Ahad, 18 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pemandu ditemui mati dipercayai tersepit

Posted:

Pemandu ditemui mati dipercayai tersepit

Pemandu ditemui mati dipercayai tersepit

18/09/2011 8:42pm

KANGAR – Seorang pemandu lori ditemui mati dipercayai akibat tersepit pada pintu kenderaan berat itu di sebuah tempat simpanan lori di Jalan Datuk Kayaman dekat sini hari ini.

Azizan Ramli, 44, ditemui tersepit pada bahagian pintu lori itu oleh isterinya, Izyatun Mayuzia Che Saad, 30, kira-kira 8.30 pagi di tempat simpanan lori itu setelah mendapati suaminya tidak pulang selepas keluar mencuci kenderaan berkenaan.

Izyatun Mayuzia ketika ditemui pemberita di sini berkata, beliau tidak menolak kemungkinan lori itu bergerak ke hadapan ketika suaminya berada dalam kenderaan tersebut.

Pintu lori yang terbuka itu dikatakan terkena dinding sebuah bangunan di situ ketika lori itu bergerak lalu menghimpit suaminya yang tidak sempat keluar daripada kenderaan berkenaan.

Izyatun Mayuzia berkata, suaminya meninggalkan rumah 5.30 pagi untuk mencuci lorinya sebelum keluar bekerja dan kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara tiga dan tujuh tahun.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros yang ditemui di sini mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan. – Bernama

Penganggur hadapi 2 tuduhan dadah

Posted:

Penganggur hadapi 2 tuduhan dadah

Penganggur hadapi 2 tuduhan dadah

18/09/2011 4:40pm

KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah pada 6 September lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Noor Muda, 25, didakwa mengedar pil kuda seberat 728 gram di rumahnya yang beralamat di nombor 475, Kampung Padang Palas, Kuala Bekah, di sini kira-kira 6.15 petang pada 6 September lalu.

Manakala, bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 21 gram di pekarangan tempat letak kereta pasar raya Giant di sini pada 2.45 petang hari yang sama.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Padang Palas, Kuala Bekah di sini didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati bagi kedua-dua tuduhan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan dicatatkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.

Mahkamah menetapkan 14 November ini sebagai tarikh sebutan semula untuk tuduhan pertama dan 4 Disember depan sebagai sebutan semula bagi tuduhan kedua bagi menunggu laporan kimia. – Bernama

Konvoi bermotosikal tiba di Muzium Negara

Posted:

Konvoi bermotosikal tiba di Muzium Negara

Konvoi bermotosikal tiba di Muzium Negara

18/09/2011 4:33pm

KUALA LUMPUR – Seramai 130 peserta konvoi bermotosikal yang berlepas dari Pulau Pinang ke Melaka Jumaat lepas bersempena Hari Malaysia tiba di perkarangan Muzium Negara di sini hari ini.

Ketua konvoi, Rosman Mat Said berkata, konvoi 'Ride Malaysia Day 2011' anjuran Kelab Sym Malaysia Bikers (SYM) itu tiba di perkarangan Muzium Negara pada 10.30 pagi.

"Alhamdulillah, konvoi 'Ride Malaysia Day 2011' ini telah mendapat kerjasama daripada Parlimen Bukit Katil Melaka, Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang serta Jabatan Muzium Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, konvoi itu bertujuan meningkatkan jati diri para peserta sebagai anak Malaysia selain mengibarkan Jalur Gemilang bersempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pihaknya mengalu-alukan program seumpama itu sejajar dengan matlamat menarik tiga juta pengunjung ke Muzium Negara tahun depan berbanding 2.7 juta pengunjung buat masa sekarang. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved