Jumaat, 23 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Empat reka bentuk baru RMR

Posted:

Empat reka bentuk baru RMR

Empat reka bentuk baru RMR

23/09/2011 9:18pm

KUALA LUMPUR – Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan memperkenalkan empat reka bentuk baru bagi model Rumah Mesra Rakyat (RMR) mulai tahun hadapan.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, keluasan rumah akan turut ditambah kepada 1,000 kaki persegi berbanding 866 kaki persegi yang sedia ada.

SPNB telah menerima 19,658 permohonan untuk RMR di seluruh negara dan telah menyerahkan 15,886 unit, katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan inden kerja kontraktor program RMR di sini hari ini.

Seramai 99 kontraktor menerimanya bagi projek di Negeri Sembilan, Selangor dan Johor. - Bernama

Demo haram: Penyokong Hindraf dipenjara

Posted:

Demo haram: Penyokong Hindraf dipenjara

Demo haram: Penyokong Hindraf dipenjara

23/09/2011 5:47pm

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan dikenakan hukuman penjara dua minggu dan didenda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menyertai perhimpunan haram anjuran Hindu Rights Action Force (Hindraf) empat tahun lalu.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membuat keputusan itu hari ini terhadap M.Murugan, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Beliau juga membenarkan permohonan pihak pembela untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan jaminan asal RM3,000 dikekalkan.

Murugan merupakan satu-satunya daripada 23 penyokong Hindraf yang tidak mengaku bersalah terlibat dalam perhimpunan itu ketika dia dihadapkan di mahkamah pada 28 Nov 2007 manakala 22 penyokong Hindraf yang lain telah mengaku bersalah dan membayar denda.

Mohamad Sekeri dalam penghakimannya berkata keterangan yang diberikan tertuduh dalam pembelaannya adalah bercanggah dan bersifat penafian semata-mata.

"Keterangan tertuduh yang menyatakan bahawa dia tidak mendengar apa-apa arahan daripada polis merupakan satu alasan yang tidak munasabah berikutan jarak polis dengan tertuduh hanya 20 meter sahaja.

"Selain itu, keterangan tertuduh yang menyatakan dia berada di atas penghadang jalan di KLCC juga tidak boleh diterima ini kerana berdasarkan keterangan daripada saksi pendakwaan ke-19 dan 20 (polis) menyatakan bahawa tangkapan dibuat di atas jalan raya di tempat kejadian," katanya.

Murugan, didakwa berada dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang iaitu satu perhimpunan di tempat awam yang mana tiada lesen dikeluarkan di bawah Seksyen 27(2) Akta Polis 1967 (Akta 334).

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di persimpangan lampu isyarat Jalan Ampang dekat sini pada 7 pagi hingga 9 pagi, 25 Julai 2007.

Untuk kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM2,000 serta tidak melebihi RM10,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun. - Bernama

Warga emas 74 tahun bergelar graduan

Posted:

Warga emas 74 tahun bergelar graduan

Warga emas 74 tahun bergelar graduan

23/09/2011 5:37pm

GEORGE TOWN 23 Sept. – Bagi seorang pesara tentera, Abdul Hamid Yunos, kejayaan menggenggam segulung ijazah pada usia 74 tahun adalah suatu yang amat membanggakan.

Sementelah lagi ijazah itu membuktikan kejayaan beliau menguasai cabaran terbesar iaitu perbezaan sistem pendidikan dulu dan sekarang termasuk penggunaan bahasa Inggeris yang meluas.

"Saya kurang mahir dalam bahasa Melayu dan Inggeris...banyak yang sudah berubah, tambahan pula saya tidak pernah belajar bahasa Inggeris, jadi saya perlu bertungkus lumus mempelajarinya bagi memudahkan pembelajaran," katanya di sini hari ini.

Abdul Hamid yang ditemui selepas majlis konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM), berkata beliau juga tidak mempunyai masalah bergaul dengan golongan muda sepanjang tiga tahun di universiti itu.

Kejayaan menggenggam Ijazah Sarjana Muda Ilmu Kemanusiaan hari ini turut membakar semangat bapa kepada dua anak dan datuk kepada lima cucu itu untuk meneruskan pengajian sehingga ke akhir hayat.

Saya berhasrat menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya, katanya.

Sementara itu, seorang lagi graduan "orang lama" Abdul Banit Abdul Karim, 56, berkata beliau merancang untuk menyambung pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah sebelum berusia 60 tahun.

Beliau yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan juga bersyukur kerana berjaya melalui tempoh pengajian selama empat tahun tanpa banyak masalah.

"Saya mahu berkongsi kegembiraan ini bersama-sama keluarga walaupun sebelum ini terpaksa menguruskan masa untuk belajar, namun akhirnya berjaya menamatkan pengajian selepas empat tahun," kata Pengurus Sumber Manusia Penang Port Sdn Bhd itu.

Pada sidang kelima hari ini seramai 588 graduan menerima ijazah masing-masing daripada Pro Canselor USM Tan Sri Dr M. Jegathesan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved