Sabtu, 26 November 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘PERBAIKI HANTARAN’

Posted:

'PERBAIKI HANTARAN'

'PERBAIKI HANTARAN'

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

PARA pemain Harimau Muda gigih berlatih menjelang aksi menentang Bahrain malam ini.


"KITA mampu tumbangkan Bahrain."

Demikian keyakinan yang disuarakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah semalam.

Baginda optimis skuad Harimau Muda mampu menumbangkan Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia di Stadium; Nasional Bukit Jalil malam ini.

Baginda bertitah, perlawanan tersebut boleh dianggap peluang terbaik bagi skuad kendalian Ong Kim Swee itu membuktikan kebolehan mereka selepas tumpas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu.

"Saya yakin kita boleh menang. Ketika kita berdepan Syria baru-baru ini, pemain negara baru balik (dari Jakarta), mereka keletihan setelah bertungkus lumus mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

"Dengan Bahrain, kita betul-betul bersedia. Saya dah cakap dengan jurulatih (Ong Kim Swee), beliau maklumkan ada seorang dua yang tak dapat bermain kerana kecederaan, yang lain semua bersedia diturunkan," titah baginda selepas Majlis Persembahan Anugerah Pemimpin Unggul kepada baginda di Kuantan semalam.

Titah baginda, bagi memastikan kemenangan dalam genggaman Malaysia, para pemain perlu bijak menyambar peluang ketika berada di hadapan gawang lawan.

"Saya juga ingin mengingatkan mereka supaya memperbaiki aspek hantaran di samping tidak boleh menyimpan bola terlalu lama.

"Era sekarang tak main macam 30, 40 tahun dulu, boleh gelecek sana sini tapi sekarang dapat saja bola, tengok kawan untuk lancarkan serangan.

"Masa lawan Indonesia tempoh hari, kita patut boleh jaring gol lebih daripada satu. Kita terlepas peluang. Esok (hari ini) jangan lepaskan peluang yang ada," titah baginda.

Baginda juga kagum dan bangga dengan sokongan yang telah diberikan oleh penyokong skuad negara yang tetap berdiri teguh di belakang skuad muda negara itu meskipun tewas pada aksi menentang Syria Rabu lalu.

"Itulah semangat yang saya mahukan daripada penonton. Walaupun Malaysia kalah, penonton tetap berdiri teguh di belakang pemain kita. Sokongan seperti itu akan melonjakkan semangat pemain kita," titah baginda.

"Saya sendiri punyai keyakinan tinggi kepada skuad bawah 23 negara ini kerana mereka mempunyai dedikasi dan attitude (sikap) positif.

"Masa final Sukan SEA, saya di Jakarta, saya minta mereka bermain bermati-matian dan Alhamdulillah mereka buktikan.

Itu mustahak, kalau main sahaja tak ada atitude, tak ada disiplin, kita tak boleh maju," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia mahu 'pulun' Bahrain

Posted:

Malaysia mahu 'pulun' Bahrain

Malaysia mahu 'pulun' Bahrain

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
sukan@kosmo.com.my


KIM SWEE memberi taklimat kepada barisan pemainnya pada sesi latihan ringan menjelang pertemuan dengan Bahrain malam ini.


MALAYSIA akan tampil dengan corak menyerang dalam usia memburu tiga mata penuh pada aksi menentang Bahrain pada saingan Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

"Kami akan terus menyerang sebaik wisel permulaan dibunyikan dengan harapan dapat meraih jaringan awal," jelas jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim swee.

Menurutnya, di sebalik menggunakan corak menyerang terhadap pasu- kan hebat seperti Bahrain, beliau juga tidak mahu barisan pertahanannya leka dengan membuat kesilapan kecil seperti yang berlaku pada aksi menentang Syria, Rabu lalu.

"Saya tetap mengutamakan aspek pertahanan dan sering mengingatkan semua pemain agar cuba mengelak daripada melakukan kesilapan.

"Jurang antara kita dengan pasukan-pasukan dari Asia Barat tidak begitu jauh. Oleh sebab itu, saya yakin kita mampu mencapai satu keputusan positif pada malam esok (hari ini)," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Meskipun Kim Swee kini mempunyai banyak pilihan pemain untuk disenaraikan dalam kesebelasan utamanya, namun beliau masih belum memutuskan siapa yang bakal diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan.

Apa yang pasti, A. Thamil Arasu bakal sekali lagi diberi kepercayaan sambil Muhd. Nazmi Faiz Mansor akan kembali menerajui bahagian tengah.

Khidmat pemain pertahanan, Mohd. Muslim Ahmad mungkin tidak dapat digunakan kerana pemain terbabit masih mengalami kecederaan hamstring.

"Muslim dijangka tidak dapat beraksi ekoran masalah kecederaan hamstring yang dihadapinya ketika menentang Syria pada Rabu lalu," katanya.

Tambahnya, beliau masih mempunyai pilihan untuk menggantikan posisi Muslim dan Amer Saidin yang beraksi cemerlang pada aksi menentang Syria bakal diberi kepercayaan.

Namun, pada masa yang sama, Kim Swee mengakui kehilangan khidmat perancang utama negara dan kapten Sukan SEA 2011, Baddrol Bakhtiar, 23, yang tidak dapat beraksi berdasarkan faktor umur.

"Ketiadaan Baddrol amat dirasai oleh kami, namun kami tidak mahu mengambil itu sebagai satu alasan, malah terus berazam untuk memburu kemenangan pertama di hadapan penyokong sendiri," ujarnya.

Sementara itu, jurulatih Bahrain, Shareed mengakui bukan satu tugas yang mudah untuk mencuri tiga mata berharga di Stadium Nasional pada malam ini.

Katanya, meskipun menyedari Malaysia akan berjuang habis-habisan, beliau tetap optimis untuk memburu kemenangan pertama bagi menghidupkan peluang kembali untuk bersaing di dalam peringkat kumpulan.

"Malaysia satu pasukan yang sangat bagus. Corak permainan mereka sangat pantas dan memiliki barisan pertahanan yang sangat kukuh," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Siapa bakal julang Anugerah Supermokh MVP?

Posted:

Siapa bakal julang Anugerah Supermokh MVP?

Siapa bakal julang Anugerah Supermokh MVP?


KHAIRUL FAHMI menjadi pilihan untuk anugerah Supermokh MVP.


NAMA bekas penyerang tersohor negara, Allahyarham Mokhtar Dahari akan diabadikan dalam anugerah paling berprestij bagi pemain bola sepak profesional negara.

Anugerah Pemain Paling Bernilai yang bakal diberi- kan pada anugerah tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100-Plus-Astro Arena-FAM akan dikenali sebagai Anugerah Supermokh MVP (Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh).

Untuk anugerah tahun ini, penerima tahun lalu Norshahrul Idlan Talaha dan rakan sepasukannya dari Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat serta pemain Selangor, Safiq Rahim akan bersaing bagi menjulang anugerah berprestij itu yang bakal berlangsung pada 30 November ini.

Senarai calon telah diumumkan semalam selepas semua undian bagi pelbagai kategori dikira dan dimuktamadkan, manakala pemenang-pemenang akan diumumkan pada majlis penyampaian anugerah pada 30 November.

Untuk tahun ini, kesemua ketua juru- latih Liga Perdana dan Liga Super mencalonkan pemain mereka yang menunjuk- kan aksi cemerlang dalam pelbagai kate- gori.

Seperti yang dijangkakan, kebanyakan pemain yang tersenarai datang dari pasu- kan yang cemerlang pada musim ini termasuk juara liga, Kelantan, juara Piala FA, Terengganu dan juara Piala Malaysia, Negeri sembilan.

Penjaring pada aksi akhir Piala Malaysia 22011, Mohd. Hairuddin Omar turut disenarai bagi merebut Anugerah Penyerang Terbaik.

"Jurulatih dari pelbagai pasukan memerhati pemain mereka sepanjang musim ini dan mereka berada di posisi terbaik untuk memilih pemain yang layak menerima anugerah tersebut," ujar Pengurus perhubungan Koperat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Cariessa Goh.

Menurutnya, beliau percaya semua peminat bola sepak tidak sabar untuk mengetahui siapa yang akan menerima anugerah berprestij tersebut pada tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved