Sabtu, 8 Oktober 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


RM500 jika keluarga ada lima anak

Posted:

RM500 jika keluarga ada lima anak

RM500 jika keluarga ada lima anak

Oleh ZULKIFLI MANZOR,MOHD. ZAINI SAMSU HADI dan LILY YEAN
berita@kosmo.com.my

PELAJAR merupakan golongan bertuah kerana sentiasa mendapat perhatian kerajaan. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kira-kira 6.6 juta pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta di negara ini akan mendapat habuan wang tunai berjumlah RM790 juta bermula sesi persekolahan tahun depan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM530 juta diperuntukkan kepada 5.3 juta pelajar sekolah dari tingkatan satu hingga lima yang akan menerima bantuan RM100 manakala sebanyak RM260 juta diperuntukkan untuk baucar buku bagi pelajar universiti.

Bantuan kewangan secara tunai itu yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat kelmarin turut melibatkan pemansuhan yuran tahunan bagi sekolah rendah sebanyak RM23.50 dan yuran sekolah menengah RM33.50 yang kesemuanya berjumlah RM150 juta.

Yang pasti, perkhabaran paling gembira buat ibu bapa ialah apabila kerajaan bersetuju memberikan wang tunai RM100 bagi setiap anak yang bersekolah dari darjah satu hingga tingkatan lima.

Ini bermakna jika sebuah keluarga mempunyai lima orang anak bersekolah, keluarga tersebut akan mendapat RM500.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

4 bot nelayan terbakar disambar petir

Posted:

4 bot nelayan terbakar disambar petir

4 bot nelayan terbakar disambar petir


ABDUL GHAFAR melihat keadaan bot miliknya yang rentung selepas disambar petir di Kampung Mahrum, Pekan semalam.


PEKAN – Empat buah bot nelayan rentung selepas terbakar akibat disambar petir di Kampung Marhum di sini petang kelmarin. Kejadian tersebut menyebabkan kerugian berjumlah hampir RM100,000.

Salah seorang pemilik bot, Abdul Ghafar Ismail, 50, berkata, ketika kejadian pukul 7.30 petang itu, dia berada di rumahnya dan angin bertiup kencang.

Abdul Ghafar berkata, dia terkejut apabila terdengar bunyi dentuman guruh dan petir yang sangat kuat.

"Tiba-tiba saya ternampak salah sebuah bot yang diletakkan di jeti nelayan telah disambar petir menyebabkan ia terbakar sebelum api merebak ke bot-bot yang lain.

"Saya bersama anak lelaki berlari ke jeti itu yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah saya untuk cuba memadamkan api," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Allahyarham Noramfaizul dianugerah pingat Bintang Gagah Perkasa

Posted:

Allahyarham Noramfaizul dianugerah pingat Bintang Gagah Perkasa

Allahyarham Noramfaizul dianugerah pingat Bintang Gagah Perkasa


MOHD. KHALIL menyampaikan pingat BGP kepada Norazrina sempena Ulang Tahun Ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka semalam.


MELAKA – Pengorbanan jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang maut ketika membuat liputan penderitaan rakyat Somalia pada 2 September lalu dihargai apabila Allahyarham dianugerahkan pingat Bintang Gagah Perkasa (BGP) sempena Ulang Tahun Ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob semalam.

Balu Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, hadir bagi menerima pingat berkenaan pada majlis penganugerahan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Menurut Norazrina, dia berterima kasih kepada kerajaan Melaka kerana memberi pengiktirafan tersebut kepada Allahyarham.

"Semoga perjuangan Allahyarham menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada kita yang masih hidup terutamanya rakan-rakan media untuk melakukan tugasan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved