Khamis, 17 November 2011

Kosmo Online - Horizon


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Permainan di dunia khayalan Hollywood

Posted:

Permainan di dunia khayalan Hollywood

Permainan di dunia khayalan Hollywood

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my

PETANG itu, saya cuma ada lima jam. Ya, hanya lima jam untuk merasai keseronokan kembali menjadi kanak-kanak di taman tema paling mengagumkan di Asia Tenggara, Universal Studios Singapore (USS).

Terletak dalam kawasan gabungan empat buah hotel di Resort World Sentosa (RWS) Singapura seluas 49 hektar, USS menggamit semua pengunjungnya dengan glob biru tulisan Universal Studios berwarna emas yang gah itu.

Lengkap dengan asap di bahagian bawahnya, ia berjaya membangkitkan rasa kagum dan dramatik. Bagaikan satu ritual pula, semua pengunjung pasti merakamkan gambar di sana. Mungkin sebagai tanda bahawa mereka pernah menjejakkan kaki ke taman tema yang sudah menarik lebih dua juta pengunjung walaupun baru dibuka pada Januari 2010.

Melepasi tempat pemeriksaan tiket, saya berdiri tegak meneliti kota khayalan yang dibina penuh teliti. Bangunan di kiri dan kanannya berwarna-warni mengangkat tema Hollywood Boulevard pada era 1970-an dengan struktur seni bina yang dinamik bersama pohon-pohon palma.

Kalau mahu berangan seperti berada di Walk of Fame Hollywood, majukan langkah ke sebelah kiri. Di sana, nama-nama bintang seperti Audrey Hepburn disimen di lantai dalam ruang berbentuk bintang berwarna merah jambu. Satu pengiktirafan yang sangat didambakan oleh golongan selebriti di Hollywood.


BERGAMBAR dengan lelaki bertubuh sasa di kawasan Ancient Egypt merupakan antara satu aktiviti wajib di USS.


Laluan sepanjang 21 meter dari pintu masuk itu turut menempatkan beberapa kedai menjual cenderamata, coklat dan restoran. Harganya? Masih boleh dianggap berpatutan, jika anda pejam mata dan tidak terlalu kerap mengira tukaran mata wang dolar Singapura kepada Ringgit Malaysia (RM) di dalam kepala.

Lokasi wajib

Saya memilih untuk meneruskan penerokaan USS dengan berjalan ke arah bangunan yang memaparkan kota New York pascamodenisasi pula. Di sana, ada beberapa lokasi yang wajib dikunjungi.

Antaranya ialah studio Lights! Camera! Action! Hosted by Steven Spielberg. Pengunjung pasti terpegun dengan kehebatan sebuah studio kecil yang sarat dengan pelbagai kesan khas dan diubah dengan sempurna untuk menjadi satu latar belakang suasana ribut hurikan akan melanda bandar raya New York.

Bagi mereka yang sukakan lagu-lagu lama pula, tunggu persembahan nyanyian secara langsung yang diadakan di Stage 28. Kalau lapar dan ingin merasa hidangan burger yang enak dengan dekorasi tahun 1950-an, masuk sahaja ke dalam Mel's Drive-in. Sebelah Stage 28 sahaja.

Selesai menjamu selera, kalau bernasib baik, anda akan terserempak dengan karekter-karekter filem terkenal. Si beruang panda Po, dari filem Kung Fu Panda, Woody Wood Pecker, makhluk Frankenstein, aktres Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Beetlejuice dan Betty Boop sudah bersedia untuk bergambar dengan anda.

Mahu menguji kemampuan vokal hingga ke tahap lapan oktav? Apa kata cuba roller-coaster yang terletak dalam wilayah Battlestar Galactica. Sama ada Battlestar Galactica: Human atau Battlestar Galactica: Cyclon, kedua-duanya pasti membuatkan sesiapa sahaja kecut perut.

Boleh dikatakan bahawa roller-coaster itu adalah yang terbaik pernah saya naiki setakat ini. Jadi, ia adalah lokasi paling ideal untuk melepaskan tekanan selepas dimarah bos atau sekadar mahu mengubat hati yang lara. Biarpun begitu, permainan tersebut tidak dicadangkan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Bukti paling nyata, seorang rakan muntah hijau selepas mencubanya.


WATAK-WATAK penguin yang comel dari filem Madagascar sedang asyik menari.


Memandangkan ia merupakan roller-coaster berkelajuan tinggi atau lebih tepatnya boleh mencecah sehingga 90 kilometer sejam, aspek keselamatan amat diambil berat. Pengunjung tidak dibenarkan untuk memakai selipar, cermin mata, beg atau benda-benda yang berkemungkinan boleh tercabut ketika sedang sibuk menjerit.

Jangan bimbang jika anda tidak berteman dan tiada orang yang boleh menjaga beg. Tidak jauh dari situ ada lokar-lokar yang dikunci secara elektronik. Hanya perlu masukkan nombor tarikh lahir dan pilih warna kegemaran untuk mengunci dan membukanya.

Namun, pastikan tempoh setiap kali penggunaannya tidak melebihi 45 minit. Jika terlebih, caj sebanyak $3 dolar Singapura (RM7.30) akan dikenakan.

Jika ternampak lelaki ala-ala Arab tidak berbaju dan tingginya lebih sekali ganda manusia biasa, itu bermakna anda sudah sampai ke kawasan Ancient Egypt. Mengangkat tema Zaman Emas Eksplorasi rakyat Mesir sekitar tahun 1930-an, pengunjung boleh merasai sendiri keterujaan pengembaraan dalam filem francais, The Mummy menerusi roller-coaster yang diberi nama Revenge of the Mummy: The Ride.

Pada hujung minggu khususnya, jumlah pengunjung USS berlipat kali ganda berbanding hari biasa. Jadi menunggu untuk mencuba sesuatu permainan kadangkala boleh mencecah satu jam. Jadi, ada dua cara boleh anda aplikasikan.

Pertama, berjalan seorang atau kalau bersama pasangan sekali pun beritahu sahaja anda datang seorang. Kalau taktik itu masih tidak berjaya sepenuhnya, beli sahaja tiket Express yang berharga $48 dolar Singapura (RM118). Percayalah, ia sangat berbaloi.

Teruskan fantasi anda dengan memasuki istana di Far Far Away. Di sana, anda berpeluang menonton tayangan empat dimensi (4D) Shrek 4-D Adventure.

Ia bukan tayangan filem 4D biasa kerana lengkap dengan semburan air apabila watak si keldai dalam animasi Shrek itu bersin. Malah, kaki anda terasa dirayap oleh labah-labah apabila makhluk menggelikan itu muncul di atas skrin.


GLOBE berwarna biru dengan tulisan emas yang membuatkan orang ramai tidak sabar untuk masuk ke dalam Universal Studios Singapore.


Itu hanya sebahagian kecil daripada keseronokan yang boleh diperoleh pengunjung jika bertandang ke USS. Pendek kata, kalau masa yang ada begitu, terhad baik lupakan sahaja. Datang sahaja awal pagi keesokan harinya dan cuba semua permainan yang ada.

Ini kerana USS ditutup pada pukul 7 malam. Memang agak awal untuk sebuah taman tema yang mempunyai begitu banyak tarikan. Apatah lagi bayaran yang dikenakan adalah sekitar $32 (RM78) hingga $72 dolar Singapura (RM177) untuk pas satu hari bergantung kepada waktu puncak atau tidak, selain kategori umur.

Jika anda masih enggan meninggalkan RWS, hadirkan diri menonton pertunjukan animatronik yang dipanggil crane dance (tarian kren).

Keliru? Ia sebenarnya merupakan gabungan persembahan skrin gergasi, kren dengan pancuran air, muzik serta pancaran lampu. Jangan main-main. Ia adalah hasil karya pemenang empat kali Anugerah Emmy, Jeremy Railton dan direka khas untuk RWS.

Full content generated by Get Full RSS.

Mengekalkan kuasa penyembuhan Laut Mati

Posted:

Mengekalkan kuasa penyembuhan Laut Mati

Mengekalkan kuasa penyembuhan Laut Mati

Oleh MICHAEL Z. WISE


LUMPUR berwarna perang kehitam-hitaman di sekitar Laut Mati ini dipercayai berkhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan kulit.


PELANCONG datang berduyun-duyun memenuhi perairan laut biru yang tenang itu. Penghidap penyakit kulit juga hadir untuk mendapat manfaat daripada kandungan mineral di dalamnya.

Pada tahun 1970-an dan 80-an, terdapat sebuah hotel besar dibina di sepanjang pantai Israel malah, beberapa hotel terkemuka seperti Movenpick Resort & Spa turut dibuka baru-baru ini di bahagian sebelah Jordan.

Bagaimanapun paras airnya kini berubah mendadak. Selepas lima dekad, paras air di pantai itu menyusut lebih daripada 18 meter apabila Israel, Syria dan Jordan mula menggunakan sumber air di Sungai Jordan. Tujuannya bagi mengairi kawasan pertanian, sumber minuman dan mandi, sekali gus menyebabkan air sungai itu mengalir lesu sebaik sahaja tiba di Laut Mati.

Kemerosotan paras air juga menjejaskan keunikan ekosistemnya. Antaranya, jutaan burung yang tidak lagi berhenti di situ ketika proses migrasi dari Eropah dan Afrika. Begitu juga ratusan tumbuhan asal serta kambing gurun dan harimau haiwan yang menjadi penghuni setianya.

Situasi yang berlaku juga turut mengancam industri pelancongan yang bernilai berbilion-bilion dolar dan rangkaian hotel mewah yang semakin berkembang di kedua-dua perairan.

Biarpun begitu, Hilton Wordwide baru-baru ini mengumumkan untuk meneruskan projek pembinaan hotel baharu berkapasiti 285 bilik di perairan timur laut Jordan pada 2013 nanti.

Sebagai langkah penyelesaian, negara-negara yang terlibat seperti Israel, Jordan dan Palestin kini mempertimbangkan perlaksanaan pelan kontroversi bernilai jutaan dolar, membabitkan pembinaan terusan sejauh 110 kilometer bagi mengalirkan air dari Laut Merah ke Laut Mati.

Bagaimanapun, sesetengah pakar alam sekitar melahirkan kebimbangan mereka terhadap cadangan pembinaan terusan itu.


SEBAHAGIAN besar pelancong tidak melepaskan peluang bermain lumpur sambil menikmati terapi semula jadi yang ditawarkan di sekelilingnya.


Mereka berpendapat ia boleh membawa bencana yang lebih buruk terhadap pantai yang semakin kering itu, mengubah warna biru laut menjadi susu dan mengeluarkan bau yang merbahaya. Sehingga kini, tiada tindakan dilakukan sehingga Bank Dunia melengkapkan kajian menyeluruh mengenainya.

Perubahan pesisir pantai

Tekanan juga meningkat terutama membabitkan cadangan bilionair hartanah Israel, Yitzhak Tshuva, yang terkenal di Amerika Syarikat disebabkan penglibatannya dalam projek pengubahsuaian New York's Plaza Hotel.

Beliau dan beberapa pelabur lain sebelum ini mencadangkan pembangunan yang seakan-akan Dubai di sepanjang terusan itu, lengkap dengan hotel-hotel, taman, lagun, pantai dan pusat hiburan.

Gidon Bromberg, Pengarah EcoPeade Israel secara terbuka bercakap mengenai impak alam sekitar ketika kami memandu ke arah selatan di sepanjang perairan Israel, melepasi Khirbet Qumran iaitu gua di mana kitab suci Hebrew Dead Sea Scrolls didakwa ditemui pada tahun 1947.

Ketika kami meneruskan perjalanan ke Kibbutz Ein Gedi, berhampiran pantai barat perairan itu, kami melihat garam-garam kristal membentuk batuan kristal berwarna-warni disebabkan tahap kemasinan air laut.

Di kawasan itu terdapat sebuah bangunan spa yang luas dibuka berhampiran laut sekitar tahun 1982 dahulu. Selepas 28 tahun, kedudukan bangunan itu berubah hampir satu kilometer dari pantai. Kini, terdapat trem khas yang membawa pengunjung-pengunjung dari bangunan itu ke pantai.

Jauh ke selatan, kami tiba ke kawasan menempatkan hotel-hotel yang menghadap pantai di pusat peranginan, dikenali sebagai Ein Bokek.

Sementara semua hartanah di situ dilihat seakan-akan menghadap ke arah Laut Mati, ia sebenarnya merupakan sebuah tasik buatan manusia dipenuhi air yang dipam dari hujung bahagian utara laut itu.

Lembangan itu sedalam 1.8 meter, oleh yang demikian, ia membolehkan proses penyejatan air tasik berlaku dengan pantas.

Dalam usaha melombong mineral-mineral yang terkumpul di bawahnya, paras air perlu di sentiasa ditambah, sehingga menyebabkan pinggir laut semakin hampir dengan hotel-hotel.

Pada masa yang sama, proses itu juga menghakis kandungan garam di dalam tanah, sekali gus menjejaskan binaan bangunan-bangunan di atasnya. Masalah itu dilihat semakin parah sehingga kerajaan Israel berhasrat untuk memindahkan sebahagian hotel terbabit ke seberang jalan.


LAUT Mati memiliki keindahan alam semula jadi yang menakjubkan khusus kepada pasangan yang memadu kasih.


Terdapat isu lain yang mendasari hotel-hotel yang baru dibina di sebelah bahagian laut di Jordan. Di Movenpick Resort & Spa, bekas pengurus perhubngan awamnya, Helene Leuenberger memberitahu penulis: "Pasir-pasir di sini sentiasa bercambah disebabkan perubahan paras air laut."

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tembok penghadang telah dibina bagi menghalang segala bahan binaan di pantai itu daripada terus dihakis air.

Saya mendapat tahu semua kerja-kerja dilakukan pada sebelah malam bagi mengelakkan daripada mengganggu pelancong. Panel-panel plastik dipasang bertujuan melindungi penglihatan terhadap jengkaut yang melakukan kerja-kerja mengangkut pasir.

Menurut penyelidik dari Jabatan Geologi Israel, Nadav Lensky, sekurang-kurangnya 200 juta gelen air diperlukan setiap tahun atau bersamaan satu pertiga daripada jumlah air yang digunakan di Israel untuk menghentikan kemerosotan air laut dan memastikan ia kekal pada paras semasa.

Sesiapa yang berpengalaman menikmati keindahan Laut Mati sebelum ini pastinya merasakan perlunya usaha segera dilakukan bagi menghalang kepupusannya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Mendakap kedamaian rimba

Posted:

Mendakap kedamaian rimba

Mendakap kedamaian rimba

Oleh M. RIZAL NOR
rencana@kosmo.com.my


SETIAP calet diberi sentuhan seni bina tradisional Melayu yang unik dan memukau pandangan.


SEKIRANYA anda masih tercari-cari lokasi percutian hujung tahun terutama menjelang musim cuti sekolah nanti, apa kata anda berkunjung ke Janda Baik di daerah Bentong, Pahang.

Janda Baik merupakan salah sebuah kawasan tanah tinggi yang pasti sesuai untuk bercuti bersama keluarga serta orang tersayang terutama mereka yang ingin melupakan sejenak kesibukan kerja dan kesesakan di kota.

Kawasan yang menjadi aset pelancongan negeri Pahang itu menyediakan banyak inap desa, resort dan calet bermula dari kategori standard hingga ke eksklusif.

Teratak Malaya merupakan salah satu lokasi percutian di Janda Baik yang menjanjikan ketenangan dan kedamaian dengan keindahannya yang berkonsepkan alam rimba.

Anda hanya perlu memandu kira-kira 40 kilometer dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Teratak Malaya yang menyediakan 18 calet dan dua rumah pokok yang direka khas menggunakan kayu dan buluh oleh pemiliknya, Wan Abdul Malik Wan Hamat.


KEHIJAUAN alam semulajadi sekelilingnya menjanjikan ketenangan dan kedamaian jiwa.


Ketenangan di Teratak Malaya

Lokasinya yang amat strategik berlatar belakang bukit dan sungai yang mengalir di hadapan calet sudah pasti menyejukkan mata memandang dan meredakan segala kepenatan bekerja.

Calet yang dibina di atas tanah seluas lima ekar (2.02 hektar) itu bagaikan rumah dalam taman yang dikelilingi oleh pepohon menghijau dan bunga yang pelbagai warna. Tidak ketinggalan kolam ikan yang mendekatkan lagi anda kedamaian alam.

Teratak Malaya yang baru berusia dua tahun menawarkan kadar penginapan yang sangat berpatutan dari RM120 hingga RM350 untuk satu malam termasuk sarapan pagi mengikut jenis calet.

Bagi mereka yang ingin menjamu selera di calet tersebut, pihak pengurusannya turut menyediakan tempahan makan tengah hari dan malam mengikut cita rasa pengunjung.

Selain menikmati keindahan alam dan udaranya yang nyaman, pengunjung juga boleh menikmati kedamaian hidup di kampung dan meredah hutan untuk ke kawasan air terjun yang cantik dan pelbagai aktiviti lasak termasuk permainan paintball.

Menariknya, Teratak Malaya turut menyediakan bilik khas untuk mereka yang baru bergelar raja sehari dan pengunjung boleh mandi sungai serta memberi makan ikan tailapia di dalam kolam yang terletak di depan calet tersebut.


PANORAMA tasik di hadapan calet meredupkan pandangan.


Bagi kaki pancing pula, sungai berhampiran Teratak Malaya amat sesuai untuk mereka menguji kepakaran masing-masing menaikkan ikan sungai yang bersaiz besar.

Teratak Malaya juga menawarkan kemudahan bagi agensi-agensi kerajaan atau syarikat korporat yang mahu mengadakan kursus, seminar, mesyuarat atau hari keluarga.

Terdapat enam bangunan asrama, dewan serbaguna yang boleh memuatkan 300 orang, bilik seminar untuk 100 orang, bilik mesyuarat dan dewan makan.

Kawasan tersebut juga sering dijadikan tempat perkhemahan peringkat sekolah rendah dan menengah termasuk dari luar Pahang kerana lokasinya yang luas.

Bagi pengunjung yang ingin bersiar-siar, anda tidak perlu risau kerana Teratak Malaya hanya terletak 25 kilometer dari Genting Highlands.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved