Khamis, 29 September 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kayu ukur album Inggeris Siti

Posted:

Kayu ukur album Inggeris Siti

Kayu ukur album Inggeris Siti

SEPANJANG berkecimpung dalam bidang seni suara selama 16 tahun, ternyata kehebatan Datuk Siti Nurhaliza sebagai seorang penyanyi sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Sudah berada di satu kelas yang tersendiri dengan rentetan kejayaan yang dikecapi, apa sahaja genre lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut juga tidak pernah menghampakan para peminatnya.

Dengan pengalaman yang luas sebagai seorang anak seni, namun jauh di sudut hati penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini seakan-akan merasakan belum puas dengan pencapaian yang diperolehnya itu.

Sehinggakan penyanyi berkenaan telah mencabar dirinya sendiri untuk menciptakan suatu kelainan bagi album terbaharunya dan kini lahirlah sebuah album Inggeris sulungnya yang berjudul All Your Love.

Dalam satu majlis pelancaran album berkenaan yang diadakan di sebuah pusat beli-belah terkemuka baru-baru ini, Siti menyifatkan kelahiran album tersebut begitu istimewa buat dirinya.

"Selama ini sudah pelbagai jenis lagu di dalam bahasa Melayu yang sudah saya nyanyikan. Akhirnya saya telah mencabar diri untuk muncul pula sebuah album Inggeris.

"Lagipun selama ini sudah ramai yang bertanya bila saya akan muncul dengan album Inggeris. Memang sudah lama saya berniat mahu menghasilkannya, tetapi baru sekarang ia dapat direalisasikan," ujarnya pada satu sidang akhbar selepas majlis pelancaran berakhir.


PENAMPILAN terbaharu Siti Nurhaliza sempena kemunculan album All Your Love.


Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Jerat Percintaan itu lagi, album berkenaan mula dihasilkan pada bulan Januari yang lalu dah telah disiapkan dalam tempoh lima bulan.

Jelasnya lagi, mengikut perancangan asal album itu sepatutnya dilancarkan lebih awal. Namun, memandangkan umat Islam ketika itu hendak menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri, maka ia terpaksa ditangguhkan sementara.

Lebih menarik lagi, album Inggeris yang mengandungi 10 buah lagu yang berentak rancak dan diterbitkan oleh What's Up Entertainment itu turut mendapat sentuhan pemuzik antarabangsa.

"Saya rasa sangat beruntung kerana dapat bekerjasama dengan pemuzik yang hebat seperti Bryan B. Sepanjang sesi rakaman dilakukan, dia banyak memberi tunjuk ajar supaya saya dapat menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan lebih baik," ujarnya.

Selain Bray B, turut terbabit dalam penghasilan album tersebut adalah seperti Richard Furch yang pernah menaikkan nama bintang antarabangsa seperti Prince, Usher, Whitney Houston dan Katherine McPhee serta Eddie Schreyer yang pernah bekerjasama dengan artis ternama seperti Lady Gaga dan Kanye West.

Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut seperti All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love dan Stand Up.

Positif

Apa yang menarik tentang album ini juga, Siti turut berduet bersama dengan seorang penyanyi antarabangsa yang cukup popular di seluruh dunia iaitu Sean Kingston menerusi lagu berjudul Remember You.

Di sebalik penjualan kebanyakan album-album penyanyi tempatan yang dilihat agak perlahan dan kurang mendapat sambutan di pasaran, tetapi Siti mengalami nasib yang agak berbeza.

Meskipun album All Your Love telah berada di pasaran dua hari lebih awal daripada majlis pelancaran, namun Siti memaklumkan sambutan orang ramai terhadap album tersebut sangat menggalakkan.


SITI dan suami, Datuk K bersama dua individu penting di sebalik pembikinan album sulung Inggeris Siti iaitu Brian B (kiri) dan Adib yang juga anak Datuk K.


Menurutnya, sehingga kini album Inggerisnya itu telah terjual sebanyak 3,000 unit dan dia diberitahu bahawa pihak yang mengedarkannya iaitu Warner Music Malaysia sedang dalam proses untuk membuat cetakan yang kedua.

"Saya sangat bersyukur kerana kebanyakan peminat yang telah mendengar lagu-lagu dalam album ini sangat berpuas hati. Malah, saya turut mendapat maklum balas yang positif menerusi komen-komen yang dihantar ke laman Twitter saya.

"Lebih menarik lagi, saya juga kini turut mendapat lebih ramai peminat baharu iaitu yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang turut tidak ketinggalan mendapatkan album saya ini," jelasnya.

Ujarnya lagi, biarpun berasa puas setelah hasrat untuk menghasilkan sebuah album Inggeris menjadi kenyataan, Siti mengakui dia sebenarnya sangat berdebar dan masih menantikan komen-komen yang positif terhadap album berkenaan.

"Boleh dikatakan saya memang berusaha bersungguh-sungguh dan telah memberikan yang terbaik. Sekarang terpulanglah kepada penerimaan peminat dan saya berharap ia akan terjual dengan lebih banyak lagi selepas majlis pelancaran ini," ujarnya.

Pastinya sudah ramai yang sudah mengetahui tentang penglibatan anak tiri Siti sendiri iaitu Muhammad Adib Khalid selaku pengasas dan pencetus idea kepada penghasilan album berkenaan.

Adib yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif What's Up Entertainment berkata, dia sangat senang apabila mereka berdua dapat bekerjasama dan menyifatkan ibu tirinya itu sebagai seorang individu yang bekerja keras.

"Memandangkan ini merupakan kali pertama saya terbabit dalam penghasilan album, ia adalah satu pengalaman yang cukup menarik dan tidak menyangka sama sekali dengan sambutan hebat yang diberikan.

"Proses rakaman juga berjalan dengan lancar dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Saya berharap supaya pendengar akan turut terhibur dengan lagu-lagu yang terkandung dalam album ini," ujar pemuda yang baru berusia 21 tahun itu.


SEAN KINGSTON


Sean Kingston

Ditanya tentang pemilihan Sean Kingston sebagai rakan duet Siti untuk lagu Remember You, Adib mengakui pihaknya turut menyenaraikan beberapa orang penyanyi terkenal seperti Pitbull dan Bruno Mars.

Bagaimanapun, kedua-kedua penyanyi tersebut tidak dapat bekerjsama dengan pihaknya kerana disebabkan faktor masa serta mempunyai komitmen masing-masing hingga akhirnya Sean Kingston bersetuju untuk berduet dengan Siti.

Sementara itu, Adib memberitahu bahawa pihaknya turut mempunyai langkah yang tersendiri agar album berkenaan dapat diperoleh sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Memang kami ada perancangan untuk memasarkannya ke luar negara seperti di Singapura, Indonesia, Brunei dan Australia. Namun, sebagai langkah awal lagu-lagu album ini boleh dibeli secara digital melalui iTunes," ujarnya.

Mengenai video muzik pula, Adib menjelaskan pembikinan video muzik untuk lagu berjudul Falling In Love baru sahaja selesai dihasilkan. Pihaknya menyasarkan untuk menghasilkan empat buah video muzik lagi pada masa akan datang.

Raja Azmi tunai haji

Posted:

Raja Azmi tunai haji

Raja Azmi tunai haji

Oleh MALIAH SURIP


KAK MI diapit Jailani dan Roslin pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di Ukay Perdana, Selangor baru-baru ini.


RAJA AZMI RAJA SULAIMAN, namanya cukup terkenal sebagai wanita kontroversi. Sepanjang tahun ini sahaja, sudah kerap benar wajah dan ceritanya manjadi bahan sensasi media, malah 'terpilih' beberapa kali menjadi tajuk utama akhbar.

"Saya suka berada di muka depan (akhbar)!," tegasnya tanpa berselindung ketika ditemui di kediamannya di Ukay Perdana, Ampang, Selangor sambil ketawa saat diusik tentang kekerapan dia menjadi tajuk utama akhbar kerana isu skandal khalwat bersama pemain badminton, Roslin Hashim.

Tidak sedikit pun merajuk dengan media, kata Raja Azmi yang mesra disapa Kak Mi itu lagi, apa yang penting, 'ribut khalwat' yang melanda dirinya itu sudah berakhir. Dia juga berterima kasih kepada media kerana menerusi laporan media juga, khalayak tahu akan kebenaran yang akhirnya jelas terbukti.

Cukup bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kes tersebut telah selesai dan terbukti bahawa dia tidak melakukan hal seburuk khalwat, Kak Mi lantas menyifatkan sambutan Aidilfitri tahun ini sebagai paling meriah membuka fasa baharu. Dia sudah memaafkan semua yang menganiaya dirinya, dan kini penerbit tersebut sedang mempersiap diri untuk menunaikan ibadat haji pada 2 November ini.

"Insya-Allah, dengan izin Tuhan, saya akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 2 November ini bersama teman baik saya, Faridah Abu Bakar. Saya tidak pergi bersama suami (Jalani Sidek) kerana dia telah menunaikan haji pada tahun 2008 lalu.

"Di sana nanti, saya mahu memohon keampunan kepada Tuhan kerana pernah mempersoalkan 'kerja'-Nya yang menguji saya dengan isu skandal khalwat itu. Tetapi apabila ia berakhir dan terbukti saya tidak bersalah, saya tahu bahawa saya adalah insan terpilih yang telah diuji-Nya kerana Dia menyayangi saya," ujarnya yang bagaimanapun memberitahu akan tetap meneruskan saman terhadap individu yang telah memalukan dan membuat hidupnya berantakan.

Ujarnya lagi, sejak dituduh khalwat dengan Roslin sehingga isu itu selesai, hubungannya dengan pemain badminton itu masih akrab. Bagaimanapun, dia kini menjarakkan hubungan itu dengan tidak terlalu menonjolkan kemesraan di khalayak ramai agar tidak timbul fitnah lain pula.

Bogel

Ditanya tentang perkembangan terkini, kata Kak Mi, dia bakal muncul dengan filem terbaharu yang berjudul Anak Ikan. Bakal dimulakan pada tahun hadapan, ia bagaimanapun belum mempunyai hero, namun Kak Mi berharap dapat menyunting Shahz Jazle atau Sam Bunkface.

Dijolok dengan persoalan dia suka mengundang sensasi terhadap naskhah-naskhah terbitannya, balas Kak Mi: "Ini bukan naskhah saya, tapi naskhah Ajami Hashim. Jalan ceritanya bagus. Bukan mengenai skandal 'anak ikan' seperti yang difikir banyak orang.

"Tapi Anak Ikan yang dimaksudkan dalam filem ini adalah tentang anak ikan yang menjelma jadi manusia. Mungkin akan ada adegan bogel iaitu sewaktu anak ikan bertukar menjadi manusia."

Botox

Dipuji masih cantik pada usia 52 tahun, tanpa berselindung Kak Mi pantas memberitahu, dia mengambil suntikan botox untuk mengekalkan kecantikannya.

Suntikan tersebut telah diambil sejak usianya sekitar penghujung 40-an dan dilakukan setiap sembilan bulan atau setahun sekali.

"Saya ambil botox sejak usia 40-an sehingga sekarang. Namun saya ambil dalam kuantiti yang sedikit, bukan secara berlebihan kerana ia sekadar untuk mengekalkan kecantikan yang ada," katanya yang juga mempunyai amalan kecantikan lain seperti membasuh muka dengan air embun setiap pagi.

Min Young kekasih Min Ho

Posted:

Min Young kekasih Min Ho

Min Young kekasih Min Ho


PARK MIN YOUNG


PENGHUJUNG Ogos lalu telah didedahkan secara rasmi aktres Park Min Young merupakan kekasih hati aktor popular Lee Min Ho.

Mereka telah bercinta hampir dua bulan sejak menamatkan penggambaran drama yang dilakonkan bersama iaitu City Hunter.

Menurut laporan media di Korea Selatan, mereka berdua tertarik antara satu sama lain apabila terlibat dalam penggambaran drama City Hunter. Apabila penggambaran tamat hubungan mereka semakin rapat.

Agensi Lee Min Ho memberitahu: "Mereka mula mempunyai perasaan antara satu sama lain ketika berlakon dalam drama City Hunter. Sekarang mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing tetapi kami tidak tahu sejauh mana perkembangan hubungan mereka setakat ini.

Agensi Park Min Young pula berkata: "Memang benar kedua-dua mereka mempunyai perasaan antara satu sama lain. Saya rasa Park Min Young cuba untuk mengenali siapa diri sebenar Lee Min Ho bukannya sebagai aktor yang popular. Meskipun begitu pihak agensi tidak tahu mengenai kehidupan peribadinya."

Menurut teman rapat mereka: "Lee Min Ho dan Park Min Young cuba untuk tidak memperlihatkan hubungan mereka pada umum. Jadi, mereka sangat berhati-hati apabila mereka bertemu. Apabila mereka bertemu di luar mereka selalu membawa rakan bersama."

Apabila disoal pada Park Min Young bagaimana dia boleh mendapatkan kekasih memandangkan jadual kerjanya yang padat, jawabnya: "Saya bercinta di dalam drama. Saya ingin sangat memegang tangan dan berjalan bersama kekasih ketika sambutan Krismas."

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved