Khamis, 29 September 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Safee nafi dakwaan

Posted:

Safee nafi dakwaan

Safee nafi dakwaan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SAFEE tetap bertekad untuk mengembangkan karier bola sepaknya.


"BUKAN saya tidak sudi untuk kembali semula (menjalani latihan) bersama Cardiff City tetapi jadual saya begitu ketat ketika ini.

"Justeru, dakwaan kononnya saya (berpatah arang berkerat rotan) dengan kelab itu sememangnya tidak berasas.

Demikian kata penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali yang menafikan dakwaan kononnya dia 'merajuk' untuk kembali menjalani latihan bersama kelab England, Cardiff City selepas ini.

Desas-desus negatif itu timbul dalam kalangan peminat bola sepak tempatan ekoran kenyataan Safee yang dikatakan ingin mencuba nasib untuk beraksi bersama kelab Australia pula selepas ini sebaik selamat menjejakkan kaki di tanah air kelmarin.

Spekulasi tersebut diperkuatkan dengan peluang Safee yang dikata- kan pudar untuk menyarung jersi The Bluebirds lantaran masalah permit kerja walaupun mendapat khabar gembira daripada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memberi jaminan untuk membantu 'David Bec- kham Malaysia' itu mengatasi masalah berkenaan jika Cardiff mahu melamarnya.

Meskipun dikhabarkan akan dipanggil untuk dinilai semula selama dua minggu lagi oleh pengendali The Bluebirds, Malky Mackay yang dilaporkan berminat dengan kesungguhan, disiplin dan skil Safee sebelum ini, pemain kelahiran Kajang, Selangor itu juga tidak pasti sama ada ia boleh dilaksanakan pada waktu terdekat.

"Jadual saya begitu ketat. Selain mewakili (bekas pasukan) Selangor bagi aksi Piala Sultan Selangor (esok), saya juga akan ke Australia (mewakili skuad kebangsaan) bagi perlawanan persahabatan.

"Kalau ikutkan hati memang saya mahu kembali semula ke Cardiff. Bukan senang untuk menjalani lati- han bersama pemain-pemain yang hebat di sana dan jika tidak terpilih pun, saya langsung tidak menyesal.

"Tetapi saya sendiri tidak pasti bila saya boleh menyertai semula latihan di sana," katanya kepada Kosmo! semalam.

Safee sebelum ini selesai menja- lani sesi pemilihan selama dua minggu bersama skuad kendalian Malky Mackay itu sejak pertengahan September lalu sebaik mendapat 'lampu hijau' daripada maji- kannya, Pelita Jaya.

Menurut Safee, dia belum membuat sebarang perbincangan lanjut dengan pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee berhubung perkara itu, selain tidak menolak kemungkinan akan merujuk perkara tersebut kepada Pelita Jaya terlebih dahulu sebelum boleh mengulas lanjut.

"Saya juga tidak pasti bila akan kembali ke Indonesia kerana Pelita Jaya pastinya memerlukan khidmat saya sebelum Liga Indonesia bermula (10 Oktober ini), jadi kita tengok dahulu macam mana," kata- nya yang mengakui masih keletihan selepas menempuhi penerbangan yang panjang dari London kelmarin.

Ketika ditanya mengenai keingi- nannya beraksi di Australia, jelas Safee: "Sebagai pemain, saya mempunyai sasaran sendiri untuk beraksi di pentas yang lebih baik, ter- utamanya di Australia dan Eropah bagi mengembangkan karier saya.

"Tetapi ia bukan bermakna saya tidak lagi mahu menyarung jersi Cardiff, justeru saya harap semuanya faham," katanya memohon tidak disalahertikan.

Gergasi sudah bangun

Posted:

Gergasi sudah bangun

Gergasi sudah bangun


MANIAM (kiri) meraikan kejayaan Selangor selepas skuad bimbingannya berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia 2011.


AWAS bagi mana-mana pasukan, ter- utamanya Seladang, lebih baik anda berwaspada daripada 'dibaham' Gergasi Merah yang sedang mengganas ketika ini.

Apa tidaknya, pasukan Selangor pastinya telah 'terjaga daripada tidur yang lena' sebaik berjaya menempah slot ke suku akhir edisi Piala Malaysia kali ini.

Episod indah memintas Kuala Lumpur pada saat-saat akhir menerusi ke- menangan bergaya 2-1 di Stadium Shah Alam bagi aksi Kumpulan D, Selasa lalu pastinya masih belum pudar daripada ingatan penyokong setia skuad Merah Kuning itu.

Apa yang pasti, kejayaan mara ke suku akhir bukan bermakna keputusan mereka yang mendesak bekas pengendali Selangor, K. Devan meletak jawa- tan sebelum ini adalah suatu keputu- san yang tepat.

Sebaliknya, ia dilihat lebih kepada semangat juang yang di- pamerkan pe- main Gergasi Merah yang kembali bangkit mempamerkan taring sebenar, sekali gus memastikan 'Misi 33' kembali membara.

Walaupun pujian boleh diberikan kepada jurulatih baharu, P. Maniam yang dilihat 'lulus' ujian pertama, pengendali berusia 43 tahun itu tetap enggan menerima kredit seorang diri sambil menyatakan, kejayaan Selangor layak ke suku akhir adalah disebabkan oleh kesungguhan anak-anak buahnya berjuang bermati-matian setakat ini.

"Ini bukan kejayaan saya seorang. Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemain Selangor menyumbang kepada kejayaan kami," katanya.

Selangor layak ke suku akhir pada saingan Piala Malaysia kali ini selepas menghuni tangga kedua Kumpulan D dengan 10 mata hasil tiga kemenangan, satu seri dan dua tewas.

Pada aksi suku akhir 10 Oktober ini, Selangor akan melayan kunjungan bekas juara Piala Malaysia sebanyak tujuh kali, Perak di Stadium Shah Alam.

Dalam pada itu, kejayaan melangkah ke suku akhir bukan bermakna Sela- ngor boleh menarik nafas lega meman- dangkan perjalanan mereka sebenarnya masih panjang bagi mengubat duka kemarau trofi Piala Malaysia yang begitu diidam-idamkan seluruh warga Merah Kuning sejak sekian lama.

Sejarah mungkin berulang. Skrip melangkah ke suku akhir Piala Malay- sia selaku naib juara kumpulan juga lebih memihak kepada Selangor seta- kat ini apabila menewaskan Perlis 3-0 ketika kali terakhir muncul juara pada 2005, walaupun sekadar muncul naib juara kumpulan ketika itu.

Selepas itu, langkah bergaya juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali itu sering tersekat apabila ditunjukkan jalan keluar pada peringkat suku akhir oleh Terengganu dan Kelantan dua tahun berturut-turut sejak 2009 walaupun bermula cemerlang.

Kelantan buat persediaan awal

Posted:

Kelantan buat persediaan awal

Kelantan buat persediaan awal

MENYEDARI saingan musim depan cukup mencabar untuk ditempuh, juara Liga Super musim ini, Kelantan membuat persiapan awal apabila bakal menguji enam pemain pemain import untuk diserapkan ke dalam pasukan bagi menggalas cabaran musim 2012.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, enam pemain tersebut akan diuji secara berperingkat dalam bebe- rapa siri perlawanan persahabatan yang diaturkan oleh pihaknya.

Menurutnya, ujian itu cukup penting buat The Red Warriors sebagai persiapan awal mengharungi musim yang lebih mencabar tahun hadapan.

"Enam permain tersebut berasal dari Ivory Coast, Croatia, Ghana dan Nigeria. Tiga akan diuji pada per- lawanan persahabatan dengan kelab dari Thailand iaitu Songkla FC, manakala selebihnya dalam beberapa siri persahabatan yang lain.

"Daripada jumlah tersebut hanya tiga yang akan dipilih untuk beraksi. Bagaimanapun hanya dua akan didaftarkan untuk menghadapi saingan Liga Malay- sia seperti yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Seorang lagi akan didaftarkan untuk beraksi da- lam saingan di peringkat Asia. Selain itu juga, kita akan sedang meneliti untuk mengambil seorang lagi pemain import secara pinjaman dari Asia untuk me- lengkapkan jumlah empat pemain bagi menghadapi saingan di peringkat Asia dan ia dibenarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)," katanya kepada pemberita di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, pemilihan tersebut merupakan sebaha- gian daripada rangka persiapan awal yang dilakukan oleh pihaknya untuk memastikan pasukan yang dibentuk mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Annuar memberitahu, meskipun persiapan tersebut dilihat seakan-akan terlalu awal, namun ia cukup penting buat The Red Warriors untuk persai- ngan di peringkat antarabangsa.

"Kita tidak mahu mengambil mudah saingan di pe- ringkat Asia dan ia cukup penting buat The Red Warriors, jadi tidak salah kita berbuat demikian," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved