Khamis, 8 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jurugambar sambilan didenda RM99

Posted:

Jurugambar sambilan didenda RM99

Jurugambar sambilan didenda RM99

08/09/2011 6:55pm

IPOH - Seorang jurugambar sambilan hari ini didenda RM99 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini kerana kesalahan menggunakan perkataan kurang sopan dan mengaibkan terhadap seorang penjawat awam, April lepas.

P. Manivanan, 37, didapati bersalah menggunakan perkataan yang kurang sopan dan mengaibkan terhadap anggota polis trafik Muhammad Ramli, 45, di Jalan Sultan Idris Shah pada 9.30 malam, 25 April lepas Majistret Fauziah Hani Ahmad Fuzi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh melalui perbicaraan yang menampilkan empat saksi memberi keterangan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika memberi kenyataan membela diri, tertuduh mendakwa pihak berkenaan sengaja mahu menganiayanya dengan kuasa mereka.

Peguam M. Kulasegaran yang mewakili Manivanan berhujah bahawa pertuduhan ke atas anak guamnya adalah cacat dan tidak difahami.

Pertuduhan tidak lengkap kerana ia tidak menunjukkan tertuduh mempunyai niat mengganggu keamanan atau di mana keamanan mungkin terganggu, katanya.

Beliau juga memohon anak guamnya dilepaskan dengan diberikan amaran kerana disabit kesalahan kecil.

Timbalan Pendakwa Raya K. Sitartha pula dalam hujahnya berkata, kenyataan membela diri oleh tertuduh dibuat selepas difikirkan kemudian dan versi pembelaan itu tidak dikemukakan kepada saksi pendakwaan bagi mendapatkan penjelasan.

Beliau memohon mahkamah memberi hukuman setimpal supaya tertuduh tidak mengulangi kesalahan dan sebagai pengajaran. - Bernama

Ribuan tilapia mati di Sungai Arau

Posted:

Ribuan tilapia mati di Sungai Arau

Ribuan tilapia mati di Sungai Arau

08/09/2011 6:28pm

KANGAR — Ribuan ikan tilapia yang diternak dalam sangkar di Sungai Arau dekat sini ditemui mati oleh para pengusahanya hari ini.

Ikan-ikan yang hampir matang dan boleh dituai dalam tempoh beberapa minggu lagi ditemui terapung di permukaan air oleh lima peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin yang mengusahakan projek itu.

Salah seorang peserta, Mohamad Almi Salleh, 35, menganggarkan kerugian yang mereka alami berikutan kematian ikan-ikan di dalam 27 buah sangkar itu ialah kira-kira RM40,000.

Katanya, beliau tidak tahu mengapa ikan-ikan yang diternak itu mati tetapi tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada pencemaran air sungai itu.

"Saya sedih dengan kematian ikan-ikan yang kami ternak sehingga mengundang kerugian besar," katanya kepada pemberita, semasa meninjau Sungai Arau hari ini.

Menurut Mohamad Almi, mereka mengusahakan projek itu sejak tiga tahun lalu dan sebelum ini, mereka menghadapi kerugian akibat pencemaran sungai dan banjir.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad yang turut melakukan tinjauan di projek ternakan itu berkata, kerajaan negeri akan cuba membantu para pengusaha memulihkan kegiatan ternakan itu.

Menurutnya, projek di bawah program Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu diwujudkan sejak tiga tahun lalu bagi membantu meningkatkan taraf hidup para peserta yang merupakan rakyat termiskin di kawasan itu.

Para peserta menuai hasil ternakan itu antara tiga dan enam bulan sekali bergantung kepada permintaan dan saiz ikan yang diperlukan.

Turut berada di kawasan ternakan ikan itu ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perlis, Marzuki Mokhtar dan para pegawai Jabatan Perikanan Perlis. - Bernama

Warga emas mati ditemui mati di rumah

Posted:

Warga emas mati ditemui mati di rumah

Warga emas mati ditemui mati di rumah

08/09/2011 6:17pm

SEREMBAN — Seorang lelaki warga emas dijumpai mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Jalan Tun Dr Ismail di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Abdul Majid berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Lai Chun, 77, dijumpai mati di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari oleh seorang wanita, yang merupakan adik iparnya.

"Ketika kejadian wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu datang ke rumah lelaki itu untuk memberikan mangsa makanan. Apabila tiba di depan pintu rumah berkenaan wanita itu memanggil mangsa beberapa kali namun tiada jawapan.

"Kerana hairan adik ipar mangsa kemudiannya masuk ke dalam rumah dan terkejut apabila menemui mayat lelaki itu terbaring di atas lantai," katanya di sini. Hamdan berkata, mangsa yang tidak berkahwin tinggal di rumah kayu berkenaan seorang diri sejak beberapa tahun lalu.

"Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul. Buat masa ini punca sebenar kematian dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved