Malaysia dan di luar negara."

2011 Botol-botol BROS Crystal Plus+ Bebas BPA Artist Series akan sudahpun berada di pasaran sejak 24 September lalu di gedung beli-belah utama, pasar raya hiper, kedai-kedai rangkaian dan para penjual di seluruh negara untuk satu tempoh yang terhad. Corak Artist Series akan dicetak pada botol bersaiz 550ml & 750ml dan ia dijual pada harga RM 17.90. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bros.com.my.

Full content generated by Get Full RSS.

Nikmati jus dan salad sihat

Posted:

Nikmati jus dan salad sihat

Nikmati jus dan salad sihat

Oleh NIZHA PERIASWAMY


WARNA ceria menghiasi penampilan Show U Kafe dan Bar di Sunway Pyramid.


MENCARI 'penawar' kepada tubuh yang letih seharusnya bukan sekadar mengambil minuman dan makanan yang mempunyai rasa lazat namun membelakangkan aspek khasiat.

Selalunya, kita jarang memikirkan tentang nutrisi yang terkandung dalam sesuatu makanan ataupun minuman apabila ia dihidangkan di hadapan mata. Segalanya kelihatan mengujakan sahaja!

Hakikatnya, kita disaji dengan makanan bergula, berlemak dan mengandungi perwarna semata-mata untuk tujuan komersial.

Namun, itu semua bukan tarikan yang digunakan oleh pengusaha kafe dan bar jus Show U yang berlokasi di Sunway Pyramid, Bandar Sunway.

Walaupun kelihatan sama seperti jus-jus minuman yang lain - smoothies yang berais lagi mengujakan, makanan yang kelihatan menarik, Kafe dan Bar Show U sebenarnya ada kelainannya.

"Kami mempunyai sembilan pilihan smoothies yang menggunakan formu la detoks bioteknologi. Ia dikenali Slimlicious," kata Pengurus Besar Show U Sdn. Bhd., Jeff Chan.

Menurutnya, selain kandungan Slimlicious yang menawarkan kebaikan untuk detoks, ia juga mengembalikan keremajaan kulit dan membetulkan sistem dalaman khususnya usus.

Kandungan utama dalam smoothies tersebut ialah buah-buahan, pudina dan juga wasabi.

"Show U Kafe dan Bar menyediakan smoothies dalam tiga kategori dengan kandungan utamanya yang berasaskan buah kiwi, buah beri dan oren. Setiap satunya mempunyai pecahan resipi minuman berbeza," terangnya.


PARA pelanggan bakal dilayan mesra oleh petugas Show U Kafe dan Bar.


Difahamkan, kandungan kiwi berfungsi sebagai antioksidan, beri untuk penjagaan kulit dan oren pula bagi membekal tenaga.

Selain smoothies, Pengarah Pemasaran dan Kreatif Show U Sdn. Bhd., Ian Lam memberitahu, pihaknya juga menyediakan minuman jus buah-buahan lain, kopi dan aiskrim sebagai pencuci mulut.

"Kami juga mempunyai pilihan makanan yang berkhasiat terdiri daripada pelbagai jenis salad yang dipadankan dengan tuna, ikan salmon, ayam, tiram, udang dan buah-buahan.

Semuanya pasti memberikan suasana menjamu selera yang paling sihat untuk seisi keluarga tanpa mengira usia," kata Ian yang turut memberitahu, hidangan spageti berwarna di kafe itu adalah daripada warna asli tumbuh-tumbuhan dan buah tanpa pewarna tiruan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved