Isnin, 24 Oktober 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Samun: Pengawal peribadi cedera parah

Posted:

Samun: Pengawal peribadi cedera parah

Samun: Pengawal peribadi cedera parah

24/10/2011 10:15pm

PETALING JAYA – Seorang pengawal peribadi kepada seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" cedera parah selepas ditetak dalam kejadian cubaan menyamun majikannya di hadapan Kolej Segi USJ 1, dekat sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata, pengawal peribadi berumur 44 tahun yang cedera di lengan kiri dan paha kanannya, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan.

"Kejadian berlaku pukul 4.30 petang tadi apabila pengawal peribadi tersebut datang ke lokasi berkenaan bersama majikannya, seorang peniaga barang lusuh berumur 48 tahun, untuk urusan jual beli barangan lusuh daripada dua suspek yang menaiki sebuah lori.

"Mangsa juga dikatakan membawa wang tunai RM200,000 bersamanya untuk digunakan dalam urus niaga itu," katanya di tempat kejadian.

Katanya, ketika suspek dan mangsa berbincang di tepi jalan, tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Iswara Aeroback hitam dinaiki empat lagi suspek sebelum tiga dari mereka meluru keluar menyerang mangsa dengan parang dan kapak.

"Akibatnya, pengawal peribadi itu cedera terkena tetakan di lengan kiri dan peha kanannya, sebelum dia yang memiliki pistol bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua suspek," katanya.

Katanya empat suspek, termasuk dua di dalam lori, berjaya melarikan diri namun mereka tidak berjaya menyamun wang tunai milik mangsa kerana panik selepas pengawal peribadi melepaskan tembakan. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Gaduh kerana gaji, bukan rompakan

Posted:

Gaduh kerana gaji, bukan rompakan

Gaduh kerana gaji, bukan rompakan

24/10/2011 10:05pm

SIBU – Tragedi berdarah di Sungai Empawah Khamis lepas yang menyaksikan tiga sekeluarga mati dibunuh, dipercayai oleh tiga warga Indonesia, adalah berpunca daripada satu pergaduhan yang bertukar menjadi ganas antara seorang majikan dengan pekerjanya, dan bukan rompakan bersenjata seperti dikatakan berlaku sebelum ini.

Ketua Polis Sibu, ACP Shafie Ismail berkata, seorang daripada mangsa, Tiong Tang Ming, 69, mengupah tiga lelaki berusia lingkungan 20-an untuk menoreh di ladang getahnya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu diketuai pengerusinya, Datuk Sri Wong Soon Koh yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut kes itu.

Dalam insiden 7.30 malam itu, ketiga-tiga penyerang, dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berhasrat pulang ke negara asal, menyerang Tang Ming selepas dia dikatakan enggan membayar gaji mereka.

Mangsa terbunuh bersama anak lelakinya, Tiong King, 35, dan menantu Teu Lee Mee, 32, yang ingin membantunya.

Dua daripada mereka diberkas polis selepas dikesan menggunakan telefon bimbit mangsa, manakala seorang lagi masih bebas. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiket final Piala Malaysia berharga RM50

Posted:

Tiket final Piala Malaysia berharga RM50

Tiket final Piala Malaysia berharga RM50

24/10/2011 8:51pm

SHAH ALAM 24 Okt. – Tiket bagi semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85 antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini ditetapkan pada harga RM50.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.

"Kita turut memikirkan mengenai kapasiti stadium yang mampu menerima kehadiran penyokong kedua-dua pasukan. Kita telah melihat beberapa pilihan yang ada sebelum memutuskan harga tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Tiket boleh dibeli melalui persatuan bola sepak negeri masing-masing mulai esok.

Pada edisi terdahulu Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved