Khamis, 17 November 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Hutang AS cecah RM47.39 trilion

Posted:

Hutang AS cecah RM47.39 trilion

Hutang AS cecah RM47.39 trilion

AHLI-AHLI Kesatuan Jururawat Kebangsaan dan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di Washington DC pada 3 November lalu yang menuntut hutang Amerika Syarikat dikurangkan.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beban hutang pentadbiran AS melepasi takat AS$15 trilion (RM47.39 trilion) kelmarin ketika ahli-ahli politik terus bertelagah berhubung langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan negara.

Agensi berita AFP melaporkan, angka daripada Perbendaharaan AS menunjukkan beban hutang persekutuan yang ditanggung rakyat negara itu kini berjumlah AS$15,033,607,255,920.32 (RM47,490,698,234,988.44), meningkat sebanyak AS$55.8 bilion (RM176.28 bilion) sejak Selasa lepas.

Jumlah tersebut dianggarkan menyamai 99 peratus saiz keseluruhan ekonomi AS untuk tahun 2011 yang disifatkan amat tidak sihat oleh pakar-pakar ekonomi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Wang RM50 dikembalikan segera

Posted:

Wang RM50 dikembalikan segera

Wang RM50 dikembalikan segera

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@
kosmo.com.my


INILAH Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2 di Kuala Lumpur yang mencetuskan kontroversi kerana memotong RM50 daripada peruntukan bantuan RM100 yang diberi oleh kerajaan kepada para pelajar sekolah.


KUALA LUMPUR - Akur dengan teguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan mengarahkan guru besar Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2 di sini supaya memulangkan serta-merta wang RM50 yang dipotong daripada bantuan persekolahan RM100 yang diberi kepada para pelajar sekolah tersebut.

Pengarahnya, Datuk Khairil Awang berkata, sekolah berkenaan adalah satu-satunya sekolah di Wilayah Persekutuan yang membuat pemotongan sebanyak RM50 daripada bantuan persekolahan RM100 yang sepatutnya diterima pelajar.

Beliau menegaskan, masalah tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan semua sekolah telah dimaklumkan supaya tidak membuat sebarang pemotongan menerusi satu taklimat baru-baru ini.

Guru Besar SK Datuk Keramat 2 ketika ini ialah Abd. Hadi Mohamed Zin.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan saya sendiri telah menghubungi guru besar sekolah tersebut semalam supaya memulangkan wang RM50 itu dengan segera.

"Saya jangka pelajar sekolah itu akan menerima wang mereka semula yang dipotong untuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu hari ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Keputusan Tsu Koon harus diterima

Posted:

Keputusan Tsu Koon harus diterima

Keputusan Tsu Koon harus diterima

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


MUHYIDDIN (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada pelajar yang memperoleh keputusan 5A dalam UPSR di Sekolah Kebangsaan Sentul (1), Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Hasrat Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang harus diterima oleh semua pihak, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dengan keputusan itu, Gerakan sebagai salah satu komponen penting dalam Barisan Nasional (BN) dapat memberi tumpuan yang lebih kepada usaha untuk memastikan kemenangan bagi kerusi yang ditandingi calon parti itu.

"Mungkin beliau (Tsu Koon) telah mengambil kira pandangan ahli yang pernah disuarakan semasa Perhimpunan Agung (Gerakan) baru-baru ini yang mahu pemimpin itu menumpukan kepada usaha mencapai kemenangan bagi calon lain," kata Muhyiddin selepas melawat Sekolah Kebangsaan Sentul (1) di sini semalam dan bertemu dengan pelajar yang mengambil keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved