Ahad, 18 September 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pengedar dadah didakwa biayai pengeboman

Posted:

Pengedar dadah didakwa biayai pengeboman

Pengedar dadah didakwa biayai pengeboman

SEORANG anggota polis memeriksa lokasi di mana sebiji bom disembunyikan di dalam sebuah motosikal yang meletup di hadapan pusat komuniti di Sungai Golok.


SUNGAI GOLOK, Thailand - Pihak berkuasa Thailand mendakwa kumpulan-kumpulan pengedar dadah mempunyai kaitan dengan pengeboman berangkai yang berlaku di wilayah selatan negara tersebut.

Ketua polis bandar terbabit, Jakraporn Thaenthong memberitahu, jumlah kematian akibat tiga letupan bom di bandar sempadan Sungai Golok kini menjadi empat orang selepas seorang mangsa yang cedera meninggal dunia di hospital.

Menurut Jakraporn, 13 orang daripada 60 yang cedera berada dalam keadaan serius. Serangan bom yang diletakkan di dalam sebuah kereta dan dua buah motosikal itu merupakan serangan terbesar sejak Thailand membentuk kerajaan baru pada Ogos lalu. Thailand kini dipimpin oleh Perdana Menteri wanita pertamanya, Yingluck Shinawatra.

Sejak kerajaan baharu mengambil alih pemerintahan, polis telah merampas lebih 100,000 pil methamphetamine di wilayah Narathiwat. Serbuan antidadah terbaru dilakukan pada Rabu lalu.

"Serangan ini adalah maklum balas terhadap tindakan pihak berkuasa yang sering melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah. Kami percaya kumpulan pengedar dadah membiayai pemberontak untuk melakukan serangan ini.

"Jika dilihat kepada lokasi dan waktu bom-bom itu diletupkan, mereka memang mahu mencederakan orang awam," kata Jakraporn. Letupan tersebut berlaku di hadapan sebuah hotel utama dan dua pusat komuniti.

Lebih 4,700 orang telah terbunuh di wilayah selatan sejak pemberontakan tercetus pada tahun 2004. Sehingga kini, masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan pada Jumaat itu.

Beberapa kebakaran kecil juga berlaku. Pihak berkuasa telah memutuskan perhidmatan telefon bimbit untuk menghalang kemungkinan ada lagi bom akan diletupkan. - AP

Seludup ular dalam seluar dalam

Posted:

Seludup ular dalam seluar dalam

Seludup ular dalam seluar dalam


SALAH seekor anak ular sawa yang ditemui dalam seluar dalam Borges.


MIAMI - Seorang lelaki Brazil yang ditahan di lapangan terbang Miami kerana cuba menyeludup tujuh ekor anak ular sawa dan tiga ekor anak kura-kura di dalam poket serta seluar dalamnya didenda sebanyak AS$400 (RM1,236) oleh seorang hakim.

Simon Turola Borges, 30, yang telah ditahan sejak 25 Ogos lalu mengaku bersalah atas tuduhan menyeludup. Hukuman ke atasnya dijatuhkan oleh hakim wilayah, Patricia A. Seitz. Selain denda, Borges juga akan dipantau dengan rapi selama dua tahun. Dia turut diarahkan supaya dihantar pulang ke Brazil. - Reuters

Dua maut nahas pesawat pejuang Perang Dunia Kedua terhempas

Posted:

Dua maut nahas pesawat pejuang Perang Dunia Kedua terhempas

Dua maut nahas pesawat pejuang Perang Dunia Kedua terhempas


PESAWAT P-51 Mustang terhempas di tengah-tengah lokasi orang ramai berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan tersebut di Nevada, AS.


LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 54 yang lain cedera apabila sebuah pesawat lama terhempas berhampiran penonton yang menyaksikan satu pertunjukan udara di negeri Nevada, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Seramai 12 orang mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas pesawat pejuang P-51 Mustang yang digunakan dalam Perang Dunia Kedua itu terhempas dalam keadaan menegak berhampiran satu tempat duduk grandstand yang dipenuhi oleh orang ramai. Ia dikendalikan oleh juruterbang veteran berusia 74 tahun, Jimmy Leeward.

"Kami amat berdukacita atas tragedi ini," kata ketua Persatuan Perlumbaan Udara Reno, Mike Houghton. Dia enggan memberi komen tentang berapa ramai yang terkorban.

Video amatur yang dirakam di tempat kejadian menunjukkan orang ramai terkejut dan sangat takut apabila melihat pesawat tersebut menjunam ke tanah.

Mike Draper dari Persatuan Perlumbaan Udara Reno menyatakan bahawa pesawat itu baru memasuki pusingan pertama apabila Leeward membuat panggilan kecemasan.

"Kami tidak tahu kenapa ia terhempas. Dia kemudian keluar daripada perlumbaan sebelum terbunuh apabila pesawat yang dipandunya itu terhempas," kata Draper.

Houghton menolak dakwaan tahap kesihatan Leeward mungkin menjadi punca nahas.

"Semua rekod kesihatannya dikemas kini. Jimmy seorang juruterbang yang mahir dan berpengalaman. Dia menyertai acara ini sejak tahun 1975," tegas Houghton. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved