Selasa, 18 Oktober 2011

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Tayangan digital penuh di planetarium

Posted:

Tayangan digital penuh di planetarium

Tayangan digital penuh di planetarium

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

JARI-JEMARI Syaharudin Mohd. pantas menekan tetikus dan papan kekunci untuk memastikan paparan imej muncul tepat pada waktunya. Pada waktu yang sama dia memutarkan butang pada papan kekunci lampu bagi mengawal pencahayaan semasa tayangan filem pada siling kubah Planetarium Negara Kuala Lumpur.

Berbanding hari ini, dahulu dia memerlukan seorang pembantu yang berada di bahagian belakang tempat penonton untuk menjaga sistem bunyi. Mereka berdua perlu seiring supaya tidak berlaku kejadian suara lebih cepat daripada pergerakan mulut.

Bukan itu sahaja, dahulu juga ketika tayangan, Syaharudin perlu mengawal dua buah projektor dan sebuah lampu yang dipanggil Optical Star yang memberi efek cahaya bintang untuk filem-filem berkisar alam semesta.

Sebaik tamat tayangan selama 20 minit itu, lelaki yang sudah bekerja di situ sejak tahun 1993 perlu menggulung semula filem untuk tayangan berikutnya.

"Persediaan untuk tayangan sahaja memakan masa sehingga dua jam. Jadi, dalam sehari hanya ada empat tayangan. Namun hari ini, dengan teknologi yang dipertingkatkan sistem baharu sekarang mampu membuat tayangan sehingga tujuh kali sehari," ujarnya ketika ditemui di Planetarium Negara baru-baru ini.

Sistem yang baharu dinaik taraf daripada analog ke digital itu mula digunakan sejak Disember 2009 betul-betul memudahkan kakitangan Planetarium Negara, manakala mutu tayangan pula semakin meningkat.

Sejak planetarium dibuka pada tahun 1993, ia menggunakan sistem analog yang dipanggil sebagai IWork iaitu semua tayangan filem menggunakan gulungan filem bersaiz 70 milimeter.

Kini, Syaharudin sudah boleh bekerja seorang diri dan tiada lagi kerja-kerja menggulung filem malah, dia boleh memilih mana-mana adegan pada pertengahan jalan cerita untuk ulang tonton.

Sistem bunyi pula boleh diseragamkan dengan imej dengan mudah melalui beberapa klik pada pengaturcara sahaja.

Daripada mata penonton, gambar yang ditonjolkan sangat baik dengan tayangan imej yang mencapai resolusi sehingga 4,000 megapiksel iaitu empat kali ganda kualiti berdefinisi tinggi (HD).

Selain itu, sistem bunyi pawagam kubah turut dinaik taraf menggunakan sistem F5 Surround Sound dengan kecerahan skrin sebanyak 11,000.

Seloroh Syaharudin, hanya satu perkara yang masih sama dengan sistem lama iaitu tempoh sesebuah tayangan tidak lebih 20 minit.


PLANETARIUM negara mula dibuka kepada orang ramai sejak tahun 1994.


"Filem-filem begini tidak boleh ditayangkan begitu lama kerana akan memberi kesan kepada penonton seperti pening, mual dan mengantuk," ujarnya mengutarakan pendapat.

Sistem

Sistem digital yang digunakan oleh Agensi Angkasa Negara di Planetarium Negara itu dikenali sebagai sistem Full Dorm Digital. Ia mula digunakan di Amerika Syarikat sejak tahun 2004 tetapi, dengan versi yang berbeza manakala di Malaysia merupakan versi terkini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Asmidar Zainol, banyak perubahan yang boleh dibuat penukaran sistem daripada analog ke digital pada bahan penyampaian.

"Sebelum ini, bahan tayangan sangat terhad. Hanya filem-filem berbentuk dokumentari yang kebanyakan daripada saluran Discovery Channel sahaja," ujarnya kepada Kosmo!.

Ia sudah tentu membosankan dan sukar menarik perhatian orang ramai tetapi dengan perubahan terbaharu itu, pihak Angkasa boleh mempelbagaikan genre filem seperti animasi, teori, sejarah dan drama.

Pada tahun ini sahaja, sebanyak empat buah filem ditayangkan untuk tontonan pengunjung iaitu Solar Storm, Fly me to the moon, Dawn of Space Age dan Pasport to the Universe.

Visual-visual yang sukar untuk dipaparkan seperti Galaksi Andromeda, Milkaway dan M42 juga dapat direalisasi dengan menggunakan sistem tersebut, manakala buruj-buruj bintang turut boleh disampaikan kepada penonton dengan lebih realistik.


KINI, lampu yang dikenali sebagai Optical Star ini hanya digunakan pada majlis-majlis yang tertentu untuk memberi efek bintang dan galaksi.


Kini, menurut Asmidar, Optikal Star sudah tidak digunakan lagi untuk tayangan filem. Ia cuma berfungsi pada majlis-majlis tertentu sahaja yang memerlukan efek bintang di langit.

Kanta mata ikan

Pegawai Penyelidik Angkasa, Mohamad Hamka Muslim, 29, berkata, disebabkan skrin di Planetarium Negara berbentuk kubah jadi, setiap bahan tayangan perlu diubah suai supaya boleh digunakan dengan kanta mata ikan.

"Hanya beberapa langkah diperlukan untuk memproses iaitu menyesuaikan pada opsyen dan proses rendering (kemasan)," terang Hamka lagi.

Selain itu, sistem Full Dorm Digital boleh juga digunakan untuk membuat simulasi pergerakan objek-objek cakerawala seperti planet, bulan dan satelit.

"Dengan memasukkan data-data pergerakan satelit dahulu, laluan satelit dan kelakuan pergerakannya dapat dilihat semula," ujar Hamka lagi.

Animasi angkasa tempatan

Full Dorm Digital juga boleh digunakan sebagai medium untuk meramal pergerakan dan fenomena alam seperti kejadian gerhana dan mengesan lokasi jatuh satelit.

Malah, sistem itu juga boleh menjadikan teori-teori yang belum disahkan seperti lohong hitam ditunjukkan secara visual pada pandangan penonton melalui lohong tersebut.

Darjah kecondongan pada grafik seperti planet dapat ditentukan mengikut kemahuan pereka.


OPERATOR tayangan hanya perlu memasukkan setting dengan memilih tajuk filem sebelum tayangan bermula.


Terbaharu, pihak Angkasa sedang dalam proses untuk menyiapkan sebuah filem animasi tempatan yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2012.

Judul filem yang masih dirahsiakan itu merupakan 100 peratus hasil titik peluh anak tempatan menghasilkan filem bergenre sains angkasa iaitu daripada percambahan idea sehingga post-produksi.

Terang Hamka, sebelum ini, kebanyakan bahan tayangan disewa dari negara-negara di Eropah dan Amerika Syarikat tetapi, jika menggunakan bahan buatan tempatan ia mampu menjimatkan kos sehingga 50 peratus.

Cubaan pertama mereka adalah dengan membuat klip pendek yang memberi penerangan mengenai adab-adab ketika menonton tayangan di skrin kubah, Planetarium Negara.

Sudah empat bulan ditayangkan, paparan grafik yang ditunjukkan amat menarik dan boleh dibanggakan.

Selain Planetarium Negara yang dinaik taraf ke sistem digital, Balai cerap Al-Baruni, Sabah, Planetarium Sultan Iskandar, Sarawak dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka turut dinaik taraf, manakala di Kuala Terengganu masih sedang dalam perancangan.

Full content generated by Get Full RSS.

Amerika Tengah diamuk ribut tropika

Posted:

Amerika Tengah diamuk ribut tropika

Amerika Tengah diamuk ribut tropika


SEHINGGA kini jumlah kematian di El Salvador sudah mencecah 32 orang, manakala 28 lagi di Guatemala.


DENTUMAN petir bertali arus, gelongsoran lumpur dan banjir melanda Amerika Tengah baru-baru ini berpunca daripada tekanan rendah dibawa oleh ribut tropika.

Ia sekali gus memaksa ribuan penduduk berpindah daripada kediaman mencari tempat perlindungan bagi mengelak terdedah kepada ancaman nyawa mereka.

Hujan lebat mencurah-curah tanpa henti selama beberapa hari itu mengakibatkan beberapa negara seperti El Salvador dan Guatemala terputus hubungan terutamanya kawasan luar bandar akibat jalan utama dinaiki air.

Lebih memburukkan keadaan, kira-kira 80 orang kehilangan nyawa di negara-negara berkenaan. Guatemala merupakan antara negara yang terjejas teruk.

Penyelaras Kecemasan, David De Leon berkata, hampir 48,000 orang yang terpaksa keluar dari rumah mereka disebabkan hujan tanpa henti di Guatemala.

"Sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya 28 kematian yang telah disahkan dan para pegawai sedang dalam proses untuk mengesahkan lima lagi kematian dalam bencana ini," katanya.

Presiden Guatemala, Alvaro Colom pula berkata, terdapat peningkatan paras air di kira-kira 12 batang sungai di negara berkenaan yang boleh mengancam penduduk tempatan.


BAH besar di Amerika Tengah menyebabkan ekonomi negara itu terjejas teruk apabila banyak kedai terpaksa ditutup.


"Saya ingin menyampaikan pesanan kepada penduduk agar lebih berhati-hati apabila meneruskan perjalanan di jalan raya kerana bimbang dihanyutkan air atau terperangkap dek tanah runtuh.

"Penduduk juga perlu menjauhkan diri daripada tebing sungai kerana air sungai mula melimpah akibat hujan tanpa henti," katanya dalam akhbar tempatan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Roberto Monroy pula berkata, hujan yang turun tanpa henti telah mengakibatkan 18 buah sekolah dilanda banjir.

Dia menambah, sebanyak 40 sekolah lagi rosak teruk, manakala 80 buah pula tidak mempunyai laluan masuk.

Katanya, penduduk memerlukan tempat perlindungan pula telah dipindahkan ke 12 buah sekolah yang dijadikan lokasi perlindungan sementara.

Kelas-kelas di Quetzaltenango, Quiche, Sacatepequez, Escuintla, Izabal, Jutiapa, San Marcos, Suchitepequez, Peten, Santa Rosa, Retalhuleu dan Solola turut ditangguh buat sementara waktu.


SEORANG lelaki meredah air setinggi paras pinggang di Santa Rosa, Guatemala.


Sistem kaji cuaca yang terjejas teruk juga menyukarkan lagi keadaan di Guatemala dan Honduras bahkan, ada yang terbunuh akibat disambar petir.

Di El Salvador, kematian yang sudah lebih 32 orang selepas enam hari kejadian menyebabkan presidennya Mauricio Funes, mengisytiharkan negara itu berada dalam keadaan kecemasan.

Berbeza daripada Guatemala yang kebanyakan mangsa mati akibat lemas atau dipanah petir, mangsa di El Salvador pula maut akibat ditimbus banjir lumpur.

Di Nicaragua pula sekurang-kurangnya tujuh orang maut, manakala ribuan penduduknya terpaksa dipindahkan untuk memastikan keselamatan mereka.

Selain daripada dua negara berkenaan, Costa Rica yang turut terjejas telah memindahkan penduduknya terutama yang berada di perairan Pasifik dan ibu negara San Jose.

Mexico tidak terkecuali daripada terkena tempias apabila Taufan Jova kategori dua dari Pasifik telah melanda negara itu.

Full content generated by Get Full RSS.

EV tingkat vokal penyanyi

Posted:

EV tingkat vokal penyanyi

EV tingkat vokal penyanyi

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my


CHELSIA antara penyanyi yang mengakui produk EV boleh memberi kepuasan kepada penyanyi dan pendengar.


HANYA perkataan unik boleh menggambarkan suasana acara memperkenalkan produk terbaharu yang terdiri daripada pembesar suara dan mikrofon oleh jenama terkemuka dunia, Bosch baru-baru ini.

Seringkali dikaitkan dengan produk alatan DIY (Do It Yourself) seperti mesin gerudi, Bosch melalui salah satu cabang jenamanya, Electro-Voice (EV) telah mengadakan sebuah mini showcase yang melibatkan ramai artis di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Selangor untuk memperkenalkan rangkaian produk audio mereka.

Para tetamu dihidangkan dengan persembahan yang dibarisi oleh penyanyi-penyanyi seperti Chelsia Ng, Greg Lyons, Lewis Veerapen, beatboxer Mr. C dan persembahan tarian oleh Katoon Network.

Kepuasan mendengar

Menariknya, setiap persembahan mereka menggunakan mikrofon dan pembesar suara keluaran EV. Melalui sesi ujian bunyi dan persembahan para artis, produk EV bukan sahaja bertindak sebagai sebuah medium perantara tetapi, mampu memberikan kepuasan kepada pendengar.

Pelakon yang terkenal dalam sitkom Kopitiam, Chelsia Ng menyifatkan mikrofon yang digunakan pada hari tersebut amat mengagumkannya.

Terangnya, nyanyian mempunyai pelbagai teknik dan salah satu daripadanya adalah dengan menguasai teknik pernafasan dengan betul.

"Terdapat beberapa lagu yang memerlukan bunyi menarik nafas didengari oleh pendengar supaya lagu tersebut mempunyai lebih jiwa.

"Mikrofon EV memberikan lebih kuasa pada nyanyian lagu tersebut selain setiap lirik perkataan yang disebut dapat didengar dengan jelas," ujar Chelsia kepada Kosmo! selepas sesi persembahannya.

Pada petang tersebut Chelsia menyanyikan empat buah lagu termasuk single terbaharunya, Not A Lie.


RANDY (empat dari kiri) dan Robert (lima dari kiri) bergambar dengan penghibur yang mengadakan persembahan baru-baru ini.


Tambah wanita yang berketurunan Baba Nyonya dari Pulau Pinang itu, ketika sesi ujian bunyi sebelum majlis bermula, dia merasa amat teruja untuk memulakan persembahan kerana bunyi yang terhasil sangat berlainan dan menarik.

Selain itu, beatboxer Mr. C turut sama mengadakan persembahan selingan di antara persembahan Chelsia. Umum mengetahui bahawa beatboxer merupakan satu bentuk seni persembahan bunyi-bunyian yang hanya menggunakan mulut, lidah dan pernafasan secara serentak tanpa bantuan alat muzik.

Kadangkala dalam sesetengah persembahan amat sukar untuk para penonton dapat mendengar dengan jelas sekali gus susah untuk meneka jenis alat muzik yang cuba ditiru oleh beatboxer.

Namun, dengan menggunakan mikrofon dan pembesar suara daripada Bosch, masalah tersebut dapat diselesaikan serta menjadikan persembahan Mr. C atau nama sebenarnya See Khai Shen lebih dramatik.

Frekuensi bunyi

Pada majlis persembahan tersebut, dua jenis alatan audio dan video EV diperkenalkan iaitu dua buah model mikrofon iaitu RE320 dan R300 serta rangkaian siri pembesar Live X.

Pengurus Jualan EV, Robert Tason berkata, kedua-dua model mikrofon tersebut mempunyai kualiti yang sama iaitu perincian pada frekuensi bunyi tetapi, ia mempunyai kesesuaian pada penggunaan yang berbeza.


MR. C turut mengadakan persembahan dengan menggunakan rangkaian mikrofon dan speaker EV.


"RE320 amat sesuai digunakan dalam studio atau persembahan pentas, manakala R300 yang merupakan mikrofon tanpa wayar berbaloi untuk digunakan pada persembahan konsert jelajah," ujar Robert pada majlis tersebut.

Ciri-ciri jelas siri pembesar suara Live X pula, konsolnya diperbuat daripada kayu, bersifat ringan dan kukuh. Live X juga menyediakan pembesar suara bagi setiap jenis kegunaan sama ada untuk dalam bangunan atau sebaliknya.

Sebagai contoh, model XLC merupakan speaker yang bersifat kompak dan mempunyai sistem audio line array, manakala Tour X pula untuk persembahan pentas mahupun konsert jelajah dunia.

"Produk EV telah pun berada di serata dunia termasuk acara-acara berprestij seperti Piala Dunia FIFA di Afrika Selatan. Sebanyak sembilan daripada 10 buah stadium yang digunakan pada acara sukan itu dilengkapi dengan produk kami," kata Robert lagi.

Di Malaysia pula, Pengurus Besar Bahagian Sistem Keselamatan Robert Bosch, Randy Tee menambah, produk EV sudah pun berada di dalam bangunan-bangunan penting negara seperti Masjid Negara Kuala Lumpur dan Istana di Terengganu.

"Tujuan majlis persembahan ini dibuat dalam bentuk praktikal disebabkan ia adalah cara terbaik menunjukkan bagaimana produk-produk ini beroperasi," terang Randy ketika majlis pembukaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved