Isnin, 28 November 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ramzi dipenjara setahun kerana hantar SMS ugutan

Posted:

Ramzi dipenjara setahun kerana hantar SMS ugutan

Ramzi dipenjara setahun kerana hantar SMS ugutan

DR. AHMAD RAMZI (kanan) tersenyum selepas dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan menghantar SMS fitnah dan ugutan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang bekas setiausaha politik, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir selepas didapati bersalah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) serta memfitnah bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu dua tahun lalu.

Ahmad Ramzi, 39, yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh didapati menghantar SMS ugutan itu pada 13 April 2009 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Paka, Mohd. Ariffin Abdullah, Abd. Halim Jusoh (ADUN Permaisuri) dan Datuk Rosol Abd. Wahid (ADUN Ajil).

Hakim M. Bakri Abd. Majid memerintahkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap tuduhan dan dijalankan secara berasingan mengikut peruntukan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun.

Ahmad Ramzi dituduh melakukan kesalahan tersebut di rumah nombor E726, Kampung Kubang Parit antara pukul 11.21 malam dan pukul 11.25 malam pada tarikh tersebut dengan mesej SMS berbunyi, 'Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?'

Selain itu, Ahmad Ramzi juga dihukum penjara tiga bulan lagi selepas didapati bersalah memfitnah Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Wan Ahamad Wan Muda (kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri).

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Ramzi menghantar SMS ugutan itu melalui talian Internet menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Dua dicekup ketika duduki SPM

Posted:

Dua dicekup ketika duduki SPM

Dua dicekup ketika duduki SPM

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan
MALEK ASLIE
syakir.sazili@kosmo.com.my


MAT FAUZI (dua dari kiri) menunjukkan rangka motosikal yang ditemui semula selepas sidang akbar di ibu pejabat Polis Bagan Serai semalam.



bergelar Geng Walad Kechik yang diberkas di sini baru-baru ini kerana terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, ekoran penahanan 12 remaja pada 10 November lalu, polis kemudian menemui sebuah motosikal curi dan 12 buah rangka motosikal yang dileraikan oleh kumpulan remaja itu pada keesokan harinya.

Menurut beliau, kesemua rangka motosikal tersebut ditemui di beberapa lokasi iaitu di beberapa buah tangki najis dan tali air di kawasan Sungai Acheh dan Bagan Serai di sini.

"Motosikal yang dicuri dileraikan komponennya untuk dijual sebagai alat ganti manakala rangka motosikal yang telah dilerai dibuang di beberapa lokasi," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Kata Mat Fauzi, dengan tertumpasnya Geng Walad Kechik, polis percaya dapat menyelesaikan tujuh kes curi motosikal di daerah Kerian dan masing-masing satu kes curi motosikal di Selama, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tauke dikejar dua penjahat

Posted:

Tauke dikejar dua penjahat

Tauke dikejar dua penjahat

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


KERETA Proton Iswara yang terkena tembakan perompak di Wakaf Tapai, Marang semalam.


MARANG - Tindakan seorang tauke kedai emas menyergah dua perompak di kedainya mencetuskan detik-detik cemas apabila lelaki itu dikejar penjenayah terbabit yang kemudian melepaskan tembakan yang nyaris mengenai dua beradik yang berada dalam sebuah kereta.

Insiden mencemaskan pada pukul 11.30 pagi di pekan Wakaf Tapai di sini semalam bermula apabila dua suspek memakai topi keledar bercermin gelap masuk ke dalam kedai emas yang baru hendak memulakan perniagaan.

Ketika kejadian, terdapat enam pekerja menyusun barang kemas manakala tauke kedai itu pula berada di luar kedai.

Sebaik dua penjenayah itu masuk, salah seorang terus mengeluarkan pistol dan diacukan ke arah seorang pekerja menyebabkan semua pekerja itu melarikan diri ke belakang.

Keenam-enam pekerja itu kemudian bersembunyi dalam sebuah bilik.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, penjenayah terbabit mengejar pekerja-pekerja itu tetapi gagal kerana mereka mengunci bilik.

Kesempatan itu kemudian digunakan oleh dua perompak itu untuk memecahkan kaunter cermin pameran menggunakan tukul besi sebelum mengaut emas yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved