Selasa, 18 Oktober 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Anggota polis hadapi dua pertuduhan

Posted:

Anggota polis hadapi dua pertuduhan

Anggota polis hadapi dua pertuduhan

18/10/2011 5:09pm

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis Methamphetamine ke dalam badannya.

Bagi pertuduhan pertama Rozali Hassan, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Brickfields pada 10 pagi, 25 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Rozali, yang kini digantung tugas, juga menghadapi pertuduhan gagal menyerahkan semula sepucuk pistol jenis Stayer bersama 12 butir peluru kepada pegawainya di Stor Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 8.45 pagi 19 Mei lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 8 (6) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam M. Mathavan, yang mewakili Rozali, merayu dikurangkan wang jaminan RM3,000 dikenakan ke atas tertuduh untuk tuduhan pertama dan RM6,000 tuduhan kedua kerana anak guamnya tidak berkemampuan.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin kemudian membenarkan Rozali diikat jamin RM2,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 tuduhan kedua dengan seorang penjamin serta menetapkan 18 Nov untuk sebutan semula kes. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Samun RM130,000: Lapan diburu

Posted:

Samun RM130,000: Lapan diburu

Samun RM130,000: Lapan diburu

18/10/2011 4:42pm

KLANG – Polis memburu lapan lelaki yang dipercayai menyamun RM130,000 daripada seorang juruwang sebuah kedai tekstil di Jalan Tengku Diauddin di sini semalam.

Dalam kejadian pada 11 pagi itu, Mohammad Najmuddin Abdul Aziz, 25, disamun ketika hendak menyimpan hasil jualan itu di sebuah bank berhampiran.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop hari ini berkata mangsa disamun kira-kira 100 meter dari bank apabila sekumpulan lelaki yang menaiki motosikal mengacu parang pada leher mangsa sebelum melarikan wang tunai yang dibawanya.

"Mangsa cedera di bahagian tangan ketika cuba mempertahankan diri semasa diserang dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini. Dia dibenarkan keluar hospital hari ini," katanya kepada pemberita di sini.

Mohamad berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek adalah warganegara tempatan dan mereka membawa dua bilah parang ketika melakukan samun. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Mayat dua remaja lemas ditemui

Posted:

Mayat dua remaja lemas ditemui

Mayat dua remaja lemas ditemui

18/10/2011 4:37pm

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lagi remaja lelaki, yang lemas bersama-sama seorang rakannya ketika memancing di Taman Sri Gombak semalam, ditemui berdekatan kawasan perangkap sampah di Gombak hari ini.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang menemui mayat Mohd Ashraf Salimin, 16, kira-kira 100 meter dari kawasan perangkap sampah itu tengah hari tadi.

Mayat rakannya Muhamad Saiful Nasihin, 16, ditemui pada 7.50 pagi tadi di kawasan perangkap sampah itu, kira-kira tiga kilometer dari tempat mereka dilaporkan hilang.

Kedua-dua remaja itu dihanyutkan arus deras semasa memancing bersama-sama dua rakan mereka di sebuah longkang besar di taman perumahan itu.

Rakan mereka Suhaimi Rashid, 20, dan seorang dikenali sebagai Daniel, 18, diselamatkan oleh orang awam dalam kejadian pada 6.30 petang semalam. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved