Khamis, 8 September 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Anggun seorang peguam

Posted:

Anggun seorang peguam

Anggun seorang peguam

Oleh NURUL IZZA ROSLY

TIGA finalis teratas diraih oleh peserta tempat pertama Toh Mi Mi (tengah), tempat kedua, Umayaal (kanan) dan hadiah ketiga, Juliana.


YAKIN, anggun, bertenaga dan menawan. Itu kata-kata tepat menggambarkan warna-warni personaliti 15 orang jelitawan yang terdiri daripada golongan ibu berusia 30, 40 dan 50 tahun yang mengambil bahagian dalam pertandingan akhir Glowing Youthful Mother yang berlangsung pada 30 Jun lalu.

Kesemua 15 finalis itu berentap di pentas peragaan Majlis Makan Malam Glowing Youthful Mother yang diadakan secara gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Sime Darby Kuala Lumpur.

Masing-masing kelihatan jelita dan berseri-seri menggayakan busana rekaan Nila Palacios yang merupakan seorang pereka fesyen dari Venezuela.

Walaupun masing-masing sudah melepasi usia 30 tahun, namun penampilan mereka pada malam itu jauh lebih muda berbanding usia sebenar mereka.

Hadirin pula tidak henti bersorak kerana terlalu teruja dengan penampilan ala ratu cantik yang diberikan oleh para finalis ketika melakukan catwalk di pentas peragaan.

Pengarah Serantau, Mega Lifesciences Sdn. Bhd., Sudhir Gandhi memberitahu, para finalis diuji berdasarkan pembawaan diri, keyakinan serta imej yang terserlah pada wajah mereka.


GAYA salah seorang ibu anggun sempena pertandingan akhir Glowing Youthful Mother.


Selain mengenakan gaun menarik di pentas peragaan, para finalis juga turut mempersembahkan tarian bersama anak masing-masing dengan memakai pakaian khas bagi menggambarkan tugas ibu sebagai wanita berkerjaya, eksekutif dan chef dalam sesebuah keluarga.

Ramai yang terpesona dengan kelincahan para finalis menari mengikut irama lagu rancak terutamanya kepada peserta paling senior iaitu Ramona Ramli, 58, nenek kepada lima orang cucu.

Lima finalis mara

Daripada pemerhatian juri terhadap keyakinan dan penampilan finalis ketika beraksi di atas pentas, lima daripada 15 finalis telah dipilih untuk mara ke pusingan seterusnya.

Lima finalis yang berjaya tersebut ialah Norhayati Mohd. Ariffin, K. Vanitha, Juliana Mohamed, V. Umayaal dan Toh Mi Mi. Mereka kemudian diuji mengenai pengetahuan mereka dalam aspek penjagaan kecantikan dalaman.

Selepas melalui sesi soal jawab bersama barisan juri iaitu tokoh politik, aktivis sosial, bekas ratu cantik Sudhir Gandhi; duta Glow dari Sri Lanka, Rosy Senanayake; pelakon, Noniswara Baharudin dan penerbit, Nancie Foo, gelaran Glowing Youthful Mother 2011 dinobatkan buat ibu kepada dua anak, Toh Mi Mi yang juga seorang peguam.

Kemenangan tersebut melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 bersama produk suplemen kulit daripada Mega Lifesciences Sdn. Bhd.

Tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh V. Umayaal dan Juliana Mohamed. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 dan RM2,000 serta produk suplemen kulit daripada Mega Lifesciences Sdn. Bhd.

"Saya tidak menyangka akan meraih kemenangan sebegini kerana saya sudah cukup gembira apabila berada di kelompok tempat tiga teratas.

"Bagi saya, semua wanita boleh lakukan apa yang saya lakukan iaitu menjaga kecantikan dari dalaman. Apa yang perlu ada ialah keyakinan, hidup lebih positif selain disusuli dengan gaya hidup sihat serta mengambil mikronutrien," ujar Umayaal.

Hormati tubuh

Sebagai seorang doktor yang baru enam bulan melahirkan bayi, Umayaal memberitahu, wanita kini perlu menghormati tubuh badan masing-masing.


KIRI: Peserta turut diuji dalam acara tarian yang dijayakan bersama anak masing-masing.


"Kita ialah apa yang kita makan. Kita perlu menjaga diri sendiri sebelum kita boleh menjaga orang lain.

"Jadi, bagi saya Glow adalah suplemen yang bagus untuk kesihatan kulit berbanding kosmetik," ujarnya.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak, Juliana pula memberitahu, ramai orang tidak percaya bahawa dia memiliki tiga orang anak.

"Setiap kali orang bertanya, saya akan memberitahu bahawa saya mengambil makanan tambahan mikronutrien selain mengamalkan gaya hidup sihat serta positif.

"Walaupun ramai wanita di luar sana yang berkerjaya, jangan sesekali berkompromi dengan kesihatan. Segalanya bermula dari dalam diri," jelasnya.

Selain mahkota kemenangan diberikan buat peserta yang menduduki tempat tiga teratas, beberapa kategori anugerah turut diberikan kepada para finalis.

Anugerah Miss Confidence diberikan kepada Toh Mi Mi, Miss Personality dan Miss Priviledge Glow Member Choice Award jatuh kepada Joanne Tan manakala Miss Energetic pula menjadi milik Nordiana Ibrahim.

Tidak ketinggalan, Miss Charming (Norhayati Mohd. Ariffin), Miss Popular Public Choice Award (Juliana Mohamad) dan Miss Beautiful (Jaycee Koh).

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved