Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Pertemuan semula bekas pelajar jalin semula hubungan
- JKKK Kampung Fikri ziarah warga emas, pesakit kronik
- 1,168 pelajar Sarjana, PhD mendaftar di USM
Pertemuan semula bekas pelajar jalin semula hubungan Posted: Pertemuan semula bekas pelajar jalin semula hubungan
BERTEMU SEMULA. Seramai 50 bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang (SMVKK), Jelebu, Negeri sembilan dari tahun 1992 hingga 1995 bertemu semula pada majlis Kasih Bertaut Kembali di sekolah berkenaan baru-baru ini. Selain pelajar, para pengetua dan guru yang pernah mengajar di sekolah itu turut hadir pada majlis yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang. Urusetia majlis, Hayati Abd. Karim berkata, pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, permainan berkumpulan, menonton video dan cabutan bertuah. Selain itu, mereka yang hadir turut menghulurkan sumbangan untuk diserahkan kepada Masjid Seperi di Jelebu. Katanya, bekas pelajar sekolah itu yang berminat untuk menyertai program sama di masa depan boleh menghubungi Saiful Bahari di talian 017-3749600, Hayati (017-6879207) atau Norazlina Daud di 017-3189966. Full content generated by Get Full RSS. | |
JKKK Kampung Fikri ziarah warga emas, pesakit kronik Posted: JKKK Kampung Fikri ziarah warga emas, pesakit kronik![]() ABDUL HALIM (dua dari kanan ) menyerahkan sumbangan kepada warga emas Ngah Omar di rumahnya di Kampung Fikri, Setiu baru-baru ini. ZIARAH. Seramai 15 warga emas termasuk pesakit kronik di Kampung Fikri, Setiu menerima kunjungan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh bersama rombongan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan baru-baru ini. Program anjuran JKKK Kampung Fikri dengan kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Permaisuri itu bertujuan memberi bantuan dan meringankan beban golongan kurang berkemampuan terutamanya warga emas. Setiausaha JKKK Kampung Fikri, Norzeri Abdullah berkata, ziarah itu dibuat dari rumah ke rumah untuk menghulurkan sumbangan kepada warga emas yang uzur dan mereka yang hidup menderita akibat penyakit lumpuh dan angin ahmar selain mengeratkan silaturahim. Full content generated by Get Full RSS. | |
1,168 pelajar Sarjana, PhD mendaftar di USM Posted: 1,168 pelajar Sarjana, PhD mendaftar di USM![]() PELAJAR BAHARU. Seramai 1,168 siswazah baharu mendaftar di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang bagi sesi 2011/2012 untuk mengikuti pelbagai program Ijazah Tinggi dan Doktor Falsafah (PhD) di universiti itu baru-baru ini. Daripada jumlah tersebut, 442 adalah pelajar antarabangsa dari 31 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, China, India, Kazakhstan, Pakistan, Palestin, Iran dan Indonesia. Majlis dirasmikan oleh Naib Canselornya, Prof. Datuk Omar Osman yang kemudiannya menyampaikan amanat kepada pelajar dan penyerahan watikah pelantikan Duta Pelajar Baharu USM 2011. Menurut Omar, beliau amat gembira dengan peningkatan jumlah statistik penyertaan pelajar Ijazah Lanjutan tahun ini yang memilih USM sebagai destinasi untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan PhD. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan