Ahad, 25 September 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tangguhkan perjalanan ke Yemen

Posted:

Tangguhkan perjalanan ke Yemen

Tangguhkan perjalanan ke Yemen

KEADAAN di Sana'a dan Aden, Yemen kini semakin tegang ekoran golongan prodemokrasi bertempur dengan pihak keselamatan kerajaan.


KUALA LUMPUR - Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang melawat Yemen agar menangguhkan perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan di negara itu pulih seperti biasa.

Semua rakyat Malaysia yang berada di negara itu juga dinasihatkan agar segera mendaftarkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, ibu negara Yemen, sekiranya mereka belum berbuat demikian.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini semalam memberitahu, pihaknya telah menghubungi semua rakyat Malaysia yang berada di Yemen dan menasihatkan mereka supaya sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan dan mengikuti perkembangan keselamatan semasa berada di negara itu.

Kementerian sentiasa memantau perkembangan situasi semasa di Yemen dan meminta penuntut dan rakyat Malaysia yang bekerja atau melawat negara itu agar kembali secara sukarela ke Malaysia setelah urusan mereka selesai.

Langkah itu dibuat ekoran situasi di Yemen pada masa ini khususnya di Sana'a dan Aden bertambah kritikal selepas pihak prodemokrasi bertempur dengan pihak keselamatan kerajaan, menurut kementerian itu. - Bernama

Buang al-Quran di bangsal lembu

Posted:

Buang al-Quran di bangsal lembu

Buang al-Quran di bangsal lembu

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN daripada beribu naskhah al-Quran yang dibuang di bangsal lembu di Bachok, Kelantan semalam.


BACHOK - Penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah.

Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.

Menurutnya, treler tersebut berhenti dalam jarak satu kilometer dari bangsal tempat al-Quran tersebut ditinggalkan dan terpaksa menggunakan lori kecil untuk mengangkutnya.

"Jalan ke bangsal ini sempit, jadi treler berhenti di simpang jalan dan mereka menggunakan sebuah jengkaut untuk memindahkan al-Quran dari treler ke sebuah lori kecil sebelum dihantar ke bangsal tersebut.

"Saya sempat tanya, mereka beritahu dari Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menghantar al-Quran tersebut ke sini untuk disimpan," ceritanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, jarak antara rumahnya ke bangsal tersebut hanyalah 200 meter dan pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

Bagaimanapun dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa orang polis dan pegawai pejabat agama datang ke kawasan tersebut petang kelmarin.

Katanya, bangsal tersebut yang seluas 1.4 meter x 2.8 meter itu pernah dijadikan tempat menyimpan makanan lembu seperti dedak dan rumput namun tetapi kini tidak lagi digunakan oleh pemiliknya.

Sementara itu, sumber Pejabat Agama Jajahan Bachok memberitahu, siasatan awal mendapati al-Quran tersebut mungkin untuk dilupuskan.

Ia berikutan terdapat kecacatan daripada segi cetakan dan reka bentuk ataupun kesilapan pada ayat al-Quran itu sendiri.

Katanya, al-Quran tersebut telah dihantar ke sini oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur dan akan diserahkan kepada individu tertentu untuk dilupuskan dan bangsal tersebut hanya dijadikan transit.

"Kita telah membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu terbabit kerana tindakan melupus al-Quran perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan hanya boleh dibuat di kawasan tertentu sahaja.

"Saya dimaklumkan tempat untuk melupus al-Quran ini hanya di Kuala Lumpur dan prosesnya melibatkan kos yang tinggi. Jadi, ini mungkin salah satu cara pihak tersebut untuk mengurangkan kerugian yang dialami," ujarnya.

Jelas beliau, pihaknya telah menutup kawasan tersebut dan kesemua al-Quran terbabit juga ditutup dengan rapi bagi mengelakkan ia disalah guna.

Kawasan tersebut kini di bawah pemantauan polis sehingga siasatan selesai dan tindakan susulan diambil.

PM kayuh basikal bersama 5,000 pelajar

Posted:

PM kayuh basikal bersama 5,000 pelajar

PM kayuh basikal bersama 5,000 pelajar


NAJIB melambai tangan semasa menyertai Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai kira-kira 5,000 pelajar sekolah mengayuh basikal sejauh tujuh kilometer dalam program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di sini semalam.

Najib yang tiba di tempat permulaan pada pukul 7.25 pagi disambut kira-kira 20,000 pelajar sekolah serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Perdana Menteri ketika berucap melancarkan program berkenaan berkata, lebih 50 tahun beliau tidak mengayuh basikal dengan kali terakhir semasa zaman kanak-kanak apabila berbasikal dari rumahnya di Sri Taman, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur untuk membeli nasi lemak Tang Ling berdekatan Masjid Negara.

Katanya, program itu amat bermakna kepada dirinya kerana ia selari dengan simbol gagasan 1Malaysia yang dibinanya tanpa mengira latar belakang, bangsa atau agama.

"Saya berbangga dapat mengambil bahagian dalam Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran bersama-sama kanak-kanak dan keluarga Pulau Pinang," katanya di hadapan puluhan ribu pelajar, guru dan pemimpin sekolah di sini.

Beliau turut memuji program anjuran Kwang Wah Yit Poh itu sebagai satu usaha baik untuk mengumpul dana berjumlah RM15 juta bagi membangunkan 15 sekolah menengah Cina termasuk lima sekolah menengah persendirian.

Ia adalah pendekatan terbaharu Perdana Menteri mendekati rakyat dengan menaiki kenderaan.

Kelmarin beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan dibawa menaiki bas menelusuri jalan raya di Perak menuju destinasi dalam lawatan kerjanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved